Sabtu, 5 Julai 2014

Bagaimana menuju kejayaan

Assalammualaikum dan salam Sejahtera Pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
pada bulan Ramadhan yang mulia ini,saya ingin mengambil kesempatan kepada anda/pembaca blog Hijrahku,sekiranya ada tulisan tulisan saya yang menyinggung parasaan dan tidak bersesuaian,harap dimaafkan…
Pada jam ini dan masa ini,Saya ingin berbicara tentang   bagaimana untuk mencapai kejayaan dalam Hidup ini…kenapa ada orang berjaya dan kenapa pula ada orang yang tidak berjaya ?
Sebenarnya persoalan ini sudah lama bermain dalam fikiran dan minda saya.saya kini menyedari bahawa sememangnya ada perbezaan dari segi intelek,watak,emosi,persepsi,lingkungan dan pelbagai lagi bagi orang-orang yang berjaya dan tidak berjaya.
Kejayaan adalah perkara yang subjektif. Setiap individu berbeza pandangan tentang definisi kejayaan. Apabila kita memerhatikan kehidupan orang lain, sebenarnya mereka sedang mengejar sesuatu dalam kehidupan mereka. Cuma sebahagian daripada mereka tahu tentang apa yang mereka cari, manakala ramai daripada mereka tidak tahu!
Mesti memiliki Agenda dalam Hidup:
Tidak kiralah dari mana asal-usul kita,  kita mesti mempunyai agenda dalam kehidupan ini; setiap tahap pencapaian yang telah dicapai adalah bermakna buat kita. Ia akan memberikan kita kepuasan. Apabila kita mencapai tahap ini, kita dapat rasakan kejayaan dalam hidup.
Oleh yang demikian, perkara penting di sini adalah dengan mempunyai definisi kejayaan kita sendiri. kita perlu tanya pada diri kita soalan ini – “Apakah situasi apabila dicapai, ia akan memberikan kita kepuasan dan kebahagiaan?”
Minta Restu daripada ibu-bapa/suami/anak-anak:
bagi mencapai cita-cita pertama sekali minta restu dari ibu-bapa,suami dan anak-anak bagi yang sudah berumahtangga.Restu mereka akan memudahkan lagi perjalanan menujuh kejayaan.
Mempunyai matlamat:
Langkah seterusnya adalah mempunyai matlamat yang spesifik untuk mencapai tahap tersebut. Matlamat mestilah spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh. Ini adalah parameter yang perlu dalam penentuan matlamat. Kita perlu menentukan matlamat-matlamat kita dalam parameter yang telah dinyatakan.
Gunakan masa / sumber dengan baik:
Dalam proses ini, kita perlu gunakan masa dan sumber yang ada sebaik mungkin. Tiada matlamat boleh dicapai tanpa perancangan yang baik. Di samping itu, matlamat tersebut perlu dikaji semula dari semasa ke semasa dalam proses perlaksanaan, jadi ia dapat memastikan tiada perbezaan di antara definisi kejayaan anda dan matlamat-matlamat yang anda ingin capai.
Pengurusan masa/ keyakinan dan kekuatan diri:
Selain daripada penetapan matlamat, pengurusan masa juga penting untuk keyakinan kita terhadap impian kita. Ia akan menggerakkan momentum dan membantu ke hadapan dalam kejayaan hidup . Keyakinan diri dan kekuatan diri yang tinggi juga membantu dalam mencapai kejayaan hidup.
Utamakan terlebih dahulu kejayaan diri sendiri:
Ramai yang bekerja keras untuk membantu kejayaan orang lain, namun kita perlu utamakan kejayaan diri sendiri dahulu. Ia adalah penting kerana dalam menuju kejayaan, terdapat pelbagai halangan yang boleh membawa kepada kegagalan. Pada masa itu, keyakinan dan motivasi diri yang akan memberi semangat untuk bangkit dan terus bergerak ke hadapan.
Siapakah penentu jalan hidup kita?
Kita adalah penentu jalan hidup kita sendiri.. Apabila kita faham apa yang kita lakukan dan bagaimana melakukannya, maka kita boleh berjaya dalam setiap aspek kehidupan  dan sememangnya boleh mengubah nasib hidup kita.
perkara terbaik untuk menuju kejayaan hakiki, adalah dengan memilih jalan menuju kejayaan akhirat.Berjaya kehidupan akhirat bermakna berjaya kehidupan dunia.
Salam Ramadhan….." Sharing Is Caring "








Tiada ulasan:

Catat Ulasan