Rabu, 16 Julai 2014

Sudahkah Kita kenal diri ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam ramadhan ( puasa ke 18 ),

" Sudahkah Anda kenali Diri?" itulah tajuk yang sedang saya tulis ini,berikutan pada pagi tadi,saya berkesempatan menonton rancangan Motivasi pagi di TV 9 yang membawa tajuk  "Sudahkah Kita kenali diri ?"

Siapa kenal dirinya maka kenal Allah.
Sejauh mana kita kenal diri kita?


Sejauh mana kita kenal diri kita,cuba lihat cermin ,tengok betul betul ke dalam mata,cuba bertentang mata dengan mata sendiri depan cermin.Tengok mata anda,ia akan zoom masuk,tengok dengan tepat ke dalam mata anda

Berkenaan dengan melihat Cermin, di dalam buku bertajuk Succes Prinsipless( saya sudah lupa tajuk sebenar buku itu) ada bab menceritakan tentang "Latihan Cermin." Pandang dengan tepat ke dalam mata sambil bertanya ,soalan demi soalan kepada diri atau memuji diri atas bantuannya kepada kita dalam menjalankan aktiviti harian.Puji diri,hargai diri agar dia sentiasa membantu kita.

Cukupkah kita kenal diri hanya melalui album,saiz baju warna kulit dan sebagainya?


Apabila kita membicarakan  ilmu tentang mengenal diri, tentu  sekali kita beranggapan bahawa  yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang dikenali dengan panggilan tubuh fizikal yang kelihatan ini, tetapi sebenarnya tidak hanya fizikal. 

 Diri yang  dimaksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita. Sebagai manusia ciptaan Allah, kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani.

Mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan  mana zahir dan yang mana batin. Kita seharusnya faham perbezaan dua kata ini, sebelum kita lafazkannya.

Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita? 

Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya? Perbezaan inilah  ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas. 

Kebanyakan dari kita beranggapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita inilah yang di panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri.,

Penghidup inilah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang wujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu fahamlah kita bahawa Diri sebenar Diri wujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.

Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad), dan yang satu lagi  iaitu Rohani. Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di berikan kepada Diri dan jasad, mengikut pemahaman perguruan tertentu. 

 Mari Kita Renung kembali kisah kewujudan Adam:

Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan jasad Adam telah lengkap masih terbaring kaku  maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah " Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?"  maka Allah pun menjawab, " Masuklah melalui mana mana  yang kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam,ia pergi melalui Hidung.  Maka melalui  hidunglah kita bernafas. 


Justeru itu, dapatlah kita fahami bahawa apabila roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun serta berdiri, ini jelas menunjukkan  apabila roh masuk ke dalam Jasad ,barulah Jasad hidup  yang  dipanggil bernyawa.Setelah roh memasuki jasad barulah wujud " Diri".


Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti  jasadnya sendiri. Maka dengan  sebab  inilah "Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat  menghubungi yang ghaib.

Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dialah yang menjadi "Penghidup" kepada Jasad. Dialah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan. 


Barang siapa mengenal dirinya nescaya kenallah ia akan Tuhannya.Saperti yang telah di terangkan di atas, Diri ini rupanya sama saperti kita juga, cuma ia  ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita. ini, tugasnya menghidupkan jasad kita , juga dipanggil nyawa.  



Diri sebenar Diri yang duduknya dalam jasad itu,  di mana tugasnya  menghidupkan  jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya  dengan erti kata kenal sebenar benar kenal, tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.

Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsianya yang tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkannya

Dengan itu kenalilah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.


P/s:  yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri…..semoga perkongsian ini memberi manfaat.


" Sharing Is Caring"















Tiada ulasan:

Catat Ulasan