Rabu, 23 Julai 2014

Kata- Kata Perangsang Minda


Assalamualaikum dan salam Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Ramadhan ( Hari ke 25),

Berikut adalah ungkapan-ungkapan bermakna daripada tokoh-tokoh dunia yang boleh kita aplikasikan  dan mampu merangsang minda kita.

 Kita kongsikan di sini bukan dengan maksud ungkapan-ungkapan ini lebih hebat daripada ayat-ayat suci al-Quran dan as-Sunnah, cuma ia sebagai penambah ilmu pengetahuan dan kemahiran,serta dapat kita gunakan untuk merangsang minda agar sentiasa kreatif/aktif.

  " Orang lain tidak akan berubah, selagi kita tidak berubah.

Jika kita tidak merancang, maksudnya kita telahpun merancang untuk gagal ."


"Orang yang mempunyai idea baru dianggap sebagai gila, sehinggalah idea itu berjaya."(Mark Twain)

"Sesuatu idea yang masanya telah tiba, jauh lebih berkuasa daripada jejak perkasa sebuah bala tentera."(Victor Hugo)

"Idea-idea yang bernas semuanya diusahakan dengan penat-jerih individu dan bukannya dihamburkan oleh kumpulan."(Charles Brower)

"Carilah bekalan untuk hidup di dunia, sepadan dengan umat kita.Carilah kenalan untuk hidup di akhirat, sepadan dengan kekalnya kita di sana."(Ustaz Ashaari Muhammad)

"Banyak manusia berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tidak berfikir untuk mengubah dirinya."

"Kreativiti wujud di mana-mana sahaja. Anda tidak boleh lari daripadanya. Apa yang penting ialah mengusahakan sesuatu dan melakukan perubahan."(Walt Disney)

"Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah pertama.
Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan."(Albert Einstein)

"Imaginasi adalah permulaan kepada penciptaan."(George Bernard Shaw)

"Lebih mudah mengubahsuai idea yang gila daripada mencari idea yang baru."(Alex Osborne)

"Microsoft ialah sebuah syarikat yang menguruskan imaginasi."(Bill Gates)

"Apa yang terbukti hari ini, suatu ketika dahulu hanyalah imaginasi."(William Blake)

"Nilai sesebuah idea biasanya setanding dengan tentangan yang diterima."(Robert Townsend)

"Pendedahan kepada pengalaman yang luas dan situasi yang berbeza bagus untuk penghasilan idea-idea baru."(Hean Tatt-Ong)

"Pemahaman seketika kadangkala bernilai satu pengalaman seumur hidup."(Oliver Wendell Holmes)

"Wawasan tanpa tindakan hanyalah impian. Tindakan tanpa wawasan hanya membuang masa. Wawasan diiringi tindakan dapat merubah dunia."(Joel Arthur Barker)

"Cara terbaik untuk mendapatkan idea yang bagus adalah dengan mencari banyak idea."(Linus Pauling)

"Jika kita tidak berubah secepat aliran zaman, kita akan kehilangan banyak peluang. Perubahan bermaksud meninggalkan peraturan-peraturan lama yang sudah selesai menjalankan tugasnya."(Lee Kuan Yew)

"Kita cenderung berfikir bahawa idea kita adalah hasil daripada kebijaksanaan diri sendiri tetapi pada hakikatnya ia adalah hasil pengalaman melalui pergaulan kita di luar."(Konosuke Matsushita)

"Sesekali tinggalkan jalan yang biasa engkau lalui dan masuk ke dalam hutan. Engkau pasti akan menemui sesuatu yang engkau belum pernah lihat sebelum ini."(Alexander Graham Bell)

"Ibu bapa kena sedar bahawa adalah lebih baik membesarkan kanak-kanak menjadi pembaharu dan pemikir yang ghairah daripada pengikut patuh yang sugul."(Chong Sheau Ching)

"Apa yang aku ajar kamu adalah sebanyak daun-daun kering digenggamanku.Apa yang belum ku ajar adalah sebanyak daun-daun kering di seluruh hutan ini."(Gautama Buddha - dengan sedikit gubahan)

"Tanpa kreativiti, kemajuan tidak akan wujud dan kita mungkin mengulangi corak yang sama selamanya."(Edward de Bono)

"Seseorang yang sentiasa kreatif adalah seorang yang mendapat kekuatan."(Marsh Fisher)

"Kita semua kreatif, bezanya hanya di tahap mana kita kembangkan potensi kreativiti sendiri."(Arthur B Van Gundy)

"Faktor paling berkuasa di dunia adalah idea-idea yang jelas dalam minda manusia yang bertenaga dan budiman."(J. Arthur Thompson)

"Banyak orang mempunyai minda yang asli tetapi mereka tidak menyedarinya. Mereka terkongkong oleh kebiasaan."(John Keats)

"Berfikir merupakan kerja yang paling sukar, dan ini mungkin menjadi sebab mengapa tidak banyak orang melakukannya."(Henry Ford)

"Sekiranya saya mampu berpandangan jauh, hal ini kerana saya berdiri di atas bahu gergasi."(Isaac Newton)

"Orang yang kreatif memilih keadaan kacau-bilau daripada keadaan yang mudah."(Donald W. MacKinnon)


"Beruang kutub yang tidak mahu merayau keluar dari daerah kutub, tidak akan tahu kewujudan beruang yang bukan beruang kutub."(Alexanderwathern)

"Rumahmu banyak tingkap. Lihatlah ke luar dari semua tingkap."(Alexanderwathern)


"Segala angan-anganmu tidak akan berjaya, jika engkau tidak bertungkus-lumus mencapainya."
(Alexanderwathern)

"Pengetahuan dan pengalaman yang berbeza, menghasilkan refleksi yang berbeza."(Alexanderwathern)


Semoga bermanfaat untuk kita…".Sharing Is Caring"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan