Khamis, 24 Julai 2014

Syurga Menunggu Ketibaan Orang yang Menuntut Ilmu ( bhg 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku Yang dirahmati Allah….

bersua kembali pada jam ini dan Masa ini….

Salam Ramadhan( Hari ke 25),

             " Sesiapa menimbah Ilmu, baginya terbentang Jalan menuju Syurga"


Sungguh hebat ganjaran yang Allah berikan kepada kita dengan ungkapan-ungkapan seperti di atas. Sesungguhnya tidak ada susahnya menunntut ilmu.Perkembangan ilmu dewasa ini sudah tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sebelum saya meneruskan menulis tentang tajuk ini,saya ingin bercerita sedikit berkenaan dengan perkembangan ilmu zaman dulu 70-an dan sekarang 20-an. Saya  masih teringat seorang kawan bernam Diana,kami pergi ke satu kampung dan ke satu kampung yang berhampiran mencari Guru Agama kerana kami ingin mengaji @ belajar Al-Quran.Namun semuanya hampa kerana tidak ada pondok @ Tok Guru yang boleh mengajar .

ok,ini kisah yang ke dua pula,kerana tidak berputus asa,saya dan beberapa orang rakan telah bersepakat untuk mengikuti kelas mengaji Al-quran di sebuah rumah berhampiran dengan kampung .Seminggu 3-4 kali kami pergi mengaji tetapi apa yang jadi masalahnya,bahasa yang digunakan oleh Tok guru tersebut , mengelirukan saya kerana Tok Guru kaum suluk.Walau bagaimanapun,kelas tersebut hanyalah beberapa bulan kerana Tok Guru kami balik kampung asalnya.

Kisah ke tiga : kerana tidak berputus asa,saya dan dengan daya usaha sendiri tanpa dorongan  ibu bapa,(Keluarga tinggalkan saya di rumah keluarga dekat sebelah ayah) di sebuah pekan sementara ibu-bapa saya di sebuah perkampungan yang jauh dari pekan ).Saya tidak putus asa bersama rakan-rakan sebaya mencari Tok Guru Mengajar mengaji…..dapat jumpa dan mengaji beberapa kali,Tetapi Tok Guru ini sering ke laut dan jarang berada di kampung,kerana pekerjaannya adalah Nelayan.

Sungguh tragis juga kisah bagaimana mencari ilmu pada zaman-zaman dulu.sangat beruntunglah pada kenak-kanak,remaja dan dewasa zaman ini kerana ilmu di hujung jari.Ke mana sahaja kita melangkah,gedung-gedung ilmu,pusat-pusat ilmu,kelas tuisyen,pondok-pondok mengaji Al-Quran,semuanya  selangkah sahaja dari kaki melangkah.

Ok…saya teruskan kepada tajuk yang saya tulis hari ini,kerana saya sudah meleret-leret jauh bercerita kisah lama saya,bagaimana payahnya mencari ilmu pada suatu ketika dahulu.

Sesiapa yang menuntut ilmu Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga,seperti yang dikatakan Rasulullah s.a.w;

" Sesiapa yang menempuh jalan menuntut ilmu,Allah akan memberinya jalan menujuh syurga"
                                                         ( Riwayat Tirmizi dari Abu Hurairah)

Hadis di atas  mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang menuntut ilmu, baik ilmu agama, mahupun ilmu dunia maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga, selagi ilmu tersebut diamalkan demi menegakkan Agamanya dan demi kebaikan  kaum@ masyarakatnya.Ilmu yang digunakan untuk kebaikan akan membawa pemiliknya kepada kebahagiaan di akhirat kelak.

Betapa tingginya darjat ilmu kerana mencari ilmu itu tidak mudah.Ilmu yang paling baik adalah ilmu yang didapati atau diperolehi dengan penuh keperihatinan dan penuh kesukaran,sebab itu Allah memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

Sesiapa yang sudah berusaha mencari ilmu dengan segala kepayahannya,namun ia tidak menghasilkan ilmu yang dimaksud,maka baginya ada pahala yang besar.Tetapi  jika ia berhasil, itulah yang paling baik.

Perhatikan Untaian kata-kata Mutiara berikut:


"Ilmu adalah Cahaya,kejarlah di mana pun ia berada,amalkan jika telah ada,kerana dalam mengamalkannya ada keistimewaannya.

Di tengah malam bangunlah, kerana tidur tidak akan membawa faedah,jangan malas,kerana malas membawa kerugian.

Seluruh malaikat rela menghamparkan sayapnya, memenuhi seluruh  jalan yang hendak dilalui seorang alim@berilmu@pencinta Ilmu.

Sesungguhnya para malaikat yang ada di bumi dan makhluk ghaib yang lainya,rela menghamparkan sayapnya untuk jalan bagi seorang yang menuntut ilmu.Oleh itu,Rasulullah s.a.w bersabda;

        " tuntutlah Ilmu walaupun ke negeri China" kerana mencari ilmu wajib bagi setiap muslimin ( lelaki) dan muslimah ( perempuan) ,dan sesungguhnya para malaikat rela melebarkan sayapnya,pada jalan yang hendak dilalui oleh para penuntut ilmu."
                    ( Riwayat Ibnu Abdil Bar dari sahabat Anas).

hadis di atas sebenarnya mengandungi kata-kata sangat terhormat@tawadhuk.sebab,para malaikat sanggup melebarkan sayap untuk di lalui para penuntut ilmu.sangat tawadhuk kerana ketinggian ilmu tersebut.

Ok…saya hentikan dulu untuk bahagian 1,saya akan sambung lagi Tajuk " syurga Menunggu Ketibaan Orang Yang Menuntut Ilmu"  pada jam dan masa akan datang.


Semoga apa yang saya tulis ini,memberikan kita manfaat dan menyedari bahawa ilmu amat tinggi nilainya sehinggakan Allah sendiri membuka jalan menuju ke syurga bagi pencinta Ilmu.

sekian………. " Sharing Is Caring "


Rujukan:

Asas tasawuf,Membentuk Insan  calon penghuni syurga, Al-sayyid Bakri Al-Makkiy, Pustaka Ilmi,2001,selangor.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan