bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Syawal,
(Eleanor Roosevelt )
- Tidak ada yang dapat menghalangiku untuk menempuh jalan kesuksesan.
- Aku berkuasa atas hidupku sendiri, aku menjadi apa yang aku mahu.
- Jangan pernah meremehkan dirimu sendiri, karena orang lain akan ikut meremehkanmu juga.
- Kalau ingin menjadi orang besar, lakukanlah hal-hal yang besar.
- Orang besar tidak akan menjadi kecil oleh hinaan dan cacian dari orang lain.
- Tidak ada yang boleh mengalahkan aku karena Tuhan sumber kekuatanku!
"Tuhan. . . Berkati dan berikan aku cahayamu, agar menjadi pemenang dan selalu menjadi orang besar dalam hidupku."
Semua manusia inginkan kejayaan berlaku dalam dirinya tetapi pelbagai cara yang membezakan mereka berjaya atau gagal.ada orang yang hanya melihat kejayaan orang lain, ada orang yang hanya berdoa tanpa buat apa-apa, ada orang yang bertindak pantas.Pelbagai cara inilah yang membezakan seseorang berjaya atau tidak.
Kita boleh mencapai kejayaan dengan mempercayai bahawa kita adalah nombor satu.Kita berhak berjaya dalam bidang yang kita ceburi, tidak kira apa bidang kerana itu adalah hak kita.Orang lain tidak berhak mengatakan "tidak" kepada kita kerana hidup ini kita yang menentukannya.Jangan sekali-kali memberi laluan kepada orang lain untuk bertindak sedemikian terhadap cita-cita kita.Siapa mereka yang harus meremehkan kita? Kita harus perjuangkan diri kita.
Ingatlah, setiap tumbuh-tumbuhan yang ada di muka bumi ini memerlukan baja untuk hidup dan membesar, samalah juga halnya dengan diri kita ini.kita perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang tersendiri untuk memajukan diri kita.Jika gabungan Ilmu dan pengetahuan kita gunakan untuk bertindak,insyaallah kita akan berjaya dalam bidang yang kita ceburi.
Ingat, kejayaan tidak akan datang dengan sekelip mata kemungkinan kita akan menghadapi kegagalan tetapi ia hanya sementara sahaja.Adalah lebih baik kita jadikan setiap kegagalan dan pengalaman itu sebagai jambatan untuk kita meneruskan impian demi mencapai kejayaan.
Amalkan prinsip perjuangan hidup yang sesuai bagi diri kita sebagai seorang yang berpengalaman dan berkebolehan dalam bidang yang kita ceburi.Jangan khuatir apa orang lain cakap terhadap perubahan kita.Biarkan mereka berkata apa sahaja kerana itu hanya sementara sahaja.
( Al-Imran : 110)
Manusia mempunyai kekuatan yang luar biasa,walaupun pada zahirnya manusia diciptakan Allah lemah berbanding dengan makhluk lain,tetapi melalui akal yang dianugerahkan kepada kita,manusia dapat mencipta pelbagai perkara.
Melalui imaginasi kita dapat mencipta sesuatu.kitalah yang menciptakan kejayaan,kebimbangan,ketakutan, kemarahan dan pelbagai hal dan perasaan.Oleh itu,kita sendirilah yang menciptakan arah tuju hidup kita sama ada mahu berjaya atau gagal dalam hidup.Kita adalah pencipta masa depan kita dengan izin Allah.
"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya"
( Al-A'raf : ayat 56 )
P/s: Semoga tajuk yang saya tulis hari ini dapat memberikan kita manfaat.Semoga kita sentiasa bersemangat dalam menghadapi apa juga cabaran.
Rujukan :
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof,e-Class Services ,2007.Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan