Isnin, 7 Julai 2014

"Anak Yatim Piatu Aliah Afiqah"

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Ramadhan,
semoga Ramadhan ini amalan kita makin bertambah dan diberkati Allah s.w .t.

kali ini Saya ingin bercerita tentang seorang anak yatim piatu yang bernama Aliah Afiqah .Aliah Afiqah menjadi anak murid Saya semasa berada di dalam tahun dua @ Darjah 2.Sementara abangnya Apik berada dalam tahun 3.

Sebagai seorang guru saya meneliti latar belakang anak murid dan melalui borang SMM @ data murid,guru dapat mengetahui latar belakang anak murid mereka. Prestasi Kedua dua adik beradik ini tidaklah begitu baik,malah lemah dalam semua subjek kecuali dalam Iqrah@ bacaan Alquran.

Berbalik kepada Aliah Afiqah,saya sering bertanya khabar ibu bapa mereka( semasa masih hidup).Anak ini bercerita yang ayah mereka sudah tidak ada sementara ibu pula sakit tenat di rumah.Mereka tinggal bersama nenek dan macik.Apabila saya tanya mama sakit apa,anak ini menjawab  bahawa ibunya mengidap sakit cancer buah dada.

Seperti biasa setiap awal tahun,murid-murid Sekolah akan menerima wang bantuan RM 100 daripada kerajaan. dan disalurkan ke setiap Sekolah untuk di agih-agihkan.Peluang saya untuk bertemu ibu Aliah Afiqah akhirnya tercapai,kerana sebelum ini saya sering berpesan agar salah seorang antara penjaga mereka datang berjumpa saya di Sekolah namun hampa.

Seorang wanita mudah dalam lingkungan 30-an datang masuk ke bilik@ kelas untuk menerima wang bantuan yang diagihkan.Wanita ini berjalan sambil menahan kesakitan dan menahan dadanya ( payu daranya )…sambil mendekati saya dan mengeluarkan dokumen anaknya sebagai bukti penerimaan wang bantuan.Saya bertanya kenapa,wanita ini menjawab sambil menahan kesakitan,bahawa dia ibu Aliah Afiqah.

Oh..saya ambil kesempatan berbual berkenaan Aliah,ibu ini berkata bahawa neneknya sudah tua dan sakit-sakit pula sementara maciknya bekerja di kilang dan tidak ada ruang untuk datang berjumpa dengan Saya @Gurunya.Oleh itu,walaupun dalam keadaan sakit ,ibu ini datang juga demi anak-anaknya.Saya dengan soalan bodoh…entah macammana terkeluar perkataan…"bolehkah saya jadikan anak angkat anak puan ini,saya sangat sayang pada dia"…ibu itu menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setujuh.Ohhh..tidak apa,saya faham perasaan puan tapi niat saya baik kerana ingin membantu mereka untuk masa depan mereka.

Hari berlalu,bulan berlalu…dalam tiga bulan kemudian,ibu tersebut telah meninggal dunia akibat penyakit cancer yang dihidapainya.Sebak rasa dada mendengar khabar tentang ibu Aliah.Kini anak-anak ini sudah tidak ada sesiapa lagi.Pada suatu hari ,Abagnya Afik datang berjumpa saya,"Cikgu mahukan ambil Aliah jadi anak angkat?" " Nenek suruh Cikgu datang ke rumah"Saya bertanya kenapa,…"Cikgukan mahu ambil Aliah Jadi anak Angkat"…ohhhh gembiranya hati saya.

Kesibukan dengan kerja-kerja harian dan pada masa itu saya masih menyambung pelajaran dalam Izajah Sarjana Muda,menghalang saya untuk bertemu nenek dan macik Aliah.sekelip mata sahaja,saya dapat khabar bahawa Aliah Afiqah dan abangnya Afik,telah berada di asrama anak-anak yatim As-Sakinah Kinarut.

Ohhhh…nampaknya saya lambat bertindak ,saya terlepas peluang untuk menjaga anak yatim ini.Walau bagaimanapun,sehingga sekarang Aliah Afiqah tetap menganggap saya adalah ibu angkatnya.Saya tidak lupa untuk membantu anak ini terutama wang sakunya di Sekolah., kadang-kadang jika ada guru baru yang bertugas di Sekolah tempat saya bertugas,mereka ingat bahawa Aliah Afiqah adalah anak saya kerana mereka kata Aliah selalu bersama saya..Semoga anak ini menjadi anak yang berguna,berilmu dan berjasa kepada agama bangsa dan negara kelak…amin.

Apakah Perubahan Aliah Afiqah setelah berada di Rumah anak-anak Yatim?



  • Aliah Afiqah menjadi seorang murid yang cergas
  • Aliah afiqah sudah pandai berkomunikasih bersama kawan-kawan dan guru.
  • Aliah Afiqah kelihatan kemas,bersih dan bermaya.
  • Aliah Afiqah sudah pandai solat dan sering saya temui di surau sekolah tengah solat bersendirian.
  • Aliah Afiqah sudah pandai bergaul dengan rakan-rakan lain. 
  • Aliah Afiqah sudah tidak segan segan lagi mencari saya untuk meminta duit belanja rehat.
  • Aliah Afiqah sudah pandai menghormati guru dan sering cium tangan guru-guru .
  • Prestasi pembelajarannya meningkat.
  • Matanya sudah bercahaya dan tidak muram lagi.
  • Aliah Afiqah sudah pandai pempertahankan diri dan tidak mudah untuk dibuli lagi oleh kawan-kawan lain.



Ohhhh..jika itulah terbaik buat anak ini,sesungguhnya menolong dan membantu anak- anak yatim amat besar ganjarannya.Jika selama ini mereka dirundung kesedihan,mata muran…tetapi dengan bantuan kita semua,anak-anak yatim ini boleh hidup gembira,boleh hidup dengan mata bercahaya iaitu dapat melihat masa depan mereka dengan bahagia.

P/S: yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.   " Sharing Is Caring"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan