Ahad, 30 Mac 2014

" Sampaikanlah Daripadaku Walaupun Hanya Sepotong Ayat..."

Assalammualaikunm dan Salam Sejahtera kepada pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah....
bersua kembali pada jam ini dan masa ini...

Saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan ungkapan " Sampaikanlah  Daripadaku walaupun Hanya Sepotong ayat...". Ungkapan ini sebenarnya apabila kita kaji dan teliti dengan sungguh-sungguh ia amat bermakna dalam hidup kita.Ungkapan yang mujarab ini adalah dari kata-kata Rasulullah S.a w,nabi junjungan  umat Islam.

 Ungkapan ini amat besar impaknya terhadap masa depan manusia di akhirat kelak.Kita biasa dengar ungkapan ini, sampaikanlah daripadaku walau satu ayat atau " ballighnu anni awalu ayah",Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Al-Bukhari itu, mungkin kita lihat bukan tugas kita atau kita rasa boleh dilakukan sambil lewa.

Apabila kita membuka sejarah perkembangan Islam dan tentang peribadi Rasulullah,Sebenarnya dengan Ungkapan tersebut,para sahabat nabi pada masa itu apabila mendengar Rasulullah menyampaikan ucapannya dan mengungkapkan perkataan tersebut,Mereka  terus memacu kuda dan bertebaran di muka bumi bagi menyampaikan seruan agama @ Ilmu.

                                 " Sampaikanlah daripadaku Walau hanya sepotong ayat.." 
 
Sebagai hamba Allah yang waras berfikir tentu sekali kita mengiyakan bahawa ,Islam berkembang dari satu tempat ke satu tempat kerana penyebaran Ilmu.Mulai saat ini mari kita ciptakan  gelombang pada diri kita ,sebarang fakta menarik,amalan bernilai ibadah, kisah yang mencuit iman,sejenak bersama Rasulullah,kehebatan Cendiakawan,kehebatan dan kepentingan ICT dan bermacam-macam lagi,mari kita sampaikan.Biarkan diri kita menabung sebanyak mungkin pahala @ Energi Positif.

Sampaikanlah kepada mereka yang tidak pernah tahu tentangnya, atau berbuallah dengan mereka yang tahu tentangnya.Semua ini merupakan penyampaian ilmu.Amalan ini tidak sia-sia.Kita jangan pandang remeh dengan ungkapan tersebut,kerana ungkapan tersebut amat besar maknanya.

Mari Kita Gunakan Ungkapan Tersebut Sebagai GARDU EPOS:

Apakah GARDU EPOS?
Gardu Epos ibarat Gedung  atau Kilang Pahala.GARDU EPOS juga dengan kata lain sebagai gedung energi positif (Kebaikan ).

Apabila kita menyedari peranan kita sebagai gedung energi positif,maka secara auotomatik kita akan cenderung untuk buat kebaikan.Oleh itu,apa pula kaitannya Ungkapan Sampaikanlah  daripadaku walaupun hanya sepotong ayat?

 Amat mudah sekali kita tafsir atau beri makna tentang hal tersebut...berbuat baiklah dan kumpullha sebanyak mungkin pahala atau biar kita jadi GARDU EPOS kepada orang lain dengan kemahiran yang ada pada kita.Sebagai penulis,inilah cara kita menjadi GARDU EPOS dengan menyampaikan ilmu kepada orang lain.

Bagaimana hendak menjadi GARDU EPOS dengan menggunakan Ungkapan tersebut?

  • kita boleh menyampaikan ilmu dengan berbual-bual dengan sesiapa sahaja yang memerlukannya.
  • kita boleh tawarkan diri mengajar dalam sesuatu bidang apa kemahiran yang kita ada.
  • kita boleh menulis buku dan menjualnya, atau beri percuma.
  • Kita boleh menyampaikan ilmu atau kemahiran yang ada dan tulis dalam Blog.
  • Kita boleh sampaikan apa sahaja berkenaan dengan ilmu asalkan membawa kebaikan pada manusia. 

Sebenarnya kita menambah kebaikan bagi diri sendiri bagi mencapai tahap Energi Positif (EPOS) yang lebih tinggi. Kita berperanan sebagai pemancar kepada orang sekeliling kita.

Manusia mulia adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.Kita dapat menjadi sumber kebaikan.Kita dapat membantu orang lain dengan menjadi Gedung Positif atau Kilang energi positif.Gunakanlah kemahiran yang ada pada kita untuk memancarkan energi positif kita kepada orang lain.

walaupun kita bukan siapa-siapa tetapi  berbuat baiklah dan pancarkanlah aura anda ...pancarkanlah energi positif kita demi membantu orang lain.

              " Sampaikanlah Daripadaku Walaupun Hanya sepotong Ayat.."   ungkapan itulah yang telah menggegarkan dunia...sehingga dunia zaman Jahilliah berbunubunuhan,membunuh anak peremuan kerana dikatakan tidak berguna dan buat malu keluarga,telah bertukar kepada dunia kasih sayang,dunia indah dan damai,dunia penuh dengan keharmonian.Semuanya kerana ilmu telah sampai kepada  manusia...........

 P/S: Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada Saya dan juga Anda.
                            
                                            " Sharing Is Caring "












Sabtu, 29 Mac 2014

Hukum kekekalan Energi ( HKE ) Bhgn 2

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah...
Bertemu kita sekali lagi pada jam ini dan masa ini...

Baiklah..seperti yang saya janjikan ,saat ini saya sambung kembali penulisan saya berkenaan dengan Hukum kekekalan Energi ( HKE ).

Manusia adalah makhluk Tuhan yang sangat istemewa dan  tidak lari dari HKE.Tubuh kita ini adalah dipenuhi dengan energi.Malah semua energi@tenaga yang ada  atau wujud dalam diri kita ini dikeluarkan dalam bentuk yang berbeza-beza.Sebagai manusia makhluk yang diberikan akal dan fikiran,seharusnya kita mentedari semua itu.

Kita diketagorikan sebagai suatu energi @ tenaga,apabila kita mengeluarkan energi maka ,energi yang akan masuk kembali kepada kita adalah sama seperti yang kita keluarkan tapi bagaimana kita dapat tahu semua itu.

Apa Erti HKE pada manusia?
  • Kewujudan HKE dalam sistem tubuh dan kehidupan manusia,bermakna energi yang dikeluarkan tidak pernah hilang.
  • Hukum alam menjamin bahawa nilai energi@tenaga yang dihasilkan adalah sama dengan nilai energi yang dikeluarkan.
  • Tenaga@energi yang dikeluarkan adalah seperti ketika kita pergi bekerja,ketika mengemas rumah,menjamu rakan-rakan, mengajar di Sekolah dan sebagainya.
Semua energy yang kita telah keluarkan itu telah bertukar dalam bentuk lain seperti; energi bekerja mengajar di Sekolah = diterima dalam bentuk wang @Gaji,energi menjamu kawan-kawan  hasilnya =dengan persahabatan.

Berdasarkan Hukum kekekalan energi,apa yang kita keluarkan akan kembali kepada kita semula.Secara rumusannya,apapun yang kita usahakan dalam hidup ini, pasti akan sama dengan hasil yang kita perolehi.
                       Jumlah Usaha= Hasil Usaha


Adakah Benar atau Logik HKE ini ?

 Adakah benar hasil yang kita keluarkan sama dengan yang kita terima kembali? terdapat 2 sebab kenapa hasil kita keluarkan tidak sama dengan yang kita terima kembali.

Hasil Usaha dalam Konsep HKE Terbahagi kepada 2:
  1. Hasil Usaha(energi) yang diterima secara langsung dan  dapat dilihat.
  2. Hasil Usaha yang diterima secara tidak langsung dan tidak dapat dilihat, iaitu Tabungan Energi ( TE ).
 Maksudnya; kita telah menabung atau menyimpan Energi@pahala dalam simpanan kita.
Rumusannya:  Jumlah Usaha=Hasil Usaha Nampak + Tabungan Energi ( TE ).

Sebagai Contoh: HUT bernilai 7000 dan nilai Tabungan Energi (TE) 3000, Jumlah Hasil Usaha adalah sama dengan kerja keras kita yang bernilai 10,000.

Para ahli fizik mengatakan ,bahawa energi wujud dalam bentuk yang tidak dapat dilihat.Malah energi dapat disimpan dalam bentuk energi POTENSI ( Potensia lEnergi).

Sebagai memahaminya dengan lebih mendalam: 
Contoh; Air dalam empangan disimpan dan pada suatu ketika air tesebut digunakan ,mengalir deras menggunakan energi dan graviti bumi.Energi Potensi @ Potensial Energy berubah menjadi energi kenetik,yang dapat menggerakkan turbin penjana eletrik.

Oleh itu,tabungan energi yang ada dalam diri kita atau energi Poensi @ Potensial Energy samalah dengan perumpamaan tersebut. semakin besar energi tabungan kita,semakin besar energi potensi yang ada pada kita.( mudah untuk kita mencapai impian).

Sebagai pembaca buku,Saya amat terujah dengan buku ini,HKE ini menjadikan kita lebih mengenali siapa diri kita sebenarnya.Saya amat terujah membaca buku ini.Kepada penggemar buku,milikilah buku ini...anda akan terujah.

P/S: semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua.
                          " Sharing Is Caring"









Hukum kekekalan Energi ( HKE ) Bhgn 2

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah...
Bertemu kita sekali lagi pada jam ini dan masa ini...

Baiklah..seperti yang saya janjikan ,saat ini saya sambung kembali penulisan saya berkenaan dengan Hukum kekekalan Energi ( HKE ).

Manusia adalah makhluk Tuhan yang sangat istemewa dan  tidak lari dari HKE.Tubuh kita ini adalah dipenuhi dengan energi.Malah semua energi@tenaga yang ada  atau wujud dalam diri kita ini dikeluarkan dalam bentuk yang berbeza-beza.Sebagai manusia makhluk yang diberikan akal dan fikiran,seharusnya kita mentedari semua itu.

Kita diketagorikan sebagai suatu energi @ tenaga,apabila kita mengeluarkan energi maka ,energi yang akan masuk kembali kepada kita adalah sama seperti yang kita keluarkan tapi bagaimana kita dapat tahu semua itu.

Apa Erti HKE pada manusia?
  • Kewujudan HKE dalam sistem tubuh dan kehidupan manusia,bermakna energi yang dikeluarkan tidak pernah hilang.
  • Hukum alam menjamin bahawa nilai energi@tenaga yang dihasilkan adalah sama dengan nilai energi yang dikeluarkan.
  • Tenaga@energi yang dikeluarkan adalah seperti ketika kita pergi bekerja,ketika mengemas rumah,menjamu rakan-rakan, mengajar di Sekolah dan sebagainya.
Semua energy yang kita telah keluarkan itu telah bertukar dalam bentuk lain seperti; energi bekerja mengajar di Sekolah = diterima dalam bentuk wang @Gaji,energi menjamu kawan-kawan  hasilnya =dengan persahabatan.

Berdasarkan Hukum kekekalan energi,apa yang kita keluarkan akan kembali kepada kita semula.Secara rumusannya,apapun yang kita usahakan dalam hidup ini, pasti akan sama dengan hasil yang kita perolehi.
                       Jumlah Usaha= Hasil Usaha


Adakah Benar atau Logik HKE ini ?

 Adakah benar hasil yang kita keluarkan sama dengan yang kita terima kembali? terdapat 2 sebab kenapa hasil kita keluarkan tidak sama dengan yang kita terima kembali.

Hasil Usaha dalam Konsep HKE Terbahagi kepada 2:
  1. Hasil Usaha(energi) yang diterima secara langsung dan  dapat dilihat.
  2. Hasil Usaha yang diterima secara tidak langsung dan tidak dapat dilihat, iaitu Tabungan Energi ( TE ).
 Maksudnya; kita telah menabung atau menyimpan Energi@pahala dalam simpanan kita.
Rumusannya:  Jumlah Usaha=Hasil Usaha Nampak + Tabungan Energi ( TE ).

Sebagai Contoh: HUT bernilai 7000 dan nilai Tabungan Energi (TE) 3000, Jumlah Hasil Usaha adalah sama dengan kerja keras kita yang bernilai 10,000.

Para ahli fizik mengatakan ,bahawa energi wujud dalam bentuk yang tidak dapat dilihat.Malah energi dapat disimpan dalam bentuk energi POTENSI ( Potensia lEnergi).

Sebagai memahaminya dengan lebih mendalam: 
Contoh; Air dalam empangan disimpan dan pada suatu ketika air tesebut digunakan ,mengalir deras menggunakan energi dan graviti bumi.Energi Potensi @ Potensial Energy berubah menjadi energi kenetik,yang dapat menggerakkan turbin penjana eletrik.

Oleh itu,tabungan energi yang ada dalam diri kita atau energi Poensi @ Potensial Energy samalah dengan perumpamaan tersebut. semakin besar energi tabungan kita,semakin besar energi potensi yang ada pada kita.( mudah untuk kita mencapai impian).

Sebagai pembaca buku,Saya amat terujah dengan buku ini,HKE ini menjadikan kita lebih mengenali siapa diri kita sebenarnya.Saya amat terujah membaca buku ini.Kepada penggemar buku,milikilah buku ini...anda akan terujah.

P/S: semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua.
                          " Sharing Is Caring"









Heart Talk @ Kata-kata Rangsangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah....
Bertemu lagi pada jam  ini  dan masa ini...

Kali ini Saya ingin menulis berkenaan dengan Kata-kata rangsangan atau Heart Talk.
Kata-kata rangsangan dan motivasi adalah perkara yang berbeza dari segi makna,tetapi mempunyai hala tuju yang sama iaitu sebagai peransang kepada peningkatan prestasi dan kerjaya.

Kata kata rangsangan sebagai proses Mental:
Bagi para atlet,kata-kata rangsangan amat penting.Kejayaan seseorang sangat bergantung dan berkait rapat dengan kata-kata rangsangan yang dia terima sepanjang proses menempuh kerjaya. Bagi mencapai kejayaan yang diingini, menurut Sugarman (1998) sukan  90-95% adalah proses mental khasnya kepada para atlet namun tidak ada bezanya kepada kita orang biasa jika melatih mental kita untuk meraih impian.

Gabungan  antara fikiran ( Mental ) dan tenaga menghasilkan kuasa.Menurut Sugarman (1998),Gabungan kedua-dua ini,akan menghasilkan kuasa untuk meningkatkan prestasi diri demi  menempah  kejayaan.Setiap yang kita fikirkan di dalam minda,tubuh kita akan bereaksi terhadapnya.

Pemikiran positif yang kita tanamkan dalam minda sebelum sesuatu yang kita lakukan adalah perlu dan amat penting sebagai rangsangan demi menuju kepada realisasi@kenyataan.

William Hazlitt pernah berkata " If you think you can win, you can win".Faith is necessary to victory" ( Buttler,1997,p.89) Maksudnya , sekiranya anda fikir ada boleh menang , anda akan menang. Kepercayaan dan keyakinan adalah perlu kepada kemenangan.

Apakah tujuan Komunikasi atau kata-kata rangsangan?

Menurut v Sivanathan dan Mohd.Sofian ( 2001) Self Talk ini adalah percakapan pada diri sendiri dan perupakan aset penting dalam meningkatkan serta mengekalkan konsentrasi. kata- kata perangsang ini dapat dijadikan motivasi kepada( Atlet ) kita ,untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang diceburi.

Seorang atlet NBA dari Detroit, berkata bahawa kata-kata rangsangan ini merupakan suatu rahsia pada dirinya.Ia mempunyai keyakinan dalaman dan sentiasa merangsang dirinya dengan kata-kata Motivasi.

 " I FEEL I'M THE BEST PLAYER OUT THERE AND NO ONE CAN STOP ME,BUT I DON'T WANT PEOPLE TO KNOW THAT. IT'S LIKE A LITTLE SECRET I KEEP TO MY SELF. (CLARKSON,1999,P.78)

Sama ada atlet atau orang awam seperti kita,kata-kata rangsangan adalah penting pada diri kita sebagai makanan Minda kita.kata-kata rangsangan yang positif setiap hari sebagai petanda merangsang dan memberi tenaga@energi.

Rujukan:

  1.  Psikologi kejurulatihan, Mohd.Sofian Omar Fauzee,Karisma Publication SDN.BHD,Sha Alam 2004.


P/S: Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu di dada. 

                                                  " Sharing Is Caring "









Kuasa Minda Lahirkan Ramai Jutawan

Assalammualaikum dan Salam sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah...
bertemu kita kembali pada  jam ini dan masa ini..

Kuasa Minda lahirkan Ramai Jutawan.Saya tertarik dengan tajuk ini dan ingin berkongsi dengan anda apa yang saya baca melalui sebuah buku kecil "Bicara".

Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi Qhada dan Qadar.Itu adalah petikan maksud Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Naim yang menjelaskan bahawa Islam menyeru umatnya supaya mengimbangi kehidupan di akhirat tanpa mengetepikan di dunia dan bekalan untuk akhirat kerana kedua-duanya saling berkaitan.

Berpeluang berkongsi Visi dan Misi pakar motivasi jutawan terkenal,Prof.Dato Dr.Ibrahim Bin Ahmad,ahli perniagaan dan Pengasas Millionaire Mindpower Entrepreneur.Beliau ingin mengubah cara berfikir orang Melayu,supaya lebih hebat dan terbuka,lengkau batas-batas pemikiran yang lama membelenggu untuk kaya dan berjaya.

Menurut beliau,kejayaannya hari ini bukanlah suatu perjalanan yang mudah namun ia bertitik tolak dari keinginan yang kuat serta impiannya mahu menjadi jutawan dengan niat hati suci,ingin mengubah cara hidup keluarganya yang hidup dalam kemiskinan dan daif.

Menurut beliau,suatu ketika dulu dia bukan siapa siapa,"saya tidak lahir dalam dulang emas,tidak mewarisi kekayaan keluarga.Saya hanya orang kampung yang biasa-biasa.

Menurutnya lagi,dia sangat berterima kasih dan bersyukur kepada isteri kerana sanggup berkorban dan bersabar dengan kehidupan dan kemiskinan mereka.Kesetiaan isteri dalam mengharungi kehidupan mereka,menjadikan Beliau bertekad mengubah corak hidup mereka.

" Saya bersyukur dikurniakan isteri yang menjadi tunjang kekuatan perjuangan saya.sentiasa menyokong saya saat susah dan senang" Bagi En.Ibrahim,istituisi rumah tangga adalah menjadi platform terbaik untuk melonjakkan kejayaan."Tafsirkan Cinta kepada Kejayaan" kalau nak berjaya dalam hidup kerana rumah tangga ,kalau nak gagalpun kerana rumah tangga"Kerana pansangan anda,maka anda boleh jadi gila dan kerana pasangan anda juga ,anda boleh jadi sukses gila bahagia"

Dato Dr.Ibrahim banyak berkongsi pengalaman-pengalamannya dalam perniagaan.Beliau terus melebarkan wawasannya ingin melihat lebih ramai orang Melayu lahir jadi  Jutawan.Beliau ingin melihat Orang Melayu membuka Minda mereka bagaimana untuk menjadi kaya dan melepaskan diri daripada belenggu hidup kemiskinan.

                  " Diri Kita adalah Cerminan Siapa kawan-kawan kita"

Orang yang positif dan berjaya bercakap tentang peluang,projek,matlamat dan semuanya bercakap tentang matlamat.Apabila kita ada kualiti diri, kita akan lakukan yang berkualiti juga.Minda kita apabila tidak diset dengan baik,anda akan membuang masa dan wang untuk sesuatu yang berfaedah dan  sia-sia. 


 " Hendak menjadi Kaya mesti ada komitmen  untuk menjadi kaya.Berkorban masa,berkorban tenaga dan wang ringgit..dalam hidup kita sebenarnya,tak sampai 10% pun kita benar-benar berusaha dengan gigih dan pengorbanan."

Bagi lelaki berhati mulia ini,dia telah membuat kajian bahawa budaya orang Melayu tidak menurunkan ke dalam mindset generasi mereka,agar kekayaan perlu ada dalam hidup.Kita tidak pernah dibudayakan untuk bercita-cita menjadi kaya sejak kecil.

Fenomena ini jika berterusan maka  kemiskinan akan berterusan.Orang kaya semakin kaya sementara orang miskin semakin miskin.Baginya,orang Melayu takut dan malu untuk melontarkan keinginan menjadi kaya.

Kita sering dipaparkan dengan perpepsi yang negatif tentang kekayaan dalam pelbagai media seperti drama Melayu orang kaya jahat dll.Baginya atas kesedaran tersebut ,beliau ingin sampaikan ceramah tentang Kuasa Minda bagi mengubah mindset orang Melayu agar maju dan berjaya.

Kehidupannya pada masa lalu memang perit dan sering dihina dan diejek.Keyakinan dan keteguhan hatinya untuk mengubah cara hidup amat kuat.
" Saya yakin Saya  akan berjaya dalam hidup,saya yakin saya akan kaya dan berjaya"

Bagaimanakah Caranya untuk Menjadi Kaya dan Berjaya?

  1. Pergi ke pemeran dan melihat sesuatu yang dia minati dengan sungguh-sungguh seperti kereta idamannya.Beliau meneliti setiap corak kereta tersebut,melihat,mencium baunya,melihat warnanya cuba masuk ke dalam kereta tersebut .
  2. Beliau berangan angan bahawa kereta tersebut jadi miliknya.
  3. kata kata yang positif diluahkan ,bahawa suatu hari nanti dia pasti dapat kereta tersebut dan memandunya dengan gembira.
  4. Apa saja berkenaan dengan kereta idamannya ,dia akan pastikan memilikinya seperti poster,gambar dll.
Menurut beliau lagi,kita pada hari ini berpunca dari apa yang pernah kita lihat,cium hidu dan sentuh.Itu yang akan mencorakkan minda kita.Beliau selalu praktikkan:

         "Apa yang anda cakap,anda dapat,apa yang anda tengok anda dapat,Bila saya inginkan sesuatu saya akan tanamkan dengan sepenuh jiwa raga,yang saya anak benda itu.Saya arahkan ia datang pada saya.Keazaman Saya kuat.Saya tidak cakap yang Saya akan dapat tetapi saya akan cakap saya yakin dapat.

Sebenarnya tidak salah berangan-angan yang penting kita berusaha dan yakin berjaya untuk mendapatkannya.

Apabila target sesuatu biar besar,saya tahu apabila tidak dapat yang besar ,Saya dapat yang sederhana.

Saya mahu ubah mindest orang kita biar mereka berjiwa besarUpgrade sofware minda anda.

" jika ditanya,semua orang mahu berjaya dalam hidup umumnya,untuk berjaya dalam hidup anda perlu belajar ilmu yang membawa anda kepada kejayaan.Untuk berjaya perlukan pesediaan mental dan fizikal.

Apabila kita mahukan perubahan Allah akan  ubah hidup kita Belajar adalah proses sepanjang hayat.Pilihan di tangan anda.

Sebagai mengakhiri perbualan Dr.Ibrahim sekali lagi menegaskan Agar mengubah mindset,tanamkan pada diri agar berjaya dalam semua aspek yang diceburi.

 Begitulah kehebatan minda anak Melayu yang berjaya dalam hidup.Berjaya mengubah corak hidup keluarganya yang dibelenggu kemiskinan dan kehinaan.Apa yang Saya paparkan dan kongsikan ini,sedikit sebanyak membuka minda kita bahawa tidak ada yang mustahil dalam hidup ini.Sesungguhnya kita ini dari tiada kepada ada....percayalah bahawa Allah sentiasa memimpin hambahnya yang bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.Yakinlah dengan janji Allah...Walau sebesar zarahpun,Allah pasti balas.

Rujukan:
  1.  Bicara April 2012


 P/S: Semoga perkongsian ini memberikan kita keinsafan dan kesedaran bahawa kita ini memang bermula dari tiada kepada ada.
  " Sharing Is Caring"

 



Jumaat, 28 Mac 2014

Kuasa minda

Minda Kita Kuat Kuasanya 

Minda merupakan pusat kawalan akal, pusat menjana fikiran, pusat penyimpanan maklumat serta pemprosesan maklumat dan ianya berada di dalam otak. Minda merakam segala maklumat yang disalurkan melalui deria pancaindera seperti mata , mulut, telinga dan hidung. Minda manusia juga terbahagi kepada 2 iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar merupakan minda yang akan terjaga apabila kita terjaga dari tidur dan akan turut tidur jika kita tidur.

Minda separa sedar pula tidak pernah tidur dan sentiasa bekerja untuk manusia 24 jam sehari. Manusia mampu mengawal minda dan rahsia bagi kebanyakan mereka yang berjaya di luar sana adalah kerana mereka mengawal arah pemikiran mereka ke arah kejayaan, ke arah positif, ke arah kekayaan dan bermacam - macam lagi arah menuju kehebatan.

Pada era teknologi maklumat ini, ada begitu banyak maklumat atau ilmu yang dapat diakses dengan mudah. Kita cuma perlu menanamkan minat untuk mencari ilmu dan minda separa sedar. Kita akan membawa ke arah itu. Terdapat banyak teknik serta kaedah untuk memperkasakan minda seperti teknik Affirmasi dan Visualisasi.

Visualisasi merupakan teknik menggambarkan impian di dalam minda.Membayangkan impian Atau cita-cita seolah-olah sudah tercapai. Jangan risau dengan tanggapan serong orang lain jika kita mengamalkan teknik ini kerana KLCC juga terbentuk melalui angan - angan ( impian ). Jika kita dapat mencapai impian , maka kita sebenarnya memang hebat. Bagi   mereka yang takut untuk menggambarkan impian di dalam minda,  mereka sebenarnya lebih teruk daripada Mat Jenin.

Tulislah apa yang kita impikan dan cubalah sedaya upaya untuk menjadikannya kenyataan.Kita akan nampak kehebatan kuasa minda kita serta kekuatannya. ini akan membawa kita ke arah kejayaan. Ini adalah kerana anda telah menzahirkan impian anda pada peringkat pertama iaitu menulis dan akan disusuli dengan penzahiran - penzahiran yang berikutnya sehinggalah ke peringkat penzahiran sempurna iaitu impian kita telah pun kita raih.

Jadi, untuk berjaya kita perlu memiliki mindset orang yang berjaya, jika kita ingin menjadi pemimpin yang berjaya kita juga perlu memiliki mindset  seperti pemimpin yang berjaya, jika kita ingin menjadi orang kaya kita perlu memiliki mindset orang kaya,jika kita ingin menjadi pelajar cemerlang maka milikilah mindset pelajar cemerlang.Lihat bagaimana cara pemikiran mereka,cara mereka bertindak dan cara disiplin diri mereka.


Bentuklah minda kita dengan disiplin dan azam yang positif,jangan kita sia-siakannya.

Minda kita sangat kuat dan dasyat  kuasanya. Ia menurut apa saja yang kita masukkan @ set. Dalam usaha memburu kejayaan , memburu kecemerlangan diri dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan, ilmu teknikal masih tidak mencukupi.Ilmu minda dan ilmu teknikal kena bergabung bersama-sama.

Seperti kereta F1 yang power, sebuah motor Ducati yang perkasa dan seperti sebuah jet pejuang F22 yang meluncur laju di udara, ketiga-tiga 'benda' yang hebat ini perlu dipandu, dikawal dan di selenggara agar ia dapat mencapai jarak yang lebih jauh, lebih laju, lebih hebat, lebih berjaya, lebih cemerlang.Bagaimana pula dengan minda kita?ya,minda perlu diurus dengan baik seperti kita mengurus dan memandu F1 yang power.
Kuasanya sangat power, malah lebih power dari apa yang kita boleh imaginasikan. Saya bukanlah seorang Profesor minda,saya juga bukan ahli motivasi tapi saya berkata dari pengalaman sendiri yang telah mempraktikkan minda separa sedar,melalui panduan, pembacaan dan kursus-kursus yang saya hadiri.Memang dasyat.
 
Walaubagaimanapun,dengan ikhlas hati saya katakan,untuk menjana kuasanya agar sentiasa power,kita kena berlatih dan praktis setiap hari.bagi saya,kesibukan dengan kerja harian ,mengurus rumah tangga,sedikit sebanyak ia menjejaskan latihan kerana terlalu letih dan penat.saya bukan siapa-siapa,saya cuma berkongsi ilmu positif bersama Anda.
                "Saya cuma berpegang pada prinsip,sebarkanlah ilmu walau hanya sepotong ayat...dan amat mudah untuk kita menabung energi positif @ pahala kerana energi positif@pahala yang kita tabung,akan kembali kepada kita juga...namun dalam bentuk lain seperti rezeki anak,rezeki wang,rezeki kesihatan dan sebagainya.Saya tidak meraguinya kerana itu janji Allah..dan hukum Alam iaitu Jumlah Usaha=Hasil usaha.Buat perkara Positif dibalas perkara positif,buat perkara negatif dibalas perkara negatif ( Hukum Tarikan).Subhanallah.
 
Ok,ayuh kita sambung semula pembicaraan kita..heehhhee



Bagi mengawal apa yang ada di fikiran  dan di kepala, kita perlu bijak mengawal emosi. Emosi boleh dikawal apabila kita tahu mengenai potensi diri, kita kena tenang setiap masa dan be in control.

Ramai orang menghadapi masalah dengan bermacam-macam masalah, mereka susah hendak bertenang dan tidak mahu melatih diri supaya bersabar. Mereka lebih suka menjadi agresif, pemarah dan berada dalam keadaan tertekan, dengan harapan supaya orang lain prihatin terhadap mereka atau takut  dengan mereka.

Sebenarnya dengan cara tersebut,ia makin  menarik masalah ke dalam hidup mereka sendiri. apabila fikiran sudah tertekan, lebih banyak masalah akan muncul tiba-tiba lalu membuat kita menjadi lebih tertekan.Seperti yang kita sedia maklum bahawa,energi negatif 6 kali ganda kuasa kekuatannya berbanding kuasa energi positif.Sebab itu,kita kena kontrol diri,jangan sampai diri kita dikuasai oleh minda Negatif. Ingat!! berhati -hati dalam berfikir.

Mulai hari ini, muhasabah diri, belajar kawal emosi dan kawal rasa marah.Bertindaklah dengan bijaksana.

Orang-orang yang cemerlang, sabar mereka seluas lautan dan usaha mereka setinggi gunung di daratan, susah nak ditandingi kehebatannya. Kenali potensi minda dan gunakannya sebaik mungkin supaya kita boleh berjaya dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan,bahagia dalam rumah tangga dan hidup seumpama berada di syurga.

Ingat wahai pembaca Hijrahku yang dikasihi...energi  negatif 6 kali ganda kuasanya berbanding energi positif....jangan sampai kuasa negatif menghancurkan hidup kita.

Memang sewajarnya Nabi Muhammad manusia agung yang patut dicontohi oleh kita semua.Sifat penyabarnya yang tiada tandingannya..sebab itu kuasa dan mukjizat yang ada padanya amat dasyat.Masyaallah. 

P/s: Semoga perkongsian hari ini membawa kita ke arah impak yang positif...
                                                  " Sharing Is Caring "













Imaginasi Perlu Kepercayaan Mendalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah...

Apakah yang dimaksudkan dengan Imaginasi ?

Imaginasi merupakan semua elemen penglihatan, fikiran, suara, rasa, sentuhan dan sensasi lain anggota tubuh - badan. Kita  seolah-olah dapat menciptakan alam lain di dalam kepala@otak@minda kita ketika kita menggunakannya. Hal ini terjadi kerana otak manusia adalah jaringan saraf yang amat kompleks  dan memiliki ragam kemampuan yang amat luar biasa.

Sebagai contoh : daya imaginasi.
Kanak-kanak adalah makhluk yang gemar, terbiasa atau fitrah ( ilmu dari tuhan ) berfikir dengan menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka memiliki kemampuan berbahasa. Sebuah dunia imaginasi, tidak berkompromi dengan kata-kata...


Ketika bahasa ( kata-kata @ verbal ) menguasai mata fikiran, salah satu kesan yang akan kita tanggung adalah kita hanya mampu "melihat" sebahagian kecil apa yang terlintas di depan mata kita. Sehinggakan ketika kita melihat, mendengar, merasakan dan mencium... apa yang kita fikirkan adalah sekadar memenuhi perintah otak tanpa sensasi yang sebenar.


Ketika kita mengolah imaginasi dan visualisasi di mata fikiran kita, kita menggunakan bahagian-bahagian otak non-verbal. Akan tetapi, ketika kita berbicara atau berfikir dengan kata-kata, bolehlah dikatakan bahawa kita telah merampas kekuatan mata fikiran ini.


Para ahli saraf telah menemukan cara kerja mata fikiran di dalam otak dan menentukan bahagian belahan mana yang berfungsi ketika berlakunya aktiviti fikiran dan ingatan. Penelitian tersebut mengungkap bahawa belahan otak kanan hanya dapat '"melihat" sesuatu tetapi tidak dapat "mengatakannya". sebagai contoh adalah seperti berikut :


Kita mungkin mahir dalam memvisualisasikan warna rumah kita, tetapi kita tidak mahir dalam menyatakan fikiran kita dalam bentuk bahasa verbal, tentang apakah sofa yang ada di salah satu sudut ruangan itu benar-benar sudah sesuai untuk diletakkan disana..

" Semakin baik daya imaginasi, biasanya semakin baik dalam mengingati  mimpi atau matlamat dan melakukan hipnotis serta mengolah kreativiti berfikir. " - Ian Robertson, pakar neuropsikologi.


 Ada yang tertanya-tanya mengapa imaginasi yang mereka lakukan langsung tidak ada kesan  malah seperti sia-sia sahaja.

Mempraktikkan kuasa minda dan untuk melihat kesannya perlukan ketenangan, maksudnya biarlah kita berada dalam suasana yang santai dan tenang. Biarlah minda kita berada dalam arus alfa, saat mood kita relaks.

Dengan itu, apa jua yang kita imaginasikan akan senang masuk ke dalam minda separa sedar dan mudah untuk minda separa sedar merealisasikannya. Imaginasi perlukan kepercayaan yang mendalam, maksudnya kita percaya kuasa minda separa sedar memang wujud dan ada dalam diri kita, melakukan apa saja mengikut arahan kita.

Sejak kecil kita disogokkan dengan nilai logik, di mana untuk percaya sesuatu kita perlu melihatnya terlebih dahulu.. Maksudnya, lihat dulu baru percaya, bukan percaya dulu baru lihat.

Tapi, untuk memanipulasikan kuasa minda separa sedar, kita kena  percaya terlebih dahulu dengan proses kuasa minda separa sedar secara mendalam.

Seperti kata-kata Lance Armstrong, "Believe In Miracles And The Unseen". Percaya apa sahaja yang Anda mahu minda separa sedar buat,maka minda akan merealisasikannya kerana itu adalah tugasnya.

Bagaimana minda separa sedar merealisasikannya, itu di luar kemampuan ilmu manusia. Tugas kita hanya ask, believe and be ready to receive. Dalam Islam, kita dianjurkan supaya sentiasa berdoa (ask) dan tawakkal setelah sehabis daya berusaha (berimaginasi).

Kuasa imaginasi dan minda separa sedar ialah keajaiban yang berada di luar logik. Imaginasi yang cemerlang perlukan asas yang kuat, iaitu kepercayaan yang mendalam.

Selain itu, ia juga perlu diwujudkan elemen emosi, kerana minda separa sedar sensitif pada apa jua perasaan kita, tak kira sama ada positif atau negatif. Bila imaginasi (atau gambaran mental) digabung bersama emosi, ia menghadirkan satu kuasa tarikan (attraction) yang kuat.

Hasilnya apa jua yang Anda bayangkan cepat direalisasikan oleh minda separa sedar. Ketika berimaginasi, jauhkan dari rasa tertekan, geram, marah atau stress untuk mencapai apa yang Anda mahukan.

Kuasa minda separa sedar berada di tahap optima ketika mood Anda tenang, relaks dan santai.Ingat Allah dan hati akan tenang sentiasa.

Marilah kita selalu bersyukur  atas segala nikmat yang apa yang ada pada kita  sekarang ini, kerana perasaan syukur yang hadir  membuatkan hati merasa tenang dan damai.Semakin kita bersyukur dan berterima Kasih kepada Allah,maka semakin Allah tambah lagi nikmat@rezeki yang kita ada.Hidup makin tenang dan damai.


P/S: Semoga perkongsian Hari ini,memberikan impak yang positif kepada kita.

                                               " Sharing Is Caring"











 

Khamis, 27 Mac 2014

Hukum Kekekalan Energi ( HKE) dan apa hubungannya dengan LOA (Bhgn 1)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah...

Bertemu kembali pada jam ini dan masa ini ,hehhehe macam Astro Awani pula...beberapa hari lalu Saya sempat membeli buku di Eaton's sebuah kedai buku terbesar di Gedung Centre Point Kota Kinabalu.Mata dan langkah kaki terus menujuh ke sudut buku-buku motivasi.Saya terpikat dengan begitu banyak buku seperti tajuk."kejayaan dan NLP", " Trasformasi Diri ", " Magnet Diri" dan pelbagai tajuk yang sungguh menawan hati .

Walaupun  banyak buku yang amat mengujah saya,namun fikir-punya fikir..oh..kena fikir juga budjet.Saya akhirnya pilih sebuah buku yang bertajuk " Menjadi Pemimpin Super" membentuk Pemimpin Dunia Akhirat dengan prinsip Kubik Leadership.

Saya cuba kira-kira budget yang ada,saya kena bertolak ansur dengan anak remaja saya,yang kelihatan banyak buku pilihan di tangannya.Saya faham ,anak saya juga Ulat buku seperti Saya..hehehee.Saya sudah agak,anak lelaki saya ini tentu akan mencari buku berkaitan dengan Detective Sherlok Holmes.Mata saya cuba melirik ke arah tangan anak,haa..dah 5 buah buku di tangannya...( Saya mengiyakan sahaja tanpa menegur dan memarahinya).

Berbalik kepada Buku  , Menjadi Pemimpin Super,saya ingin berkongsi dengan pembaca Hijrahku yang dihormati...salah satu tajuk  dalam bab ini " HKE "

HKE@ Hukum Kekekalan Energi:
Apa sebenarnya HKE?
Energi atau tenaga wujud dalam persekitaran kita,walaupun ia tidak dapat dipegang ataupun dilihat.Ilmu fizik mendefinasikan energi sebagai kemampuan melakukan kerja.

Energi adalah faktor yang membantu alam semesta berfungsi.Energi wujud dalam bentuk Cahaya, haba , bunyi, elektrik,mekanikal, kimia, elektomagnet dan sebagainya.Ia juga wujud dalam benda yang dapat dilihat seperti air,gunung,pokok,batu,kertas haiwan dan manusia.

Ternyata semua makhluk yang wujud di alam semesta,mengandungi energi,tidak kira sama ada makhluk itu hidup bernyawa ataupun tidak.
                    " Energi di dunia ini bersifat tetap,tidak diciptakan lagi dan wujud selamanya.
                      Ia hanya berubah bentuk sahaja ". (Hukum Kekekalan Energi@HKE).


 Tuhan menciptakan alam semesta dilengkapi segala kemudahan dan energi secukupnya bagi kegunaan semua makhluknya.Namun walaupun energi tetap tapi  bentuknya boleh berubah.

Bagaimana energi berubah?
sebagai contoh,dalam proses alam semulajadi;
  1.  Air berubah menjadi wap
  2. kayu berubah menjadi kayu api.
  3.  uranium  boleh diubah menjadi bom
  4. elektrik berubah menjadi tenaga kinetik dan sebagainya.
  5.   

Bagaimana Energi berubah dalam aktiviti seharian kita?
  1. Pergerakkan tangan menghasilkan tulisan.
  2. Bersukan menjadikan badan sehat.
  3. Menuntut ilmu menjadikan kita berilmu pengetahuan.
  4. Senyuman mewujudkan rasa cinta dll. 

 Walaupun bentuk energi saling berubah tetapi jumlahnya sama.Tiada energi yang hilang dan tiada pula ditambah,cuma ia telah berubah dan bertukar dalam bentuk yang lain.

Apa erti dan kepentingan HKE pada manusia? Apa Rahsia di sebalik HKE ?

  •  manusia mempunyai sitem semestanya sendiri sebagai mikrokosma dan makrokosma ia mempunyai persamaan  dengan alam semesta.
  • persamaan itu dijelaskan oleh Masataka Takesita dalam bukunya "Manusia Sempurna Menurut konsep ibn Arabi".Ini petikannya: 
 " Dalam diri manusia,terdapat pelbagai kekuatan yang ada dalam alam semesta,seperti berkembang, bersifat liar dan rasionalistik.dalamnya ada unsur tanah seperti tulang, unsur cecair seperti urat darah halus, bahagian yang berisi cecair, unsur cecair seperti urat darah halus,bahagian yang berisi cecair seperti perut,pundi kencing dan bahagian lain yang sejenis seperti mineral tetap dan gusi,otak dan urat saraf.....

.....ada juga bahagian yang berlubang seperti api di alam semesta, iaitu haba pada manusia, tumbuhan di alam semesta,iaitu rambut pada manusia dan haiwan di alam semesta,iaitu cacing  pada manusia,fenomena alam semulajadi seperti hujan,halilintar,gerhana,pelangi,gempa bumi dan sebagainya.Semua mempunyai persamaan dengan manusia.Hanya pada manusia kesemua unsur ini bergabung secara menyeluruh.

Maksudnya secara jelas: 

Unsur yang berlaku pada manusia (mikrokosma) ,turut berlaku pada Alam semesta (Makrokosma).Oleh itu,hukum ini termasuklah  Hukum Kekekalan Energi.

Bagaimana ..pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah? Anda faham tak ?

 Sekiranya anda adalah pembaca buku Law Of Attraction @ Hukum Tarikan  dan  Science of getting rich,maka mudah bagi anda untuk memahami hukum HKE yang saya bincangkan sekarang ini.

Baiklah..Saya hentikan di sini terlebih dahulu.Saya akan sambung dalam bahagian ke 2 artikel seterusnya.
Tungguuu...

Rujukan :
  1.  Menjadi pemimpin Super,Farid Poniman,Indrawan Nugroho dan Jamil Azzaini,PTS,2013.

P/s : Semoga bermanfaat kepada Saya dan juga Anda...." Sharing Is Caring "

 


Visualisasi @ Bayangan Mental


 Apakah  maksud Visualisasi ?

 Visualisasi merupakan suatu teknik menggunakan mental dan bayangan.Teknik ini sesuatu yang menakjubkan bagi pengamalnya.Teknik ini membolehkan pengamalnya mendapat bantuan Allah untuk mencapai apa sahaja matlamat atau impian mereka.

Sebenarnya teknik Visualisasi memang berkesan dan amat mujarab sekali jika kita amalkan setiap hari.Walaubagaimanapun,melalui teknik Visualisasi ,kita kenalah mengikuti syarat-syarat ataupun langkah-langkah yang ada sebagai panduan.

tetapkanmasa tertentu pada setiap hari bagi melakukan aktiviti pengvisualan.Bayangkan setiap matlamat itu sudah tercapai.Ini adalah satu daripada perkara penting yang kamu lakukan bagi menjadikan impian kamu menjadi realiti.

Sebahagian pakar psikologi kini mendakwa satu jam bervisualisasi bernilai 7 jam usaha fizikal.Memang dakwaan ini agak melampau,tetapi ada isi penting yang perlu di fokuskan iaitu pengvisualan adalah satu daripada alat kejayaan paling kuat yang kita semua miliki.Jadi gunalah ia dengan sepenuhnya.!!!!!!

Bagaimana Cara mengamalkannya?
 Amalkannya setiap hari. Luangkan masa setiap hari selama 5 minit ( sekurang – kurangnya ) untuk melakukan teknik visualisasi.

 Anda juga boleh melakukannya semasa menunggu di bank, pejabat pos, menunggu bas atau menjadi penumpang dalam kereta atau pengangkutan awam dan sebagainya
.
Peraturannya:
1.Anda dikehendaki memilih satu matlamat.
2. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang matlamat anda .
3.Katakan anda memilih untuk membeli sebuah kereta. Maka anda mestilah memilih dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang kereta idaman anda
a) Model kereta  Honda City ( Contoh )
b).Warna kereta idaman anda
c) Model yang anda kehendaki.
d) Dapatkan lebih banyak maklumat seberapa banyak yang anda boleh seperti warna tempat duduk , rupa dalaman  kereta dan sebagainya.
e) Jika boleh lewatlah tempat menjual kereta idaman anda. Ambillah katalog kereta idaman anda  atau ambil gambar anda disamping kereta  tersebut. Ini akan memudahkan teknik visualisasi anda .
f) Uji pandu kereta idaman anda sekiranya boleh.

Katakan anda hendak memilih untuk memiliki sebuah rumah .
Pilihlah segala maklumat mengenai rumah idaman anda
a) Jenis rumah banglo/ semi d/ teres / kondomonium atau pangsapuri
b) Kemudian bayangkan anda berjalan menuju ke rumah idaman anda.
c) Apakah warna dan bentuk pintu luar  pagar rumah  anda?
d) Masuk ke dalam halaman rumah idaman anda. Jika anda ada taman di luar rumah,  bayangkan rupa dan hiasan taman rumah anda.
e) Sekarang masuklah ke dalam rumah idaman anda.
f) Bagaimana rupa ruang tamu anda?
i) Apakah perabot dan alatan elektrik di ruang tamu anda?
ii) Bagaimana susunan perabot dan alatan elektrikdi ruang tamu anda?
iii) Apakah warna dinding ?
Anda boleh fikirkan seberapa banyak maklumat tentang matlamat anda Lebih banyak maklumat anda fikirkan , lebih bagus.
g) Seterusnya pergilah ke ruang dapur , bilik tidur dan sebagainya.( Ulangi tenik tersebut).

3.Sekarang Bayangkan Sahaja matlamat Anda Tadi.
Itu sahaja. Mudahkan?
Jika anda mempunyai lebih dari satu matlamat, bayangkan matlamat anda satu demi satu.
4. Pastikan matlamat yang anda bayangkan tadi adalah sama setiap hari. Janganlah bayangkan kereta Honda City hari ini dan kereta Mercedes pada esok hari.

Jika anda hendak menukar matlamat tadi contohnya dari kereta BMW ke Mercedes maka kita boleh berbuat demikian . Tetapi ini akan mengelirukan Minda Bawah Sedar dan akan melambatkan kita mencapai matlamat tadi.

 Lebih baik kita memilih satu matlamat kita dan mengekalkan setiap matlamat kita sehingga tercapai.

5. Anda mesti membayangkan seolah – olah anda  sudah mencapai matlamat anda .Ini adalah sangat penting.Jika matlamat anda adalah memiliki sebuah kereta , maka bayangkan anda sedangkan memandu kereta tersebut.

Jika matlamat anda adalah memiliki sebuah rumah idaman anda , maka bayangkan anda berada dalam rumah idaman anda.

Jika anda hendakkan pasangan hidup idaman, bayangkan anda sedang bersanding dengan pasangan tadi.

6. VIDEO
Bayangkan matlamat tadi seperti sebuah video iaitu seperti sebuah gambar yang bergerak dan bersuara bukannya sebuah gambar yang kaku.
.
7 EMOSI.
Seelok- eloknya anda mestilah rasa gembira apabila melakukan teknik visualisasi . Buatlah apa sahaja untuk membuat rasa gembira semasa melakukan teknik ini.

Contoh
Apabila membayangkan kereta idaman anda, bayangkan anda sedang memandu kereta idaman  bersama pasangan  dan anak  anda  atau bayangkan orang  yang anda sayangi berada bersama anda dalam kereta tersebut.

Apabila anda membayangkan rumah idaman , bayangkan anak- anak anda sedang bermain di ruang tamu , anda sedang berbual dengan pasangan anda, anda menerima kunjungan dari orang yang anda sayangi seperti ibubapa, adik-beradik  dan rakan- rakan.
Anda boleh menggunakan teknik visualisasi untuk semua matlamat anda seperti memilih pasangan hidup idaman anda, kesihatan yang baik dan bentuk badan idaman anda atau apa sahaja matlamat anda.


TIP UNTUK TEKNIK VISUALISASI

1.Luangkan masa setiap hari sekurang – kurangnya 5 minit untuk untuk teknik visualisasi.

2. Tetapkan satu masa yang tetap setiap hari untuk teknik visualisasi. Contohnya lepas sembahyang Isyak setiap hari.
3 Jika ‘tiada masa’ kurangkan masa anda menonton tv atau membaca suratkhabar atau berborak kosong dengan kawan
.
Teknik Visualisasi digunakan dengan intensif oleh ahli – ahli sukan yang terkenal dengan meluas . Contohnya Tiger Woods yang merupakan pemain golf yang terkenal. Dia selalu membayangkan apa yang dia kehendaki sebelum memukul bola golf. Tidak hairanlah dia merupakan seorang yang sangat berjaya dalam bidang golf. Begitu juga ramai pelakon yang yang terkenal termasuk pemenang anugerah Oscar menggunakan teknik visualisasi. Mereka akan membayangkan diri mereka memenangi anugerah ini berkali – kali. Akhirnya mereka akan betul - betul memenanginya.

BOLEHKAH KITA BERJAYA JIKA KITA MENGAMBIL TINDAKAN SAHAJA TANPA TEKNIK VISUALISASI?

InsyaAllah,Sudah tentu boleh.

Tetapi tanpa teknik visualisasi, kita akan menghadapi banyak rintangan untuk mencapai matlamat. Ini serupalah seperti berbasikal dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sudah tentu kita boleh sampai ke Singapura, tetapi kita akan merasa sangat letih apabila sampai di Singapura.

Mencapai matlamat adalah jauh lebih senang jika kita menggunakan teknik visualisasi . Kita seperti  memandu sebuah kereta melalui lebuh raya dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sudah tentu kita yang memandu kereta tadi akan sampai di Singapura dengan lebih cepat  tanpa banyak masalah berbanding  kita menggunakan sebuah basikal.

Disamping melakukan teknik visualisasi , jangan kita lupa kepada Emosi@Perasaan.
1) menjaga Emosi supaya  sentiasa positif.
2) sentiasa Bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang. Contohnya jika hendakkan kereta idaman , maka bersyukurlah dengan kereta yang anda ada sekarang . Buatlah teknik visualisasi untuk kereta baru. Maka kereta baru akan diperolehi dengan senang. Jika tiada kereta. maka bersyukurlah dengan apa yang anda ada seperti motosikal atau apa sahaja.
3) Tumpukan perhatian pada apa yang kita mahukan.
4) Tumpukan perhatian pada perkara yang positif dalam hidup anda.
5) Bergembiralah melihat kejayaan orang lain.
6) Keluarkanlah  Zakat dan bantulah orang yang susah dan anak yatim.( hukum timbal balik)


Teknik Visualisasi dalam Kehidupan seharian :

Selain mencapai untuk mencapai MATLAMAT , teknik Visualisasi juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita

Contohnya:
1.Jika anda hendak melakukan perjalanan jauh, sebelum memulakan perjalanan bayangkan anda akan sampai dengan selamat ke destinasi anda tanpa sebarang masalah. Maka anda akan sampai dengan selamat ( insya Allah)

2.Sebelum bertolak pergi ke tempat kerja, bayangkan anda sampai ke tempat kerja dengan selamat tanpa masalah. Maka anda akan sampai dengan selamat ( insya Allah)

3.Bila membuat panggilan telefon , bayangkan anda dapat bercakap dengan baik dengan orang yang anda kehendaki. Maka niat anda akan tercapai. ( insya Allah)

4.Jika hendak pergi ke tempat yang susah untuk mendapat tempat letak kereta,sebelum bertolak bayangkan anda mendapat tempat letak kereta dengan senang. Maka anda akan mendapat tempat letak kereta dengan senang, insyaAllah.

Ingatan buat diriku juga,jangan kita sia-siakan teknik yang sangat hebat ini.Teknik ini telah banyak membantu orang-orang yang berjaya sekarang.Teknik ini juga telah banyak memudahkan perjalanan hidup seharian ,bagi mereka yang telah tahu dan tahu mengamalkannya.

Rujukan:
  1.  Master your Mind,Design your Destiny,Adam Khoo,PTS,2010.
  2. Law Of Attraction,Michael J.Losier,PTS,2012.
P/S: semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga anda.
                             " Sharing Is Caring"

Rabu, 26 Mac 2014

Kisah Berani Gagal para Tokoh Dunia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah.... 

Mari kita selami apa sebenarnya kisah disebalik kejayaan dan kehebatan para tokoh dunia ini.

 Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup  ini ? Lihat para  tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tetapi  mereka bangkit kembali,malah menguasai dunia!!
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya meningkat 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal  semasa kecil dan ketika bersekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea
.
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika  zaman persekolahan  sering dimarahi oleh gurunya dengan gelaran “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk mempelajari apa sahaja”!

Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita  kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan yang ada”

P/S: semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.

                        " Sharing Is Caring"











Masa Itu Kehidupan


Assalammualaikaum dan dalam Sejahtera pembaca Hijrahku yang dirahmati Allah.......


Masa adalah amanah dari Allah. Setiap amanah akan dipersoal kelak pada hari kiamat. Orang yang hebat akan bijak mengurus masa untuk melaksanakan perintah Allah. Manakala orang yang Ghaflah iaitu (lalai) adalah orang yang sentiasa leka dari melaksanakan perintah Allah. Mereka mengharapkan keredhoaan Allah tetapi amat malas melakukan amalan ketaatan dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan larangan Allah.

Masa akan terus berlalu dalam kehidupan manusia dengan pantas. Masa akan meninggalkan manusia dalam dua golongan. Golongan yang pertama ialah golongan yang berjaya kerana mengambil kira kepentingan masa dalam kehidupan. Manakala golongan yang ke dua ialah golongan yang sentiasa berada di dalam kerugian yang bertambah – tambah dari hari demi hari kerana membiarkan masa berlalu tanpa amalan ketaatan kepada tuhan.

Marilah kita renungkan firman Allah dalam Surah Al – Asr iaitu Surah Masa. Satu surah yang menjadi amalan kita tatkala ingin menutup majlis atau mengakhiri mesyuarat. Tetapi agak malang surah ini hanya tinggal bacaan di bibir tapi jauh dari segi pengamalan dalam diri dan kehidupan kita seharian. Firman Allah SWT :
Maksudnya : Demi masa sesungguhnya manusia itu benar -benar berada di dalam kerugian. Melainkan orang – orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Dan nasihat – menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.
 
Kata pujangga, masa adalah emas kerana terlalu berharga. Masa tiada galang ganti setara dengannya. Masa tidak boleh dibeli apatah lagi dijual di mana – mana pusat membeli belah. Berusaha mendapatkan masa yang telah berlalu dengan menukar emas sebagai ganti adalah suatu yang mustahil. Tidak cukup dengan itu masa juga ibarat pedang tajam yang sentiasa memotong.

Andai kita gagal merancang dan memikirkan pengurusan masa, pedang masa itu akan memancung dan memotong serta menghancur lumatkan kehidupan kita. Sebenarnya hakikat masa itu adalah satu bentuk amanah kehidupan dari Allah yang tidak akan kembali setelah ianya berlalu sehinggalah hari Kiamat.
 .
Kehidupan dunia hanyalah ibarat sepagi atau sepetang sahaja bukannya lama seperti jangkaan kita. Kehidupan yang kekal dan tahan lama tanpa binasa adalah kehidupan di akhirat nanti. Kehidupan dunia bukan sahaja bersifat sementara tetapi juga akan binasa sepertimana Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 24.
Maksudnya :      Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit. Lalu tumbuhlah dengan suburnya tanaman di bumi dari jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang. Sehinggalah apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahan dan dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Lalu penduduknya pun menyangka bahawa mereka boleh mendapatkan berbagai-bagai tanaman serta memperolehi hasil lantas datanglah perintah Kami menimpakan dengan bencana pada waktu malam atau pada waktu siang hari. Lalu Kami jadikan dunia ini hancur – lebur,  seolah – olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami jelaskan ayat – ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir dan mengambil iktibar daripadanya. 
 
Di dalam Al – Quran kita dapati Allah SWT telah bersumpah dengan makhluk ciptaannya iaitu masa. Manusia wajar mengambil perhatian dengan sumpahan Allah ini. Antara firman Allah والعصر ) (Demi Masa, (( والضحى Demi Waktu Dhuha,)           والليل)Demi Waktu Malam dan والشمس وضحاحى))Demi Matahari Dan Waktu Dhuha. Kelalaian kita mengambil berat tentang pengurusan masa akan menyebabkan kita lalai dan terus ditipu dengan kehidupan dunia yang begitu pantas meninggalkan kita. Walaupun masa amat penting kepada kita tetapi bukan masa yang menentukan kehidupan kita.

Janganlah ada di antara kita yang meniru golongan Ad Dahri iaitu  golongan yang menjadikan dunia ini sebagai destinasi pilihan. Sedangkan kehidupan kita yang sebenar adalah di akhirat yang abadi. Mengejar masa untuk mengutip habuan keduniaan tanpa memikirkan kehidupan selepas mati adalah sikap orang tertipu dengan masa. Mereka merasakan hidup dan mati adalah sama dan tiadalah yang membinasakan mereka melainkan zaman yang terus beredar silih berganti. Inilah sikap mereka yang Allah rakamkan dalam Surah Al – Jaasiyah ayat 24 .(
Maksudnya : Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup silih berganti dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan peredaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu. Mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. 

Islam adalah agama yang meletakkan pengurusan masa sebagai teras kecemerlangan. Pengibadatan dalam Islam amat berkait rapat dengan waktu dan masa. Orang yang cemerlang di dunia dan terbilang di akhirat adalah orang yang mencontohi baginda dalam menguruskan masa seharian mahupun di arena pekerjaan. Rasulullah SAW tidak akan membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa ada peningkatan dari segi kualiti ketaqwaan dan peningkatan mutu pekerjaan.

Baginda amat menitik beratkan persoalan masa produktif iaitu masa muda. Perkara yang penting akan menjadi keutamaan manakala yang kurang impaknya akan dikemudiankan. Sehinggakan baginda mengingatkan bahawa, masa adalah amanah yang akan dipersoal kelak pada hari kiamat maksudnya :

Tidak akan berganjak kaki setiap hamba pada hari kiamat sehinggalah ditanya tentang empat perkara. Iaitu tentang umurnya ke mana dihabiskan. Tentang masa mudanya ke mana digunakannya. Tentang harta dari mana diperolehinya dan ke mana digunakannya dan tentang ilmunya apa yang diperbuat dengannya. 

Dalam persoalan pengurusan masa, sama ada di peringkat pekerja mahupun pelajar kita tidak dapat lari dari membincangkan sifat masa. Masa akan terus berdetik dan berlalu tetapi tidak akan kembali. Masa yang berlalu tidak boleh dicari ganti. Masa amat pantas bergerak meninggalkan manusia tanpa menunggu kita sehinggalah apabila hampir menjelang hari kiamat masa sehari berlalu bagaikan satu percikan api atau sesaat sahaja. Satu sikap yang wajar dibuang ialah sikap suka menangguh.

 Hayatilah nasihat Saidina Ali kepada gabenor Mesir yang baru dilantik:

 “Janganlah engkau berlengah – lengah lagi apabila sudah tiba masa untuk melakukannya”. Sikap bertangguh dalam kerjaya sesama manusia akan menyebabkan produktiviti kita menurun. Suka bertangguh untuk menguasai kecemerlangan akademik akan mengundang natijah yang kecundang. Manakala bertangguh  untuk bertaubat kepada Allah pula akan mengundang kesudahan umur di dunia ini dalam keadaan diri dipenuhi noda dan dosa. Seorang salafussoleh menasihati temannya :                                                   اخي لا تؤخر التوبة
ياتي بغتة فان الموت
Maksudnya : Wahai saudaraku janganlah kau tangguhkan taubat kepada tuhan, kerana sesungguhnya kedatangan mati itu adalah satu kejutan.
Dikesempatan masa dan usia yang masih ada,belajarlah untuk memberi,memberi roh dan jasad akan hak masing masing, memberi ilmu walau sekadar kalimah wahidah, memberi nasihat tatkala terlupa,memberi peluang kepada diri untuk melakukan perubahan,memberi masa dan waktu untuk ilmu,untuk sahabat,masyarakat dan Islam. Memberi kemaafan atas ketaksiran orang lain. Memberi pengertian dan jawapan kepada soalan kenapa kita yang perlu memberi?

Marilah kita gunakan peluang masa dan nikmat kehidupan yang dipinjamkan Allah untuk kita mencipta kecemerlangan berterusan di dunia ini, tanpa meminggirkan kecemerlangan di akhirat yang lebih abadi. Jadikan diri kita dalam golongan yang dijamin oleh Allah. Mereka dijamin tidak akan rugi di dunia dan akhirat. Mereka tidak lain tidak bukan ialah orang yang memiliki sifat
1) Orang yang beriman
2) orang yang beramal soleh
3) Orang yang berpesan dengan kebenaran dari Allah iaitu kebenaran Islam
4) Orang yang berpesan dengan kesabaran dalam menempuh ujian kehidupan di muka bumi ini.



 Sesungguhnya masa itu tidak ternilai....ia bukan emas permata yang boleh dijual beli....

P/S: Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat Saya dan juga Anda.

                "Sharing Is Caring "