Ahad, 13 Julai 2014

Capai Takdirmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini….

Salam Ramadhan,

Kali ini saya ingin menulis berkenaan dengan tajuk   '" Capai Takdirmu"

  •  Saya percaya  dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan menciptakan kita untuk menjadi orang yang sukses.
  • Saat kita berusaha dengan  penuh ketekunan, sabar, bersemangat dan selalu berdoa, hasilnya adalah takdir.
  •  Saya tidak percaya adanya takdir buruk, karena kita akan menciptakan takdir baik bagi diri.
  •  Kita perlu selalu yakin, bahawa takdir kita adalah untuk menjadi seorang pemenang.
  •  Apa yang kita lakukan dalam hidup ini, itulah yang akan kita  capai dan itulah takdir kita.
  •  Berbuat dengan segala potensi yang dimiliki akan menciptakan takdir yang baik bagi diri kita.
Sekiranya hidup  ini hanya terpaku  dan menunggu pada takdir, sama sahaja dengan betapa bodohnya kita kerana tidak melakukan sesuatu atas dasar kerana menunggu kematian.  Sebagai manusia yang telah diberikan akal dan fikiran, harus boleh menciptakan masa depannya dengan segala potensi yang dimilikinya. Seharusnya kita  percaya Tuhan tidak akan mengatur hidup ini untuk menjadi apa,tetapi Tuhan mengatur hidup ini sesuai dengan keinginanNYA.
Walau bagaimanapun, Tuhan memberikan kebebasan pada kita sendiri untuk menentukan jalan hidup ini namun bertolak titik dengan peraturan dan hukum hakam agama. Segalanya telah Tuhan /Allah berikan dan sediakan, bergantung  ke arah mana hidup ini kita tuju.

Memandangkan kita  memiliki kebijaksanaan yang ada, tentunya kita harus meraih yang terbaik dalam hidup ini untuk menjadi  sangat berarti dan  penuh makna. Maka kita harus mulai menciptakan takdir sendiri dengan menjalani hidup ini dengan sebaik-baiknya. 

Saat mengalami kemalangan dan hidup dalam kesusahan kita tidak hanya berserah dan ah, ini memang sudah takdirku hidup jadi orang susah dan tak berguna. Atau saat mengalami kekalahan, aku tidak boleh ,dengan lesu berkata, aku memang tidak boleh,aku memang kalah dan aku…dan aku….macam-macam lagi.
Kita yang penuh dengan akal fikiran  seharusnya dapat menghadapi semuanya dengan tegak dan berani berkata, aku tidak ditakdirkan menjadi orang susah dan orang yang kalah. Takdirku adalah menjadi pemenang ,  Itu pasti!!! kerana Allah telah berjanji pada hambanya,sesiapa yang berusaha dan mengubah cara hidupnya( ke arah kebaikan ) pasti Allah membantunya.

Setakat itu sahaja… mari kita capai Takdir kita…jangan hanya berserah  dengan  mengatakan  " saya memang miskin, atau kenapa mereka kaya kenapa saya miskin..ahh sudah takdirku jadi orang miskin dan suasah".kemudian kepercayaan yang salah itu diturun-temurunkan kepada anak cicit,sehingga keturunan tersebut hidup miskin dan hidup susah .

Mari kita naik tafar hidup ini,mari kita ubah takdir kita…mari kita capai takdir yang baik-baik dan berniatlah kerana Allah.

P/S: Semoga memberi manfaat…" Sharing Is Caring "




Tiada ulasan:

Catat Ulasan