Khamis, 27 Mac 2014

Visualisasi @ Bayangan Mental


 Apakah  maksud Visualisasi ?

 Visualisasi merupakan suatu teknik menggunakan mental dan bayangan.Teknik ini sesuatu yang menakjubkan bagi pengamalnya.Teknik ini membolehkan pengamalnya mendapat bantuan Allah untuk mencapai apa sahaja matlamat atau impian mereka.

Sebenarnya teknik Visualisasi memang berkesan dan amat mujarab sekali jika kita amalkan setiap hari.Walaubagaimanapun,melalui teknik Visualisasi ,kita kenalah mengikuti syarat-syarat ataupun langkah-langkah yang ada sebagai panduan.

tetapkanmasa tertentu pada setiap hari bagi melakukan aktiviti pengvisualan.Bayangkan setiap matlamat itu sudah tercapai.Ini adalah satu daripada perkara penting yang kamu lakukan bagi menjadikan impian kamu menjadi realiti.

Sebahagian pakar psikologi kini mendakwa satu jam bervisualisasi bernilai 7 jam usaha fizikal.Memang dakwaan ini agak melampau,tetapi ada isi penting yang perlu di fokuskan iaitu pengvisualan adalah satu daripada alat kejayaan paling kuat yang kita semua miliki.Jadi gunalah ia dengan sepenuhnya.!!!!!!

Bagaimana Cara mengamalkannya?
 Amalkannya setiap hari. Luangkan masa setiap hari selama 5 minit ( sekurang – kurangnya ) untuk melakukan teknik visualisasi.

 Anda juga boleh melakukannya semasa menunggu di bank, pejabat pos, menunggu bas atau menjadi penumpang dalam kereta atau pengangkutan awam dan sebagainya
.
Peraturannya:
1.Anda dikehendaki memilih satu matlamat.
2. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang matlamat anda .
3.Katakan anda memilih untuk membeli sebuah kereta. Maka anda mestilah memilih dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang kereta idaman anda
a) Model kereta  Honda City ( Contoh )
b).Warna kereta idaman anda
c) Model yang anda kehendaki.
d) Dapatkan lebih banyak maklumat seberapa banyak yang anda boleh seperti warna tempat duduk , rupa dalaman  kereta dan sebagainya.
e) Jika boleh lewatlah tempat menjual kereta idaman anda. Ambillah katalog kereta idaman anda  atau ambil gambar anda disamping kereta  tersebut. Ini akan memudahkan teknik visualisasi anda .
f) Uji pandu kereta idaman anda sekiranya boleh.

Katakan anda hendak memilih untuk memiliki sebuah rumah .
Pilihlah segala maklumat mengenai rumah idaman anda
a) Jenis rumah banglo/ semi d/ teres / kondomonium atau pangsapuri
b) Kemudian bayangkan anda berjalan menuju ke rumah idaman anda.
c) Apakah warna dan bentuk pintu luar  pagar rumah  anda?
d) Masuk ke dalam halaman rumah idaman anda. Jika anda ada taman di luar rumah,  bayangkan rupa dan hiasan taman rumah anda.
e) Sekarang masuklah ke dalam rumah idaman anda.
f) Bagaimana rupa ruang tamu anda?
i) Apakah perabot dan alatan elektrik di ruang tamu anda?
ii) Bagaimana susunan perabot dan alatan elektrikdi ruang tamu anda?
iii) Apakah warna dinding ?
Anda boleh fikirkan seberapa banyak maklumat tentang matlamat anda Lebih banyak maklumat anda fikirkan , lebih bagus.
g) Seterusnya pergilah ke ruang dapur , bilik tidur dan sebagainya.( Ulangi tenik tersebut).

3.Sekarang Bayangkan Sahaja matlamat Anda Tadi.
Itu sahaja. Mudahkan?
Jika anda mempunyai lebih dari satu matlamat, bayangkan matlamat anda satu demi satu.
4. Pastikan matlamat yang anda bayangkan tadi adalah sama setiap hari. Janganlah bayangkan kereta Honda City hari ini dan kereta Mercedes pada esok hari.

Jika anda hendak menukar matlamat tadi contohnya dari kereta BMW ke Mercedes maka kita boleh berbuat demikian . Tetapi ini akan mengelirukan Minda Bawah Sedar dan akan melambatkan kita mencapai matlamat tadi.

 Lebih baik kita memilih satu matlamat kita dan mengekalkan setiap matlamat kita sehingga tercapai.

5. Anda mesti membayangkan seolah – olah anda  sudah mencapai matlamat anda .Ini adalah sangat penting.Jika matlamat anda adalah memiliki sebuah kereta , maka bayangkan anda sedangkan memandu kereta tersebut.

Jika matlamat anda adalah memiliki sebuah rumah idaman anda , maka bayangkan anda berada dalam rumah idaman anda.

Jika anda hendakkan pasangan hidup idaman, bayangkan anda sedang bersanding dengan pasangan tadi.

6. VIDEO
Bayangkan matlamat tadi seperti sebuah video iaitu seperti sebuah gambar yang bergerak dan bersuara bukannya sebuah gambar yang kaku.
.
7 EMOSI.
Seelok- eloknya anda mestilah rasa gembira apabila melakukan teknik visualisasi . Buatlah apa sahaja untuk membuat rasa gembira semasa melakukan teknik ini.

Contoh
Apabila membayangkan kereta idaman anda, bayangkan anda sedang memandu kereta idaman  bersama pasangan  dan anak  anda  atau bayangkan orang  yang anda sayangi berada bersama anda dalam kereta tersebut.

Apabila anda membayangkan rumah idaman , bayangkan anak- anak anda sedang bermain di ruang tamu , anda sedang berbual dengan pasangan anda, anda menerima kunjungan dari orang yang anda sayangi seperti ibubapa, adik-beradik  dan rakan- rakan.
Anda boleh menggunakan teknik visualisasi untuk semua matlamat anda seperti memilih pasangan hidup idaman anda, kesihatan yang baik dan bentuk badan idaman anda atau apa sahaja matlamat anda.


TIP UNTUK TEKNIK VISUALISASI

1.Luangkan masa setiap hari sekurang – kurangnya 5 minit untuk untuk teknik visualisasi.

2. Tetapkan satu masa yang tetap setiap hari untuk teknik visualisasi. Contohnya lepas sembahyang Isyak setiap hari.
3 Jika ‘tiada masa’ kurangkan masa anda menonton tv atau membaca suratkhabar atau berborak kosong dengan kawan
.
Teknik Visualisasi digunakan dengan intensif oleh ahli – ahli sukan yang terkenal dengan meluas . Contohnya Tiger Woods yang merupakan pemain golf yang terkenal. Dia selalu membayangkan apa yang dia kehendaki sebelum memukul bola golf. Tidak hairanlah dia merupakan seorang yang sangat berjaya dalam bidang golf. Begitu juga ramai pelakon yang yang terkenal termasuk pemenang anugerah Oscar menggunakan teknik visualisasi. Mereka akan membayangkan diri mereka memenangi anugerah ini berkali – kali. Akhirnya mereka akan betul - betul memenanginya.

BOLEHKAH KITA BERJAYA JIKA KITA MENGAMBIL TINDAKAN SAHAJA TANPA TEKNIK VISUALISASI?

InsyaAllah,Sudah tentu boleh.

Tetapi tanpa teknik visualisasi, kita akan menghadapi banyak rintangan untuk mencapai matlamat. Ini serupalah seperti berbasikal dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sudah tentu kita boleh sampai ke Singapura, tetapi kita akan merasa sangat letih apabila sampai di Singapura.

Mencapai matlamat adalah jauh lebih senang jika kita menggunakan teknik visualisasi . Kita seperti  memandu sebuah kereta melalui lebuh raya dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sudah tentu kita yang memandu kereta tadi akan sampai di Singapura dengan lebih cepat  tanpa banyak masalah berbanding  kita menggunakan sebuah basikal.

Disamping melakukan teknik visualisasi , jangan kita lupa kepada Emosi@Perasaan.
1) menjaga Emosi supaya  sentiasa positif.
2) sentiasa Bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang. Contohnya jika hendakkan kereta idaman , maka bersyukurlah dengan kereta yang anda ada sekarang . Buatlah teknik visualisasi untuk kereta baru. Maka kereta baru akan diperolehi dengan senang. Jika tiada kereta. maka bersyukurlah dengan apa yang anda ada seperti motosikal atau apa sahaja.
3) Tumpukan perhatian pada apa yang kita mahukan.
4) Tumpukan perhatian pada perkara yang positif dalam hidup anda.
5) Bergembiralah melihat kejayaan orang lain.
6) Keluarkanlah  Zakat dan bantulah orang yang susah dan anak yatim.( hukum timbal balik)


Teknik Visualisasi dalam Kehidupan seharian :

Selain mencapai untuk mencapai MATLAMAT , teknik Visualisasi juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita

Contohnya:
1.Jika anda hendak melakukan perjalanan jauh, sebelum memulakan perjalanan bayangkan anda akan sampai dengan selamat ke destinasi anda tanpa sebarang masalah. Maka anda akan sampai dengan selamat ( insya Allah)

2.Sebelum bertolak pergi ke tempat kerja, bayangkan anda sampai ke tempat kerja dengan selamat tanpa masalah. Maka anda akan sampai dengan selamat ( insya Allah)

3.Bila membuat panggilan telefon , bayangkan anda dapat bercakap dengan baik dengan orang yang anda kehendaki. Maka niat anda akan tercapai. ( insya Allah)

4.Jika hendak pergi ke tempat yang susah untuk mendapat tempat letak kereta,sebelum bertolak bayangkan anda mendapat tempat letak kereta dengan senang. Maka anda akan mendapat tempat letak kereta dengan senang, insyaAllah.

Ingatan buat diriku juga,jangan kita sia-siakan teknik yang sangat hebat ini.Teknik ini telah banyak membantu orang-orang yang berjaya sekarang.Teknik ini juga telah banyak memudahkan perjalanan hidup seharian ,bagi mereka yang telah tahu dan tahu mengamalkannya.

Rujukan:
  1.  Master your Mind,Design your Destiny,Adam Khoo,PTS,2010.
  2. Law Of Attraction,Michael J.Losier,PTS,2012.
P/S: semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga anda.
                             " Sharing Is Caring"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan