Ahad, 13 Julai 2014

Berjuang dan Berperang dengan diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Ramadhan ,

" Berperang dan berjuang agar jadi pemenang dalam hidup ini dengan diri sendiri,sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah.

Kita sering mendengar khabar perjuangan para mujahidin melawan musuh…kita juga sering melihat bagaimana perjuangan menentang peperangan agar tidak berterusan.

Bagaimana dengan kita? bagaimana dengan kita masa ini,adakah kita tengah berjuang dengan diri sendiri?

Sesungguhnya berjuang dan melawan diri sendiri tidaklah semudah yang kita sangka….sebenarnya berjuang melawan diri sendiri amat berat dan memerlukan kuasa roh yang perlu kita bangkitkan.

Semangat yang tinggi untuk membangkitkan dan membangunkan roh/diri kita yang telah lama tidur,memang sukar.Perkara ini  memerlukan perjuangan yang berterusan dan istiqamah.

saya juga berjuang melawan diri sendiri,banyak suara-suara negatif yang sering bersuara dalam diri menghalang.Sesungguhnya berjuang melawan diri sendiri lebih hebat dan dahsyat ,cuma orang lain tidak tahu.Kita sendirilah yang mengetahui dan menyedari perjuangan kita sampai ke tahap mana.

Kenapa mesti berjuang  dan berperang dengan diri sendiri ?


  • Berjuang dan melawan diri sendiri agar bangkit dari kemalasan.
  • Berjuang melawan diri sendiri agar menggunakan masa yang Allah berikan 24jam sehari ,digunakan dengan sebaiknya dan berfaedah.
  • Berjuang melawan diri sendiri agar bangkit melakukan perkara-perkara sunat sebagaimana Rasulullah s.a.w lakukan seperti solat sunat Tahajjud.
  • Berjuang melawan diri sendiri/  dari suara-suara negatif ,agar sentiasa membaca Al-quran.
  • Berjuang melawan diri sendiri agar bertindak melakukan sesuatu seperti mencari ilmu dan tambah ilmu pengetahuan demi masa depan.
  • Berjuang dan melawan diri sendiri agar menjadi orang yang beriman.
  • berjuang dan melawan diri sendiri agar menjadi orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain khasnya keluarga/ibu-bapa.
Sebenarnya banyak perjuangan yang harus kita harungi untuk melawan diri sendiri,perjuangan inilah yang amat sulit kita rasakan.Saya juga dalam kategori cuba berjuang melawan suara-suara negatif yang sentiaasa kedengaran dalam diri seperti..ehh tidak payalah menyambung pelajaran kerana usia sudah lanjut,  eh..tidak payalah buat itu buat ini..dan macam macam lagi.

Buat diriku yang lemah ini,ayuh bangkitlah ,bangunkan kuasa roh yang Allah baerikan pada kita sejak kita dilahirkan ke dunia ini.

Bagaimana cara berjuang membangkitkan kuasa Roh/Rohani yang ada dalam diri?
  • Berdoalah di dalan Hati yang sangat dalam dengan penuh emosi agar diri kita menjadi orang yang bersemangat dan mempunyai matlamat hidup.
  • Semarakan energi positif diri kita dan sebarkanlah ke alam semesta.
  • Bertindakalah dan beli buku-buku pengembangan diri hasil tulisan para penulis Best seller sepeti buku Adam Khoo,buku Datuk Fadilah Kamsah,buku dari luar negara seperti The Positif Thinking,Aweken The Giant ,The secrete,The Power dan bermacam-macam lagi.
  • Bertindaklah dan pergi mendaftar untuk mengikuti kursus-kursus NLP dan sebagainya.
  • Perkara paling penting adalah kuatkan tali ikatan antara kita dengan Allah kerana kita ini adalah miliknya dan datang darinya serta kembali kepadanya juga.

Ayuhlah,bangkitlah bangunlah…mari kita berjuang melawan diri sendiri jika selama ini kita berada pada tahap / taraf hidup yang 50%,60% 70%….mari kita tambah nilai hidup,mari kita tambah nilai diri kita sama ada dari segi ekonomi,ilmu pengetahuan,amalan/keimanan/hubungan dengan Allah( spiritual) dan sebagainya,apa yang penting ia boleh menambah nilai  dalam kehidupan kita serta boleh membawa impak kepada sekeliling kita.

P/S: semoga hari ini kita sedar bahawa kita sudah banyak membuang masa yang sangat berharga( ingatan  pada diri saya sendiri ).

" sharing Is Caring "












Tiada ulasan:

Catat Ulasan