Sabtu, 19 Julai 2014

MH17 menyedarkan kita tentang kematian

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah
bersua kembali pada jam ini dan masa ini,

Salam Ramadhan yang ke 22( 19/07/2014).


"Hidup ini pasangannya adalah mati. Seperti pasangannya lelaki dan perempuan, siang dan malam, matahari dan bulan. Cepat atau lambat semua kita akan mati." 

Mengapa kita perlu takut akan mati? Suka atau tidak, ia tetap akan datang menjemput kita. Dalam bentuk yang bagaimana, wallahualam.

Peristiwa MH17 yang berlaku baru- baru ini sebenarnya sangat mengejutkan kita lebih-lebih lagi ahli keluarga yang terdekat.Peristiwa MH17 yang dikatakan  di tembak jatuh dari  Amsterdam ke Kuala Lumpur,suatu tragedi yang amat menyayat hati.

Sesungguhnya peristiwa MH17 ini membawa impak besar kepada kerajaan Malaysia,belum lagi selesai Tragedi MH 370,kini MH 17 pula menyusul.

Sesungguhnya kematin itu berlaku di mana sahaja tidak kira siapa kita.kematian tetap akan menjemput walau dalam keadaan apa sekalipun.Sesungguhnya,kita sebagai umat Islam,sentiasa mengingatkan diri kita dengan beberapa perkara seperti berikut:


  • Muda sebelum tua
  • sehat sebelum sakit.
  • kaya sebelum miskin
  • Sembahyang sebelum disembahyangkan.
  • Hidup sebelum mati.
  • Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
  • Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
  • Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan  dengan kain kafan yang serba putih.


                    "Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan"
Soal kematian kadang membuatkan kita takut ,sehingga terlalu berjaga-jaga akan kehidupan dan kesihatan kita. Macam mana sihat pun kita,  jika waktu kematian sudah dekat,  dan maut  datang menjemput, apa yang mampu kita lakukan? Di dalam tidur, di dalam jaga dia tetap akan datang juga.


Bukankah kita hadir di dunia ini atas rahmat kasih dan sayangnya juga? Baik atau buruk adalah ciptaan dan permainan manusia untuk membezakan cara dan perilaku kita di dunia ini.
Hukum karma mahupun qada dan qadar itu nyata dan kita perlu menerima apa yang terhidang dalam lapang dada kerana walau apa pun, nilai positif itu wajib tersemat di dalam dada dan di situlah nilai atau tahap yakin kita pada cerita dan takdir kita di dunia ini.
Innalillah itu adalah sebaik pengucapan kerana kita belajar untuk mengembalikan apa saja yang dipinjam apabila sampai masanya.
Jadi, perkara yang terbaik adalah, inilah kita yang seadanya. Perlakuan mahu pun adab itu bergantung pada tahap faham dan kenal diri kita.
Apa yang kekal hanyalah roh kita. roh yang kita miliki selama ini bersama dengan jasad kita. Tidak kira sama ada kita ini seorang perompak, penagih dadah, kongsi gelap, peguam, jurutera, doktor, pencuci, pemuzik, penceramah atau siapa pun kita. Kita memilikinya kerana cerita di dunia ini bergantung pada apa watak kita dan bagaimana kita menanganinya.
Roh itu singgah di jasad, menjadikan kita bernyawa dan hidup dalam acuan dari yang maha mencipta. Akal membentuk perjalanan hidup dan nafsu kita. Hitam atau putih kitalah yang mencorakkan kehidupan kita di muka bumi ini,sebenarnya pilihan ada di tangan kita,jika mahu baik maka kita boleh jadi baik dan sebaliknya.

Perhubungan kita dengan Tuhan bukan hanya melalui pengucapan dan ritual semata - mata bahkan merangkumi segala macam aspek kehidupan yang kita sedang jalani ini. Segala jawapan akan kita temui di dalam diri kita sendiri, kerana kita tidak akan menipu diri kita sendiri sebagaimana kita menatap wajah kita sendiri di cermin.
Kita bercerita tentang mencari kasih-sayang Tuhan dalam konteks manusia yang beragama. Syariaat itu nyata dan kita tidak akan menafikan. Saya percaya kepada keikhlasan kita dalam mengenal siapa kita dan alam ini, itu lebih bermakna dan memberi kesan kepada jiwa.

 Apabila  tiba masa untuk pulang, sama ada kita suka  atau tidak,kita perlu meninggalkan apa yang tersayang dan apa  ada dalam tubuh badan. Apa yang terbaik, jalanilah kehidupan ini dengan berlapang dada dan tanamkan keyakinan bahawa kita ini adalah makhluk yang istimewa seperti janjiNya. 


Sedarlah kamu sebelum kita disedarkan dengan panggilan Izrail yang menakutkan
Berimanlah kita sebelum kita ditalkinkan  kerana ianya berguna untuk yang  masih tinggal dan bukan yang pergi. Beristighfarlah  sebelum kita diistighfarkan.

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memangggilmu buat kali yang terakhir. Ingatlah, kita dahulu hanya setitis air yang tidak bererti lalu menjadi segumpal darah, menjadi seketul daging lalu  ,daging itu membaluti tulang jadilah kita insan yang mempunyai erti dan sangat bermakna.


Buat diriku yang masih dalam pencarian dan pencarian,buat diriku yang masih dalam penghijrahan demi penghijrahan….Aku mohon padamu ya Allah…berkatilah hidupku,selamatkanlah aku dunia dan akhirat.


Semoga Tragedi MH370 dan MH17 menyedarkan kita semua daripada kelalaian kita dalam mengharungi hidup di dunia ini,semoga kita semua mengambil ikhtibar dari peristiwa ini untuk menjadikan diri kita  jadi lebih baik dan mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t…kerana darinya kita datang dan kepadanya juga kita kembali.

P/S: semoga hidup ini penuh dengan keinsafan…

 " Sharing Is Caring"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan