Sabtu, 19 Julai 2014

Lakukan Apa yang Anda Mampu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Ramadhan (hari ke 22 pada 19/07/2014)


" LAKUKAN APA YANG ANDA MAMPU, DENGAN APA YANG ANDA MILIKI "
~ Theodore Roosevelt ~

Sesiapa sahaja memiliki impian yang ingin dicapai, termasuk anda.  Sama ada impian berkaitan kejayaan perniagaan, kerjaya, keluarga, harta, pencapaian diri dan sebagainya.
Namun, tidak semua orang berjaya mencapai impian yang ditetapkan itu sama ada mungkin kerana besarnya rintangan yang mereka hadapi, ataupun mungkin kerana mereka tidak berjuang mencapai impian itu melalui kaedah-kaedah yang betul.

Terdapat dua faktor utama sesebuah impian itu lambat ataupun cepat dicapai:
  • Faktor luaran (tidak dapat dikawal)
  • Faktor dalaman (dapat dikawal)
Faktor pertama adalah seperti sokongan keluarga, bencana alam, keadaan ekonomi dunia/negara, fitnah, keadaan cuaca dan sebagainya.

Manakala faktor kedua adalah sepenuhnya ditentukan oleh diri kita sendiri seperti rajin, malas, bersungguh-sungguh, keinginan yang membara, bersemangat, suka, benci, tidak cepat berputus asa, ilmu, kemahiran, bakat, ketahanan mental dan sebagainya. Ya, terlalu banyak untuk disenaraikan!

Daripada senarai dua faktor itu, didapati 90% daripadanya lebih banyak pada diri kita, iaitu faktor yang boleh dikawal! Jadi dapat kita lakukan kesimpulan awal bahawa, impian boleh dicapai apabila kita berusaha dan melakukan tindakan yang betul. Pendek kata, kita lakukan perkara yang dapat kita kawal sepenuhnya.

Namun, kita perlukan formula ataupun prinsip asas yang akan kita pegang selalu agar kita sentiasa fokus sepenuh hati terhadap matlamat yang telah ditetapkan.


  • Jika ada kemahuan, walaupun harus mengalami kegagalan, tapi akhirnya pasti boleh.

  • Hidupku harus berguna dan bermanfaat untuk melakukan perkara-perkara yang baik.
  •  Aku harus selalu melakukan yang terbaik , itulah jalan untuk menuju kesuksesan.
  • Sekiranya ada kesempatan untuk berbuat baik, gunakanlah kesempatan itu jangan buang masa.
  •  Setiap orang pasti ada kemampuan untuk menjadi yang terbaik dalam hidupnya.
  • Percayalah, siapa pun kita,apa pun latar belakangnya, sekiranya ada niat dengan  ketulusan  serta kesungguhan ,pasti Tuhan akan membantunya .
  • Fokuskan pada niat anda,capai impian,jangan kuburkan.
  • Kumpulkan energi anda untuk perkara yang positif ( cita-cita).


# Ya Allah. . berikan aku kekuatan untuk menjalani hidup ini. . . Agar aku menjadi pemenang yang dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada orang lain.


P/S : Renungan dan Pedoman Buat diriku yang lemah ini.
" Sharing Is Caring "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan