Sabtu, 29 Mac 2014

Heart Talk @ Kata-kata Rangsangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah....
Bertemu lagi pada jam  ini  dan masa ini...

Kali ini Saya ingin menulis berkenaan dengan Kata-kata rangsangan atau Heart Talk.
Kata-kata rangsangan dan motivasi adalah perkara yang berbeza dari segi makna,tetapi mempunyai hala tuju yang sama iaitu sebagai peransang kepada peningkatan prestasi dan kerjaya.

Kata kata rangsangan sebagai proses Mental:
Bagi para atlet,kata-kata rangsangan amat penting.Kejayaan seseorang sangat bergantung dan berkait rapat dengan kata-kata rangsangan yang dia terima sepanjang proses menempuh kerjaya. Bagi mencapai kejayaan yang diingini, menurut Sugarman (1998) sukan  90-95% adalah proses mental khasnya kepada para atlet namun tidak ada bezanya kepada kita orang biasa jika melatih mental kita untuk meraih impian.

Gabungan  antara fikiran ( Mental ) dan tenaga menghasilkan kuasa.Menurut Sugarman (1998),Gabungan kedua-dua ini,akan menghasilkan kuasa untuk meningkatkan prestasi diri demi  menempah  kejayaan.Setiap yang kita fikirkan di dalam minda,tubuh kita akan bereaksi terhadapnya.

Pemikiran positif yang kita tanamkan dalam minda sebelum sesuatu yang kita lakukan adalah perlu dan amat penting sebagai rangsangan demi menuju kepada realisasi@kenyataan.

William Hazlitt pernah berkata " If you think you can win, you can win".Faith is necessary to victory" ( Buttler,1997,p.89) Maksudnya , sekiranya anda fikir ada boleh menang , anda akan menang. Kepercayaan dan keyakinan adalah perlu kepada kemenangan.

Apakah tujuan Komunikasi atau kata-kata rangsangan?

Menurut v Sivanathan dan Mohd.Sofian ( 2001) Self Talk ini adalah percakapan pada diri sendiri dan perupakan aset penting dalam meningkatkan serta mengekalkan konsentrasi. kata- kata perangsang ini dapat dijadikan motivasi kepada( Atlet ) kita ,untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang diceburi.

Seorang atlet NBA dari Detroit, berkata bahawa kata-kata rangsangan ini merupakan suatu rahsia pada dirinya.Ia mempunyai keyakinan dalaman dan sentiasa merangsang dirinya dengan kata-kata Motivasi.

 " I FEEL I'M THE BEST PLAYER OUT THERE AND NO ONE CAN STOP ME,BUT I DON'T WANT PEOPLE TO KNOW THAT. IT'S LIKE A LITTLE SECRET I KEEP TO MY SELF. (CLARKSON,1999,P.78)

Sama ada atlet atau orang awam seperti kita,kata-kata rangsangan adalah penting pada diri kita sebagai makanan Minda kita.kata-kata rangsangan yang positif setiap hari sebagai petanda merangsang dan memberi tenaga@energi.

Rujukan:

  1.  Psikologi kejurulatihan, Mohd.Sofian Omar Fauzee,Karisma Publication SDN.BHD,Sha Alam 2004.


P/S: Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu di dada. 

                                                  " Sharing Is Caring "









Tiada ulasan:

Catat Ulasan