Khamis, 27 Mac 2014

Hukum Kekekalan Energi ( HKE) dan apa hubungannya dengan LOA (Bhgn 1)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah...

Bertemu kembali pada jam ini dan masa ini ,hehhehe macam Astro Awani pula...beberapa hari lalu Saya sempat membeli buku di Eaton's sebuah kedai buku terbesar di Gedung Centre Point Kota Kinabalu.Mata dan langkah kaki terus menujuh ke sudut buku-buku motivasi.Saya terpikat dengan begitu banyak buku seperti tajuk."kejayaan dan NLP", " Trasformasi Diri ", " Magnet Diri" dan pelbagai tajuk yang sungguh menawan hati .

Walaupun  banyak buku yang amat mengujah saya,namun fikir-punya fikir..oh..kena fikir juga budjet.Saya akhirnya pilih sebuah buku yang bertajuk " Menjadi Pemimpin Super" membentuk Pemimpin Dunia Akhirat dengan prinsip Kubik Leadership.

Saya cuba kira-kira budget yang ada,saya kena bertolak ansur dengan anak remaja saya,yang kelihatan banyak buku pilihan di tangannya.Saya faham ,anak saya juga Ulat buku seperti Saya..hehehee.Saya sudah agak,anak lelaki saya ini tentu akan mencari buku berkaitan dengan Detective Sherlok Holmes.Mata saya cuba melirik ke arah tangan anak,haa..dah 5 buah buku di tangannya...( Saya mengiyakan sahaja tanpa menegur dan memarahinya).

Berbalik kepada Buku  , Menjadi Pemimpin Super,saya ingin berkongsi dengan pembaca Hijrahku yang dihormati...salah satu tajuk  dalam bab ini " HKE "

HKE@ Hukum Kekekalan Energi:
Apa sebenarnya HKE?
Energi atau tenaga wujud dalam persekitaran kita,walaupun ia tidak dapat dipegang ataupun dilihat.Ilmu fizik mendefinasikan energi sebagai kemampuan melakukan kerja.

Energi adalah faktor yang membantu alam semesta berfungsi.Energi wujud dalam bentuk Cahaya, haba , bunyi, elektrik,mekanikal, kimia, elektomagnet dan sebagainya.Ia juga wujud dalam benda yang dapat dilihat seperti air,gunung,pokok,batu,kertas haiwan dan manusia.

Ternyata semua makhluk yang wujud di alam semesta,mengandungi energi,tidak kira sama ada makhluk itu hidup bernyawa ataupun tidak.
                    " Energi di dunia ini bersifat tetap,tidak diciptakan lagi dan wujud selamanya.
                      Ia hanya berubah bentuk sahaja ". (Hukum Kekekalan Energi@HKE).


 Tuhan menciptakan alam semesta dilengkapi segala kemudahan dan energi secukupnya bagi kegunaan semua makhluknya.Namun walaupun energi tetap tapi  bentuknya boleh berubah.

Bagaimana energi berubah?
sebagai contoh,dalam proses alam semulajadi;
  1.  Air berubah menjadi wap
  2. kayu berubah menjadi kayu api.
  3.  uranium  boleh diubah menjadi bom
  4. elektrik berubah menjadi tenaga kinetik dan sebagainya.
  5.   

Bagaimana Energi berubah dalam aktiviti seharian kita?
  1. Pergerakkan tangan menghasilkan tulisan.
  2. Bersukan menjadikan badan sehat.
  3. Menuntut ilmu menjadikan kita berilmu pengetahuan.
  4. Senyuman mewujudkan rasa cinta dll. 

 Walaupun bentuk energi saling berubah tetapi jumlahnya sama.Tiada energi yang hilang dan tiada pula ditambah,cuma ia telah berubah dan bertukar dalam bentuk yang lain.

Apa erti dan kepentingan HKE pada manusia? Apa Rahsia di sebalik HKE ?

  •  manusia mempunyai sitem semestanya sendiri sebagai mikrokosma dan makrokosma ia mempunyai persamaan  dengan alam semesta.
  • persamaan itu dijelaskan oleh Masataka Takesita dalam bukunya "Manusia Sempurna Menurut konsep ibn Arabi".Ini petikannya: 
 " Dalam diri manusia,terdapat pelbagai kekuatan yang ada dalam alam semesta,seperti berkembang, bersifat liar dan rasionalistik.dalamnya ada unsur tanah seperti tulang, unsur cecair seperti urat darah halus, bahagian yang berisi cecair, unsur cecair seperti urat darah halus,bahagian yang berisi cecair seperti perut,pundi kencing dan bahagian lain yang sejenis seperti mineral tetap dan gusi,otak dan urat saraf.....

.....ada juga bahagian yang berlubang seperti api di alam semesta, iaitu haba pada manusia, tumbuhan di alam semesta,iaitu rambut pada manusia dan haiwan di alam semesta,iaitu cacing  pada manusia,fenomena alam semulajadi seperti hujan,halilintar,gerhana,pelangi,gempa bumi dan sebagainya.Semua mempunyai persamaan dengan manusia.Hanya pada manusia kesemua unsur ini bergabung secara menyeluruh.

Maksudnya secara jelas: 

Unsur yang berlaku pada manusia (mikrokosma) ,turut berlaku pada Alam semesta (Makrokosma).Oleh itu,hukum ini termasuklah  Hukum Kekekalan Energi.

Bagaimana ..pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah? Anda faham tak ?

 Sekiranya anda adalah pembaca buku Law Of Attraction @ Hukum Tarikan  dan  Science of getting rich,maka mudah bagi anda untuk memahami hukum HKE yang saya bincangkan sekarang ini.

Baiklah..Saya hentikan di sini terlebih dahulu.Saya akan sambung dalam bahagian ke 2 artikel seterusnya.
Tungguuu...

Rujukan :
  1.  Menjadi pemimpin Super,Farid Poniman,Indrawan Nugroho dan Jamil Azzaini,PTS,2013.

P/s : Semoga bermanfaat kepada Saya dan juga Anda...." Sharing Is Caring "

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan