Ahad, 9 Mac 2014

Menonton Rancangan Running Man?



 
 Kali ini saya berkata tentang bagaimana hendak menarik motivasi supaya wujud dalam diri kita. Saya akan berkata bagaimana untuk menjadikan diri kita bermotivasi.Kita sebagai orang Islam memang tidak boleh lari daripada perkara wajib seperti Solat.Solat tiang agama dan solat juga boleh memberi ketenangan kepada kita.

Artikel Saya ini  mungkin kurang menarik tetapi saya ingin bercerita serba sedikit tentang pengalaman sendiri bagaimana saya menjaga diri agar sentiasa bermotivasi.

Sudah  bersedia?  baik Kita mulakan sekarang !!!!

Pertama sekali saya akan elakkan dari menonton tayangan-tayangan @ filem yang berunsur negatif.Saya akan sentiasa bersama anak duduk menonton cerita-cerita jenaka @ lucu seperti  Program " Running Man ", Raja Lawak , Filem Tan Sri P. Ramlee dan filem-filem hebat dari luar negara seperti  The Green Lantern , The Rocky, Iron Man, dan yang berunsur ketangkasan dan kehebatan.

Untuk menjadikan diri Anda bermotivasi,  jauhkan diri dari kata-kata negatif . Cubalah elakkan diri daripada artikel-artikel yang berunsur negatif, yang menyatakan rasa tidak puas hati pada isu-isu semasa.


 Kenapa mengelak dari perkara tersebut?

Apa yang kita selalu fikir, itulah yang akan  diproses dan ditarik oleh minda kita, akhirnya kita akan menjadi seperti apa yang kita selalu fikirkan. Law Of Attraction menarik apa saja yang bermain di fikiran kita sama ada kita sedar atau tidak, nampak atau tidak.

Bila Anda berbuat begitu (selalu tak puas hati pada situasi-situasi tertentu, orang tertentu dan dan apa saja isu semasa), Anda berfikir tentang sesuatu yang negatif. Seterusnya, minda menarik situasi-situasi negatif datang pada Anda tanpa henti bahkan makin bertambah!

Sebab, Anda asyik berfikir pada sesuatu yang  negatif.

Jangan suka dengar lagu yang sedih-sedih, yang putus cinta, yang ditinggalkan, yang tak puas hati atau yang merasa Tuhan tidak adil. Bila Anda suka mendengar lagu-lagu yang berirama sebegitu, Anda juga akan turut menjadi sedih, tidak bersemangat dan tidak bermotivasi.

Kepada yang lahir 60-an hingga 70-an,cubalah elakkan daripada mendengar lagu-lagu nostalgia atau klasik....sekiranya anda asyik mendengar lagu-lagu zaman dulu,maka jiwa anda sentiasa tersentuh dan sedih mengenang masa masa lalu....fikiran anda akan menerawang kembali kepada kenangan lama.Please!..pandanglah ke hadapan yang berlalu biarlah berlalu.

Apa yang Ada dengar dan apa yang ada 'feel' di dalam hati akan diserap oleh minda dan direalisasikan serta merta.Selagi dalam minda Anda masih terbayang-bayang alunan irama lagu tersebut, lebih banyak situasi sedih akan ditarik oleh minda anda  dan akhirnya kita sentiasa dalam kemurungan. Kesannya, Anda langsung tak jadi bermotivasi dan tak bersemangat untuk jangka masa panjang.

Jadi, latih diri Anda supaya membuang fikiran-fikiran negatif, sangkaan buruk, jauhkan diri dari membaca artikel-artikel negatif dan bayangkan Anda menahan gelombang negatif itu dari memasuki minda Anda.

Cubalah bayangkan sesuatu yang menggembirakan hati anda...
Hadirkan ia dalam gambaran mental Anda dan biar rasa bahagia itu meresap masuk ke dalam sanubari Anda, sedalam yang mungkin, sejauh yang mungkin. Kesan daripada itu, Anda jadi sedikit 'ringan' dan ceria tanpa apa-apa tekanan, stress, susah hati, sangsi atau apa jua fikiran negatif.

Selepas itu, Anda akan jadi lebih bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Kasih sayang, cinta dan emosi bahagia adalah pencetus semangat motivasi yang paling kuat.

Jika Anda mengulangkaji pelajaran, Anda akan lebih bersemangat belajar. Jika Anda seorang pekerja, Anda jadi lebih rajin ketika bekerja. Jika Anda seorang usahawan Internet, Anda akan menjadi lebih produktif dan lebih gigih dari yang sebelumnya.

Anda lebih mudah menjadi bermotivasi dalam keadaan ceria dan girang . saya akan  lebih bersemangat apabila membaca buku-buku tentang motivasi samada  dalam bentuk buku agama Islam atau pun buku-buku motivasi yang ditulis oleh para pakar motivasi dalam bidang motivasi seperti Dr. Azizan Osman, Irfan Khairi dan tidak kurang juga buku-buku tulisan dari penulis luar negara. 

Berfikir tentang pencapaian orang lain dan melihat hasil pencapaian mereka, seperti rumah besar, kereta mewah , keluarga bahagia, orang-orang pergi menunaikan Haji,pergi Umrah,semua itu menghadirkan motivasi pada diri kita.

Ingat kawan...!!!!

1. Jauhkan diri Anda dari fikiran-fikiran  berunsur negatif, sekiranya ada fikiran negatif singgah di minda anda,cepat-cepat buang dan beristigfarlah kepada Allah.

2. tanamkan fikiran positif di minda Anda,amalkan sebaik mungkin.Anda tidak rugi mengamalkan fikiran positif.Anda pasti bahagia dunia dan akhirat.


Tips yang saya kongsikan hari ini mampu merubah diri Anda, membebaskan fikiran Anda dari segala yang negatif lalu menarik situasi-situasi positif dalam hidup Anda.Ingat !!!..minda kita ini ibarat magnet.

Magnet yang sentiasa menarik.Minda kita akan memancarkan apa yang kita fikirkan dan fikiran tersebut akan menarik molekul-molekul yang serupa dengannya dan kembali kepada kita. Jika positif tarik positif ,jika negatif akan tarik negatif...ingat kawan......Anda apa yang Anda Fikirkan.

Untuk menjadikan diri Anda lebih bermotivasi, pilih untuk menjadi orang yang positif setiap masa dan jangan sesekali tukar pilihan Anda itu ! Berjanjilah pada diri sendiri mulai sekarang...hehehehe. salam bahagia dari Saya..moga kita semua sentiasa ada energi positif ke mana sahaja dan di mana sahaja berada.Ingat Allah sentiasa.


P/S : Semoga apa yang saya tulis ini,mendorong kita untuk sentiasa berfikiran positif.....

                    " Sharing Is Caring "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan