Ahad, 3 Ogos 2014

Pasang Wafi Untuk Rumah Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
Bersua kembali  pada jam ini dan masa ini,

 Salam Syawal,

            " SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN "

Pada jam ini dan masa ini, teringin saya mengucapkan Selamat hari Raya mohon ampun dan maaf kepada Anda sekiranya ada tertulis dalam blog Hijrahku ,kata-kata dan ayat-ayat yang boleh menyinggung  perasaan anda.Semoga hati kita semua disucikan Allah untuk saling memaafkan.

Pada Syawal  ini, saya dapat menulis blog serta dapat membuka Fb secara lancar walaupun bercuti di kampung halaman.Kepulangan saya kali ini sungguh bermakna kerana, saya telah menggembirakan hati anak-anak buah serta keluarga.

kepulangan saya beraya ke kampung halaman kali ini tidak seperti tahun-tahun lalu kerana saya membawa sesuatu yang sangat bermakna buat keluarga.Saya telah melanggan WIFI CELCOM tampa wayar khas untuk keluarga.Sungguh mudah hidup ini,hanya guna modem,simkad,dan soket.kemudian pasang dan cucuk ke plug lepas itu onn.

Sebagai seorang guru, saya amat memahami bagaimana pelajar-pelajar sekarang amat memerlukan hubungan internet dengan pembelajaran mereka.Saya dapat melihat dari anak saya sendiri yang berada dalam tingkatan 3.Mereka sekarang bukan lagi PMR tetapi PT3,tugasan yang diberikan pada mereka memerlukan mereka mencari sendiri bahan yang berkaitan di internet. .Mereka mengakses sendiri dan mencari bahan bahan  seperti mata pelajaran Geografi dan sejarah bagi menyiapkan kerja kursus yang diberikan  pada Julai lalu.

Kebijaksanaan pelajar-pelajar sekarang dalam meneroka serta mengakses internet sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. banyak bahan dari internet yang boleh diakses oleh pelajar-pelajar yang mempermudahkan mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.

Sebagai seorang  kakak, macik kepada adik - beradik dan anak- anak buah , rasa   bertanggungjawab demi masa depan mereka agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan,pemodenan dunia khasnya dalam bidang pendidikan." dalam hasil usaha kita atau dalam rezeki kita,ada hak orang lain ( keluarga) ."….bayaran bulanan RM 85,anggap ia sebagai sedekah demi memanusiakan orang lain.kalau bukan kita yang membantu keluarga ,siapa lagi ? ." sayang menyayang antara kita lebih mengeratkan lagi tali persaudaraan.Semoga Allah bukakan pintu hati kita agar sentiasa berbuat baik kepada sesama insan.


Namun begitu,walaupun internet banyak kebaikan yang kita perolehi tetapi kepada ibu- bapa,kakak dan abang,tolong pantau adik- adik,anak buah anda dalam melayari internet.Semua pihak harus bertanggung jawab dalam menangani perkara-perkara yang negatif kemungkinan berlaku.Kita bimbang anak-anak kecil,remaja sama ada secara sengaja atau tidak sengaja membuka dan melihat sesuatu yang seharusnya tidak mereka lihat kerana ini boleh merosakkan fikiran dan  minda mereka.

Gambar-gambar lucah,bogel,penjenayahan,pembunuhan dan video yang tidak bermoral banyak terpampang di mana-mana sahaja.Perkara seperti inilah yang harus kita cegah agar anak-anak kecil,remaja dan meningkat dewasa tidak terpengaruh dengan benda seperti itu.

Kepada Allah saya panjatkan syukur kerana memberi rezeki  sama ada wang ringgit,kesihatan,harta ,kebahagian, ilmu, dan  kasih sayang keluarga yang sentiasa mekar. Rezeki tersebut pula  dapat  saya kongsi faedahnya kepada keluarga.

Sebab itu,pada jam ini dan masa ini saya dapat menulis dalam blog Hijrahku,walaupun bercuti Raya di kampung kerana WIFI sudah ada di Rumah Ibunda dan ayahanda tersayang.Syukur Alhamdulillah…terima Kasih  ya Allah…terima kasih ya Allah dengan nikmat dan rezeki yang engkau berikan.


Inilah coretan ku untuk jam ini dan masa ini.

" Sharing Is Caring "





Tiada ulasan:

Catat Ulasan