Khamis, 11 Disember 2014

Bersangka baiklah Kamu...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah…bersua kembali pada jam ini dan masa ini
Aku menulis bukan kerana nama..
" Hati adalah cerminan fikiran Anda.Ia memantulkan apa yang anda fikirkan. Setiap kali terjadi pantulan, anda akan merasakan sensasinya sama ada kegembiraan atau pun kesedihan " ( Ali Ahmad Maleya )
Pesanan Syeikh Abdul Kadir Al -Jailani kepada semua Muslimin dan muslimah,  sentiasalah bersangka baik sesama insan. Oleh itu, beliau berkata;
Sekiranya engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa orang tersebut lebih baik darimu. Ucapkanlah dalam hatimu :
" Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi berbanding aku."
Sekiranya bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini suci dan bersih, belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripada aku "
Sekiranya engkau bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
" Dia telah banyak beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik daripada aku "
sekiranya bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) 
" Orang ini memperoleh kurnia  daripada Allah yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik daripada aku "
Sekiranya bertemu dengan seseorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
" Orang ini berbuat  maksiat kepada Allah kerana dia bodoh  dan tidak tahu apa-apa, sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Oleh itu, aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak,  dia tentu lebih baik daripadaku "
Sekiranya engkau bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
" Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.  Mungkin pada akhir usiaku,  diriku ini kufur dan berbuat buruk.."
Marilah kita bersangka baik terhadap sesama kita kerana bersangka baik banyak faedahnya sementara bersangka buruk, boleh membawa dosa.
" Sharing Is Caring "




Tiada ulasan:

Catat Ulasan