Sabtu, 8 Mac 2014

Kenapa saya menulis tentang Siti Nurhaliza ?

 
 
 
 
 
 Saya memang peminat penyanyi kecil molek Siti Nurhaliza.Saya sangat suka melihat cara penampilannya .Suaranya yang sangat merdu dengan pelbagai intonasi , membuatkan para pendengar seni muzik terpaku.

Penampilannya yang sangat sederhana dengan senyuman yang terukir di bibir,memikat semua orang walau dimana dia berada. Penyanyi yang  yang mendapat jolokan Wanita Melayu terakhir ini tidak mudah goyah dengan pelbagai kritikan.
 
 
 Apa yang menarik Saya untuk menulis berkenaan dengan Siti  Nurhaliza?
 
  • Pertama sekali Saya akan teringat seorang penyanyi 80-an Mazuin Hamzah kerana penyanyi tersebut juga sopan dan gaya ala-ala Siti .
  • Perkara ke dua yang menarik tentang Siti Nurhaliza ialah Senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya.Senyuman itulah yang membuatkan orang sentiasa terpikat dan tertarik.
  • Cara berpakaian yang sentiasa kemas , rapi dan sopan.
  • Perkara yang seharusnya kita semua tidak lupa adalah kekuatan semangat serta impiannya untuk di raih,sentiasa tercapai.
  • Penyanyi ini mempunyai Prinsip Hidup yang sentiasa dipegang sehingga kejayaan demi kejayaan beliau raih.

Background family Siti Nurhaliza dikatakan berpegang teguh kepada agama. Sejak dia  mula berkecimpung dalam bidang seni, dia dijaga dan di kawal rapi oleh abangnya iaitu Ayie., Ayie dan kakak ipar yang merangkap manager Dato' Siti.   Keluarga ini berpegang kuat kepada kehidupan tradisi dan mengekalkan tatasusila orang-orang kampung.
 
 Walaupun dia buat photoshoot yang diminta untuk berpakaian seksi, dia akan tapis awal-awal. Jati diri wanita ini dalam menjaga kesopanan dan ketatasusilaan Wanita Melayu tetap dijaga. Dia memang berpegang dengan prinsip hidupnya. Dato' Siti memang seorang anak dan isteri yang baik.  Walaupun ada sahaja komen-komen negatif namun sikap berdiam dan tidak melatah membuatkan penyanyi ini sentiasa memiliki rekod bersih.
 
Kini Siti Nurhaliza telah menempah kejayaan demi kejayaan sehingga membuka mata semua pihak,apa sebenarnya rahsiah penyanyi kaya senyuman ini?

Kedewasaan Siti dalam menempuh arus sebagai penyanyi,sebagai isteri,sebagai Usahawan wanita memang kita perlu kagumi.Wanita yang boleh dikatakan berjiwa Gagah Berani.
 
itulah sahaja serba sedikit tentang Dato Siti Nurhaliza yang boleh dijadikan Idolah oleh mana-mana Wanita di luar sana. Bukan bermakna kita harus jadi penyanyi seperti Siti tetapi kecekalan,kekuatan semangat,kesungguhan dan perancangan hidupnya untuk mencapai matlamat yang dia telah rangka dan impikan sama ada dalam tulisan hariannya atau dalam mindanya, wanita boleh jadikan pengajaran dan contoh.


Sekian...." Sharing Is Caring"


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan