Sabtu, 30 Ogos 2014

Jangan Takut Menghadapi Hal Baru

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Merdeka..
Merdeka..merdeka merdeka


" UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG BELUM PERNAH ANDA CAPAI SEBELUMNYA, ANDA HARUS MENJADI SESEORANG YANG BELUM PERNAH ANDA MENJADI SEBELUMNYA "
_ John C. Maxwell _



Agak lama juga saya tidak menulis dalam Blog Hijrahku , hampir tiga minggu tangan  dan jari-jemari kurniaan Allah ini berehat.Walau bagaimana pun,saya sebenarnya tidak berehat bersenang-lenang.Banyak perkara yang harus dibuat dan diselesaikan.

Pada hari ini,Alhamdulillah saya dapat kembali menulis memandangkan beberapa perkara telah selesai.Buat masa ini saya tengah buat persiapan untuk menjadi seorang pelajar sekali lagi.Walaupun usia sudah lanjut namun,kerana cintakan ilmu,saya akan terus belajar dan belajar.Sebagai persediaan untuk menjadi pelajar " Master " dalam bidang Pengurusan pendidikan.

Melalui pengalaman rakan -rakan dan juga melalui pembacaan,memang diakui bahawa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master,amat payah@perit sekali.Kekuatan mental,rohani,fizikal dan emosi perlu persediaan yang rapi.Oleh itu, saya menulis sedikit tentang " Jangan Takut Menghadapi Hal Baru ."
Tip menguatkan Hati :


  • Aku tidak akan bosan  selalu belajar dan bekerja, kerana kebosanan mendatangkan kemalasan dan bencana dalam hidup.
  • Seringkali suatu hal itu lebih sulit dalam bayangan dan pemikiran, sedangkan dalam kenyataannya lebih mudah. Jangan buat apa yang hanya dibayangkan dan difikirkan tetapi  kita mesti mencuba.
  • Aku tak perlu risau dan takut akan hal - hal yang belum terjadi, buat apa menakuti diri sendiri.
  • Jangan terlalu memikirkan kata-kata dari rakan yang menakutkan kita betapa susahnya belajar .Kita mesti fikirkan diri kita kerana kita bukan dia.
  • Aku harus punya cita - cita dan tujuan, kerana itu akan membuat aku lebih gembira dan bersemangat.
  • Aku menciptakan masa depanku sendiri dengan cita -cita dan impian yang tinggi.
  • Bila ada semangat dan kemahuan, tujuan itu sudah nyata. Kemahuan dan semangat harus ada  dalam diriku, untuk memenangi pertarungan hidup ini.
  • Aku selalu yakin dan percaya, bahawa aku dapat mencapai dan meraih apa yang aku inginkan.
Percaya pada diri sendiri, berpegang teguh dengan prinsip hidup dan apa yang penting sekali Percaya dengan janji Allah. Ingatlah janji Allah….dalam DNA kita Allah telah berpesan bahawa DIA percaya Manusia pasti berjaya meraih keinginannya/cita-citanya/impiannya….ada 3 faktor yang menunjang kepada kejayaan seseorang iaitu:

  1. Faktor keturunan
  2. Faktor Lingkungan/sekeliling( kesungguhan/kekuatan semangat)
  3. Faktor Fikiran/ Minda( berfikir positif)

Raihlah kejayaan dengan kekuatan faktor ke dua dan ke tiga…..
Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita
Kuatkan tali ikatan kita dengan Allah yang maha pencinpta dan maha pengasih.

Sekian coretan Saya untuk kali ini….
" Sharing Is caring "





Tiada ulasan:

Catat Ulasan