Sabtu, 8 Mac 2014

MH370



                                                          Gambar Hiasan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca budiman...

Mungkin entri Saya kali ini berlainan sedikit daripada  yang biasa .Saya amat terharu dan sayu hati ini apabila dikejutkan dengan khabar Kapal terbang MAS MH370 hilang tanpa di kesan sehingga kini.(8/3/2014 jam 9.00 malam waktu Malaysia).

Penerbangan yang berjadual pada pukul 12.30 pagi itu telah hilang dari  radar lebih kurang pada pukul 2 pagi pada 8hb. Mac.2014.Penerbangan  ini dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kepada semua keluarga yang terbabit,tabahkan hati berdoalah kepada Allah supaya mereka semua selamat kerana buat masa ini belum ada khabar berita berkenaan Pesawat serta penumpangnya.

Ujian Allah tetap ada kepada hambahnya,selagi kita hidup selagi itu Allah sentiasa menguji kita.Berdoalah serta bertawakkallah kepada Allah,sesungguhnya kepada Allah lah kita meminta dan memohon perlindungan dan keselamatan.

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya,kepada semua rakyat Malaysia,marilah kita berdoa agar semua penumpang dan kru-kru penerbangan selamat dijumpai sama ada masih hidup mahupun sebaliknya.Sesungguhnya kejadian ini,menggemparkan semua negara kerana penumpang yang ada dalam pesawat tersebut bukan hanya rakyat Malaysia malah ada dari pelbagai negara dunia seperti China,India dan pelbagai negara lagi.

Pelbagai Negara menawarkan diri untuk menghantar penyelamat seperti Amerika Syarikat,Singapore,Filiphines dan beberapa buah negara lagi.Sebenarnya dalam keadaan genting sebegini,kerjasama dan saling bantu membantu memang sewajarnyalah berlaku.Komitmen yang ditunjukkan oleh negara dunia dalam konplik ini,amat diharapkan.

Walaupun dalam keadaan yang amat genting ini,ada juga beberapa pihak yang cuba mencipta cerita tersendiri dengan membuat spekulasi yang negatif,kepada semua rakyat Malaysia,marilah kita bersatu padu,marilah kita menjaga hati-hati keluarga mangsa.

Sesungguhnya berfikiran positif itu lebih baik daripada berfikir ke arah negatif..kerana kekuatan fikiran negatif enam kali ganda kuasanya daripada berfikir positif.Jika kita biarkan fikiran negatif menguasai kita,maka diri kita sebenarnya menghala ke arah kehancuran.

Ayuh rakyat Malaysia...bersatu padulah...marilah kita berdoa bersama-sama untuk para penumpang MH370 serta Kru-krunya...semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat.

" Sharing Is Caring"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan