Ahad, 9 Mac 2014

Jika Gagal Bangkit


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...pembaca Blog Hijrahku yang budiman, apa khabar Anda hari ini....harapan Saya moga Anda baik - baik...bagi Saya,pada hari ini masih lagi bersimpati kepada keluarga mangsa MH370.

Sebelum Saya memulakan tulisan ini,Saya berdoa kepada Allah yang maha Esa,semoga semua penumpang dalam MH370 selamat dijumpai...ya Allah,selamatkanlah mereka dan lindungilah semua mereka yang terlibat..hanya kepadamu ya Allah tempat kami memohon dan berharap..amin ya rabbal alamin.Thanks Allah.


Baiklah..hari ini saya bercakap tentang kegagalan...........
Pernahkah Anda gagal? Apa yang anda buat apabila gagal?


Kegagalan timbul dalam pelbagai aspek. Gagal becinta, gagal dalam pelajaran, gagal dalam bisnes,gagal dalam mendapatkan sesuatu dan pelbagai macan jenis gagal...hehehe
.

Bagi saya, kegagalan sudah menjadi lumrah. Ia sebahagian dari diri saya. Saya dah
GAGAL banyak kali. Bahkan berkali-kali.

Hidup Saya tidak sempurna seperti orang lain.Semasa kanak-kanak kehidupan saya tidak gembira malah saya sering dibuli,Meningkat remaja,hidup saya juga tidak berubah,malah saya hidup mengikut telunjuk orang lain.Saya tidak ada ketegasan diri.....

Wahai pembaca yang budiman,buatlah sesuatu untuk diri anda,hargai diri dan hidup anda,jangan mengikut perintah dan telunjuk orang lain,sehingga diri anda sendiri merana dan tidak dihargai.




Allah sentiasa bersama hambahnya yang sabar dan teraniyah...Allah akan melimpahkan rahmat dan perlindungan kepada sesiapa sahaja yang sabar dan tabah.


Sikap pendiam dan tidak banyak bercakap serta mengiyahkan sahaja apa-apa hal,maka..disitulah orang lain nampak bahawa kita ini adalah seorang yang tidak ada pendirian dan dengan kata kasarnya seorang yang " Bodoh".





Pengalaman menjadi seorang yang bodoh dan gagal dalam hidup ini,amat perit.Jiwa saya merontah-rontah...malah saya bertanya pada diri sendiri..kenapa aku hidup begini? kenapa orang lain sering pandang hina pada aku? kenapa aku dibuli?


Alhamdulillah..hidup aku kini sudah berubah sejak aku mengalami peristiwa yang amat dasyat dalam hidup,akhirnya aku bangkit..bangkit dan bangkit..dan bangkit......

Apa yang aku lakukan untuk bangkit dari kegagalan?

Aku mula bertindak gila...gila dengan membuat sesuatu di luar jangkaan orang-orang yang aku sayang....kerana orang-orang yang aku sayanglah yang cuba menghalang dan membentuk diriku menjadi acuan mereka.

Syukur ya Allah..satu demi satu impianku tercapai...Orang sekelilingku khasnya keluargaku,hanya terlopong melihat apa yang aku alami.kejayaan demi kejayaan yang aku alami..syukur ya Allah banyak -banyak padamu....rupanya selama ini aku tidak bodoh..cuma aku diperbodohkan dan tidak ada pendirian.

Bangkitlah wahai saudaraku...sesungguhnya tidak ada orang bodoh..cuma keadaan yang menjadikan  kita bodoh....

Aku mula membaca buku-buku motivasi yang ada di pasaran...aku mula menguasai duit hasil keringatku sendiri....buku pertama yang telah membangkitkan aku dari kebodohan adalah buku The Secret ,kemudian buku hasil tulisan Napoleon Hill...dah lupa tajuknya..pula.

 Sungguh ajaib hidup ini,jika dulunya akulah anak paling bodoh dalam keluarga...tetapi hari ini aku bukan lagi seorang yang bodoh..malah mereka semua  sudah mula menghormatiku.Syukur ya Allah ..syukur ya Allah.....benarlah kata para ahli motivasi.."UBAHLAH DIRIMU MAKA DENGAN SENDIRINYA ORANG SEKELILINGMU AKAN BERUBAH " 

Berikut adalah artikel hasil tulisan Shuekri IMotivasi yang Saya petik dari Blog IMotivasi:

Jika Anda Gagal, Bangkit !
Jangan kalah pada kegagalan. Gagal sekali tak semestinya Anda akan GAGAL seumur hidup. Berita baik, gagal hanya sementara. Masalah juga hanya sementara.

Apa jua yang anda hadapi dan anda GAGAL, usah risau kerana ia hanya sekejap saja. Simpan dalam MINDA Anda kata-kata saya ini.

Maksudnya, encik GAGAL ia menyuruh anda ubah strategi supaya bertemu dengan encik KEJAYAAN di hujung sana.


Jangan berhenti mencuba dan jangan berhenti mengatur strategi. Buat apa saja cara yang halal untuk mencapai matlamat Anda.

Jika anda mahu menjadi pencinta yang setia, buatlah apa saja untuk mencintai kekasih anda, buat dia sentiasa tersenyum dan buat dia sentiasa ceria bila di samping Anda.
Jika anda usahawan, bila promosi yang anda jalankan tidak membuahkan hasil, jangan berhenti. Cuba lagi, lagi dan lagi.
Kejayaan Bukan Satu Matlamat, Tetapi Ia adalah
Destinasi Yang Tak Berpenghujung.


Saya dan Anda mengejar kejayaan untuk menjadi yang lebih baik, lebih baik lagi dan terus baik. Kemudian, mengajak orang lain supaya menjadi lebih baik dan lebih cemerlang dari yang sebelumnya.


Fahami bahawa kegagalan yang terjadi bukan utuk memusnahkan Anda, tetapi ia mendidik anda dan menyatakan pada Anda percubaan yang dilakukan tadi tu salah, sebab tu ia GAGAL.
Jika saya mampu untuk bangkit semula, Anda juga boleh jika Anda katakan pada diri, Anda mampu bangkit. Saya boleh, Anda juga boleh bangkit dari kegagalan.

Saya dan Anda lalui kegagalan untuk menjadikan diri kita tahu erti hidup dan mencuba melawan kegagalan yang melumpuhkan dan "membunuh" semangat saya dan Anda.


Lihat orang-orang yang pernah gagal. Tanya mereka, baca mengenai profail mereka dan kalau boleh berjumpa dengan mereka untuk mendengar sendiri bagaimana mereka bangkit dari kegagalan.

Jika semangat yang mereka wujudkan berkesan untuk diri mereka, ia juga berkesan untuk Anda. Cari seorang tokoh, sesiapa saja yang telah berjaya untuk Anda jadikan model kejayaan.


Ubah persepsi Anda hari ini juga.( Shuekry IMotivasi)




P/S: semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda

                      " Sharing Is Caring"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan