Jumaat, 28 Mac 2014

Imaginasi Perlu Kepercayaan Mendalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah...

Apakah yang dimaksudkan dengan Imaginasi ?

Imaginasi merupakan semua elemen penglihatan, fikiran, suara, rasa, sentuhan dan sensasi lain anggota tubuh - badan. Kita  seolah-olah dapat menciptakan alam lain di dalam kepala@otak@minda kita ketika kita menggunakannya. Hal ini terjadi kerana otak manusia adalah jaringan saraf yang amat kompleks  dan memiliki ragam kemampuan yang amat luar biasa.

Sebagai contoh : daya imaginasi.
Kanak-kanak adalah makhluk yang gemar, terbiasa atau fitrah ( ilmu dari tuhan ) berfikir dengan menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka memiliki kemampuan berbahasa. Sebuah dunia imaginasi, tidak berkompromi dengan kata-kata...


Ketika bahasa ( kata-kata @ verbal ) menguasai mata fikiran, salah satu kesan yang akan kita tanggung adalah kita hanya mampu "melihat" sebahagian kecil apa yang terlintas di depan mata kita. Sehinggakan ketika kita melihat, mendengar, merasakan dan mencium... apa yang kita fikirkan adalah sekadar memenuhi perintah otak tanpa sensasi yang sebenar.


Ketika kita mengolah imaginasi dan visualisasi di mata fikiran kita, kita menggunakan bahagian-bahagian otak non-verbal. Akan tetapi, ketika kita berbicara atau berfikir dengan kata-kata, bolehlah dikatakan bahawa kita telah merampas kekuatan mata fikiran ini.


Para ahli saraf telah menemukan cara kerja mata fikiran di dalam otak dan menentukan bahagian belahan mana yang berfungsi ketika berlakunya aktiviti fikiran dan ingatan. Penelitian tersebut mengungkap bahawa belahan otak kanan hanya dapat '"melihat" sesuatu tetapi tidak dapat "mengatakannya". sebagai contoh adalah seperti berikut :


Kita mungkin mahir dalam memvisualisasikan warna rumah kita, tetapi kita tidak mahir dalam menyatakan fikiran kita dalam bentuk bahasa verbal, tentang apakah sofa yang ada di salah satu sudut ruangan itu benar-benar sudah sesuai untuk diletakkan disana..

" Semakin baik daya imaginasi, biasanya semakin baik dalam mengingati  mimpi atau matlamat dan melakukan hipnotis serta mengolah kreativiti berfikir. " - Ian Robertson, pakar neuropsikologi.


 Ada yang tertanya-tanya mengapa imaginasi yang mereka lakukan langsung tidak ada kesan  malah seperti sia-sia sahaja.

Mempraktikkan kuasa minda dan untuk melihat kesannya perlukan ketenangan, maksudnya biarlah kita berada dalam suasana yang santai dan tenang. Biarlah minda kita berada dalam arus alfa, saat mood kita relaks.

Dengan itu, apa jua yang kita imaginasikan akan senang masuk ke dalam minda separa sedar dan mudah untuk minda separa sedar merealisasikannya. Imaginasi perlukan kepercayaan yang mendalam, maksudnya kita percaya kuasa minda separa sedar memang wujud dan ada dalam diri kita, melakukan apa saja mengikut arahan kita.

Sejak kecil kita disogokkan dengan nilai logik, di mana untuk percaya sesuatu kita perlu melihatnya terlebih dahulu.. Maksudnya, lihat dulu baru percaya, bukan percaya dulu baru lihat.

Tapi, untuk memanipulasikan kuasa minda separa sedar, kita kena  percaya terlebih dahulu dengan proses kuasa minda separa sedar secara mendalam.

Seperti kata-kata Lance Armstrong, "Believe In Miracles And The Unseen". Percaya apa sahaja yang Anda mahu minda separa sedar buat,maka minda akan merealisasikannya kerana itu adalah tugasnya.

Bagaimana minda separa sedar merealisasikannya, itu di luar kemampuan ilmu manusia. Tugas kita hanya ask, believe and be ready to receive. Dalam Islam, kita dianjurkan supaya sentiasa berdoa (ask) dan tawakkal setelah sehabis daya berusaha (berimaginasi).

Kuasa imaginasi dan minda separa sedar ialah keajaiban yang berada di luar logik. Imaginasi yang cemerlang perlukan asas yang kuat, iaitu kepercayaan yang mendalam.

Selain itu, ia juga perlu diwujudkan elemen emosi, kerana minda separa sedar sensitif pada apa jua perasaan kita, tak kira sama ada positif atau negatif. Bila imaginasi (atau gambaran mental) digabung bersama emosi, ia menghadirkan satu kuasa tarikan (attraction) yang kuat.

Hasilnya apa jua yang Anda bayangkan cepat direalisasikan oleh minda separa sedar. Ketika berimaginasi, jauhkan dari rasa tertekan, geram, marah atau stress untuk mencapai apa yang Anda mahukan.

Kuasa minda separa sedar berada di tahap optima ketika mood Anda tenang, relaks dan santai.Ingat Allah dan hati akan tenang sentiasa.

Marilah kita selalu bersyukur  atas segala nikmat yang apa yang ada pada kita  sekarang ini, kerana perasaan syukur yang hadir  membuatkan hati merasa tenang dan damai.Semakin kita bersyukur dan berterima Kasih kepada Allah,maka semakin Allah tambah lagi nikmat@rezeki yang kita ada.Hidup makin tenang dan damai.


P/S: Semoga perkongsian Hari ini,memberikan impak yang positif kepada kita.

                                               " Sharing Is Caring"











 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan