Selasa, 5 Ogos 2014

Ahhh!!! Satu Ringgit Sahaja Angpau Raya?????

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam syawal,

Hari ini terasa penat selepas pulang dari kerja namun digagahi juga kepenatan sesampai di rumah.Memasak untuk makanan malam, memastikan Si Undut ( Nama kucing Parsi Anak aku ),sudah mandi dan makan serta membersihkan tempat tidurnya.

Jika diturutkan hati, sebenarnya saya tidak suka memelihara kucing tetapi demi kasih sayang pada anak yang sering mendesak agar dia dibenarkan memelihara kucing, akhirnya saya menurut .

Sebenarnya apa yang saya tulis bukannya tentang kucing peliharaan anak tetapi saya ingin bercerita tentang duit raya.Sudah menjadi satu kewajiban bagi saya pada setiap tahun pasti memberikan duit Angpau raya pada Aidil Fitri.

Persediaan angpau Raya telah dibuat lebih awal dengan mengisi sampul RM 2.00 - RM 3.00.Keriangan kanak-kanak berhari Raya dan berkunjung ke rumah jiran-jiran sudah menjadi satu amalan dalam kalangan kanak-kanak di kampung Halamam . Saya percaya begitu juga di tempat lain.kanak-kanak amat teruja berhari raya kerana hendakkan Angpau Raya.

Suasana Hari raya pada pagi itu telah diserikan oleh beberapa kumpulan kanak-kanak yang datang .Saya mengambil kesempatan dengan memberikan angpau Raya kepada kanak-kanak walaupun mereka tidak dikenali.betapa gembiranya mereka apabila diberikan Angpau raya.dalam saya masih lagi menghidangkan kuih raya,seorang kanak-kanak telah membuka angpau raya,dia terkejut melihat jumlah wang yang ada…..Ahhhh!!! satu ringgit sahaja?????

Saya agak tersenyum sendiri melihat gelagat kanak-kanak tersebut..sambil yang lain pula bertanya masing-masing. "Kau berapa duit di dalamnya?…ehhh sama sahaja satu ringgit." begitulah ,nilai RM1 pada hari ini sudah tidak ada makna . Jika dahulu RM1 amat bernilai dan boleh membeli beberapa jenis benda tetapi RM1 pada hari ini tidak ada nilai lagi pada sesetengah orang.Apa lagi bagi kanak-kanak di kawasan bandar,sedangkan kanak-kanak di kawasan Kampung di pedalaman,dapat menilai bahawa RM1 itu sesuatu yang tidak bermakna bagi mereka.

Sebenarnya itu adalah kesilapan,saya menyediakan duit raya RM 2.00 dan ada juga RM 3.00 dalam setiap sampul tetapi saya tersilap ambil sampul yang belum siap dan dikemas kini.Rasa lucu dan tertawa sendiri melihat gelagat kanak-kanak berhari raya.Ada yang tertinggal dari rombongannya,ada yang hilang dari arah, ada yang menangis mencari kawan dan bermacam-macam.

perkara paling lucu sekali apabila seorang kanak-kanak dalam usia 3 tahun tiba-tiba menjerit dan meronta-ronta di halaman rumah ibu. kami semua terkejut dengan tangisannya.kanak-kanak ini menangis sehingga terkeluar hingus.semua orang lalu lalang tidak mengenali siapa punya anak tersebut.Akhirnya,anak buah saya seorang Guru telah menghantarnya ke Masjid dengan harapan,AJK masjid bagi pengumuman tentang kanak-kanak yang hilang.

Begitulah kisah yang dapat saya rakamkan tentang gelagat kanak-kanak berhari raya.

" Sharing Is Caring "







Tiada ulasan:

Catat Ulasan