Assalammualaikum dan salam sejahtera buat Anda pembaca Blog saya yang masih kerdil ini.Para pembaca yang saya hormati,sudah hampir dua bulan Saya tidak menulis dalam Blog kesayanganku ini,bukan kerana malas atau bosan tetapi Saya dihimpit waktu.Saya perlu jalankan tugas-tugas saya sebagai seorang guru kerana itu sudah menjadi kewajiban bagi saya,bak kata pepatah " yang dahulu didahulukan dan yang kemudian ,dikemudiankan" hehehhe......
Baiklah kali ini saya bercakap tentang semangat...
Apabila kita memikirkan mengenai keinginan mencapai sesuatu yang jauh lebih besar daripada apa yang anda miliki sekarang , ia membangkitkan Imaginasi dan menguatkan semangat kita.Mungkin matlamat berganda kita kelihatan mustahil dicapai pada mulanya , tetapi kemungkinan mencapainya mencetuskan dorongan dan semangat dalam diri.
Perasaan inilah yang mendorong kita supaya sentiasa bertindak secara konsisten. Ingat ! ,sebab utama mengapa ramai orang tidak bertindak ke arah mencapai matlamat mereka adalah kerana matlamat tidak cukup menarik bagi mereka.
Ini adalah kata kata yang Saya petik dari Blog DR.Azizan Osman:
"Semangat boleh luntur, semangat boleh hancur, semangat boleh kebah, semangat boleh hilang, semangat boleh pulang, semangat boleh terbang, semangat boleh membakar halangan, semangat boleh merempuh segala tembok, semangat boleh naik dan semangat boleh turun.
Semangat adalah ibarat api yang boleh semarak tetapi boleh juga padam. Untuk mencapai impian kita, kita perlukan minyak gas, kayu api kering, arang sebagai bahan pembakar. Ia perlu ditiup sentiasa agar apinya tidak lenyap. Semangat akan lebih semarak bila ia disebarkan.
Semangat adalah emosi yang perlu dibakar setiap masa dengan suasana yang betul dan orang sekeliling yang betul.
Semangat boleh hilang bila kita lupa dan semakin melupakan apa matlamat besar kita. Tengok atau tulis semula apa matlamat yang kita telah tulis dan tulis semula. Baca jerit kepada diri sendiri setiap hari. Supaya otak kita ingat dan bakar semangat kita." ( DR.Azizan Osman )
Adalah penting bagi kita benar-benar mempercayai diri mampu mencapai matlamat ,Ingat! kepercayaan kita menentukan segala-galanya.
Bakar semangat.....ia akan memaksa anda berfikir di luar kebiasaan dan membina strategi baru yang belum pernah anda fikirkan sebelum ini.Apabila anda mula berfikir di luar kebiasaan, anda berjumpa dengan beratus-ratus malah beribu-ribu idea.
Semoga apa yang Saya tulis ini,memberikan Saya kesedaran bagaimana untuk menjaga secara konsinten semangat yang ada....begitu juga Anda..." Sharing Is Caring"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan