Isnin, 14 Julai 2014

Mengapa Zalimi Isteri ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….

Salam Ramadhan ,

" Mengapa zalimi Isteri?" terbuka hati untuk menulis berkenaan dengan  " Mengapa zalimi isteri" ekoran daripada seorang penyanyi terkenal Malaysia yang kini sedang didakwa atas kesalahan memukul isterinya sehingga menyebabkan kecederaan.



wasiat dan pesan Rasulullah s.a.w:

" dan saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik pada wanita.sesungguhnya mereka itu diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian tulang rusuk yang paling bengkok adalah hujung atasnya.Jika engkau meluruskannya( dengan paksa),engkau akan mematahkannya,namun jika engkau membiarkannya,ia akan terus bengkok kerananya saling berwasiatlah untuk berbuat baik kepada kaum wanita"

ramai orang melemparkan tanggungjawab keseimbangan perjalanan bahtera rumah tangga di bahu isteri.semua orang mencelahnya bila ia lalai.Kaum suami sibuk melontarkan celaan pada wanita dan membetulkan dalil-dalil syari'i yang diyakini para wanita.

Wanita itu wahai lelaki menuntutmu melaksanakan wasiat suci ini.Wasiat yang sama dengan peringatan dan ancaman terhadap lelaki dari menuruti seruan jahiliyah yang ada kalanya bangkit dalam jiwanya, memancing sifat kelelakiannya dan memprovokasinya agar menindas wanita.

wanita mengakui bahawa tidak pernah tahu dan tidak tahu bahawa ada satu agama yang memperjuangkan wanita dan hak-haknya selain agama islam.wanita juga tidak tahu bahawa ada seorang yang lembut hatinya ,penuh kasih sayang seperti Muhammad s.a.w.

wahai lelaki wanita mengharap engkau kerana:

  • mahu berbicara dengannya.
  • membincangkan objektif kemesraan kamu berdua.
  • rasa sayangnya selalu mendorongnya untuk memaafkan kesalahan lelaki.
  • wanita mengakui bahawa kepolosannyalah menyebabkannya berani menghadapi lelaki.
  • Wanita mengakui bahawa dia akan menggunakan waktu dan penanya untuk menuntut hak-haknya.
  • wanita mengakui bahawa dia tidak akan menakhodai sendiri bahtera rumah tangga.
  • Wanita mengakui bahawa dia tidak akan lepas dari bantuan suami.
  • wanita mengakui bahawa dia memerlukan tempat bersandar setiap kali rasa penat dan letih menyelubunginya.
  • Wanita mengakui bahawa dia memerlukan tangan kasih sayang bagi mengusap keringat didahinya,setiap kali kesusahan menghimpitnya.
  • wanita mengakui bahawa semua hak-hak suami dalam syariat islam dan dia sungguh-sungguh mewujudkannya.
  • Wanita juga berharap bahawa lelaki perlu mengakui dirinya pada sang isteri.
" Wanita dinikahi lantaran empat perkara:yakni hartanya,garis keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Maka,dapatkalah wanita yang memiliki agama.Engkau akan rugi( bila tidak melaksanakan,apa yang AKU perintahkan)".

Sabda Rasulullah s.a.w:

" Janganlah salah seorang daripada kalian mendera isterinya seperti mendera seorang budak, setelah itu dia menidurinya di penghujung hari "

Rasulullah s.a.w memberikan naasihat dan mempraktikkan apa yang baginda nasihatkan.Diriwayatkan bahawa baginda bukan seorang yang suka bercakap kotor,kasar.baginda pernah bersabda,"  sesungguhnya sebaik-baik kalian adalah yang paling baik akhlaknya"


Memukul wanita dalam agama Islam tidak diperbolehkan kecuali dalam keadaan yang sangat mendesak.yakni setelah suami yang penyantun,baik tidak lagi menemukan cara efektif untuk meluruskan  isterinya dan mengembalikannya kepada jalan yang benar.

Islam telah menetapkan tata cara tertentu dalam memukul isteri,sekaligus melakukan beberapa syaratnya.

apakah syarat-syarat memukul isteri?
  1. tidak terlalu menyakitkan dan tidak mengenai wajah,sebab pukulan pada wajah bererti menghinanya.
  2. Memukul dengan tujuan mendidiknya.
  3. Proses pengajaran/memukul ini hendaklah tidak nampak oleh anak-anak dan pembantu rumah.
  4. Bila berlaku pertelingkahan hendaklah bersikap baik,bagi isteri bertenang dan kuatkan kesabarannya.
dalam kehidupan rumah tangga,nampaklah kebengkokan wanita dan para suami hendaklah bertindak bijak menyudahi pertelingkahan agar tidak berterusan.Wahai lelaki yang bijak,engkau sepatutnya cepat-cepat memadamkan api kemarahan isteri dan jangan pula makin mengobarkannya.

Apakah yang dimahukan oleh wanita dari suami/lelaki?Dalam Imaginasi wanita,terdapat gambaran-gambaran lelaki idealnya iaitu lelaki yang boleh menggembirakan hatinya,dirindukan fikirannya,dia memimpikannya sepanjang  malam dan siang. Dia berangan bayangan-bayangan itu akan muncul dalam dunia realitinya.

Begitulah wanita,walaupun lelaki kurang mengambil peduli untuk mengetahui pandangan wanita pada dirinya,wanita tetap berkeras menulis impian-impiannya.

Sayangilah wanita……


" Sharing Is Caring "

Rujukan:

Mengapa Zalimi Isteri, DR.Najah Binti Ahmad Zhihar,Synergy Media,Selangor.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan