bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Syawal,
" Masa Depan bukanlah hak orang-orang yang bodoh dan lemah, tetapi dimiliki oleh orang orang yang Bijaksana dan berani berubah."
Sekiranya beberapa tahun yang lalu kehidupan kita agak muram,mungkin inilah peluang kita untuk membuat Transformasi diri. Kehidupan yang lalu biarkanlah ia berlalu pergi,tiba masanya untuk kita melihat ke hadapan demi masa depan yang cerah.
Sekiranya beberapa tahun yang lalu kita asyik berangan - angan inginkan sesuatu yang baik bagi diri dan kehidupan ini,namun ia hanya angan- angan kosong, sudah tiba masanya untuk kita mencari suatu formula. Formula apakah itu?
Sekiranya kehidupan kita yang lalu penuh onak , ranjau dan duri,kini tiba masanya untuk kita mencari kekuatan diri.Kalau dulu angan-angan tidak pernah kesampaian kini ,formulanya sudah ada.Mari kita bentuk angan -angan itu menjadi getaran jiwa yang sepadu.
Mahukah Anda mempraktikkan Formula tersebut? ini adalah formulanya yang boleh kita jadikan untuk menggetarkan jiwa agar angan angan kita menjadi nyata :
Formula Getaran Jiwa:
Akal + Jasad + Rohani = Hasil ( Kejayaan )
Untuk berjaya/Hasil, kita perlu Getaran Jiwa yang Sepadu.
Semoga dengan formula yang ada, kita bertambah yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t. Kita lakukan dengan sebaik mungkin agar kesepaduan jiwa dengan bergabungnya akal,Jasad dan rohani sentiasa bergetar aktif. Sekiranya jiwa sentiasa bergetar itu maknanya hidup kita sentiasa bersemangat,riang dan ceria.Buang kemurungan…buang kemurungan kerana kemurungan tidak membawa apa-apa makna dalam hidup, malah makin membuatkan hidup kita jauh daripada kebahagiaan ( kejayaan ).
Mari kita berikan satu kepastian kepada Minda bahawa kita akan berjaya, seterusnya Jasad kita berusaha dan bekerja tanpa perlu khuatir akan akibatnya , selepas itu,mari kita kukuhkan roh/rohani dengan berdoa ( solat/zikir/Baca Al-quran dll) kepada Allah yang maha Esa, insyaallah hasilnya pasti memuaskan.
Percayalah bahawa ke tiga tiga proses tersebut memberi kekuatan yang menjana seluruh tenaga untuk mencapai hasil yang memuaskan.Insyaallah hidup kita pasti bahagia.
Itulah tahap pertama bagi kita menikmati proses kebahagiaan/kejayaan.Kita akan berasa tenang,tenteram dan inilah kejayaan peribadi yang dapat kita rasakan.Gunakanlah formula terdsebut dengan sebaik-baiknya jangan pula hingga membinasakan diri kita sendiri.
Ini ada beberapa soalan yang perlu kita jawab,untuk menjadikan kita mencapai kejayaan yang sejati;
- Apakah yang harus anda Lakukan?
- Apakah yang membuat orang lain berjaya?
- Apakah yang membuat kawan-kawan Saya berjaya dalam hidup mereka?
- Apakah yang mereka telah lakukan sehingga mereka berjaya?
Lihat diri,cermin diri,tanya diri …….setiap manusia dapat mencapai kejayaanya dengan membentuk wawasannya sendiri…..bentuklah wawasan kerana anda sudah mempunyai kekuatan….
" Sharing Is Caring "
Rujukan"
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof , e-Class Services, 2007, Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan