Khamis, 31 Julai 2014

Mengubah Sesuatu Apa Yang tidak Dapat Dilihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Syawal( Hari ke -empat 31/7/2014),

" Sekiranya saudara ingin mengubah buah,saudara perlu mengubah akarnya terlebih dahulu.Sekiranya saudara ingin mengubah sesuatu yang dapat dilihat,maka saudara perlu mengubah sesuatu yang tidak dapat dilihat terlebih dahulu."  (T Harv Eker )

teringin saya menulis berkenaan dengan  tajuk "  Mengubah sesuatu apa yang kita tidak nampak ".Hari ini saya menulis secara ringkas sahaja berkenaan dengan tajuk ini .Mungkin boleh kita jadikan renungan dan pedoman.

Menurut T.Herv Eker ; Perumpamaan pembinaan seseorang untuk menjadi jutawan / berjaya , ialah dengan mengubah minda separa sedar kita.T.Herv Eker sangat setuju dengan perkara ini kerana beliau merupakan seorang jurulatih minda kewangan sedunia yang membuktikan peranan minda begitu penting dalam misi mencapai kejayaan.

Atas sebab itulah Eker mengumpamakan pembinaan menjadi seseorang yang berjaya/jutawan perlu bermula seperti mana kita inginkan buah yang cantik dan sedap,ia mesti bermula dari akar/minda kerana minda sememangnya tidak dapat dilihat dan dirasa,apa lagi dipegang.

Sebenarnya mengubah sesuatu yang dapat dilihat adalah senang seperti mengubah kereta tetapi mengubah sesuatu yang tidak nampak amat sukar bagi sesetengah orang.oleh itu,apa yang perlu diubah terlebih dahulu adalah apa yang kita tidak nampak.

Mudah bagi kita untuk mengubah sesuatu yang nampak seperti mengubah pakaian lama kepada pakaian baru,kasut lama kepada kasut baru dan sebagainya.Banyak dalam kalangan kita  bergaya dengan telefon mahal,berpakaian berjenama luar negara, memakai emas bagai Mami Jarum(penuh hiasan tubuh badan) .Mereka mengubah apa yang dapat dilihat tetapi tidak mengubah apa yang tidak dapat dilihat ( Minda).

Menurut para pakar dalam bidang IQ, minda perlu diarah dan fokus kepada  perkara-perkara  kejayaan dan kekayaan. Asas- asas kejayaan seperti pendidikan, disiplin diri, berjimat cermat, mematuhi strategi strategi kewangan dan sebagainya.

Perkara-perkara tersebut tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita ia hanyalah bermain dalam minda/fikiran.Namun apa yang kita buat itu memainkan peranan yang sangat besar.Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya T.Herv Eker menyarankan kita agar mengubah sesuatu yang tidak nampak terlebih dahulu berbanding perkara yang kita nampak.


Pesan T.Herv Eker lagi,bagi sesiapa yang inginkan kejayaan dalam hidupnya maka bertindaklah sekarang dan ubahlah apa yang kita tidak nampak berbanding apa yang kita nampak.Sekiranya perkara yang kita tidak nampak diubah dan diberi perhatian serta fokus,maka masa hadapan kita amat cerah.Semua apa yang diinginkan amat mudah diperolehi.Ini menunjukan bagaimana pemikiran kita membentuk diri kita.


Saya berharap apa yang saya tulis ini memberikan manfaat buat kota semua.

Rujukan: 

Minda Jutawan Gaya Trump,Nazri Kadir dan Shah kadir, PTS,2012, Kuala Lumpur.

P/S : yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari Saya sendiri.

" Sharing Is Caring "











Tiada ulasan:

Catat Ulasan