Ahad, 3 Ogos 2014

Bagaimana Menghormati Diri Anda?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini..

salam syawal,

" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…"
                                                                           ( Al-Imran: 110)

Tanamkanlah kesedaran dalam diri anda sendiri dan yakinlah bahawa kasih sayang itu tidak dapat dinilai.Ianya tersendiri dan tulin yang perlu dikongsi bersama  dalam kehidupan kita.dalam erti kata, bahawa setiap perlakuan hendaklah dilakukan dengan baik agar  membawa kebaikan kepada diri kita sendiri mahupun kepada orang lain.

Tiga Prinsip untuk menghormati Diri Sendiri:

  1. Seharusnya jangan melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri.
  2. Memberi layanan yang mesra dan sedia memaafkan orang lain.
  3. Jangan membanding-bandingkan  kelemahan anda dengan orang lain tetapi bandingkanlah diri anda yang dahulu dengan yang sekarang.
Tiga prinsip ini sangat baik dan sesuai untuk menyayangi dan menghormati diri anda sendiri.

Ingat Tiga jenis manusia yang ada di muka bumi ini:
  1. Manusia yang inginkan kejayaan.
  2. Manusia yang terpedaya oleh masa.
  3. manusia yang tidak tahu apa yang berlaku dan selalu iri hati serta buruk sangka terhadap kejayaan orang lain .
Jenis manusia yang pertama;
  • sentiasa dalam keriangan.Imejnya positif dan sentiasa tersenyum.Percaya dengan apa yang dilakukannya akan mendatangkan hasil.Mereka ini adalah juara kerana berupaya merangsang dan mempamerkan kasih sayang yang padu.
Jenis Manusia yang ke Dua;
  • sentiasa dalam kesibukan,sering kecewa dan dikecewakan,terpedaya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Mereka tidak mahu mengalah dan tidak mudah memberi dan meminta maaf,bersifat egois.
Jenis Manusia yang ke Tiga;
  • Sentiasa bersikap dendam dan merajuk.kedua-dua penyakit psikologi yang sebati yang ada dalam diri setiap manusia.Tanpa kita sedari ianya adalah satu penyakit yang perlu diubat.

Semoga kita berada dalam golongan manusia yang pertama,iaitu sentiasa tersenyum,yakin,percaya dengan apa yang dilakukan, berupaya merangsang minda untuk menjadi orang yang berjaya dan sentiasa melahirkan rasa sayang menyayangi antara satu dengan yang lain.Hormat-menghormati dan saling bertimbang rasa.

P/S: Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk kita semua.

" Sharing Is caring"

Rujukan:
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof ,e-class sevices, 2007, Johor.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan