Ahad, 6 Julai 2014

Sedikit tentang Unlimited Power

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah….

bersua kembali pada jam ini dan masa ini…..

Setelah selesai bersahur,saya sempat solat tahajjud  sementara menunggu solat subuh,saya luangkan diri berbicara melalui tulisan ini.

Salam Ramadhan….
Enti saya kali ini…..iaitu kuasa tidak terbatas atau Unlimited Power.

Saya amat tertarik dengan buku ini walaupun saya belum lagi memilikinya.Melalui review dan ulasan-ulasan buku dari blog orang lain,saya amat tertarik dan tidak sabar sabar ingin memilikinya.

Namun begitu,saya percaya bahawa di Malaysia buku ini belum lagi terjemahkan ke dalam bahasa malaysia . saya sering membaca blog blog dari negara jiran khasnya Indonesia,saya temui buku ini telah diterjemakan ke dalam versi Indonesia.Tahniah kepada penulis penulis Indonesia .

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa ayat atau petikan dari buku Unlimited Power yang saya baca dari beberapa blog.Sungguh menarik.


Sedikit berkenaan dengan  "Unlimited Power" ( Anthony Robbins )


  • Akhir agung sebuah kehidupan bukan terletak pada pengetahuan tetapi pada keyakinan dan tindakan.( Thomas Hexley )

  • Kekuasaan merupakan kemampuan seseorang untuk memperolehi hasil yang kita paling inginkan serta menciptakan nilai-nilai dalam memproses sumber terbesar daripada pengetahuan khusus.
  • Kunci kekuasaan pada masa kini sebenarnya tersedia bagi kita semua.
  • Tindakanlah yang mengubah hasil.
  • Kelebihan bagi seseorang yang memiliki kuasa luar biasa adalah kemampuannya dalam menggerakkan dirinya untuk bertindak.
  • Mutu kehidupan kita sebenarnya apa yang kita lakukan iaitu hasil tindakan kita.
  • Bagi setiap  usaha yang berdisiplin,pasti ada hasil yang berlipat kali ganda.( Jim Rohn).
  • Manusia yang bijak mengambil kesempatan dan memanfaatkannya.
  • 7 dasar utama membangkitkan dan menjamin keberhasilan adalah,ghairah,keyakinan,strategi,keikhlasan dan komunikasi dengan diri sendiri.
  • jika memungkinkan bagi orang lain di dunia maka begitu juga mungkin bagi anda.
  • Mengerti  keadaan adalah kunci untuk mengerti perubahan untuk mencapai kesempurnaan.
  • Perbezaan antara orang berhasil dengan tidak berhasil adalah cara bagaimana mereka mengelola sumberdayanya.
  • manusia adalah apa yang dia yakini.
  • Keyakinanlah yang membantu kita untuk menggerakkan sumber daya yang dasyat/kuasa tidak terbatas dalam diri
  • Keraguan yang ada dalam diri merupakan pengkhianatan pada diri sendiri
  • Dengan menguasai pengertian sederhana tentang cara kerja otak kita akan menjadi penyembuh diri sendiri dan menjadi konsultan pribadi.
  •  Dengan memiliki model kita dapat menghasilkan hal yang sama bahkan lebih dengan waktu yang lebih singkat
  •  Fikiran bawah sadar terus menerus mengelola informasi sedemikian hingga dapat menggerakan kita ke arah yang kita inginkan.
  • Nilai adalah penggerak paling kuat yang kita miliki.
Buku ini telah banyak mengubah hidup orang yang lemah menjadi hebat dan berkuasa.
Mereka  ini telah mengetahui rahsia yang ada dalam diri sendiri yang telah dibekalkan oleh yang maha kuasa sejak manusia dilahirkan ke bumi.Sumber daya yang ada pada mereka telah digunakan untuk mencapai matlamat hidup,sehingga mereka berjaya mencapai kejayaan.

Ok…sampai di sini sahaja……..semoga bermanfaat…." SharingIs Caring "























Tiada ulasan:

Catat Ulasan