Khamis, 31 Julai 2014

Mengubah Sesuatu Apa Yang tidak Dapat Dilihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Syawal( Hari ke -empat 31/7/2014),

" Sekiranya saudara ingin mengubah buah,saudara perlu mengubah akarnya terlebih dahulu.Sekiranya saudara ingin mengubah sesuatu yang dapat dilihat,maka saudara perlu mengubah sesuatu yang tidak dapat dilihat terlebih dahulu."  (T Harv Eker )

teringin saya menulis berkenaan dengan  tajuk "  Mengubah sesuatu apa yang kita tidak nampak ".Hari ini saya menulis secara ringkas sahaja berkenaan dengan tajuk ini .Mungkin boleh kita jadikan renungan dan pedoman.

Menurut T.Herv Eker ; Perumpamaan pembinaan seseorang untuk menjadi jutawan / berjaya , ialah dengan mengubah minda separa sedar kita.T.Herv Eker sangat setuju dengan perkara ini kerana beliau merupakan seorang jurulatih minda kewangan sedunia yang membuktikan peranan minda begitu penting dalam misi mencapai kejayaan.

Atas sebab itulah Eker mengumpamakan pembinaan menjadi seseorang yang berjaya/jutawan perlu bermula seperti mana kita inginkan buah yang cantik dan sedap,ia mesti bermula dari akar/minda kerana minda sememangnya tidak dapat dilihat dan dirasa,apa lagi dipegang.

Sebenarnya mengubah sesuatu yang dapat dilihat adalah senang seperti mengubah kereta tetapi mengubah sesuatu yang tidak nampak amat sukar bagi sesetengah orang.oleh itu,apa yang perlu diubah terlebih dahulu adalah apa yang kita tidak nampak.

Mudah bagi kita untuk mengubah sesuatu yang nampak seperti mengubah pakaian lama kepada pakaian baru,kasut lama kepada kasut baru dan sebagainya.Banyak dalam kalangan kita  bergaya dengan telefon mahal,berpakaian berjenama luar negara, memakai emas bagai Mami Jarum(penuh hiasan tubuh badan) .Mereka mengubah apa yang dapat dilihat tetapi tidak mengubah apa yang tidak dapat dilihat ( Minda).

Menurut para pakar dalam bidang IQ, minda perlu diarah dan fokus kepada  perkara-perkara  kejayaan dan kekayaan. Asas- asas kejayaan seperti pendidikan, disiplin diri, berjimat cermat, mematuhi strategi strategi kewangan dan sebagainya.

Perkara-perkara tersebut tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita ia hanyalah bermain dalam minda/fikiran.Namun apa yang kita buat itu memainkan peranan yang sangat besar.Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya T.Herv Eker menyarankan kita agar mengubah sesuatu yang tidak nampak terlebih dahulu berbanding perkara yang kita nampak.


Pesan T.Herv Eker lagi,bagi sesiapa yang inginkan kejayaan dalam hidupnya maka bertindaklah sekarang dan ubahlah apa yang kita tidak nampak berbanding apa yang kita nampak.Sekiranya perkara yang kita tidak nampak diubah dan diberi perhatian serta fokus,maka masa hadapan kita amat cerah.Semua apa yang diinginkan amat mudah diperolehi.Ini menunjukan bagaimana pemikiran kita membentuk diri kita.


Saya berharap apa yang saya tulis ini memberikan manfaat buat kota semua.

Rujukan: 

Minda Jutawan Gaya Trump,Nazri Kadir dan Shah kadir, PTS,2012, Kuala Lumpur.

P/S : yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari Saya sendiri.

" Sharing Is Caring "











Rabu, 30 Julai 2014

Anugerah Pembaca Buku terbanyak 2010

Anugerah pembaca buku terbanyak 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….

Salam Syawal ( hari ke 3 30/07/2014),

Pada jam ini dan masa ini,saya berada di kampung halaman ibunda dan ayahanda tersayang.kemeriahan hari raya sangat terasa apabila berada bersama keluarga dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

Pada raya ke tiga ini,saya membelek-belek buku - buku lama yang saya kirim pada adik-beradik dan anak-anak buah agar mereka membaca buku-buku,disamping itu saya menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan keluarga.

Sesuatu telah saya temui,apabila saya terbaca sebuah  buku berjudul " Pengayaan Penyuluh Hidup"……saya amat teruja dan terkejut apabila membuka lembaran pertama buku tersebut.Rupa-rupanya tercatat " Hadiah Pembaca Buku terbanyak Pusat Sumber Sekolah S.K.Pekan Kinarut 2010  Sarimah Binti Doring ". Hati sangat teruja macam tidak percaya bahawa ,diri ini pernah memenangi anugerah Guru  "pembaca buku terbanyak pada tahun 2010 ." 

Saya seperti tidak percaya , namun itulah hakikatnya,tidak lupa saya panjatkan syukur kehadrat Allah s.w.t,kerana menganugerahkan saya hati yang sentiasa hidup untuk mencari dan mencari ilmuNYA.Namun  selepas tahun 2010,tidak ada lagi pertandingan membaca buku yang dilaksanakan oleh pihak pusat sumber sekolah.saya percaya,sekiranya ada lagi anugerah dibuat,pasti nama saya tercalon dalam kategori anugerah pemenang….( bukan meninggi diri) tetapi itulah hakikatnya.

Sekian coretan saya dari Kampung Halaman Semporna.

" Sharing Is Caring "





Khamis, 24 Julai 2014

Syurga Menunggu Ketibaan Orang yang Menuntut Ilmu ( bhg 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku Yang dirahmati Allah….

bersua kembali pada jam ini dan Masa ini….

Salam Ramadhan( Hari ke 25),

             " Sesiapa menimbah Ilmu, baginya terbentang Jalan menuju Syurga"


Sungguh hebat ganjaran yang Allah berikan kepada kita dengan ungkapan-ungkapan seperti di atas. Sesungguhnya tidak ada susahnya menunntut ilmu.Perkembangan ilmu dewasa ini sudah tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sebelum saya meneruskan menulis tentang tajuk ini,saya ingin bercerita sedikit berkenaan dengan perkembangan ilmu zaman dulu 70-an dan sekarang 20-an. Saya  masih teringat seorang kawan bernam Diana,kami pergi ke satu kampung dan ke satu kampung yang berhampiran mencari Guru Agama kerana kami ingin mengaji @ belajar Al-Quran.Namun semuanya hampa kerana tidak ada pondok @ Tok Guru yang boleh mengajar .

ok,ini kisah yang ke dua pula,kerana tidak berputus asa,saya dan beberapa orang rakan telah bersepakat untuk mengikuti kelas mengaji Al-quran di sebuah rumah berhampiran dengan kampung .Seminggu 3-4 kali kami pergi mengaji tetapi apa yang jadi masalahnya,bahasa yang digunakan oleh Tok guru tersebut , mengelirukan saya kerana Tok Guru kaum suluk.Walau bagaimanapun,kelas tersebut hanyalah beberapa bulan kerana Tok Guru kami balik kampung asalnya.

Kisah ke tiga : kerana tidak berputus asa,saya dan dengan daya usaha sendiri tanpa dorongan  ibu bapa,(Keluarga tinggalkan saya di rumah keluarga dekat sebelah ayah) di sebuah pekan sementara ibu-bapa saya di sebuah perkampungan yang jauh dari pekan ).Saya tidak putus asa bersama rakan-rakan sebaya mencari Tok Guru Mengajar mengaji…..dapat jumpa dan mengaji beberapa kali,Tetapi Tok Guru ini sering ke laut dan jarang berada di kampung,kerana pekerjaannya adalah Nelayan.

Sungguh tragis juga kisah bagaimana mencari ilmu pada zaman-zaman dulu.sangat beruntunglah pada kenak-kanak,remaja dan dewasa zaman ini kerana ilmu di hujung jari.Ke mana sahaja kita melangkah,gedung-gedung ilmu,pusat-pusat ilmu,kelas tuisyen,pondok-pondok mengaji Al-Quran,semuanya  selangkah sahaja dari kaki melangkah.

Ok…saya teruskan kepada tajuk yang saya tulis hari ini,kerana saya sudah meleret-leret jauh bercerita kisah lama saya,bagaimana payahnya mencari ilmu pada suatu ketika dahulu.

Sesiapa yang menuntut ilmu Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga,seperti yang dikatakan Rasulullah s.a.w;

" Sesiapa yang menempuh jalan menuntut ilmu,Allah akan memberinya jalan menujuh syurga"
                                                         ( Riwayat Tirmizi dari Abu Hurairah)

Hadis di atas  mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang menuntut ilmu, baik ilmu agama, mahupun ilmu dunia maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga, selagi ilmu tersebut diamalkan demi menegakkan Agamanya dan demi kebaikan  kaum@ masyarakatnya.Ilmu yang digunakan untuk kebaikan akan membawa pemiliknya kepada kebahagiaan di akhirat kelak.

Betapa tingginya darjat ilmu kerana mencari ilmu itu tidak mudah.Ilmu yang paling baik adalah ilmu yang didapati atau diperolehi dengan penuh keperihatinan dan penuh kesukaran,sebab itu Allah memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

Sesiapa yang sudah berusaha mencari ilmu dengan segala kepayahannya,namun ia tidak menghasilkan ilmu yang dimaksud,maka baginya ada pahala yang besar.Tetapi  jika ia berhasil, itulah yang paling baik.

Perhatikan Untaian kata-kata Mutiara berikut:


"Ilmu adalah Cahaya,kejarlah di mana pun ia berada,amalkan jika telah ada,kerana dalam mengamalkannya ada keistimewaannya.

Di tengah malam bangunlah, kerana tidur tidak akan membawa faedah,jangan malas,kerana malas membawa kerugian.

Seluruh malaikat rela menghamparkan sayapnya, memenuhi seluruh  jalan yang hendak dilalui seorang alim@berilmu@pencinta Ilmu.

Sesungguhnya para malaikat yang ada di bumi dan makhluk ghaib yang lainya,rela menghamparkan sayapnya untuk jalan bagi seorang yang menuntut ilmu.Oleh itu,Rasulullah s.a.w bersabda;

        " tuntutlah Ilmu walaupun ke negeri China" kerana mencari ilmu wajib bagi setiap muslimin ( lelaki) dan muslimah ( perempuan) ,dan sesungguhnya para malaikat rela melebarkan sayapnya,pada jalan yang hendak dilalui oleh para penuntut ilmu."
                    ( Riwayat Ibnu Abdil Bar dari sahabat Anas).

hadis di atas sebenarnya mengandungi kata-kata sangat terhormat@tawadhuk.sebab,para malaikat sanggup melebarkan sayap untuk di lalui para penuntut ilmu.sangat tawadhuk kerana ketinggian ilmu tersebut.

Ok…saya hentikan dulu untuk bahagian 1,saya akan sambung lagi Tajuk " syurga Menunggu Ketibaan Orang Yang Menuntut Ilmu"  pada jam dan masa akan datang.


Semoga apa yang saya tulis ini,memberikan kita manfaat dan menyedari bahawa ilmu amat tinggi nilainya sehinggakan Allah sendiri membuka jalan menuju ke syurga bagi pencinta Ilmu.

sekian………. " Sharing Is Caring "


Rujukan:

Asas tasawuf,Membentuk Insan  calon penghuni syurga, Al-sayyid Bakri Al-Makkiy, Pustaka Ilmi,2001,selangor.





Menggunakan umur dengan kerja-kerja yang bermanfaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Ramadhan (Hari ke 25),

" Manfaatkan sisa Umurmu untuk ibadat dan jihad, kurangi harapanmu  terhadap dunia"

Jangan sia-siakan umurmu,isilah umurmu dengan ibadat,dengan pesan-pesan yang telah dijelaskan diatas,manfaatkan waktumu sepanjang siang dan malam.

Jika kamu sukar membiasakan ibadat,maka bersabarlah sebagaimana sabarnya seorang pesakit terhadap pahitnya ubat yang ditelannya,demi kesembuhannya.

Kurangi harapanmu terhadap dunia, jadikanlah kematian sebagai bayangan di matamu agar kamu selalu cenderung berbuat baik.

Bisikkan dalam jiwamu, " hari ini aku bekerja keras,kerana mungkin ini malam aku akan mati,atau esoknya aku segera mati"

Bukankah mati itu tidak diketahui waktunya,ia akan datang sesuai dengan kehendaknya? Maka sebaiknya kamu mesti bersiap - siap menerimanya dari terus menerus mengejar-ngejar dunia"

Ketahuilah bahawa kamu tidak akan kekal di dunia, hanya sementara sahaja yang diberikan kepadamu.Jika kamu diberikan usia seratus tahun, maka itu tiak ada ertinya dibandingkan dengan lamanya hidupmu di akhirat kelak. Oleh itu,Ibnul wardi berkata:

" Kurangi Harapanmu terhadap dunia, kamu akana bahagia.Orang yang pintar adalah orang yang tidak banyak berharap akan dunia" 

" Orang yang selalu akan mengejar dunia, ketika sekaratul mau datang, ia akan menyesal"

Perangilah nafsu jahatmu dengan kesabaran dan ketaatan kepada Allah s.w.t, hari demi hari.Jika kamu kerjakan itu,akan kamu perolehi pahala yang banyak dan dapat darjat yang tinggi di sisi Allah,akan kamu perolehi kebahagiaan yang tiada batasnya.

Semoga Allah akan selalu mengingatkan kita akan kematian dan amal baik.


Rujukan : 

Asas Tasawuf (membentuk Insan Calon Penghuni Syurga), Al-Sayyid Bakri Al-Makkiy,Pustaka Ilmi,2001.


Pedoman dan renungan khas buat diriku ….." Sharing Is Caring"





Rabu, 23 Julai 2014

Kata- Kata Perangsang Minda


Assalamualaikum dan salam Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Ramadhan ( Hari ke 25),

Berikut adalah ungkapan-ungkapan bermakna daripada tokoh-tokoh dunia yang boleh kita aplikasikan  dan mampu merangsang minda kita.

 Kita kongsikan di sini bukan dengan maksud ungkapan-ungkapan ini lebih hebat daripada ayat-ayat suci al-Quran dan as-Sunnah, cuma ia sebagai penambah ilmu pengetahuan dan kemahiran,serta dapat kita gunakan untuk merangsang minda agar sentiasa kreatif/aktif.

  " Orang lain tidak akan berubah, selagi kita tidak berubah.

Jika kita tidak merancang, maksudnya kita telahpun merancang untuk gagal ."


"Orang yang mempunyai idea baru dianggap sebagai gila, sehinggalah idea itu berjaya."(Mark Twain)

"Sesuatu idea yang masanya telah tiba, jauh lebih berkuasa daripada jejak perkasa sebuah bala tentera."(Victor Hugo)

"Idea-idea yang bernas semuanya diusahakan dengan penat-jerih individu dan bukannya dihamburkan oleh kumpulan."(Charles Brower)

"Carilah bekalan untuk hidup di dunia, sepadan dengan umat kita.Carilah kenalan untuk hidup di akhirat, sepadan dengan kekalnya kita di sana."(Ustaz Ashaari Muhammad)

"Banyak manusia berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tidak berfikir untuk mengubah dirinya."

"Kreativiti wujud di mana-mana sahaja. Anda tidak boleh lari daripadanya. Apa yang penting ialah mengusahakan sesuatu dan melakukan perubahan."(Walt Disney)

"Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah pertama.
Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan."(Albert Einstein)

"Imaginasi adalah permulaan kepada penciptaan."(George Bernard Shaw)

"Lebih mudah mengubahsuai idea yang gila daripada mencari idea yang baru."(Alex Osborne)

"Microsoft ialah sebuah syarikat yang menguruskan imaginasi."(Bill Gates)

"Apa yang terbukti hari ini, suatu ketika dahulu hanyalah imaginasi."(William Blake)

"Nilai sesebuah idea biasanya setanding dengan tentangan yang diterima."(Robert Townsend)

"Pendedahan kepada pengalaman yang luas dan situasi yang berbeza bagus untuk penghasilan idea-idea baru."(Hean Tatt-Ong)

"Pemahaman seketika kadangkala bernilai satu pengalaman seumur hidup."(Oliver Wendell Holmes)

"Wawasan tanpa tindakan hanyalah impian. Tindakan tanpa wawasan hanya membuang masa. Wawasan diiringi tindakan dapat merubah dunia."(Joel Arthur Barker)

"Cara terbaik untuk mendapatkan idea yang bagus adalah dengan mencari banyak idea."(Linus Pauling)

"Jika kita tidak berubah secepat aliran zaman, kita akan kehilangan banyak peluang. Perubahan bermaksud meninggalkan peraturan-peraturan lama yang sudah selesai menjalankan tugasnya."(Lee Kuan Yew)

"Kita cenderung berfikir bahawa idea kita adalah hasil daripada kebijaksanaan diri sendiri tetapi pada hakikatnya ia adalah hasil pengalaman melalui pergaulan kita di luar."(Konosuke Matsushita)

"Sesekali tinggalkan jalan yang biasa engkau lalui dan masuk ke dalam hutan. Engkau pasti akan menemui sesuatu yang engkau belum pernah lihat sebelum ini."(Alexander Graham Bell)

"Ibu bapa kena sedar bahawa adalah lebih baik membesarkan kanak-kanak menjadi pembaharu dan pemikir yang ghairah daripada pengikut patuh yang sugul."(Chong Sheau Ching)

"Apa yang aku ajar kamu adalah sebanyak daun-daun kering digenggamanku.Apa yang belum ku ajar adalah sebanyak daun-daun kering di seluruh hutan ini."(Gautama Buddha - dengan sedikit gubahan)

"Tanpa kreativiti, kemajuan tidak akan wujud dan kita mungkin mengulangi corak yang sama selamanya."(Edward de Bono)

"Seseorang yang sentiasa kreatif adalah seorang yang mendapat kekuatan."(Marsh Fisher)

"Kita semua kreatif, bezanya hanya di tahap mana kita kembangkan potensi kreativiti sendiri."(Arthur B Van Gundy)

"Faktor paling berkuasa di dunia adalah idea-idea yang jelas dalam minda manusia yang bertenaga dan budiman."(J. Arthur Thompson)

"Banyak orang mempunyai minda yang asli tetapi mereka tidak menyedarinya. Mereka terkongkong oleh kebiasaan."(John Keats)

"Berfikir merupakan kerja yang paling sukar, dan ini mungkin menjadi sebab mengapa tidak banyak orang melakukannya."(Henry Ford)

"Sekiranya saya mampu berpandangan jauh, hal ini kerana saya berdiri di atas bahu gergasi."(Isaac Newton)

"Orang yang kreatif memilih keadaan kacau-bilau daripada keadaan yang mudah."(Donald W. MacKinnon)


"Beruang kutub yang tidak mahu merayau keluar dari daerah kutub, tidak akan tahu kewujudan beruang yang bukan beruang kutub."(Alexanderwathern)

"Rumahmu banyak tingkap. Lihatlah ke luar dari semua tingkap."(Alexanderwathern)


"Segala angan-anganmu tidak akan berjaya, jika engkau tidak bertungkus-lumus mencapainya."
(Alexanderwathern)

"Pengetahuan dan pengalaman yang berbeza, menghasilkan refleksi yang berbeza."(Alexanderwathern)


Semoga bermanfaat untuk kita…".Sharing Is Caring"





Selasa, 22 Julai 2014

41 Darjat Wanita Soleha


Assalamualaikum dan salam Sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….
Salam Ramadhan ( Hari ke 24 ),

                      "   Ketinggian darjat wanita soleha "
Betapa indahnya menjadi seorang wanita…." Wanita adalah perhiasan dunia  dan bagai intan permata bagi makhluk  bernama lelaki "
1. Seorang wanita doanya lebih mujarab daripada  seorang lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika diajukan soalan kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu  memakai purdah/ menutup auratnya di dunia  dengan sempurna.
3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.
6. Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya ( maksudnya,wanita yang bekerja mencari nafkah untuk keluarganya dengan ikhlas  berniat kerana Allah, Allah akan berikan rezekinya yang berkat)
7. Wanita yang menyapu lantai sambil membaca zikir, akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.( wanita bekerja mencari rezeki berniat kerana Allah).
9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takut akan Allah dan orang yang takut kepada Allah diharamkan api neraka ke atas tubuh badannya.
10.Bagi sesiapa  yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya  sama seperti  ia bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah  balasan Syurga.
12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.
13. Syurga itu  di bawah tapak kaki  ibu.
14. Apabila memanggil engkau kedua ibu- bapamu,, maka jawablah panggilan Ibumu  terlebih dahulu.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka , terbuka pintu-pintu Syurga untuknya. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya  (serta menjaga solat dan puasa).
17. Perempuan apabila Solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia ke pintu Syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
18. Wanita yang melayani  suami  dengan baik, setela pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala  seperti12 tahun Solat.
20. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam Syurga , terlebih dahulu berbanding suaminya (10.000 tahun).
22. Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23. Jika wanita memicit/mengurut suami tanpa diminta, akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memicit suami setelah disuruh, akan mendapat pahala 7 tola perak.
24. Wanita yang meninggal dunia dengan suaminya reda ke atasnya akan memasuki Syurga.
25. Jika suami mengajarkan isterinya satu perkara akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya , akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Apabila seorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.
28. 2 rakaat solat wanita yang hamil, adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dari setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.
33. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Aku (Rasulullah s.a.w) di dalam Syurga.

Sungguh hebat jaminan terhadap wanita soleha…….

Semoga bermanfaat……." Sharing Is caring "








Isnin, 21 Julai 2014

Anugerah Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum dan salam sejahtera  pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah….
bersua kembali pada jam ini dan masa ini
Salam Ramadhan ,
" Apakah keistimewaan Malam Lailatul Qadar?"
" Kenapa kita perlu cari dan rebut peluang 10 malam terakhir di bulan Ramadhan Ini?"

Pertama sekali saya ingin mohon maaf dan izin menyiarkan artikel ini yang saya petik dari Blog Syatari'as Blog.Sesungguhnya berkongsi ilmu dan menyebarkan yang baik-baik adalah amalan yang mulia, serta menjadi amal jariah buat penulis artikel ini.semoga perkongsian ini memberikan kita ilmu pengetahuan yang berguna dan menyinari hati kita dengan Hidayah Allah s.w.t.
Selamat berpuasa kepada semua dan diharap kita dapat terus melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, yang hanya datang setahun sekali. Rebutlah peluang dan masa yang ada untuk terus bertaqarrub kepada Allah SWT, semoga semua amal ibadat kita diterima Allah dan dianugerahkan dengan qalbun salim.
Bulan Ramadhan yang mulia ini dianugerahkan dengan malam Qadar (Lailatul Qadar) yang menyerupai 1000 bulan. Alangkah bertuahnya sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar dan melakukan amal ibadat pada malam tersebut. Perlu diingat, jangan pula kita ada niat beribadat kerana hendak bertemu Lailatul Qadar bukan kerana Allah. Bertemu Lailatul Qadar cuma bonus daripada Allah Taala kepada hamba-Nya yang taat atas kehendak-Nya jua. Namun begitu, tidak salah kalau kita cuba berusaha untuk mendapatkannya.
Hadis Nabi Muhammad SAW:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat dan pelbagai jenis ibadat yang lain, sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari).

Hadis lain pula:
Doa pada Malam Qadar


“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan iman dan menghitung-hitung kelalaian diri, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” Menurut satu riwayat lagi: “Dan dosa yang akan datang.” (HR Bukhari dan Muslim)
Selain itu,
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.” (HR Ahmad)
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul Qadar ini?
Mengikut Imam Al-Ghazali, Lailatul Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh mula berpuasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.
bulan-sabit
doa lailatul qadar
Wallahu a’lam, hanya kepada Allah Taala kita berserah diri dan memohon keampunan…

P/S : Semoga perkongsian ini menyemarakkan hati kita untuk beramal ibadah di malam-malam  penghujung Ramadhan ini…

" Kesungguhan "

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini..

Salam Ramadhan  ( ke 23 ),

Pada jam ini,saya ingin membawa anda untuk  bersama Saya memahami apa erti sebenar tentang Kesungguhan .Sepanjang hidup kita, diri ini amat memerlukan kata-kata perangsang sebagai penyuntik diri, agar sentiasa bersemangat dalam mengharungi  pancarobah kehidupan.

kata-kata perangsang juga dikatakan sebagai Afirmasi ,yang di baca berulang - ulang supaya ia sebati dengan diri dan dapat meresap ke dalam minda bawah sedar.Afirmasi yang diulang-ulang merupakan satu kesungguhan agar minda dapat menerimanya.Kita adalah apa yang kita fikirkan .


                              "Kesungguhan adalah akar kesuksesan"

” TIDAK ADA KEBERHASILAN YANG ABADI TANPA KESUNGGUHAN ” 

( Anthony Robbins  )


  • Setiap saat adalah waktu untuk berjuang dan berkembang maju.
  • Setiap orang mesti  berusaha sampai kebahagiaan dan kejayaan itu menjadi pendamping hidupnya.
  • Siapapun yang ingin hidup bahagia, harus sungguh-sungguh menjalani hidupnya.
  • Kesuksesan itu harus diperjuangkan sepanjang waktu.
  • Hidup  diberkati Allah ,bahagia hingga  ke hari tua dan  bahagia dunia akhirat.
  • Bekerja dengan bersungguh-sungguh, ikhlas, tekun dan mempunyai jiwa yang kental dan sanggup menerima cabaran.
  • Siapapun dia,seharusnya sentiasa menjadi gedung energi positif kepada sekelilingnya.
  • siapapun dia,seharusnya menjadi penabung energi positif dan memancarkannya kepada orang lain sebagai sedekah atau amal jariah.
Hidup harus ada kesungguhan , hidup harus proaktif kerana sudah menjadi alami manusia sejak azali,bahawa manusia ini wajib berkembang sebagai contoh,dari lahir tidak berpakaian maka kini berpakaian,tidak pandai berkata-kata,akhirnya sudah pandai bercakap,dari merangkak akhirnya berjalan  dari lemah akhirnya jadi kuat.

Semua makhluk di dunia ini ada alami hidupnya tersendiri,sebagai manusia alami hidupnya adalah berkembang  maju dari satu tahap ke satu tahap.Manusia seharusnya tidak statik,sekiranya itu berlaku,maka manusia telah mensia-siakan hidupnya sendiri, rugi dan amat rugi.

sekian….." Sharing Is caring"










Ahad, 20 Julai 2014

Semua Orang Berhak Jadi Kaya


Assalamualaikum dan salam Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah
bersua kembali pada jam ini dan masa ini

Salam Ramadhan,

 Pada jam ini , terlintas di hati untuk menulis tentang kekayaan.Ramai antara kita yang fobia apabila disebut " kaya" seolah-olah memandang hina kepada seseorang yang ingin mahu jadi kaya.Kenapa begitu?

Bagi sesetengah orang,niat untuk menjadi kaya adalah perkara yang memalukan kerana memperlihatkan diri mereka mengejar harta,mengejar dunia,mengejar wang ringgit dan paling tidak baiknya mereka memandang bahawa orang yang ingin kaya adalah tamak.

Mari kita buang pandang serong dan negatif terhadap kekayaan.Semua antara kita sudah pasti ingin kaya untuk mengubah hidup keluarganya serta menaik taraf hidup.



                         "Semua Orang Boleh  kaya dan berhak Menjadi Kaya Raya."


Kaya raya bukanlah suatu hal yang mesti ditolak. Saya rasa tidak ada manusia yang secara jujur akan mengakui bahawa tidak memerlukan kekayaan. Kalaupun ada yang berkata tidak perlu kekayaan, pasti ada suatu alasan tersembunyi yang menutupi akan hasrat keinginannya . Sangat perlu dikasihani manusia yang mempunyai sifat munafik seperti ini.

Kekayaan  bagi manusia adalah jalan kehidupan. Yang Maha Agung menciptakan manusia bukan untuk mengalami penderitaan dalam kemiskinan. Banyak rahmat yang diciptakan bagi manusia sebagai ganjaran amal kehidupan mahupun sebagai cubaan hidup.Allah tidak melarang hambanya untuk hidup kaya. 


Apa yang dilarang  oleh Yang Maha Agung adalah kesombongan, keperitan, keangkuhan, ketamakan akan harta yang dimilikinya. Tidak salah menempuh hidup kaya, kerana sejak Zaman kenabian pun, diceritakan ada antara nabi-nabi yang hidup bergelumang harta dan segala aspek kemakmuran hidup.

 Meskipun hidup di dunia adalah sementara, bukan bermakna kita harus menderita hanya menunggu kematian dan tidak mahu cari kekayaan. Bukankah akan membahagiakan jika  hidup kaya di dunia dan ketika jasad/jiwa kita dikembalikan kepada Yang Maha Agung, jiwa kita hidup kaya di surgaNya.

Menjadi kaya raya ada ilmunya. Sejak Zaman dahulu kala sudah ada manusia-manusia yang ditunjukkan akan ilmu ini dan mendapatkan kelimpahan kehidupan kerananya. Wallace D. Wattles pada tahun 1910 menuangkan ilmu ini dalam sebuah buku berjudul The Science of Getting Rich, setelah secara mendalam mempelajari filosofi-filosofi dunia timur termasuk buah fikiran Raph Waldo Emerson. 


Ilmu menjadi kaya bukan lagi sebuah rahsia buat masa ini.Pelbagai kursus ditawarkan contohnya Program DR.Azizan Osman,Program Irfan Khairi dan bermacam-macam lagi pakar-pakar kekayaan. Dengan mengungkapkan begitu banyaknya orang-orang yang memahami ilmu ini, menyiarkan ke khalayak ramai maka tidak bisa disebut lagi ilmu ini sebagai rahsia. 


Ini ilmu pasti yang automatik akan menghantarkan kekayaan kepada orang-orang yang percaya dan yakin. Ilmu menjadi kaya tidak pilih kasih, semua orang bisa mempraktikan dan berlatih berterusan untuk menuai buah manisnya.Hanya  kita perlu tahu caranya.

Kalau begitu mengapa masih banyak orang miskin. Meskipun ilmu ini telah menyebar ke pelbagai bangsa, ternyata halangannya adalah sikap mental manusia sendiri. Ada manusia yang mengagungkan logikanya, kecerdasannya sehingga menilai ilmu ini sebagai perkara karut-marut.. Pesimismenya menghalangi hasrat terbesar hidupnya untuk menjadi kaya, dengan menutup diri dengan kata tidak mungkin.


Sebenarnya ilmu ini perlu keyakinan dan kepercayaan mendalam  kerana akan menghantarkan kemakmuran hidup. Perlahan dan pasti anda merasakan kesan peningkatan hidup setelah menerapkan prinsip-prinsip ilmu menjadi kaya ini. Jangan bimbang tentang ilmu ini kerana ia datangnya daripada Allah yang maha pencipta.



 Kita perlu yakin dengan pasti bahawa melalui pemikiran  ia menjadi kenyataan. Apa yang akan terjadi pada diri kita ditentukan oleh apa yang kita fikirkan. 



Pendapat pendapat negatif yang sering kedengaran adalah seperti berikut;
                          “Tidak mungkin itu, dia bercakap sebab dia orang kaya ." 
Manusia sering sinis dan mengejek jika diberikan nasihat oleh orang-orang yang kaya/senang.

                        “Bagaimana mungkin dia sendiri miskin.”

Saya mengajak anda sekalian bersama-sama meraih impian dalam hidup, menjadi tuan atas dirinya sendiri, menjadi tangan yang selalu memberi, menunjukkan jalan kebaikan pada semua umat manusia.

Metode menjadi kaya raya tanpa bekerja dituliskan  oleh pakar-pakar dalam pelbagai buku.Salah satunya adalah buku The science Of Getting Rich.Buku ini amat hebat kuasanya.
Yakinlah bahwa apa yang ada dalam buku ini adalah kebenaran. Dengan meyakininya tanpa keraguan akan menyingkirkan sifat pesimisme, dan memberikan apa yang anda inginkan. 


Ada 2 cara menjalani kehidupan. Pertama, seolah seperti tidak ada yang ajaib, kedua, seolah seperti semuanya adalah ajaib.Albert Einstein

Manusia beradab memerlukan hal-hal materialistik untuk mendukung kehidupannya. Semakin tinggi peradaban manusia semakin banyak ragam benda-benda yang diperlukan.



 Kemampuan peribadinya tidak sanggup membuat segala hal yang diperlukannya, melalui sistem perdaganganlah manusia mendapatkan apa yang diperlukannya untuk mengembangkan fisik, mental dan spiritualnya.

Sistem perdagangan saat ini sudah sangat teratur dengan menggunakan wang sebagai alat pertukaran. Jelas sekali bahawa dalam peradaban manusia, kita harus punya wang agar mampu memenuhi segala hal yang kita perlukan dalam kehidupan. Mempunyai wang bererti kita harus kaya dalam erti yang sesungguhnya.

Peradaban manusia terus berkembang, segala sesuatu harus mempunyai hak dasar untuk berkembang. Manusia mempunyai hak yang sama untuk ikut mengembangkan tubuh, akal dan jiwanya. Dan hak itu bererti adalah untuk menjadi  kaya @ hidup senang. 


  • Manusia diciptakan sebagai penghuni dan pemakmur alam dunia.(Q.S. Huud:61)


  • Oleh kerana itu Allah memuliakan manusia dan memberi kelebihan yang sempurna atas makhluk lainnya. (Q.S.Al Isra:70)


  • Antara lain dengan membaguskan rupa manusia dan memberikan rezeki dengan sebahagian yang baik-baik (Q.S. Al Mu’min:64)


  • Menyediakan sumber penghidupan manusia (Q.S. Al A’raf:10)


Jelaslah bahawa manusia disediakan rezeki untuk kehidupannya. Manusia diciptakan untuk memberikan kemakmuran dalam dunia. Oleh itu tidak salah jika kita berusaha meraih segala hal yang sudah disediakan oleh Yang Maha Kuasa untuk memenuhi hasrat keinginan tubuh, akal dan jiwa kita.


Bayi lahir tidak berpakaian, lemah tak berdaya ,berikan susu oleh ibunya untuk mengembangkan tubuhnya, diberikan pakaian untuk kehangatannya, diajarkan bahasa untuk berbicara. Setelah mampu berdiri, berjalan, berlari, makan dan berbicara maka dikembangkanlah akal fikirannya dengan menghantarnya ke sekolah. 


 Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka merubah keadaannya sendiri  "(Q.S. Ar Rad:1)


Pada tahun 1937, Napoleon Hill menuliskan bukunya tentang filosofi ilmu menjadi kaya dalam Think and Grow Rich. 

 Pada zaman ini buku karangan Rhonda Byrne The Secret yang mengisahkan pengungkapan rahsia ilmu ini, telah menelusuri sejarah dan menemui guru-guru yang mempraktikkan ajaran dan pelatihan  tentang ilmu kekayaan.


Manusia lebih didorong oleh pemikiran sedar otak kirinya, sementara pemikiran bawah sedarnya terbiar begitu sahaja,sedangkan otak bawah sedarlah yang banyak rahsianya.

 Oleh yang demikian,  manusia sebenarnya mengecilkan kemampuannya sendiri, sehingga menutup peluang menjadi kaya, dan hidup terus-menerus merenungi kemiskinannya.



   Bermacam-macam buku tentang kekayaan terjual seperti The Secrete ,The Science of Getting Rich, Think and Grow Rich, The Science of Getting Succes, Rich Dad Poor Dad, Cash Flow Quadrant, Guide to Investing, Fisika Quantum, Membangunkan Raksasa Tidur dan banyak lagi buku-buku  yang bole pita jadikan panduan.



Jika anda pragmatis bacalah buku-buku Wallace D. Wattles, jika ada ingin filosofis bacalah buku-buku Napoleon Hill, jika ada rasionalis bacalah buku-buku Robert T. Kiyosaki .

Allah s.w.t  tidak melarang  sesiapapun yang ingin kaya, tidak berdosa jika kita kaya, tidak ada peraturan dalam agama Islam atau agama  manapun yang melarang manusia menjadi kaya. Perkara yang dilarang adalah sikap manusia yang kikir, sombong, tamak saat kekayaan sudah diraihnya.

 Semua agama mahukan umatnya hidup bahagia,senang dan kaya. dan tidak ada agama  yang menyuruh umatnya menjadi miskin. Miskin dekat dengan kekafiran, mengingkari keberadaan Yang Maha Agung. Semua manusia berhak untuk menjadi kaya, kerena semua manusia berhak untuk berkembang dalam hidupnya.



 Itulah pola umum yang terjadi pada kehidupan manusia. Ada diantaranya yang sukses, ada yang gagal.  bagi yang sukses adalah orang-orang yang mampu memenuhi segala hal aspek kehidupannya. Sementara yang gagal karena merasa dunia bukanlah untuknya, merasa itu adalah takdirnya, orang-orang yang pesimis.

Sekian…… Semoga bermanfaat, semua fakta adalah dari buku The Science Of Getting Rich dan Think Grow Rich…...        " Sharing Is Caring "