Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah....
Mari kita selami apa sebenarnya kisah disebalik kejayaan dan kehebatan para tokoh dunia ini.
Adakah
anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup ini ? Lihat para tokoh
terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tetapi mereka bangkit
kembali,malah menguasai dunia!!
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya meningkat 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal semasa kecil dan ketika bersekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun
bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai
“seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara
rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney
ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh
kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang
bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana
beliau dikatakan ketandusan idea
.
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol
pula ketika zaman persekolahan sering dimarahi oleh gurunya dengan gelaran “Seorang murid
yang terlalu bodoh untuk mempelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
Col. Harland Sanders (pengasas KFC)
telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk
memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
King C. Gillette (pengasas Gillete)
gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya
yakni pisau pencukur Gillitte.
Nick Vujicic,seorang pakar motivasi
terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was
deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum
crying and told her I wanted to kill myself.
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah
dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya
tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan
dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini
dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan
sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi.
Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Umar Abdul Aziz
pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi
musuh dan melawan musuh kita kerana kemaksiatan yang mereka lakukan,
seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan
apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan
mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan yang ada”
P/S: semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.
" Sharing Is Caring"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan