Assalamualaikum dan salam Sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….
Salam Ramadhan ( Hari ke 24 ),
" Ketinggian darjat wanita soleha "
Betapa indahnya menjadi seorang wanita…." Wanita adalah perhiasan dunia dan bagai intan permata bagi makhluk bernama lelaki "
1. Seorang wanita doanya lebih mujarab daripada seorang lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika diajukan soalan kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah/ menutup auratnya di dunia dengan sempurna.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya ( maksudnya,wanita yang bekerja mencari nafkah untuk keluarganya dengan ikhlas berniat kerana Allah, Allah akan berikan rezekinya yang berkat)
7. Wanita yang menyapu lantai sambil membaca zikir, akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.( wanita bekerja mencari rezeki berniat kerana Allah).
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut kepada Allah diharamkan api neraka ke atas tubuh badannya.
10.Bagi sesiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya sama seperti ia bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah balasan Syurga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
14. Apabila memanggil engkau kedua ibu- bapamu,, maka jawablah panggilan Ibumu terlebih dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka , terbuka pintu-pintu Syurga untuknya. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya (serta menjaga solat dan puasa).
17. Perempuan apabila Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia ke pintu Syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani suami dengan baik, setela pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala seperti12 tahun Solat.
20. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam Syurga , terlebih dahulu berbanding suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memicit/mengurut suami tanpa diminta, akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memicit suami setelah disuruh, akan mendapat pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan suaminya reda ke atasnya akan memasuki Syurga.
25. Jika suami mengajarkan isterinya satu perkara akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya , akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat solat wanita yang hamil, adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dari setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Aku (Rasulullah s.a.w) di dalam Syurga.
Semoga bermanfaat……." Sharing Is caring "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan