Ahad, 13 Julai 2014

5 Tips Wanita Tangani Stress Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang  dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

 Salam Ramadhan,

kali ini saya  ingin menulis berkenaan dengan wanita ,bagaimana menangani Stress di tempat kerja dan terbawa-bawa sampai ke rumah.

wanita suri rumah kemungkinan besar kurang mengalami stress berbanding  wanita bekerja di luar sana.wanita bekerja dua kali ganda stress yang dia alami.Stress di tempat kerja dan stress di rumah apabila melihat keadaan rumah yang berselerak dan tidak terurus .

Saya bawakan beberapa tips bagi wanita-wanita yang mengalami stresss dan cuba praktikkan agar hubungan dengan keluarga bertambah erat: jom kita lihat:

Apakah Cara Menanganinya?

  • peruntukkan Masa yang berkualiti untuk keluarga.

 Apa kata pada hujung minggu luangkan masa bersama keluarga seperti membeli belah,berenang, bermain badminton dan sebagainya.aktiviti seperti ini  bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga malah boleh menyihatkan tubuh badan.


  •  Layan dirimu juga.
Sekali-sekali pergi dapatkan rawatan urutan di SPA,pergi  ke premis buang toksin dari tubuh badan melalui rendaman kaki,yang hanya mengambil masa 30 minit sahaja.buang toksin melalui rendaman kaki  RM10-RM15 sahaja selama setengah jam.ini baik untuk kesihatan dan boleh meringankan tubuh badan.
  • Movie Time.
Luangkan masa menonton DVD bersama keluarga dan anak-anak.bagi saya,setiap ahari saya pastikan saya dapat menonton rancangan  yang disiarkan dalam TV 9 " Dont Mess With An Angels". kerja wanita saban hari memang tidak lari dari mengemas rumah,mencuci pinggang mangkuk,jemur kain dan bermacam-macam lagi. Seeloknya luangkan masa sedikit menonton Filem/DVD.

Berbalik kepada rancangan" Dont Mess With An Anggels", ia disiarkan setiap jam 10 pagi .Menonton rancangan ini membuatkan saya rasa hilang tekanan apabila turun kerja.Kehebatan watak-watak dalam filem tersebut dengan jalan cerita yang menerujahkan,sedikit sebanyak menghilangkan stress.

Tonton filem yang hebat dan menerujahkan jangan tonton filem yang melemahkan yang asyik bersembang di kedai kopi,mengumpat jiran tetangga,asyik-asyik buka surat khabar dan asyik-asyik bertengkar di ruang tamu dan duduk dia atas sofa. Jauhkan felem tersebut dari diri anda kerana ia makin melemahkan semangat anda.Cari DVD tentang wanita-wanita lasak dan hebat dalam memperjuangkan sesuatu( Sri kandi ).

  • Aktiviti Memasak.
Lakukan aktiviti memasak bersama anak-anak,latih anak memasak terutama anak-anak perempuan.Cuba sesuatu yang baru seperti membuat biskut dan Cupcakes.

  • Baca Buku.
Bawa anak-anak anda ke Perpustakaan dan biarkan mereka mengenali perpustakaan dan buku-buku.Disamping kita menghilangkan stress,kita juga dapat melatih anak-anak meminati buku-buku dan suka membaca.Bacalah buku bersama sama anak anda.

Sebagai wanita bekerja dan suri  rumah,kebijaksanaan akal fikiran dalam menangani hal ini,perlu demi menjaga prestasi kerja,menjaga hubungan baik dengan keluarga.Stress jika tidak ditangani akan membawa padah kepada diri sendiri seperti jadi pemarah, murung dan mengundang penyakit.

Sekian.

 " Sharing Is Caring "


Rujukan : Intrend,julai 2009.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan