Ahad, 9 Mac 2014

Cara untuk Exsplore kelebihan diri

 

                                          Gambar Hiasan

 Kenapa kita asyik memuji orang lain dan kenapa kita tidak cari kelebihan yang ada pada diri kita sendiri?

Ramai orang asyik mengagumi kelebihan orang lain, tapi sangsi dengan kelebihan diri sendiri.

 Kita nampak kekuatan dan kelebihan orang lain tapi kabur dan tidak dapat menilai kelebihan yang ada pada sendiri. Sikap begini membuat  kita kurang berkeyakinan, malah cenderung pula membuat kita selalu mencela-cela diri (self-pity).

Kita perlu explore kelebihan diri sendiri dalam bidang yang kita ceburi sekarang, supaya kita tahu apa kelemahan kita dan apa kekuatan kita. Kesan dari situ, barulah kita ada keyakinan untuk berusaha dengan gigih  bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi dan menaikkan taraf diri.

Apakah sebenarnya cara yang  terbaik untuk untuk explore kelebihan diri?

Cara pertama, buat sesuatu yang Anda tak pernah buat sebelum ini. Anda akan belajar perkara baru. Beranikan diri, buat saja dengan niat hendak tahu kemampuan diri  sendiri.sebagai contoh,sekiranya selama ini anda sangat suka membaca,naa...sekarang cuba beranikan diri untuk menulis sebuah artikel@rencana.Jika ada rakan anda yang berminat dalam menyiarkan rencana anda,cuba berikan padanya.Wahh..sungguh hebat bukan? kini rencana@artikel anda telah tersiar dalam Blog sahabat anda.

Cara kedua, asah bakat yang Anda buat sekarang ini. Lakukan dengan lebih baik  dari sebelumnya. Contoh, jika Anda sekarang ini seorang pelajar  universiti yang skor biasa-biasa saja tiap semester, beranikan diri untuk mencapai skor yang lebih tinggi.

Cabar diri  untuk belajar dengan lebih rajin, jika sebelum ini Anda belajar dalam 2 jam sehari ,cuba gandakan kepada 3 atau 4 jam sehari....sungguh hebat bukan? Cabar diri sendiri dan lihat keajaibannya.Syabas!!!! kini anda telah Exksplore kelebihan diri sendiri.
 
 
 P/S: Semoga Saya dan Anda mendapat manfaat dari pembacaan ini...".Sharing Is Caring"
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan