Jumaat, 28 Mac 2014

Kuasa minda

Minda Kita Kuat Kuasanya 

Minda merupakan pusat kawalan akal, pusat menjana fikiran, pusat penyimpanan maklumat serta pemprosesan maklumat dan ianya berada di dalam otak. Minda merakam segala maklumat yang disalurkan melalui deria pancaindera seperti mata , mulut, telinga dan hidung. Minda manusia juga terbahagi kepada 2 iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar merupakan minda yang akan terjaga apabila kita terjaga dari tidur dan akan turut tidur jika kita tidur.

Minda separa sedar pula tidak pernah tidur dan sentiasa bekerja untuk manusia 24 jam sehari. Manusia mampu mengawal minda dan rahsia bagi kebanyakan mereka yang berjaya di luar sana adalah kerana mereka mengawal arah pemikiran mereka ke arah kejayaan, ke arah positif, ke arah kekayaan dan bermacam - macam lagi arah menuju kehebatan.

Pada era teknologi maklumat ini, ada begitu banyak maklumat atau ilmu yang dapat diakses dengan mudah. Kita cuma perlu menanamkan minat untuk mencari ilmu dan minda separa sedar. Kita akan membawa ke arah itu. Terdapat banyak teknik serta kaedah untuk memperkasakan minda seperti teknik Affirmasi dan Visualisasi.

Visualisasi merupakan teknik menggambarkan impian di dalam minda.Membayangkan impian Atau cita-cita seolah-olah sudah tercapai. Jangan risau dengan tanggapan serong orang lain jika kita mengamalkan teknik ini kerana KLCC juga terbentuk melalui angan - angan ( impian ). Jika kita dapat mencapai impian , maka kita sebenarnya memang hebat. Bagi   mereka yang takut untuk menggambarkan impian di dalam minda,  mereka sebenarnya lebih teruk daripada Mat Jenin.

Tulislah apa yang kita impikan dan cubalah sedaya upaya untuk menjadikannya kenyataan.Kita akan nampak kehebatan kuasa minda kita serta kekuatannya. ini akan membawa kita ke arah kejayaan. Ini adalah kerana anda telah menzahirkan impian anda pada peringkat pertama iaitu menulis dan akan disusuli dengan penzahiran - penzahiran yang berikutnya sehinggalah ke peringkat penzahiran sempurna iaitu impian kita telah pun kita raih.

Jadi, untuk berjaya kita perlu memiliki mindset orang yang berjaya, jika kita ingin menjadi pemimpin yang berjaya kita juga perlu memiliki mindset  seperti pemimpin yang berjaya, jika kita ingin menjadi orang kaya kita perlu memiliki mindset orang kaya,jika kita ingin menjadi pelajar cemerlang maka milikilah mindset pelajar cemerlang.Lihat bagaimana cara pemikiran mereka,cara mereka bertindak dan cara disiplin diri mereka.


Bentuklah minda kita dengan disiplin dan azam yang positif,jangan kita sia-siakannya.

Minda kita sangat kuat dan dasyat  kuasanya. Ia menurut apa saja yang kita masukkan @ set. Dalam usaha memburu kejayaan , memburu kecemerlangan diri dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan, ilmu teknikal masih tidak mencukupi.Ilmu minda dan ilmu teknikal kena bergabung bersama-sama.

Seperti kereta F1 yang power, sebuah motor Ducati yang perkasa dan seperti sebuah jet pejuang F22 yang meluncur laju di udara, ketiga-tiga 'benda' yang hebat ini perlu dipandu, dikawal dan di selenggara agar ia dapat mencapai jarak yang lebih jauh, lebih laju, lebih hebat, lebih berjaya, lebih cemerlang.Bagaimana pula dengan minda kita?ya,minda perlu diurus dengan baik seperti kita mengurus dan memandu F1 yang power.
Kuasanya sangat power, malah lebih power dari apa yang kita boleh imaginasikan. Saya bukanlah seorang Profesor minda,saya juga bukan ahli motivasi tapi saya berkata dari pengalaman sendiri yang telah mempraktikkan minda separa sedar,melalui panduan, pembacaan dan kursus-kursus yang saya hadiri.Memang dasyat.
 
Walaubagaimanapun,dengan ikhlas hati saya katakan,untuk menjana kuasanya agar sentiasa power,kita kena berlatih dan praktis setiap hari.bagi saya,kesibukan dengan kerja harian ,mengurus rumah tangga,sedikit sebanyak ia menjejaskan latihan kerana terlalu letih dan penat.saya bukan siapa-siapa,saya cuma berkongsi ilmu positif bersama Anda.
                "Saya cuma berpegang pada prinsip,sebarkanlah ilmu walau hanya sepotong ayat...dan amat mudah untuk kita menabung energi positif @ pahala kerana energi positif@pahala yang kita tabung,akan kembali kepada kita juga...namun dalam bentuk lain seperti rezeki anak,rezeki wang,rezeki kesihatan dan sebagainya.Saya tidak meraguinya kerana itu janji Allah..dan hukum Alam iaitu Jumlah Usaha=Hasil usaha.Buat perkara Positif dibalas perkara positif,buat perkara negatif dibalas perkara negatif ( Hukum Tarikan).Subhanallah.
 
Ok,ayuh kita sambung semula pembicaraan kita..heehhhee



Bagi mengawal apa yang ada di fikiran  dan di kepala, kita perlu bijak mengawal emosi. Emosi boleh dikawal apabila kita tahu mengenai potensi diri, kita kena tenang setiap masa dan be in control.

Ramai orang menghadapi masalah dengan bermacam-macam masalah, mereka susah hendak bertenang dan tidak mahu melatih diri supaya bersabar. Mereka lebih suka menjadi agresif, pemarah dan berada dalam keadaan tertekan, dengan harapan supaya orang lain prihatin terhadap mereka atau takut  dengan mereka.

Sebenarnya dengan cara tersebut,ia makin  menarik masalah ke dalam hidup mereka sendiri. apabila fikiran sudah tertekan, lebih banyak masalah akan muncul tiba-tiba lalu membuat kita menjadi lebih tertekan.Seperti yang kita sedia maklum bahawa,energi negatif 6 kali ganda kuasa kekuatannya berbanding kuasa energi positif.Sebab itu,kita kena kontrol diri,jangan sampai diri kita dikuasai oleh minda Negatif. Ingat!! berhati -hati dalam berfikir.

Mulai hari ini, muhasabah diri, belajar kawal emosi dan kawal rasa marah.Bertindaklah dengan bijaksana.

Orang-orang yang cemerlang, sabar mereka seluas lautan dan usaha mereka setinggi gunung di daratan, susah nak ditandingi kehebatannya. Kenali potensi minda dan gunakannya sebaik mungkin supaya kita boleh berjaya dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan,bahagia dalam rumah tangga dan hidup seumpama berada di syurga.

Ingat wahai pembaca Hijrahku yang dikasihi...energi  negatif 6 kali ganda kuasanya berbanding energi positif....jangan sampai kuasa negatif menghancurkan hidup kita.

Memang sewajarnya Nabi Muhammad manusia agung yang patut dicontohi oleh kita semua.Sifat penyabarnya yang tiada tandingannya..sebab itu kuasa dan mukjizat yang ada padanya amat dasyat.Masyaallah. 

P/s: Semoga perkongsian hari ini membawa kita ke arah impak yang positif...
                                                  " Sharing Is Caring "













Tiada ulasan:

Catat Ulasan