Sabtu, 29 Mac 2014

Kuasa Minda Lahirkan Ramai Jutawan

Assalammualaikum dan Salam sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah...
bertemu kita kembali pada  jam ini dan masa ini..

Kuasa Minda lahirkan Ramai Jutawan.Saya tertarik dengan tajuk ini dan ingin berkongsi dengan anda apa yang saya baca melalui sebuah buku kecil "Bicara".

Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi Qhada dan Qadar.Itu adalah petikan maksud Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Naim yang menjelaskan bahawa Islam menyeru umatnya supaya mengimbangi kehidupan di akhirat tanpa mengetepikan di dunia dan bekalan untuk akhirat kerana kedua-duanya saling berkaitan.

Berpeluang berkongsi Visi dan Misi pakar motivasi jutawan terkenal,Prof.Dato Dr.Ibrahim Bin Ahmad,ahli perniagaan dan Pengasas Millionaire Mindpower Entrepreneur.Beliau ingin mengubah cara berfikir orang Melayu,supaya lebih hebat dan terbuka,lengkau batas-batas pemikiran yang lama membelenggu untuk kaya dan berjaya.

Menurut beliau,kejayaannya hari ini bukanlah suatu perjalanan yang mudah namun ia bertitik tolak dari keinginan yang kuat serta impiannya mahu menjadi jutawan dengan niat hati suci,ingin mengubah cara hidup keluarganya yang hidup dalam kemiskinan dan daif.

Menurut beliau,suatu ketika dulu dia bukan siapa siapa,"saya tidak lahir dalam dulang emas,tidak mewarisi kekayaan keluarga.Saya hanya orang kampung yang biasa-biasa.

Menurutnya lagi,dia sangat berterima kasih dan bersyukur kepada isteri kerana sanggup berkorban dan bersabar dengan kehidupan dan kemiskinan mereka.Kesetiaan isteri dalam mengharungi kehidupan mereka,menjadikan Beliau bertekad mengubah corak hidup mereka.

" Saya bersyukur dikurniakan isteri yang menjadi tunjang kekuatan perjuangan saya.sentiasa menyokong saya saat susah dan senang" Bagi En.Ibrahim,istituisi rumah tangga adalah menjadi platform terbaik untuk melonjakkan kejayaan."Tafsirkan Cinta kepada Kejayaan" kalau nak berjaya dalam hidup kerana rumah tangga ,kalau nak gagalpun kerana rumah tangga"Kerana pansangan anda,maka anda boleh jadi gila dan kerana pasangan anda juga ,anda boleh jadi sukses gila bahagia"

Dato Dr.Ibrahim banyak berkongsi pengalaman-pengalamannya dalam perniagaan.Beliau terus melebarkan wawasannya ingin melihat lebih ramai orang Melayu lahir jadi  Jutawan.Beliau ingin melihat Orang Melayu membuka Minda mereka bagaimana untuk menjadi kaya dan melepaskan diri daripada belenggu hidup kemiskinan.

                  " Diri Kita adalah Cerminan Siapa kawan-kawan kita"

Orang yang positif dan berjaya bercakap tentang peluang,projek,matlamat dan semuanya bercakap tentang matlamat.Apabila kita ada kualiti diri, kita akan lakukan yang berkualiti juga.Minda kita apabila tidak diset dengan baik,anda akan membuang masa dan wang untuk sesuatu yang berfaedah dan  sia-sia. 


 " Hendak menjadi Kaya mesti ada komitmen  untuk menjadi kaya.Berkorban masa,berkorban tenaga dan wang ringgit..dalam hidup kita sebenarnya,tak sampai 10% pun kita benar-benar berusaha dengan gigih dan pengorbanan."

Bagi lelaki berhati mulia ini,dia telah membuat kajian bahawa budaya orang Melayu tidak menurunkan ke dalam mindset generasi mereka,agar kekayaan perlu ada dalam hidup.Kita tidak pernah dibudayakan untuk bercita-cita menjadi kaya sejak kecil.

Fenomena ini jika berterusan maka  kemiskinan akan berterusan.Orang kaya semakin kaya sementara orang miskin semakin miskin.Baginya,orang Melayu takut dan malu untuk melontarkan keinginan menjadi kaya.

Kita sering dipaparkan dengan perpepsi yang negatif tentang kekayaan dalam pelbagai media seperti drama Melayu orang kaya jahat dll.Baginya atas kesedaran tersebut ,beliau ingin sampaikan ceramah tentang Kuasa Minda bagi mengubah mindset orang Melayu agar maju dan berjaya.

Kehidupannya pada masa lalu memang perit dan sering dihina dan diejek.Keyakinan dan keteguhan hatinya untuk mengubah cara hidup amat kuat.
" Saya yakin Saya  akan berjaya dalam hidup,saya yakin saya akan kaya dan berjaya"

Bagaimanakah Caranya untuk Menjadi Kaya dan Berjaya?

  1. Pergi ke pemeran dan melihat sesuatu yang dia minati dengan sungguh-sungguh seperti kereta idamannya.Beliau meneliti setiap corak kereta tersebut,melihat,mencium baunya,melihat warnanya cuba masuk ke dalam kereta tersebut .
  2. Beliau berangan angan bahawa kereta tersebut jadi miliknya.
  3. kata kata yang positif diluahkan ,bahawa suatu hari nanti dia pasti dapat kereta tersebut dan memandunya dengan gembira.
  4. Apa saja berkenaan dengan kereta idamannya ,dia akan pastikan memilikinya seperti poster,gambar dll.
Menurut beliau lagi,kita pada hari ini berpunca dari apa yang pernah kita lihat,cium hidu dan sentuh.Itu yang akan mencorakkan minda kita.Beliau selalu praktikkan:

         "Apa yang anda cakap,anda dapat,apa yang anda tengok anda dapat,Bila saya inginkan sesuatu saya akan tanamkan dengan sepenuh jiwa raga,yang saya anak benda itu.Saya arahkan ia datang pada saya.Keazaman Saya kuat.Saya tidak cakap yang Saya akan dapat tetapi saya akan cakap saya yakin dapat.

Sebenarnya tidak salah berangan-angan yang penting kita berusaha dan yakin berjaya untuk mendapatkannya.

Apabila target sesuatu biar besar,saya tahu apabila tidak dapat yang besar ,Saya dapat yang sederhana.

Saya mahu ubah mindest orang kita biar mereka berjiwa besarUpgrade sofware minda anda.

" jika ditanya,semua orang mahu berjaya dalam hidup umumnya,untuk berjaya dalam hidup anda perlu belajar ilmu yang membawa anda kepada kejayaan.Untuk berjaya perlukan pesediaan mental dan fizikal.

Apabila kita mahukan perubahan Allah akan  ubah hidup kita Belajar adalah proses sepanjang hayat.Pilihan di tangan anda.

Sebagai mengakhiri perbualan Dr.Ibrahim sekali lagi menegaskan Agar mengubah mindset,tanamkan pada diri agar berjaya dalam semua aspek yang diceburi.

 Begitulah kehebatan minda anak Melayu yang berjaya dalam hidup.Berjaya mengubah corak hidup keluarganya yang dibelenggu kemiskinan dan kehinaan.Apa yang Saya paparkan dan kongsikan ini,sedikit sebanyak membuka minda kita bahawa tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.Sesungguhnya kita ini dari tiada kepada ada....percayalah bahawa Allah sentiasa memimpin hambahnya yang bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.Yakinlah dengan janji Allah...Walau sebesar zarahpun,Allah pasti balas.

Rujukan:
  1.  Bicara April 2012


 P/S: Semoga perkongsian ini memberikan kita keinsafan dan kesedaran bahawa kita ini memang bermula dari tiada kepada ada.
  " Sharing Is Caring"

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan