Jumaat, 11 Julai 2014

kekeliruan terjawab Reseach /Coursework/ mixmode

Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…..
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Ramadhan yang ke 11 ( Malaysia),

Entry ini  saya tulis untuk menjawab persoalan yang bermain di dalam minda Saya.Pening kepala hendak  sambung  Master / postgraduate.Pada mulanya saya memang tidak faham mod apa yang sepatutnya saya ambil dalam bidang master.

Sebagai seorang yang ingin benar-benar tahu,kita jangan hanya menungggu dan hanya minta pendapat kawan.Kemungkinan besar kawan yang kita bertanya itu juga kurang pengetahuan dalam bidang master ( kurang pembacaan ).

Saya agak keliru juga oleh para graduan by Research yang seolah-olah meremehkan mod by coursework.ada yang kata kalau hanya setakat mahu ambil sijil master,bolehlah ambil by coursework tetapi jika mahu mendapat gelaran / nama grand-grand,ha ambillah  mode by research.

Kenapa ada anggapan seperti itu dalam bidang ilmu? kenapa ilmu by coursework percumakah? sementara ilmu by research digali,dicangkul dan di korek dari dalam tanah? Kenapa pelajar dalam Mode Coursework ini tidak berhempas pulaskah menelaah,membaca dan sebagainya.Soalan demi persoalan timbul…..bukankah ilmu sememangnya bertingkat-tingkat….


"by coursework"
Sebenarnya merujuk kepada pembelajaran yang disertai dengan kelas, assignment & exam.Pelajar diWAJIBkan hadir ke kelas, siapkan assignment, buat presentation dan akhir sekali WAJIB hadirkan diri ke Peperiksaan.
Kuliah hanya sekali (Sabtu & Ahad) bagi part time untuk satu subjek yang kita ambil.Contohnya , 1hb - 2hb Januari untuk Subjek A, 24hb - 25hb Januari untuk Subjek B.Itu untuk bulan Januari, nanti bulan Februari pun sama juga...jangan risau, nanti akan diberi jadual kuliah lengkap nama pensyarah  dan tempat pembelajaran.

Markah keseluruhan dibahagikan kepada dua iaitu Assignment (70%) dan Exam (30%)
Oh ya, untuk coursework, tetap ada "tesis" atau actually atau "disertasi", semua tetap kena buat research ok, tapi skopnya lebih kecil.

"by research"
Untuk Program Research, kita tidak perlu menghadiri kelas, tiada assignment tiada exam.Kita cuma perlukan tajuk kajian yang ingin dikaji + seorang supervisior.Setiap bulan atau setiap semester, kita akan berjumpa dengan supervisior..Yang tidak baiknya, bila kita tidak faham dan tidak tahu menahu atau tidak yakin buat "research" ,maka jadi tunggang-langgang lah research tersebut.Tapi, sila rebut peluang masing-masing..Tebalkan muka masuk kelas untuk timba ilmu.

Ini adalah pendapat dan penerangan yang jitu berkenaan dengan Mod by research,by coursework dan mix mod/coursework and research:

Semoga apa yang saya paparkan ini dapat menyelesaikan kekeliruan :


Salah satu pilihan untuk melanjutkan pelajaran adalah master by coursework atau by research. Kitalah  yang menentukan, pilih bidang mana satu. Perlu dalami terlebih dahulu apa Mod yang kita minati,jangan tersalah pilih nanti merana diri.


Master by coursework adalah kuliah S2 yang cara pembelajarannya adalah perkuliahan biasa. Mahasiswa harus memilih beberapa subject ( mata pelajaran ) selama satu semester, ikut perkuliahan di kelas, mengerjakan tugas atau mengikuti ujian akhir semester. hampir sama dengan perkuliahan s1( Ijazah Sarjana Muda).
Master by research adalah kuliah S2/ pascasarjana@postgraduate  tetapi tidak ada kelas, hanya penelitian/penyelidikan sahaja. Untuk itu mahasiswa harus memilih supervisor (pembimbing) .
cara pembelajaran ini  tidak  ada kegiatan masuk kelas , mengerjakan tugasan atau mengikuti ujian akhir semester. Kalau penelitiannya berhubungan dengan laboratorium, ya berarti kegiatannya hanya buat penyelidikan/ research di komputer (internet) untuk browsing jurnal, bertemu supervisor untuk berdiskusi dan pergi ke laboratorium. Pada mod research ini, ada kegiatan pengambilan data yang boleh dilakukan di mana sahaja yang bersesuaian dengan tema penyelidikan.
Biasanya  pelajar yang mengambil kuliah master by research adalah para peneliti atau pengkaji. Sebab mereka akan melanjutkan pengajian dalam peringkat S3/PHD/Doktor  yang memang isinya adalah penelitian.
 Sementara master by coursework diambil oleh para pelajar atau para fresh graduate. Kalau pelajar mengambil perkuliahan ini dengan alasan, ingin menambah ilmu dengan cara mengikuti kelas… bertemu pensyarah dan rakan-rakan baru , oleh itu  suasana  berbeza sama sekali. Sementara para fresh graduate biasanya memang  tidak ada pengalaman dalam penyelidikan, oleh itu agak sukar untuk mengambil master by research.
Bidang yang ke tiga  namanya minor thesis atau honours, jadi namanya master by coursework with minor thesis (atau with honours). Maksudnya, ada kegiatan perkuliah yang mesti diikuti, tetapi ada projek/tesis untuk dibuat .Maksudnya disini,ada juga buat penyelidikan tetapi tidak terlalu panjang.
 Mengambil master with honours, kuliahnya 2 semester dan penelitiannya 2 semester. Jadi soal berapa lama penyelidikannya, bergantung kepada jurusan masing-masing. Tapi intinya adalah master dengan minor thesis (honours) adalah gabungan (mix) antara kuliah dan penyelidikan. Apa tujuannya? Ini untuk memberikan “bekal” kepada mahasiswa seandainya dia kelak mahu melanjutkan S3./PHD. sebab salah satu syarat S3/PHD adalah “ mempunyai pengalaman research”.
Bagaimana sudah jelas? saya sendiri sudah jelas dengan artikel ini.bagi para pencinta ilmu,janganlah meremehkan sesuatu bidang kerana tidak mencabar atau kerana tidak menggali ke dasar tanah.
Sama ada kita pelajar atau graduan master by research atau master by coursework atau mix mod, kita adalah pencari ilmu,peneroka ilmu dan pencinta ilmu.Masing masing ada sebab musabbab kenapa memilih bidang yang berlainan.
Jadi begitulah pendapat orang orang sekeliling yang sangat mengelirukan saya, semasa saya cuba untuk memahami dan membuat pilihan.Kerana kebingungan  dan terkeliru,akhirnya saya mengkaji sendiri ketiga- tiga mode/bidang yang ditawarkan oleh Universiti.
Akhirnya kekeliruan itu terjawab dengan pembacaan yang mendalam.Plihan di tangan kita sendiri,apa yang patut kita buat, bagi anda di luar sana.jangan terlalu dengar kata-kata  kawan . Biar kita cari fakta sebenar dan fahami agar kita tidak terkeluar dari landasan dan akhirnya kecundang kerana   tidak tahu menahu  apa itu master by research,apa itu master by coursework dan apa itu master by mixmode.

sesungguhnya ilmu itu cahaya….setiap ilmu datangnya daripada Allah s.w.t, sama ada ilmu itu dipandang rendah,dipandang tinggi…..terpulang pada kita bagaimana untuk mengaplikasikannya ,agar ia bernilai dan dapat bermanfaat kepada Orang ramai, masyarakat ( agama bangsa dan negara).

P/S : semoga bermanfaat kepada saya dan juga anda….." Sharing Is Caring "





6 ulasan:

  1. Salam sis..saya berniat nk sambung master tapi teringin nk smbung bidang lain pulak...contohnya waktu degree belajar biologi waktu master teringin nk tambah ilmu dalam pengurusan... ada x kenalan2 sis yang dah berpngalaman macam kes saya ni...mohon pandangan dan cadangan...terima kasih... :))

    BalasPadam
  2. Salam. Penjelasan yang sangat membantu. Tq sis!

    BalasPadam
  3. thank you sis! sangat membantu.semoga Allah memudahkan urusanmu.

    BalasPadam
  4. thank you sis! sangat membantu.semoga Allah memudahkan urusanmu.

    BalasPadam
  5. sangat membantu sy untuk membuat pilihan, terima kasih, doakan master sy doing well

    BalasPadam