Ahad, 3 Ogos 2014

Wanita , Niat Dan Tudung

Assalamualaikum dan salamat Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Syawal  ( hari ke 7 ,3/8/2014 ),

" Harga diri adalah mahkota setiap insan.Jika hilang harga diri,hilanglah mahkota tersebut.Harga diri diibarat cermin kepada diri sendiri.Tidak mungkin seseorang itu disanjung secara ikhlas andai tidak mempunyai harga diri.Harga diri merupakan nilai yang kita letakkan kepada diri sendiri dan juga nilai bagi orang yang melihat diri kita.Berkemungkinan kita berasa mempunyai harga diri yang tinggi, namun orang lain melihat sebaliknya disebabkan oleh tingkah laku serta sikap kita "

Suasana beraya di kampung halaman tidak terucap dengan kata-kata bagaimana seronok dan gembiranya berjumpa dengan keluarga. Pada ramadhan yang berlalu,ramai wanita-wanita yang memasang azam untuk berubah.mereka berniat pada ramadhan , melakukan sesuatu perubahan yang positif.

Niat merupakan inti sesuatu perlakuan tanpa niat apa yang kita lakukan tidak ada makna.berniat kerana Allah adalah kunci semua ibadah.Pada ramadhan lalu,beberapa orang artis wanita seperti Nilofa dan Ziana Zain telah melakukan penghijrahan dari tidak menutup aurat( tudung) kepada menutup aurat ( memakai tudung).Ramai juga dalam kalangan peminat yang mencemuh mereka.Siapa kita sebenarnya yang menghukum seseorang? terpulanglah kepada niat seseorang untuk memakai tudung.kita seharusnya bersyukur melihat perubahan seseorang ke arah yang positif.

Seorang anak buah yang cantik molek,kiranya sebelum ini dia tidak memakai tudung, kini telah berubah wajah.Pemakaian tudung dewasa ini merupakan sesuatu yang memberangsangkan.saya bertanya pada anak buah.." Awak pakai tudung? ahh…begitulah,lebih cantik dan ayu memakai tudung." Anak buah menjawab: "ya macik saya sudah pakai tudung,tapi ramai wanita memakai tudung hanya kerana trend."…Saya menjawab; " terpulang kepada niat masing-masing,tidak ada salahnya bertudung dan berhias…wanita memang tidak dapat lari daripada hiasan dan kecantikan..kerana itu adalah sifat semulajadi wanita, ingin kelihatan cantik." Saya menyambung bicara lagi; " teruskanlah memakai tudung,hari ini berjenis-jenis jenama tudung,terpulang kepada kita untuk memilih.pakailah tudung ,yang penting ia menutup aurat."….anak buah senyum sambil berkata,insyaallah."

Kepada wanita-wanita yang belum lagi memakai tudung, cubalah berniat dalam hati pada suatu hari nanti pasti memakai tudung ( menutup Aurat ) .Allah pasti mendengar niat ikhlas kita.Usahakanlah dengan sungguh-sungguh niat anda.Insyaallah…Allah akan bukakan hati anda untuk memakai tudung.

Sungguh cantik dan molek wanita memakai tudung dengan pelbagai jenama seperti "Tudung Fareeda", "tudung " D,Salmah ", " Tudung Siti ," " Tudung Aidijuma" "Tudung HalfMoon" dan bermacam-macam lagi.semua tudung yang ada di pasaran sangat cantik dan menawan tidak seperti tudung 70-an,80-an dan 90-an, yang dikatakan seperti Pocong.Kenapa saya panggil pocong? kerana saya sendiri memakai tudung pernah  dipanggil Pocong dan hantu ….hehhehe sungguh tragis.

" Apabila hambah-hambahKu bertanya kepadaku tentang AKU,maka jawabla dan  bahawasanya AKU adalah dekat.AKU mengabulkan permohonan orang-orang yang meminta daripadaKU, maka hendaklah mereka itu memenuhi( segala perintah) KU dan beriman kepadaKU,agar mereka selalu berada dalam kebenaran." ( surah al- baqarah:186)

Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah,maka Allah mencukupkan keperluannya.itu adalah janji Allah dalam surah At-talaq:3.

Sekian coretan saya  pada jam ini dan masa ini…Semoga apa yang saya tulis ini memberikan manfaat kepada saya dan juga Anda..yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.

" Sharing Is Caring"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan