Khamis, 10 Julai 2014

Bagaimana Menarik Wang ?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah..
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….

Salam ramadhan yang ke 11( malaysia),


" kamu adalah sebatang magnet hidup, kamu dapat menarik orang,situasi dan keadaan yang harmoni   ke dalam hidup  dengan menggunakan  pemikiran dominan kamu.Apa sahaja yang kamu fikirkan dalam keadaan sedar  akan berkembang menjadi pengalaman "
                                                              ( Brian Tracy )

" Kamu menarik apa yang kamu pancarkan menerusi fikiran , perasaan , gambaran  minda dan tutur kata ke dalam hidup kamu "
                                 ( Catherine Ponder, Dynamic Law Prosperity.)

Adakah wang boleh ditarik ke dalam hidup kita ? Sebenarnya tidak dapat dinafikan bahawa kita semua memerlukan wang.

Mari kita lihat serba sedikit panduan menarik wang agar saya dan anda sentiasa ada wang…

Wang boleh ditarik dengan mudah ke dalam kehidupan anda tanpa bersusah-payah di sepanjang hidup anda. Walau bagaimanapun anda perlukan usaha untuk bertindak dalam menarik wang dalam hidup anda. Anda boleh menarik apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh gunakan:
1. Sedekahkan wang anda – Jika anda memberi dengan ikhlas, anda akan menerima lebih banyak lagi. Jika anda menyimpan semua wang anda, maka anda meletakkan halangan, di mana anda tidak akan menarik wang. Untuk menarik wang yang anda mahukan, sedekahkan wang anda dengan bebas. Ketika memberi, tanamkan dalam minda anda bahawa anda ada banyak lagi wang pada anda.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang       baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Surah Al-Hadid : 18)

2. Bayangkan ada wang yang banyak – Ini adalah proses visualisasi iaitu apa yang anda bayangkan dalam minda anda adalah menentukan masa depan anda. Dengan menjalani kehidupan seperti orang kaya, ia akan membantu menarik wang yang anda inginkan ke dalam kehidupan anda. Contohnya anda makan di hotel mewah yang anda tidak pernah fikir sebelum ini. Sebelum anda mengalami perkara yang bagus dalam hidup, anda perlu percaya dan bayangkannya berlaku dalam hidup anda. Bayangkan anda mempunyai banyak wang bermakna anda telah pun dapat wang tersebut.

3.  Jaga wang anda dengan baik – Ramai orang yang tidak tahu bagaimana menjaga wang tunai mereka. Jika anda ada wang tunai, lipat dengan kemas dan susun cantik-cantik dalam beg duit anda dengan teratur. Dengan berbuat demikian akan membenarkan anda menjaga wang anda dengan baik dan hasilnya adalah anda akan menarik lebih banyak wang.

4.  Hargai Wang – Ambil sedikit masa dan hargai semua wang yang anda ada. Apabila anda menghargai sesuatu, ia menghargai anda semula. Ini adalah Hukum Kesyukuran (Law of Gratitude). Jika anda melihat kebaikan, anda akan dapat kebaikan sebagai pulangan. Bersyukurlah atas segala rezeki yang diberi oleh Nya.

5.  Sentiasa ada wang tunai – Daripada ada wang seringgit dalam beg duit, letaklah wang beratus ringgit. Ini dapat membantu menarik lebih banyak wang dalam beg duit anda pada masa akan datang. Untuk menarik wang, anda perlu bertindak seperti orang kaya yang banyak wang. Selalu ingatkan dalam minda bahawa anda sentiasa ada banyak wang.( ini yang payah sikit ni..kita kena berlagak jadi orang kaya…heheheh )
P/S : semoga bermanfaat kepada saya dan juga anda…" Sharing Is Caring "




Tiada ulasan:

Catat Ulasan