Jumaat, 12 Disember 2014

Termenung Sejenak Merungkai Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…


Aku menulis bukan kerana nama….

The Cave ( AL Kahfi )


" sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi, dan kami telah memberikan kepadanya jalan untuk mencapai sesuatu "


Sebagai hamba Allah, betapa seringnya kita berhadapan dengan pelbagai keadaan dan situasi dalam meniti kehidupan ini. Mungkin ada di antara kita yang terlupa betapa selain agungnya kitab Allah,  ia sangat ampuh dan sangat kuat pengaruhnya.



kita sering leka dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran  khasnya surah yang sedang saya renungkan ini iaitu Surah Al- Kahfi. Allah s.w.t telah menyampaikan kepada kita bahawa DIA akan selalu mengikuti prasangka hambaNYA. Berprasangka yang negatif akan membawa kesan negatif, berprasangka positif akan membawa kesan positif.

Allah yang maha kuasa tidak pernah memberi kesengsaraan kepada sesiapapun, malah Allah berpesan kepada  semua hambahnya, bahawa DIA sentiasa mengikuti prasangka hambanya sama ada baik mahupun yang buruk. Mari kita renungkan sejenak;

" Sesungguhnya kami ( Allah s.w.t ) telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi dan kami ( Allah s.w.t ) telah memberikan kepadanya jalan untuk mencapai sesuatu ( kejayaan ) ".

Allah s.w.t tidak pernah membezakan hukumnya kepada sesiapa,  Allah s..w.t pasti memberi. Allah s.w.t  adalah Tuhan maha pemberi. Formula yang ada dalam Al-quran ada menyatakan bahawa alam semesta dan manusia mempunyai daya tarikan antara satu dengan yang lain.

" fikirkanlah sebab - sebab yang baik, maka anda akan memperolehi akibat yang baik "

Saya percaya anda sudah sering mendengar tentang kehebatan  " The Secrete " dan bagaimana orang -orang hebat pada ketika dahulu mempraktikan hukum ini. Saya percaya juga bahawa anda sedang mengaplikasikan hukum ini dalam setiap perjuangan anda untuk mencapai sesuatu yang anda inginkan.

Siapakah orang - orang hebat tersebut  dalam sejarah pada zaman dahulu yang telah mengetahui Hukum ini  ( Tarikan/ LOA ) ?
  • Plato
  • Shakespeare
  • Newton
  • Beethoven
  • Lincoln
  • Emerson
  • Edison 
Bagaimana pula dengan tokoh -tokoh Islam pada zaman dahulu ?

Sesungguhnya para tokoh -tokoh Islam zaman dahulu tidak kurang hebatnya. Mereka telah menggegarkan dunia dengan kuasa yang ada dalam diri mereka dengan pengaruh kuat , hebat dari Al - Quran. Al - Quran adalah formula menyeluruh yang memberitahu bahawa Alam semesta dan manusia sering berhubungan dan mempunyai kuasa tarikan yang amat hebat. Sesungguhnya Allah menciptakan Alam ini untuk makhluk - makhluknya ( manusia ).

P/S; Semoga apa yang saya tulis ini mengingatkan kita betapa di dalam setiap surah  Al-Quran itu tersembunyi pelbagai rahsia Allah.

" Sharing Is Caring "








Khamis, 11 Disember 2014

Bersangka baiklah Kamu...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…bersua kembali pada jam ini dan masa ini
Aku menulis bukan kerana nama..
" Hati adalah cerminan fikiran Anda.Ia memantulkan apa yang anda fikirkan. Setiap kali terjadi pantulan, anda akan merasakan sensasinya sama ada kegembiraan atau pun kesedihan " ( Ali Ahmad Maleya )
Pesanan Syeikh Abdul Kadir Al -Jailani kepada semua Muslimin dan muslimah,  sentiasalah bersangka baik sesama insan. Oleh itu, beliau berkata;
Sekiranya engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa orang tersebut lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hatimu :
" Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi berbanding aku."
Sekiranya bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini suci dan bersih, belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripada aku "
Sekiranya engkau bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
" Dia telah banyak beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik daripada aku "
sekiranya bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) 
" Orang ini memperoleh kurnia  daripada Allah yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik daripada aku "
Sekiranya bertemu dengan seseorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
" Orang ini berbuat  maksiat kepada Allah kerana dia bodoh  dan tidak tahu apa-apa, sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Oleh itu, aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak,  dia tentu lebih baik daripadaku "
Sekiranya engkau bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
" Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.  Mungkin pada akhir usiaku,  diriku ini kufur dan berbuat buruk.."
Marilah kita bersangka baik terhadap sesama kita kerana bersangka baik banyak faedahnya sementara bersangka buruk, boleh membawa dosa.
" Sharing Is Caring "




Rabu, 10 Disember 2014

Calon PHD dan Master Kenapa Kaya berfikir Miskin Penulisan


Assalamualikum dan selamat sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah..
bersuah kembali pada jam ini dan masa ini…

Selamat bercuti semester akhir bagi para murid dan juga selamat bercuti cuti Malaysia wahai para Guru-guru…Senyum senyum selalu…( 23/Nov/2014-05/01/2015 )

Saya amat tertarik dengan sebuah hasil  tulisan DR.OT dalam blognya “ DR.OT”, yang mengatakan kenapa calom PHD dan juga Calon Master kaya dengan pemikiran tetapi miskin dan muflis dengan penulissan.

 DR.OT  seorang yang sangat terkenal dengan blognya yang berkaitan dengan pembelajaran pengajian tinggi, amat terkejut apabila mendapat soalan yang diajukan kepadanya “ DR.,banyak masakah menulis dalam blog dengan begitu banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan ?”  soalan ini amat memeranjatkan beliau kerana orang yang bertanya adalah calon-calon PHD dan juga Master. Bagi DR.OT, beliau tidak hairan sekiranya orang yang bertanya itu adalah ibu-ibu dan juga bapa-bapa dari kampung.

Seorang penulis yang cintakan kerjanya dan karyanya, akan sentiasa komitmen dengan tugas tugas yang ada namun dalam hal menghasilkan penulisan, ia tiada batasannya. Bagi DR.OT, komputernya sentiasa stadby, jika idea muncul secara tiba-tiba maka beliau secepat mungkin akan bertindak untuk mencatatnya atau menaipnya.

Bagi DR.OT, dia percaya bahawa menulis lebih penting dari berfikir kerana seseorang yang suka menulis dia adalah seorang yang sentiasa berfikir dan menghasilkan idea.Menulis merupakan satu skil terutama menulis dalam computer kerana menulis dalam computer adalah lebih cepat, cekap, dan sistematik.Semua perkara tersebut merupakan satu skill jika ingin menghasilkan penulisan yang lebih baik dan mantap.

Menurut DR.OT, beberapa Skill sebagai seorang penulis yang berkecimpung dalam PHD dan Master, boleh dilihat seperti berikut:
  •      Menulis paragraph ilmiah seperti LR (Literature Riview ).
  •      Mencari idea dan mensintesis LR (Literature Riview )
  •      Menginsert citation dan lain lain lagi.

Seseorang yang tidak menguasai skill skill yang telah disebutkan tadi, bagi DR.OT, apabila dia menulis maka hilanglah idea, hilanglah pedoman. Pesanan yang diberikan oleh DR.OT, menulislah supaya anda dapat berfikir dan sentiasa berfikir. Para calon calon PHD dan juga Master, menulislah, menulislah , jangan kita hanya banyak berfikir tetapi miskin dan muflis penulisan.

P/S : Semoga pesanan Dr.OT, menjadi ikhtibar bagi kita khasnya para calon PHD dan Master yang sedang bergelut dengan tugasan sekarang ini.


"Sharing Is Caring"


Rabu, 15 Oktober 2014

Kenapa Aku Hilang Idea ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…



Salam  Rabu...(15/10/2014)
Agaknya sudah lama kita tidak bersua dalam blog Hijrahku yang amat aku sayang ini.Walaupun Blog Hijrahku banyak kekurangan dari segi penulisan,hiasan dan kecantikan namun,blog ini amat aku sayang kerana melalui blog inilah aku dapat menghasilkan penulisan dan juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan.
Sudah agak lama juga aku tidak menulis...sibuk punya sibuk akhirnya aku lupa untuk menjenguk Blog Hijrahku sendiri.Kebelakangan ini aku sangat sibuk menguruskan banyak perkara.



Kenapa aku hilang idea untuk menulis sesuatu dalam Blog Hijrahku ini?Soalan ini bermain-main dalam mindaku.Kenapa aku hilang idea dan tidak ada ilham?…..Memang benarlah kata-kata para cendikiawan,bahawa jika kita fokus pada sesuatu perkara maka minda kita akan beri tumpuan sepenuhnya pada apa yang kita fokuskan.Apa yang aku fokuskan?……

Ya…sejak aku mula menyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Pendidikan di UMS Kota Kinabalu Sabah,mindaku telah memberi tumpuan dalam bidang pengajianku.Aku amat sibuk menguruskan hal pengajian dan kerja-kerja kursus.Mungkin kerana tumpuanku ke arah pembelajaran maka aku tidak ada idea untuk menulis sesuatu dalam blog Kesayanganku ini.

Atau mungkin juga, mindaku penat dan perlu berehat…insyaallah,suatu hari nanti aku akan menulis sesuatu yang menarik dan bermanfaat kepada Pembaca Blog Hijrahku….

Sekian coretanku pada jam ini dan masa ini…" Sharing Is caring "




Isnin, 13 Oktober 2014

Mantapkan diri dengan rahsia orang zaman dahulu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini,

Agak terlalu lama saya tidak menulis dalam blog Kesayangan hambah ini…heheheh ( gurau sikit ).
saya meninggalkan sementara (rumah) blog Hijrahku kerana sangat sibuk menghijrakan diri.Kesibukan menguruskan kerjaya, kesibukan dalam mengurus keluarga dan kesibukan menyelesaikan semua hal- hal yang berkaitan dengan urusan Pengajian.

Setelah mengikuti  hampir dua bulan kelas kuliah  , semangat saya boleh jadi turun naik, turun naik.Semangat saya  jadi down.Saya berfikir-fikir sama ada teruskan atau tidak bidang pengajian saya ini.Saya  sentiasa berdoa kepada yang maha esa agar menetapkan hati yang sering berbolak-balik bagai kuali ini.Kenapa saya tiada ketetapan hati? itu soalan yang sering bermain dalam fikiran sejak menjejaki alam baru ( pelajar).

Mana mungkin saya dengan mudah mengalah dan melepaskan impian saya menjadi pelajar  dalam bidang yang saya impikan.Sebagai menguatkan hati yang berbolak balik ini,saya  sentiasa berdoa kepada Allah agar menetapkan hati ini. Saya cuba meningkatkan motivasi diri dengan menguatkan hati membaca dan memahami rahsia kekuatan orang- orang zaman dahulu.

Mari kita perhatikan apakah rahsia mereka sehingga berjaya menakluki dunia;


            The science of Getting Rich (dari buku lama Wallace D. Wattles)
"Ada sebuah energi alam semesta yang membentuk segala sesuatu,energi ini mengisi seluru alam semesta , membangun sebuah fikiran  / idea di dalam minda anda , anda menciptakan energi ini , dan sesungguhnya anda sedang menciptakan apa yang anda fikirkan "
  •  Manusia memiliki kemampuan untuk menciptakan sebuah pemikiran dan menyebabkan apa yang difikirkan dalam pemikiran  dapat diterjemahkan atau diwujudkan dengan kekuatan semangat dan keajaiban energi alam semesta ini.
  • Sebagai  mengaktifkan kemampuan ini, kita harus belajar untuk menggunakan fikiran kreatif kita. Sentiasa berfikir positif dan latih minda setiap hari.
  • Kita dapat menciptakan hubungan harmonis dengan energi alam semesta ini melalui sebuah perilaku yang diamalkan selalu iaitu mensyukuri,menghargai dan merasakan dengan hati nurani@emosi setiap apa yang kita telah nikmati.. Dengan bersyukur dapat mempersatukan fikiran kita terhadap semua energi alamsemesta ini yang selaras dengan fikiran kita. Kita sering mendengar bahawa alam  semesta ini menyokong dan mendukung.Oleh itu bersyukur dapat mempersatukan fikiran kita terhadap semua energi alam  agar sentiasa berpihak kepada kita.
  • Untuk mewujudkan suatu hal yang baru, bayangkan saja sesuatu gambaran atau perasaan yang ingin anda capai dalam fikiran anda. Kemudian ekspresikan penghargaan atau syukur anda terhadap  Allah,terhadap diri dan terhadap alam semesta yang telah memberikannya kepada anda.
  •  Untuk mencapai kejayaan, terapkan ajaran ini - Bangunkan sebuah visi yang jelas kejayaan yang anda harapkan dapat dicapai. Kemudian ekspresikan syukur dan terima kasih terhadap kejayaan yang (seolah-olah) telah datang kepada anda. Anda harus memiliki kepercayaan yang teguh dan rasa terima kasih yang tulus.Apa yang ada di dalam fikiran anda akan datang menjadi kenyataan dengan melakukan kerja-kerja yang berkaitan.Bagaimanakah untuk meraih kejayaan ini ?
  •  Anda harus melakukan semua yang dapat anda lakukan setiap hari untuk menjadikan visi ini menjadi kenyataan. Khususnya, berusaha untuk memberikan sesuatu yang jauh lebih besar daripada apa yang Allah berikan dan mereka/ alam ini bayarkan pada anda.Kita adalah ciptaan Allah(Mikrokosmos dan alam semesta adalah ciptaan Allah makrokosmos).
  • Manusia mikrokosmos yang aktif sementara alam semesta makrokosmos yang fasif.Oleh itu penciptaan kita adalah sebaik-baik penciptaan makhluk lain di muka bumi ini.Maka gunakanlah keajaiban yang telah Allah berikan padamu ( manusia)…anda mampu bergerak..anda mampu berfikir..anda mampu mengubah sesuatu menjadi nyata dan anda mampu mengubah jalan hidupmu.
  • Mereka yang mempraktekan petunjuk ini akan mendapatkan kejayaan. Dan kejayaan akan mereka terima dalam bentuk yang tepat sebagai perwujudan visi mereka, kesesuaian dengan tujuan mereka,keteguhan terhadap kepercayaan mereka, dan dalamnya rasa terima kasih mereka kepada Allah Tuhan semesta Alam dan alam ini disediahkan untuk kita,  dan kita adalah makhluk yang terpilih. "
Siapa harus meneruskan perjuangan ini…siapa harus menentukan arah tuju dan haluan hidup ini….siapa harus menciptakan Visi dan misi hidup ini…siapa harus bertindak mencapai matlamat hidup ini…siapa harus mengubah cara hidup ini (dari - ke + ) …siapa harus melangkahkan kaki untuk bertindakkkk?????…….tentu sekali jawapannya adalah diri kita sendiri.kita sendiri…bukan siapa-siapa…siapakah yang harus kita tunggu untuk mengubah kehidupan ini? kita sendirilah yang mengubahnya…tetapi kita jangan lupa bersandarkan kepadaAllah s.w.t….
             

sekian coretanku untuk jam ini dan masa ini..
"sharing is caring"



















Sabtu, 30 Ogos 2014

Jangan Takut Menghadapi Hal Baru

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Merdeka..
Merdeka..merdeka merdeka


" UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG BELUM PERNAH ANDA CAPAI SEBELUMNYA, ANDA HARUS MENJADI SESEORANG YANG BELUM PERNAH ANDA MENJADI SEBELUMNYA "
_ John C. Maxwell _



Agak lama juga saya tidak menulis dalam Blog Hijrahku , hampir tiga minggu tangan  dan jari-jemari kurniaan Allah ini berehat.Walau bagaimana pun,saya sebenarnya tidak berehat bersenang-lenang.Banyak perkara yang harus dibuat dan diselesaikan.

Pada hari ini,Alhamdulillah saya dapat kembali menulis memandangkan beberapa perkara telah selesai.Buat masa ini saya tengah buat persiapan untuk menjadi seorang pelajar sekali lagi.Walaupun usia sudah lanjut namun,kerana cintakan ilmu,saya akan terus belajar dan belajar.Sebagai persediaan untuk menjadi pelajar " Master " dalam bidang Pengurusan pendidikan.

Melalui pengalaman rakan -rakan dan juga melalui pembacaan,memang diakui bahawa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master,amat payah@perit sekali.Kekuatan mental,rohani,fizikal dan emosi perlu persediaan yang rapi.Oleh itu, saya menulis sedikit tentang " Jangan Takut Menghadapi Hal Baru ."
Tip menguatkan Hati :


  • Aku tidak akan bosan  selalu belajar dan bekerja, kerana kebosanan mendatangkan kemalasan dan bencana dalam hidup.
  • Seringkali suatu hal itu lebih sulit dalam bayangan dan pemikiran, sedangkan dalam kenyataannya lebih mudah. Jangan buat apa yang hanya dibayangkan dan difikirkan tetapi  kita mesti mencuba.
  • Aku tak perlu risau dan takut akan hal - hal yang belum terjadi, buat apa menakuti diri sendiri.
  • Jangan terlalu memikirkan kata-kata dari rakan yang menakutkan kita betapa susahnya belajar .Kita mesti fikirkan diri kita kerana kita bukan dia.
  • Aku harus punya cita - cita dan tujuan, kerana itu akan membuat aku lebih gembira dan bersemangat.
  • Aku menciptakan masa depanku sendiri dengan cita -cita dan impian yang tinggi.
  • Bila ada semangat dan kemahuan, tujuan itu sudah nyata. Kemahuan dan semangat harus ada  dalam diriku, untuk memenangi pertarungan hidup ini.
  • Aku selalu yakin dan percaya, bahawa aku dapat mencapai dan meraih apa yang aku inginkan.
Percaya pada diri sendiri, berpegang teguh dengan prinsip hidup dan apa yang penting sekali Percaya dengan janji Allah. Ingatlah janji Allah….dalam DNA kita Allah telah berpesan bahawa DIA percaya Manusia pasti berjaya meraih keinginannya/cita-citanya/impiannya….ada 3 faktor yang menunjang kepada kejayaan seseorang iaitu:

  1. Faktor keturunan
  2. Faktor Lingkungan/sekeliling( kesungguhan/kekuatan semangat)
  3. Faktor Fikiran/ Minda( berfikir positif)

Raihlah kejayaan dengan kekuatan faktor ke dua dan ke tiga…..
Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita
Kuatkan tali ikatan kita dengan Allah yang maha pencinpta dan maha pengasih.

Sekian coretan Saya untuk kali ini….
" Sharing Is caring "





Jumaat, 22 Ogos 2014

Malaysia Berkabung 22.Ogos .2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Jumaat 22/8/2014,
                 " Jika ingin diri kita dihormati,maka hormatilah orang lain "
Hari ini seluruh rakyat Malaysia diminta berpakaian serba gelap atau yang bersesuaian kerana pada hari ini merupakan hari berkabung bagi menghormati mangsa MH17 dan juga MH 370,yang telah pergi buat selam-lamanya,dengan pemergian yang penuh tragis dan mencatat sejarahnya tersendiri.
Sejak semalam lagi,saya mencari-cari pakaian  yang berwarna gelap untuk dipakai pada hari ini( Jumaat 22/8/2014).Namun ,saya tidak memiliki pakaian yang berwarna hitam.walaubagaimanapun,baju yang bersesuaian ,saya capai hitam + hijau dan tudung berwarna hitam gelap.Syukur,sekurang-kurangnya saya dapat menyertai "Berkabung Malaysia 22/8/2014" sebagai menghormati mangsa MH17 dan MH370.Pada hari ini juga kami mengadakan majlis bacaan yasin di Sekolah.Semoga roh mangsa MH17 dan MH370,mendapat rahmat dan keampunan Allah s.w.t…..amin.
Hari ini ;
i. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
ii. semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan.
iii. pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
iv. pada hari  ini juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan  program berunsur keagamaan.
Marilalah kita saling menghormati…bak kata pepatah Melayu,jika ingin dihormati maka hormati orang lain…..
Sekian coretanku pada jam ini dan masa ini.
" Sharing is Caring"




Selasa, 12 Ogos 2014

Kata-kata Renungan Pengayaan Kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…


Sebagai manusia,sememangnya kita sentiasa lupa dan hilang semangat.Maksud saya iaitu semangat kita sering turun dan naik.Sekiranya ini berlaku,kita sepatutnya memerlukan kata-kata rangsangan dalam memperkayakan kehidupan ini.

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa kata rangsangan sebagai "Kata-kata Renungan Pengkayaan Kehidupan."

Mungkin ini boleh menjadi renungan  kita:


  • Keyakinan boleh mengerakkan halangan dan kurangnya keyakinan boleh mewujudkan yang tidak sepatutnya wujud.
  • Tidak seorang pun yang boleh mengekang perjalanan kebaikan dan kekuatan dalam diri kita melainkan atas kehendak kita sendiri.
  • Tidak ada gunanya resepi untuk kejayaan melainkan kita sendiri yang harus mengusahakannya.
  • Jangan lakukan kepada orang lain apa yang kita tidak mahu orang lain lakukan kepada kita.
  • Minda kita ibarat peracut, di mana selagi ia tidak dibuka ia tidak berfungsi.
  • Dunia ini ibarat cermin kerana di dalamnya terkandung sikap kita, baik yang dipuji mahupun yang dikeji.
  • Memastikan sesuatu yang berlaku atau menyaksikan sesuatu yang berlaku atau tertanya-tanya apa yang berlaku.
  • Terpulanglah kepada setiap insan,untuk menjadikan sikapnya sebuah aset atau liabiliti,pujian atau cemuhan, keangkuhan atau kerugian.

Sekian dari Saya,ringkas tapi sungguh bermakna.


" Sharing Is Caring "



Selasa, 5 Ogos 2014

Ahhh!!! Satu Ringgit Sahaja Angpau Raya?????

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam syawal,

Hari ini terasa penat selepas pulang dari kerja namun digagahi juga kepenatan sesampai di rumah.Memasak untuk makanan malam, memastikan Si Undut ( Nama kucing Parsi Anak aku ),sudah mandi dan makan serta membersihkan tempat tidurnya.

Jika diturutkan hati, sebenarnya saya tidak suka memelihara kucing tetapi demi kasih sayang pada anak yang sering mendesak agar dia dibenarkan memelihara kucing, akhirnya saya menurut .

Sebenarnya apa yang saya tulis bukannya tentang kucing peliharaan anak tetapi saya ingin bercerita tentang duit raya.Sudah menjadi satu kewajiban bagi saya pada setiap tahun pasti memberikan duit Angpau raya pada Aidil Fitri.

Persediaan angpau Raya telah dibuat lebih awal dengan mengisi sampul RM 2.00 - RM 3.00.Keriangan kanak-kanak berhari Raya dan berkunjung ke rumah jiran-jiran sudah menjadi satu amalan dalam kalangan kanak-kanak di kampung Halamam . Saya percaya begitu juga di tempat lain.kanak-kanak amat teruja berhari raya kerana hendakkan Angpau Raya.

Suasana Hari raya pada pagi itu telah diserikan oleh beberapa kumpulan kanak-kanak yang datang .Saya mengambil kesempatan dengan memberikan angpau Raya kepada kanak-kanak walaupun mereka tidak dikenali.betapa gembiranya mereka apabila diberikan Angpau raya.dalam saya masih lagi menghidangkan kuih raya,seorang kanak-kanak telah membuka angpau raya,dia terkejut melihat jumlah wang yang ada…..Ahhhh!!! satu ringgit sahaja?????

Saya agak tersenyum sendiri melihat gelagat kanak-kanak tersebut..sambil yang lain pula bertanya masing-masing. "Kau berapa duit di dalamnya?…ehhh sama sahaja satu ringgit." begitulah ,nilai RM1 pada hari ini sudah tidak ada makna . Jika dahulu RM1 amat bernilai dan boleh membeli beberapa jenis benda tetapi RM1 pada hari ini tidak ada nilai lagi pada sesetengah orang.Apa lagi bagi kanak-kanak di kawasan bandar,sedangkan kanak-kanak di kawasan Kampung di pedalaman,dapat menilai bahawa RM1 itu sesuatu yang tidak bermakna bagi mereka.

Sebenarnya itu adalah kesilapan,saya menyediakan duit raya RM 2.00 dan ada juga RM 3.00 dalam setiap sampul tetapi saya tersilap ambil sampul yang belum siap dan dikemas kini.Rasa lucu dan tertawa sendiri melihat gelagat kanak-kanak berhari raya.Ada yang tertinggal dari rombongannya,ada yang hilang dari arah, ada yang menangis mencari kawan dan bermacam-macam.

perkara paling lucu sekali apabila seorang kanak-kanak dalam usia 3 tahun tiba-tiba menjerit dan meronta-ronta di halaman rumah ibu. kami semua terkejut dengan tangisannya.kanak-kanak ini menangis sehingga terkeluar hingus.semua orang lalu lalang tidak mengenali siapa punya anak tersebut.Akhirnya,anak buah saya seorang Guru telah menghantarnya ke Masjid dengan harapan,AJK masjid bagi pengumuman tentang kanak-kanak yang hilang.

Begitulah kisah yang dapat saya rakamkan tentang gelagat kanak-kanak berhari raya.

" Sharing Is Caring "







Getaran jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Salam Syawal,

" Masa Depan bukanlah hak orang-orang yang bodoh dan lemah, tetapi dimiliki oleh orang orang yang Bijaksana dan berani berubah."

Sekiranya beberapa tahun yang lalu kehidupan kita agak muram,mungkin inilah peluang kita untuk membuat Transformasi diri. Kehidupan yang lalu biarkanlah ia berlalu pergi,tiba masanya untuk kita melihat ke hadapan demi masa depan yang cerah.

Sekiranya beberapa tahun yang lalu kita asyik berangan - angan inginkan sesuatu yang baik bagi diri dan kehidupan ini,namun ia hanya angan- angan kosong, sudah tiba masanya untuk kita mencari suatu formula. Formula apakah itu?

Sekiranya kehidupan kita yang lalu penuh onak , ranjau dan duri,kini tiba masanya untuk kita mencari kekuatan diri.Kalau dulu angan-angan tidak pernah kesampaian kini ,formulanya sudah ada.Mari kita bentuk angan -angan itu menjadi getaran jiwa yang  sepadu.

Mahukah Anda mempraktikkan Formula tersebut? ini adalah formulanya yang boleh kita jadikan untuk menggetarkan jiwa agar angan angan kita menjadi nyata :

                           Formula Getaran Jiwa:

        Akal + Jasad + Rohani = Hasil ( Kejayaan )
Untuk berjaya/Hasil, kita perlu Getaran Jiwa yang Sepadu.

Semoga dengan formula yang ada, kita bertambah yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t. Kita lakukan dengan sebaik mungkin agar kesepaduan jiwa dengan bergabungnya akal,Jasad dan rohani sentiasa bergetar aktif. Sekiranya jiwa sentiasa bergetar itu maknanya hidup kita sentiasa bersemangat,riang dan ceria.Buang kemurungan…buang kemurungan kerana kemurungan tidak membawa apa-apa makna dalam hidup, malah makin membuatkan hidup kita jauh daripada kebahagiaan ( kejayaan ).

Mari kita berikan satu kepastian kepada Minda  bahawa kita akan berjaya, seterusnya Jasad kita berusaha dan bekerja tanpa perlu khuatir akan akibatnya , selepas itu,mari kita kukuhkan roh/rohani dengan berdoa ( solat/zikir/Baca Al-quran dll) kepada Allah yang maha Esa, insyaallah hasilnya pasti memuaskan.

Percayalah bahawa ke tiga tiga proses tersebut memberi kekuatan yang menjana seluruh tenaga untuk mencapai hasil yang memuaskan.Insyaallah hidup kita pasti bahagia.

Itulah tahap pertama bagi kita menikmati proses kebahagiaan/kejayaan.Kita akan berasa tenang,tenteram dan inilah kejayaan peribadi yang dapat kita rasakan.Gunakanlah formula terdsebut dengan sebaik-baiknya jangan pula hingga membinasakan diri kita sendiri.

Ini ada beberapa soalan yang perlu kita jawab,untuk menjadikan kita mencapai kejayaan yang sejati;

  • Apakah yang harus anda Lakukan?
  • Apakah yang membuat orang lain berjaya?
  • Apakah yang membuat kawan-kawan Saya berjaya dalam hidup mereka?
  • Apakah yang mereka telah lakukan sehingga mereka berjaya?


Lihat diri,cermin diri,tanya diri …….setiap manusia dapat mencapai kejayaanya dengan membentuk wawasannya sendiri…..bentuklah wawasan kerana anda sudah mempunyai kekuatan….



" Sharing Is Caring "


Rujukan"
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof , e-Class Services, 2007, Johor.


Isnin, 4 Ogos 2014

Aku Berkuasa Atas Hidupku


Assalamualaikum dan selamat sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
Salam Syawal,

" TIDAK ADA YANG BISA MEMBUAT ANDA KECIL TANPA IZIN DARI ANDA "
(Eleanor Roosevelt )


  •  Tidak ada yang dapat menghalangiku untuk menempuh jalan kesuksesan.
  • Aku berkuasa atas hidupku sendiri, aku menjadi apa yang aku mahu.
  • Jangan pernah meremehkan dirimu sendiri, karena orang lain akan ikut meremehkanmu juga.
  •  Kalau ingin menjadi orang besar, lakukanlah hal-hal yang besar.
  •  Orang besar tidak akan menjadi kecil oleh hinaan dan cacian dari orang lain.
  •  Tidak ada yang boleh mengalahkan  aku karena Tuhan sumber kekuatanku!


"Tuhan. . . Berkati dan berikan aku cahayamu, agar menjadi pemenang dan selalu menjadi orang besar dalam hidupku."

Semua manusia inginkan kejayaan berlaku dalam dirinya tetapi pelbagai cara yang membezakan mereka berjaya atau gagal.ada orang yang hanya melihat kejayaan orang lain, ada orang yang hanya berdoa tanpa buat apa-apa, ada orang yang bertindak pantas.Pelbagai cara inilah yang membezakan seseorang berjaya atau tidak.

Kita boleh mencapai kejayaan dengan mempercayai bahawa kita adalah nombor satu.Kita berhak berjaya dalam bidang yang kita ceburi, tidak kira apa bidang kerana itu adalah hak kita.Orang lain tidak berhak mengatakan "tidak" kepada kita kerana hidup ini kita yang menentukannya.Jangan sekali-kali memberi laluan kepada orang lain untuk bertindak sedemikian terhadap cita-cita kita.Siapa mereka yang harus meremehkan kita? Kita harus perjuangkan diri kita.

Ingatlah, setiap tumbuh-tumbuhan yang ada di muka bumi ini memerlukan baja untuk hidup dan membesar, samalah juga halnya dengan diri kita ini.kita perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang tersendiri untuk memajukan diri kita.Jika gabungan Ilmu dan pengetahuan kita gunakan untuk bertindak,insyaallah kita akan berjaya dalam bidang yang kita ceburi.

Ingat, kejayaan tidak akan datang dengan sekelip mata kemungkinan kita akan menghadapi kegagalan tetapi ia hanya sementara sahaja.Adalah lebih baik kita jadikan setiap kegagalan dan pengalaman itu sebagai jambatan untuk kita meneruskan impian demi mencapai kejayaan.

Amalkan prinsip perjuangan hidup yang sesuai bagi diri kita sebagai seorang yang berpengalaman dan berkebolehan dalam bidang yang kita ceburi.Jangan khuatir apa orang lain cakap terhadap perubahan kita.Biarkan mereka berkata apa sahaja kerana itu hanya sementara sahaja.

" Kamu adalah Umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari yang mungkar/jahat, dan beriman kepada Allah…"
                                                                                            ( Al-Imran : 110)

Manusia mempunyai kekuatan yang luar biasa,walaupun pada zahirnya manusia diciptakan Allah lemah berbanding dengan makhluk lain,tetapi melalui akal yang dianugerahkan kepada kita,manusia dapat mencipta pelbagai perkara.

Melalui imaginasi kita dapat mencipta  sesuatu.kitalah yang menciptakan kejayaan,kebimbangan,ketakutan, kemarahan dan pelbagai  hal dan perasaan.Oleh itu,kita sendirilah yang menciptakan arah tuju hidup kita sama ada mahu berjaya atau gagal dalam hidup.Kita adalah pencipta masa depan kita dengan izin Allah.

 "Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya"
                                                                                   ( Al-A'raf : ayat 56 )

P/s: Semoga tajuk yang saya tulis hari ini dapat memberikan kita manfaat.Semoga kita sentiasa bersemangat dalam menghadapi apa juga cabaran.

Sekian….." Sharing Is Caring "

Rujukan :
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof,e-Class Services ,2007.Johor.

Ahad, 3 Ogos 2014

Bagaimana Menghormati Diri Anda?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini..

salam syawal,

" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…"
                                                                           ( Al-Imran: 110)

Tanamkanlah kesedaran dalam diri anda sendiri dan yakinlah bahawa kasih sayang itu tidak dapat dinilai.Ianya tersendiri dan tulin yang perlu dikongsi bersama  dalam kehidupan kita.dalam erti kata, bahawa setiap perlakuan hendaklah dilakukan dengan baik agar  membawa kebaikan kepada diri kita sendiri mahupun kepada orang lain.

Tiga Prinsip untuk menghormati Diri Sendiri:

  1. Seharusnya jangan melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri.
  2. Memberi layanan yang mesra dan sedia memaafkan orang lain.
  3. Jangan membanding-bandingkan  kelemahan anda dengan orang lain tetapi bandingkanlah diri anda yang dahulu dengan yang sekarang.
Tiga prinsip ini sangat baik dan sesuai untuk menyayangi dan menghormati diri anda sendiri.

Ingat Tiga jenis manusia yang ada di muka bumi ini:
  1. Manusia yang inginkan kejayaan.
  2. Manusia yang terpedaya oleh masa.
  3. manusia yang tidak tahu apa yang berlaku dan selalu iri hati serta buruk sangka terhadap kejayaan orang lain .
Jenis manusia yang pertama;
  • sentiasa dalam keriangan.Imejnya positif dan sentiasa tersenyum.Percaya dengan apa yang dilakukannya akan mendatangkan hasil.Mereka ini adalah juara kerana berupaya merangsang dan mempamerkan kasih sayang yang padu.
Jenis Manusia yang ke Dua;
  • sentiasa dalam kesibukan,sering kecewa dan dikecewakan,terpedaya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Mereka tidak mahu mengalah dan tidak mudah memberi dan meminta maaf,bersifat egois.
Jenis Manusia yang ke Tiga;
  • Sentiasa bersikap dendam dan merajuk.kedua-dua penyakit psikologi yang sebati yang ada dalam diri setiap manusia.Tanpa kita sedari ianya adalah satu penyakit yang perlu diubat.

Semoga kita berada dalam golongan manusia yang pertama,iaitu sentiasa tersenyum,yakin,percaya dengan apa yang dilakukan, berupaya merangsang minda untuk menjadi orang yang berjaya dan sentiasa melahirkan rasa sayang menyayangi antara satu dengan yang lain.Hormat-menghormati dan saling bertimbang rasa.

P/S: Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk kita semua.

" Sharing Is caring"

Rujukan:
Pengayaan Kehidupan, Megat Yusof ,e-class sevices, 2007, Johor.




Senyumlah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Pembaca bloog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini,

Salam Syawal,

pada jam ini saya ingin menulis tentang senyum.Kenapa saya menulis tentang Senyum? Jika ingin tahu ,mari teruskan pembacaan anda.

Alangkah cantiknya jika seseorang sentiasa mengukirkan senyuman di bibir….cuba anda lihat dan fikirkan sejenak bagaimana rupa orang senyum dan rupa orang yang tidak senyum. Senyuman yang kita lemparkan pada seseorang adalah sedekah.

senyumlah..seisi alam akan tersenyum kepada kita.Pada saat kita menghadapi kerisauan , cubalah senyum supaya badan kita mengeluarkan hormon endorfin yang akan menenangkan fikiran.Apabila tersenyum, kita seolah-olah mendapat kekuatan baru.

Senyumlah bukan hanya tatkala gembira,tetapi pada saat-saat yang lain juga kerana senyuman itu boleh membuatkan kita berasa lebih baik.Bermula dari kurang ceria kepada ceria, muram kepada bersemangat dan takut kepada berani.

Rasulullah s.a.w adalah model terbaik pemimpin yang sentiasa tersenyum.Baginda akan terlebih dahulu melemparkan senyuman sebelum orang lain.Senyuman ikhlas baginda dapat melembutkan hati sesiapa sahaja.Ia adalah pembuka kepada urusan kerja baginda sebagai pemimpin negara dan tokoh Islam.Malah dianggap sebagai ketua keseluruhan alam.Senyuman itu membuka jalan kepada kemenangan dan kejayaan baginda.

Jadi apa tunggu lagi?mari kita praktikkan senyum…senyum…

Apakah Kelebihan dan Faedah Senyum?
  • Senyumlah pada saat kita melangkah ke tempat temu duga.
  • Senyumlah pada  hari pertama melangkah ke tempat kerja
  • Senyumlah walaupun kita menghadapi rasa konflik,supaya dapat menanganinya dengan rasional dan tenang.
  • senyumlah terlebih dahulu sebelum orang lain senyum pada kita.
  • Senyumlah …senyumlah…senyumlah…( Asal tidak dikata gila..hheheh)
Apakah Kebaikan dan Faedah Senyum?
Senyuman adalah cara terbaik untuk membuat diri kita lebih menonjol di samping membantu badan  berfungsi dengan lebih baik. Senyum juga dapat meningkatkan kesihatan, tahap tekanan dan daya tarikan.Senyum lebih merapatkan kita dengan orang sekeliling.Malah senyum adalah percuma tanpa bayaran.Senyuman adalah Bonus kepada diri kita.
  • Senyum membuatkan kita kelihatan lebih menarik
  • Senyum merubah mood kita
  • Senyum juga berjangkit.
  •  Senyum melegakan tekanan
  •  Senyum meningkatkan sistem imun kita
  • Senyum merendahkan tekanan darah kita
  •  Senyum melepaskan Endorfin, Natural Pain Killers dan Serotonin
  •  Senyum meregangkan otot muka menjadikan kita kelihatan muda
  • Senyum menjadikan kita kelihatan berjaya
  • Senyum membantu kita berfikiran positif

Senyumlah kepada semua...

Sekian …."Sharing Is Caring"