Khamis, 16 Januari 2014

Membina Hubungan baik Dengan Rapport

Perbezaan Itu Meruntuhkan ’Rapport’
Cuba pula perhatikan dua orang yang tidak memahami diantara satu sama lain? Atau dua orang yang tidak selaras? Mereka ini sudah tentu tidak akan menunjukkan sesuatu persamaan secara gerak-tubuhnya, malahan keseluruhan fizikalnya. Seorang mungkin duduk menyondong ke hadapan, manakala yang seorang lagi mungkin condong sedikit ke belakang.

 Mungkin juga saorang itu berbual dengan suara yang tinggi, manakala yang satu lagi dengan suara yang agak rendah. Saorang mungkin membuat pergerakan semasa dalam perbualan, manakala yang satu lagi hanya berdiam. Dan semua ini berlaku tanpa disedari. Mereka juga tidak sedar dengan perbezaan yang berlaku.


Saorang coach, atau pemudahcara, atau pengamal NLP sedar apa yang dia lakukan dalam berkomunikasi dengan orang lain. Mereka menggunakan komunikasi nya itu sebagai satu alat penghubung. Mereka gunakan dalam keadaan sedar manakala orang lain tidak mengetahui nya.
Satu Petua: Lakukan Apa Yang Sedang Ia Lakukan
Satu perkara yang anda perlu tahu dalam menjalinkan ’rapport’ ialah, lakukan lah apa yang orang lain itu sedang lakukan, dengan cara yang seberapa halus mungkin, dan juga selamat. Sebagai contoh, kalau dia duduk dengan menyelimpangkan kakinya dan bersandar kebelakang, anda lakukan sama saja

. Sudah pasti anda akan dapat menjalin satu tahap persefahaman. Kalau dia bercakap dalam bahasa ’visual’ sambil melakukan gerak-tangan di ruang hadapan nya, anda akan dapati bahwa anda boleh menerangkan sesuatu perkara (yang diperbualkan) itu dengan lebih baik lagi pada diri nya apabila anda membuat sama seperti gerak-laku nya dan kata-kata ’visual’ nya itu.

 Pada mereka, kata-kata anda ’make sense’/menasabah. Kalau dia bercakap dengan pantas, anda boleh capai kesepadanan dengan nya dengan lebih baik lagi jika anda juga bercakap dengan pantas. 
Ini tidak bermakna yang anda harus mencerminkan diri dan gerak-laku nya itu dengan 100% tepat. Ingat yang anda cuma buat seberapa yang mungkin, dalam kesedaran anda, untuk menghasilkan satu persamaan saja. 

 Dengan itu anda mungkin boleh padankan seperti begini; bila dia berpeluk dada apabila berkomunikasi dengan anda, anda boleh lah selimpangkan kaki anda (tangan dia kelihatan diselimpangkan.

 Anda juga selimpangkan, tapi anda boleh gunakan kaki anda). Kalau dia suka gunakan kata-kata ’kinesthetik’ anda pun boleh juga menggunakan kata-kata ’kinesthetik’ yang lain (tidak semesti tiap perkataan yang sama) juga. Anda akan masih dapat menjalinkan ’rapport’ dan kesepadanan.
Bagaimana Anda Boleh Gunakan ’Body Language’, Suara, Kata-kata Anda Dengan Berkesan?
Bahan asas yang anda boleh gunakan apabila anda hendak membina silaturrahmi atau ’rapport’ adalah bahasa tubuh (’body language’) anda, kualiti suara anda, dan pilihan kata-kata anda dalam perbualan itu.
Dalam segi bahasa tubuh anda, anda boleh padankan dengan orang lain dengan; 

Postur anda;

adakah anda duduk tegak atau membongkok kehadapan; atau anda bersandar kebelakang atau condong kehadapan 

Kedudukan kaki dan tangan anda;

menyelimpang atau tidak, menongkat dagu,

Gerak laku atau tiada bergerak langsung,Cepat atau perlahan nya gerakkan anda.

mengetuk-ngetuk jari anda atau menapak napak kaki anda.
  
Dalam segi kualiti vokal pula anda boleh padankan dengan: 

Pitch nya

Tempohnya

Nada nya

Irama nya
Dalam segi kata-kata predikat pula, anda boleh perhatikan dan padankan dengan apa yang lumrah dia lakukan: 
Adakah dia menggunakan kata-kata-predikat visual, auditori atau kinesthetik(perasaan)?
Adakah dia berkata-kata menggunakan perkataan abstrak ataupun dengan sesuatu yang khusus?
Adakah dia berbual tentang perkara kemungkinan(boleh, akan, mahukan, boleh jadi, 
mungkin boleh) atau keperluan (mesti, harus, patut, terpaksa, sudah tanggungjawab)?
Adakah dia banyak berkata-kata dengan merujuk pada diri nya itu (’self-reference’) lebih dari orang lain (’others reference’)?
Contoh Kata-kata Predikat
Contoh-contoh kata-kata visual adalah:
“Saya tidak nampak mengapa…” , “Saya tak dapat bayangkan kenapa…”
”Kami tak boleh bersemuka, tak boleh pandang dari tepi mata pun …..”
“Ianya tak jelas bagi ku...”
Gambaran besar yang kau berikan itu agak kabur...”
“Saya masih dalam kegelapan...”
Contoh-contoh kata-kata auditori (suara/bunyian) pula adalah:
“Saya sentiasa katakan dalam diri saya….”
”Ianya tak berdering pun di telinga saya...”
Kedengaran nya elok bagi saya....”
”Kami sedang bercakap tentang...”
Contoh-contoh kata-kata kinesthetik pula adalah:
“Saya rasa sesak dan tersekat dengan...”
”Itu adalah satu perjalanan hidup yang penuh bergelora..”
Rasa hati saya ialah...”
“Hidup saya sekarang ini rasa macam melucut dari diri saya…”
Memberikan Anda Keistimewaan Berhubung Dengan Baik
Langkah pertama ialah perhatikan apa yang orang lain itu sedang lakukan. Sebagai contoh, perhatikan bagaimana dia duduk, bergerak, bercakap, dan bagaimana dia menyebut sesuatu itu. Kemudian anda akan dapat mengukur dan memadan perilaku nya sesuai untuk mencapai ’rapport’ dengan nya.
Sebahagian daripada apa yang telah kita sampaikan mungkin anda sudah pun tahu. Dalam tingkatan apa saja, apa yang perlu ialah meningkatkan latihan anda untuk memadankan sesiapa saja yang anda mahu jalinkan perhubungan baik anda itu, atau ’rapport’ anda itu.

 Oleh sebab perkara ini berlaku tanpa kesedaran penuh bagi orang lain, sudah tentu pengetahuan ini dapat menjana satu kebolehan istimewa, kebolehan yang memberikan anda satu flexibiliti yang luas agar perhubungan anda senantiasa didalam keadaan harmoni.

 Bagaimana pula dalam keadaan yang kita sendiri tidak mahu menjalinkan perhubungan harmoni itu? Buat saja gerak-laku dan kata-kata yang tidak sepadan, yang berbeza. Disini perbualan anda akan menjadi kurang selesa bagi nya, lalu komunikasi itu akan terputus dengan begitu sahaja.
Ketajaman Deria (’Sensory Acuity’)
Dalam NLP, konsep ketajaman deria ini digunakan sepenuhnya dalam latihan kemahiran teknologi NLP itu sendiri dan juga ’coaching’. Ketajaman deria ini adalah satu latihan diri untuk mencapai satu keupayaan hebat dalam perhubungan kita dengan orang lain

. Keupayaan yang membolehkan kita melihat dan mendengar lebih berkesan lagi dalam perhubungan kita dengan orang lain. Ianya adalah alat pengesanan komunikasi ’non-verbal’ secara sedar, yang berlaku diantara diri kita dan orang lain.

 Pengesanan yang beri kita kiu luaran dalam kita memerhatikan gerak-laku sesaorang itu sambil memantau nya pula. Setelah itu, kita boleh lah menilai kiu luaran itu untuk menentukan samada ia menasabah dengan keadaan dalaman orang itu atau tidak.

Samada kita sengaja atau tidak, mahu atau tidak, kita akan sentiasa mengeluarkan ’signal’ secara tidak ‘conscious’ semasa kita sedang berkomunikasi. ’Signal’ atau isyarat yang dikeluarkan sebenarnya mencerminkan keadaan dalaman diri sesaorang itu. 

Ia melambangkan cara sesaorang itu berfikir, memikir dan merasa sesuatu perkara, sesuatu kejadian dalam sesuatu situasi didalam dirinya itu. Kadangkala kita dapat menentukan apakah saorang itu berada didalam keadaan kongruen dengan diri nya atau pun tidak.
Sekiranya semakin banyak ’mesej’ ’non-verbal’ saorang itu keluarkan dari komunikasi nya, bertambah penting lah keperluan untuk membina kemahiran ketajaman deria ini. Apabila kita perolehi pencapaian tahap kemahiran ketajaman deria yang baik sudah tentu kita dapat jana diri kita untuk menjadi saorang komunikator yang berkesan, baik lagi hebat.
Satu kelebihan yang kita akan miliki dengan kemahiran ketajaman deria ini ialah kecekapan kita untuk membina perhubungan yang baik dengan orang lain. Dengan kata lain kita dapat menjalin ’silaturrahmi’ (atau ’rapport’) kita. 

Selain dari itu, tajam nya kemahiran ini bermakna petanda-petanda yang penting dalam komunikasi kita dapat kita kesan dengan baik. Justru itu ia membolehkan kita mengukur tahap mana kualiti ‘rapport’ kita berada. Kemudian, kita boleh menyusulinya dengan pelan pembaikpulih sekira perlu.
Latihan Harian
Memang tidak dinafikan bahwa untuk membina kemahiran ketajaman deria yang baik memerlukan masa yang panjang dan latihan yang banyak. Walaubagaimanapun kita boleh bermula dengan membuat jadual harian untuk diri kita. Dan mulakan juga dengan menyematkan didalam hati kita satu kepercayaan diri – ’bahawa saya boleh dan akan membina kemahiran ini.’ 
Satu soalan yang boleh kita tanya pada diri kita; apakah yang akan kita rasa apabila kita dapat capai tingkat kemahiran yang cukup baik mengenai ketajaman deria ini? Saya percaya anda sendiri akan merasa ta’jub dengan apa yang anda miliki.

 Anda akan memiliki satu kebolehan untuk melihat, mendengar dan merasa keberkesanan proses komunikasi anda itu sendiri, yang pada masa lalu petanda komunikasi ‘non-verbal’ ini sama sekali tidak terlintas di fikiran anda, apatah lagi dalam consciousness anda.
.
Oleh kerana rangkaian bahagian yang hendak kita perhatikan itu agak banyak, mulakan dengan membuatnya sedikit demi sedikit. Mula dengan memecahkan proses pemerhatian itu kepada beberapa bahagian. Mulakan dengan membahagikan nya pada saiz yang kecil (small chunks).

 Elakkan tenung terus kearah orang yang sedang di perhatikan itu. Ini boleh menimbulkan salah faham diantara anda dan orang itu. Ia boleh juga mengakibatkan kemarahan. Belajar lah cara yang halus dan bersopan. Ambil lah latihan ini dari segi keselamatan nya dan peradaban nya juga.
Anda boleh mulakan dengan memerhatikan lima bahagian ini untuk mengasah ketajaman deria anda;
Penafasan
Penukaran warna kulit (muka) 
Perubahan tekanan kecil pada otot-otot 
Perubahan bibir mulut (dibahagian bibir bawah)
Suara dan nada suara
Penafasan
Paten penafasan sesaorang itu mengisyaratkan banyak petanda tentang orang yang kita sedang berkomunikasi itu. Biasanya ia menunjukkan perubahan keadaan dalaman orang itu. Anda perhatikan dimanakah ia mengambil nafas nya sambil ia bernafas.

 Adakah dia bernafas dari dada (bahagian atas) nya atau dari bahagian bawah (bahagian perutnya)? Anda juga boleh mengesan tempo (’rate’ gerakkan) nafasnya. Perhatikan semasa anda berbual dengan nya dan kenalpasti peralihan fikiran-perasaan (F-P) orang itu apabila nafasnya berubah.

 Peralihan itu menunjukkan berubahnya F-P nya itu. Dan F-P nya itu adalah satu petanda keadaan dalaman nya.Belajarlah menentu-ukur (menentukur, ‘calibrate’) peralihan itu. ‘Calibrate’ kan nya dengan makna peralihan F-P tersebut. Dari itu boleh lah anda mengenalpasti keadaan dalaman orang itu dari isyarat ‘non-verbal’ nya.
Penukaran Warna Kulit (Muka)
Kadangkala kita terfikir apakah penukaran warna kulit muka ini benar ada? Rasa-rasa macam tak mungkin boleh berlaku. Tapi ianya memang benar berlaku. Lebih-lebih lagi kalau warna kulit wajah muka orang itu agak cerah.
Anda boleh mulakan dengan memerhatikan secara ’contrast’ nya. Ini akan bantu anda untuk mengesan penukaran warna kulit nya. Kalau anda dapat perhatikan dengan teliti pada muka saorang itu anda akan dapati bahwa ianya bukan hanya menyinarkan satu warna sahaja. Ada bahagian yang merah, merah jambu, ungu, krim, coklat, kelabu, hijau, biru, kuning dan lain lain.

 Warna ini sentiasa bertukar bila saorang itu berkomunikasi. Perubahan warna kulit muka itu memaparkan keadaan dalaman orang itu. Cuba kesan perbezaan warna kulit muka di bawah mata sesaorang itu dan perhatikan juga warna kulit di bahagian atas pipi nya. Kemudian, perhatikan bagaimana warna itu kelihatan bertukar apabila orang itu menukar topik perbualan nya.

 Kalau topik girang bagaimana? Kalau topik sedih macam mana? Kalau topik memberi malu bagaimana? Tiap perubahan bahan perbualan kita itu akan menimbulkan respon yang mencerminkan emosi dalaman yang berbeza. Cuba perhatikan dan tentukurkan (’calibrate’).
Perubahan Kecil Pada Otot-otot
Apabila warna wajah muka kita berubah dengan mencerminkan keadaan dalaman sesaorang itu, sepertimana yang dibincangkan diatas, otot-otot muka pun turut berubah juga. Otot-otot kecil kita dibahagian muka berubah samada tegang ataupun kendur (’tension’, ’relaxation’) mengikut keadaan dalaman kita.
Lihat serta perhatikan betul-betul pada otot-otot kecil disekeliling mulut, dibahagian dagu dan siring kedua mata sesaorang itu. Selalunya apabila saorang itu merasa ’tense’, dahi nya akan tegang, otot keliling mata nya akan berkedut. Tiap orang akan memberi gerak-balas mereka tersendiri. 

 Tentu sekali ianya ada kaitan dengan keadaan dalaman orang itu. Dengan mendengar apa yang di sebutkan dalam percakapan nya, perhatikan ’signal’ badan nya (para-sedar). Kita boleh cuba mengaitkan kedua-dua nya sambil menentukur (’calibrate’) apa makna warna, ’tone’ dan textur otot-otot itu dalam sistem diri nya.
Selepas meningkatkan kemahiran kita untuk memerhatikan bahagian ini, bolehlah kita beralih ke bahagian lain. Ingat, lakukannya dengan penuh sensitif dan peradaban.
Perubahan Di Bibir
Beralih pula ke bibir sesaorang itu. Sememangnya bentuk bibir bawah tidak ada orang yang dapat mengawal nya dengan sengaja. Tak mungkin boleh di kawal pun. Apabila anda melatih diri untuk memerhatikan bibir saorang itu, berhati hati lah agar usaha anda itu tidak menyentuh perasaan orang yang sedang anda perhatikan itu. 
Jadi, anda boleh mulakan dengan memerhatikan perubahan saiz nya, warna nya, bentuk nya dan penghujung nya, textur nya , gerakan nya, tegang dan kendur nya, dan samada ia membesar atau tidak. Jangan cuba menafsirkan dahulu. Perhatikan perubahan itu dan barulah cuba menentukur nya dengan keadaan orang itu.
Suara, Bunyian dan Nada
Nada suara memang main peranan utama dalam kita berkomunikasi. Belajar mendengar kualiti suara sesaorang itu adalah kemahiran penting dalam bidang komunikasi untuk anda menjadi komunikator yang cemerlang. Perubahan dalam suara anda adalah perubahan keadaan dalaman juga. Mula dengan mendengar pada perubahan volume (kelantangan), pitch, irama, tempo, jelas/terang dan gema nya. 

Cara yang baik adalah mendengar radio atau menonton TV. Disini anda tidak perlu risaukan tentang isi kandungan perbualan nya itu. Mula mendengar peralihan tone dan pitch nya dahulu. Tiap perubahan itu mencerminkan keadaan dalaman yang berbeza. Satelah anda mendapati satu tahap kemahiran yang baik anda akan dapati bagaimana fokus anda men-’tune’kan pendengaran anda pada tiap perbualan itu. 

Anda akan rasa yang anda benar-benar telah mendengari, dan memahami orang itu dan malahan dapat melihat persepsi ’dunia dalaman’ orang itu juga. Sementara anda terus berlatih, kaitkanlah peralihan suara ini dengan paten penafasan, gerakan otot, keadaan bibir, dan perubahan warna agar anda dapat selaraskan kesemuanya dengan keadaan dalaman orang yang sedang anda berkomunikasi itu.
Buatlah secara bertahap-tahap dan sikit-sikit. Terus bina kemahiran anda itu dengan berlatih dan terus berlatih.
Bagaimana Hendak Memperolehi ’Rapport’ – Memadan dan Mencermin (Matching & Mirroring)?
Bagaimanakah anda dapat memperolehi ’rapport’ atau jalinan perhubungan yang baik dengan saorang yang lain? Dan bagaimanakah saorang itu dapat menubuhkan komunikasi pada tahap para-sedar?
Kita fahami bahwa ’rapport’ ini perlu untuk mencapai komunikasi yang efektif. Kita perlukan hormat menghormati sesama sendiri dan biasa nya ini tercapai secara intuitif – mengikut gerak hati. 
Menghadirkan Diri
Walaubagaimanapun perhubungan yang anda jalinkan itu, anda haruslah bersikap fokus dan berkonsentrasi penuh. Ini membolehkan anda jadi benar-benar ’hadir’ dalam perbualan atau perhubungan itu. Kalau anda tidak meletakkan diri anda menjadi ’hadir’, ini bermakna anda samada (i) berada disisi nya dalam jasad anda tapi pada hakikatnya fikiran dan semangat anda berada ditempat lain, ataupun (ii) anda merasa bahwa diri anda lebih baik berada di tempat lain daripada berada bersama-sama dengan orang yang sedang anda berkomunikasi itu. 
’Rapport’ melibatkan pemberian perhatian penuh pada orang itu. Ia menunjukkan rasa minat yang hakiki terhadapnya dan terhadap bahan perbualannya itu. Perhatikan baik-baik bagaimana saorang itu respon dengan apa yang anda bualkan dan kenalpastikan kata-kata ’kekunci’ yang dia sering gunakan. Sebagaimana yang telah kita sentuh di atas, tentu sekali ’rapport’ bukan hanya terjalin dengan kata-kata anda sahaja, malah bahasa tubuh-badan (’body language’) anda pun turut memainkan peranan juga. 
Anda juga perlu perhatikan bahwa cara anda berhubung dengan orang kedua itu tergantung pada keadaan, masa dan metod komunikasi yang digunakan; seperti melalui email, menalipon, mahupun bersemuka. Untuk menjana ’rapport’, anda perlu awasi bagaimana sesaorang itu berkomunikasi dengan diri anda, dan bagaimana anda boleh gunakan gerak badan, kedudukan tubuh, nada suara, perkataan dan sebagainya untuk mencapai ’hubungan’ istimewa itu.
Menemui Harmoni – ’Equilibrium’
Sebenarnya memperolehi ’rapport’ di tahap para-sedar berlaku apabila anda merasa yang anda telah ’menjadi’ seperti orang yang anda sedang berkomunikasi itu tanpa di sedari. Apabila saorang itu merupai, bersuara, berkelakuan dan bergerak-laku sama seperti orang yang ia berkomunikasi itu, mereka merasa senang dan selesa dengan perhubungan itu – kelihatan suka sama suka. 

 Perhubungan yang serasi ini boleh di andaikan sebagai penghayunan sebutir ’pendulum’. Perumpamaan ini di berikan oleh Dr Michael Hall dalam salah sebuah buku nya. Apabila dua butir ’pendulum’ yang sama besar saiz nya itu di hayunkan, kedua-dua nya akan mula berhayun dengan keadaan asalnya. 

 Tetapi setelah dibiarkan beberapa saat atau minit lamanya, ianya akan mula berhayun dalam keadaan equilibrium – hayunan bersama dan dengan harmoni. Memang jelas kelihatan bahwa ’alam ini dicipta oleh Allah subhanallahu wata’ala dengan cukup seimbang. Begitu juga dengan fitrah manusia, kita sebenarnya boleh memperolehi perhubungan yang harmoni dengan orang lain dengan hanya mengimbangkan diri kita dengan memadankan gerak-laku dan gaya pertuturan kita dengan orang kedua itu.

 Jadi, ’rapport’ boleh terjalin dengan menggunakan proses ’memadan’. Dan anda akan lihat bahwa selain dari ’memadan’ dengan orang yang sedang kita berkomunikasi, ada satu lagi proses yang kita gunakan juga. Ianya dinamakan proses ’pencerminan’ atau mencermin orang yang sedang kita berkomunikasi itu. 
Memadan Dan Mencermin
Proses pemadanan dan pencerminan untuk membina ’rapport’ ini dikenalkan oleh saorang doktor bernama Milton Erickson pada awal 70’an dalam kerja hypnotherapi klinikal nya. Proses atau teknik ini ada kaitan dengan bahasa-tubuh (’body language’) sesaorang itu. Kita akan lihat bagaimana saorang itu akan cuba memadankan ’body language’ nya dalam perbualan nya.

 Ini jelas kelihatan apabila dua orang yang baru kenal diantara satu dengan lain akan membuat gerak-laku yang agak sama secara subconscious – gaya mereka duduk, mereka pegang rambut, mereka duduk bersandar dan lain lain gaya lagi.
Kalau kita melihat suasana didalam sebuah restoran, pasti anda akan dapat melihat sekumpulan yang serasi, aktif dan girang dari mereka, yang sedang memadan dan mencerminkan diri mereka semasa berbual tanpa mereka sedari.

 Dalam komunikasi biasa, proses ’padan dan cermin’ biasanya terjadi secara halus dan subconscious. Kita lihat postur badan yang sama, guna gerak badan sama, gaya kelakuan prilaku sama, nada dan tempo cakap pun sama. Ini adalah cara efektif untuk bina ’rapport’ dengan orang lain.
Elemen apakah yang boleh kita gunakan untuk memadan dan mencermin? Sebenarnya kita boleh memadankan dan mencerminkan fiziologi (atau gerak-badan) sesaorang itu, suara nya, postur nya, mimik muka nya, kelipan mata-nya, condong kepala nya dan berbagai lagi gerakan tubuh badan sesaorang itu. <!--[if !vml]-->
Gaya Membina 'Rapport'

Apabila orang yang ingin anda jalinkan ’rapport’ itu menyondongkan kepalanya, buat sama. Kalau ia condong ke kiri, anda boleh condongkan ke kanan. Ini bermakna anda sedang mencerminkan gerak-laku nya, seolah-olah dia melihat bayangan nya didalam cermin dihadapan diri nya itu. 


Ini bermakna kirinya adalah kanan anda, seperti didalam cermin. Anda juga boleh melihat postur kedudukan tegak badan nya juga. Apabila dia tegak, anda pun tegak dan apabila dia lengkong atau bongkok sedikit anda pun turut sama.

 Anda selarikan dengan posturnya itu. Apabila dia bercakap pula, perhatikan gerak-geri nya. Bila anda menjawab, gunakan lah gerak-geri yang sepadan dengan yang digunakan itu. Perlu di ingat bahwa, janganlah anda memadankan gerak-gerinya semasa ia sedang berkata-kata. Itu tidak akan menghasilkan kesepadanan diluar consciousness.

 Ia mungkin terlihat dan tertanya-tanya apakah kita sedang menirunya? Jadi sepadankan gerak-laku nya dengan bijak dan lakukan selepas ia habis mengeluarkan kata-kata nya pada anda. Bukan semasa. Biasanya, lewatkan beberapa saat sebelum memadankan dan mencerminkan gaya nya.
Kalau anda melakukan pemadanan dan pencerminan secara ini, tidak kah orang itu merasa yang kita cuba mengikut-ikut cara nya? Sebenarnya ia nya jarang berlaku, jadi tidak hairan lah sebab kesemua ini berlaku didalam keadaan subconscious.
Pencerminan Selimpang (’Cross-Mirroring’)
Ada satu lagi yang boleh dikongsikan disini. Anda boleh gunakan istilah Pencerminan Selimpang (’Cross-Mirroring’). Ini bermakna mencerminkan satu bahagian fiziologi yang dilakukan oleh orang itu dengan bahagian fiziologi kita yang tidak sama.

 Sebagai contoh, kalau dia gerakkan kakinya sambil berbual dengan anda, anda pula gerakkan tangan anda. Anda juga boleh mencermin-selimpangkan penafasan orang itu dengan gerakan jari anda dengan rentak tempo yang sama.

 Kebijaksanaan melakukan gaya ini tidak akan membuat minda conscious orang itu mengetahui yang anda sedang mencerminkan dan memadan gerak-laku nya itu.
Apa lagi yang boleh anda lakukan? Anda boleh juga padankan mimik dan expressi wajah muka dan kelipan mata nya. Anda juga boleh memadankan dengan mengikuti tegangan di otot muka nya. Perhatikan bibir nya (bibir bawah nya) dan bentukkan bibir anda untuk mencerminkan bibirnya itu. Perhatikan berapa cepat kelipan matanya itu dan cerminkan dan padankan dengan mata anda juga.
Satu cara yang cukup baik untuk perolehi ’rapport’ yang ’dalam’ adalah dengan memadankan penafasan orang itu. Bila saorang itu bercakap, dia akan hembuskan nafasnya keluar dari mulut dan hidung nya. Padankan dengan menghembuskan nafas keluar juga semasa dia bercakap.

 Dan bila dia mengambil nafas, anda pun mengambil nafas juga. Apabila anda berkata-kata dengan nya, cakap semasa dia menghembuskan nafasnya keluar, dan bernafaslah dengan masa dan tempo nya juga. Buatlah secara yang berpatutan. Sekiranya, penafasan orang itu payah dapat diperhatikan dengan jelas, perhatikan saja bahu kiri dan kanan nya sebab pernafasan melibatkan turun naiknya bahu kita. 

Memadankan dengan nada suara orang itu pun satu lagi cara yang baik untuk menjalinkan perhubungan kita dan mengasahkan kemahiran ’rapport’ kita. Padankan nada, kecepatan, kualiti dan volume suaranya. Kalau orang itu berkata-kata dengan suara yang lembut, padankan dengan kelembutan suara anda juga. 

Kalau dia bercakap pantas, anda padankan suara anda dengan kecepatan nya. Kalau suaranya lantang, anda pun lantang juga. Gunakan suara ini sebagai satu alat untuk mendapatkan ’rapport’ yang baik dan segera.

Bagaimana pula anda memadankan orang yang sedang dalam kemarahan? Padankan dan cerminkan fiziologi nya dan nada nya. Walaubagaimana ingat, jangan padankan isi kandungan kata-kata nya yang mengancam itu. Gunakan kata-kata yang tidak mengancam.

Perbezaan Padan Dan Cermin
Bila kita mencerminkan orang itu, anda melakukan gerak-geri anda seolah-olah anda adalah imej diri orang itu didalam cermin dihadapan nya. Kalau orang itu angkat kaki kanan, anda pula mengangkat kaki kiri. Kalau kaki kanan nya diselimpangkan atas kaki kirinya, anda akan selimpangkan kaki kiri anda atas kaki kanan anda. 

Bagaimana dengan kata-kata nya pula? Anda cerminkan dengan memberikan balik kata-kata yang sama. Manakala bila anda padankan dengan kata-kata orang itu, anda tidak memberi balik kata-kata yang sama pada diri nya.

 Anda padankan dengan kata-kata dari sistem pemaparan (’representational system’ – visual, auditori, kinesthetik, auditori digital, bau, rasa) am nya. Sebagai contoh, kalau dia kata, ’Saya tak dapat bayangkan apa maksud kata-kata awak itu.’

 Anda boleh menjawab dengan padan kata-kata ’visual’ nya seperti, ’Tentu sekali, tapi mari saya tunjukkan apa maksud saya itu.’ Berlawanan pula kalau anda mencerminkan kata-kata orang itu, anda akan menjawab, ’Saya tahu anda tak dapat bayangkan apa maksud kata-kata saya itu.’

 Dalam memadankan gaya duduk, apabila orang itu duduk dengan kaki kanan nya berada diatas kaki kiri, anda padankan dengan membuat yang sama. Kalau cermin, anda jadikan berlawanan.
Ringkasan
Fiziologi
Nada Suara
Kata-kata
Postur
Pitch
Predikat kata-kata
Gerak badan/ Gerak laku
Kecepatan/Kepantasan

Mimik wajah muka
Kualiti

Penafasan
Kelantangan (Volume)

Latihan Diri Untuk Mendapatkan Jalinan Perhubungan Baik

Latihan
Mulakan perbualan dengan seorang dan dengan sengaja menyanggah (lawanan memadan) bahasa tubuh orang itu. Duduk dengan cara berbeza, nafas berbeza, gunakan gerak-laku yang berbeza. Perhatikan hasil nya.
Sekarang padankan bahasa tubuh orang itu seberapa sama yang termampu sementara anda berbual. Perhatikan pula perbezaan nya. 
Dua orang duduk membelakangkan sesama sendiri. Satu menyebut satu ayat. Yang satu lagi cuba mengatakan kembali dengan tepat, menggunakan pitch yang sama, tempo, nada, dan irama yang sama, sampai orang yang pertama itu mengukur dan menilainya sebagai sama. Ulangi hingga anda dapat melakukan dengan sempurna. Ada satu perasaan unik bila orang lain dapat menduplikasi suara anda sehampir-hampir nya. 
Cari beberapa penyataan lisan dalam sebuah buku atau surat khabar. Perhatikan kalau pengacaranya menggunakan kata-kata visual, auditori, atau kinesthetik.
Selamat maju jaya.



Rujukan: Blog  M Nasser Ismail,ACMC( Neuro Semantics & NLp Trainer



P/s: Semoga bermanfaat kepada Saya dan juga Anda.



                                                  " Sharing Is Caring"


Solat Dhuha dan kepentingannya



 Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah s.w.t atas segala berkah hidup yang diberikanNya.
Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

 Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: 

“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: 

“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda;

 “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).



P/S: Semoga bermanfaat kepada saya dan juga anda.


                                                           " Sharing Is caring"



Kekuatan Sel Dan Energi Tubuh

Allah menciptakan manusia bermula dari sebutir sel, kemudian sel itu membelah diri menjadi dua, empat, lapan, enam belas, tiga puluh dua…… dan seterusnya sehinggalah jumlahnya menjadi berjuta-juta sel. Allah memciptakan tubuh manusia dari kumpulan berjuta juta sel yang hidup. Setiap saat ada sel yang rosak dan mati kemudian digantikan dengan sel baru yang sehat dan segar.

 Sepanjang kehidupan ini,akan terjadi proses penggatian sel yang rosak dengan sel baru yang segar. Jika proses penggantian sel yang rosak dan mati ini terganggu, maka tubuh kita akan menjadi sakit, tubuh akan dipenuhi dengan sel yang rosak dan mati. Apabila proses ini terus berlanjutan dan proses penggantian sel yang rosak dengan sel baru terhalang atau berhenti , maka tubuh akan menjadi sakit dan berlanjutan sehingga datangnya kematian. 


Sel tubuh yang sehat dan kuat akan membentuk tubuh yang sehat dan kuat demikian pula sel tubuh yang sakit, lemah dan rosak akan membentuk tubuh yang lemah dan berpenyakit. Untuk menjamin tubuh tetap sehat dan segar, kita harus menjamin bahawa proses penggantian sel yang lemah dan rosak atau mati didalam tubuh kita dengan sel baru yang sehat dan segar tetap berjalan dengan baik sepanjang masa. Sel yang sehat dan kuat mampu mengalahkan berbagai penyakit yang datang menyerang tubuh, dan menjaga agar organ tubuh tetap berfungsi dengan baik. 
Tubuh yang memiliki sel lemah sangat mudah menerima serangan berbagai penyakit degeneratif seperti darah tinggi, kolesterol, diabetes, gagal jantung, gagal ginjal, gangguan lambung, rematik, asam urat dan lain sebagainya. Tubuh juga sangat terdedah terhadap serangan penyakit tumor, kancel, HIV dan penyakit harian seperti migrain, flu, batuk, letih, lesuh, tidak bergairah, dan cepat penat. Sel tubuh yang sehat dan kuat mampu mengatasi serangan berbagai penyakit seperti yang diatas.
Setiap sel hidup yang ada d idalam tubuh kita memiliki energi yang disebut energi sel. Kuat tidaknya energi sel yang tersimpan di dalam setiap sel menjadi tolok ukur bagi sehat atau tidaknya sel tubuh kita.

 Para Guru pakar menjelaskan bahawa ada tiga cara untuk membangkitkan dan merawat energi sel didalam tubuh kita  dengan latihan olah nafas (Daya Prana), menyerap energi alam (Reiki) dan melakukan amalan ilmu hikmah seperti puasa, wirid dan lain sebagainya. Dengan menggabungkan ketiga metode tersebut kita boleh membangkitkan dan merawat energi sel yang tersimpan dalam setiap sel tubuh kita dan mempercepat proses penggatian sel yang rosak atau mati dengan sel baru yang kuat, sehat dan segar.
Berbagai penyakit yang diderita manusia umumnya terjadi kerana kekagagalan tubuh dalam mengatisipasi berbagai penyakit dan virus yang datang menyerang. Penyakit juga boleh muncul akibat kekacauan metabolisme tubuh, kegagalan fungsi organ tubuh seperti jantung, liver, ginjal, lambung, pankreas dan munculnya sel liar seperti kancer dan tumor. 

 Jika tubuh terlanjur mendapat serangan berbagai penyakit diatas efek penyakit tersebut bisa dikurangi bahkan disembuhkan dengan menggunakan energi sel yang dibangkitkan didalam tubuh setiap orang.
Ada beberapa faktor yang amat berpengaruh terhadap energi sel didalam tubuh manusia antara lain fikiran dan perasaan, pola isirahat, pola makan, dan olah raga yang teratur. Berfikir dan merasa positif akan membangkitkan energi positif pada sel, berfikir dan merasa negatif akan menimbulkan kerosakan, kelemahan dan berakhir dengan matinya sel tersebut.

 Hal  seperti ini disebut juga sebagai munculnya energi negatif pada sel. Fikiran dan perasaan negatif antara lain merasa sedih, kecewa, dengki, jengkel, menderita, tertekan, terhina, . Fikiran dan perasaan positif antara lain, gembira, puas, redha, ikhlas, bahagia, mulia dan dihargai, dihormati, dan sebagainya. Perhatikan apa fikiran dan perasaan yang menguasai fikiran dan hati anda semua, itu akan mempengaruhi  energi yang muncul di dalam sel tubuh anda.

Justeru itu,kita kena berhati-hati dalam berfikir sesuatu kerana dengan fikiran dan perasaan,boleh mempengaruhi sel tubuh badan dan juga bentuk energi tubuh badan kita.


 P/s : semoga perkongsian ini bermanfaat kepada Saya dan juga Anda.






                                                 " Sharing Is Caring"


Tips untuk awet muda

Kita tidak dapat melakukan apapun untuk mengurangi pertambahan usia. Namun, para doktor dan ilmuwan terus mencuba dan mencari untuk menemukan tindakan-tindakan yang boleh kita lakukan untuk membalikkan waktu dengan memfokuskan diri pada usia biologis dan psikologis. 

Usia psikologis anda adalah pengalaman subjektif mengenai seberapa tuakah kita menurut diri kita sendiri. Sementara usia biologis anda dapat ditentukan dengan mengukur beberapa faktor sebagai berikut :

• Tekanan darah
• Jumlah lemak dalam tubuh anda
• Batas indera pendengaran dan penglihatan anda
• Hormon
• Kepadatan tulang
• Ketebalan kulit
• Tingkat kolesterol
• Kemampuan gerak

Lakukan 14 tips dibawah ini dan mulailah memutarbalikkan waktu.

1. Buang mitos menjadi tua kerana ertinya anda menjadi tak berguna

Ilmuwan berpendapat bahawa semakin anda mempercayai persepsi bahawa dengan semakin bertambahnya usia anda maka ketajaman anda semakin berkurangan, maka hal itu akan benar-benar terjadi pada  diri anda. Psikologi Becca Levy, Ph.D. dari Universiti Yale menyelidiki pengaruh psikologis pada pertambahan usia, khususnya pada bagaimana persepsi seseorang mempengaruhi kesehatan fisik dan mentalnya.

Meskipun melalui penelitiannya ia menemukan bahawa orang berusia lanjut yang memiliki pendapat negatif mengenai penuaan memiliki hasil  ujian yang lebih buruk dibandingkan dengan orang berusia lanjut yang memiliki pendapat positif seiring dengan bertambahnya usia. Sebagai contoh mereka berpendapat bahwa dengan bertambahnya usia maka mereka pun bertambah bijak.

 Levy juga menunjukkan bahwa dalam kebudayaan yang memiliki pandangan yang lebih positif terhadap penuaan dibandingkan dengan kebudayaan di Amerika Serikat atau di negara-negara barat lainnya, orang berusia lanjut mendapat nilai yang lebih baik dalam uji memori.

Sebagai tambahan, penelitiannya menunjukkan bahawa orang berusia lanjut dengan persepsi positif terhadap penuaan hidup 7,5 tahun lebih lama dibandingkan dengan orang yang memiliki persepsi negatif. Bahkan gangguan pendengaran juga dapat diprediksi berdasarkan persepsi orang tersebut.

2. Sentiasa  bersikap positif@ pertahankan sikap positif

Sejak tahun 1986, peneliti yang berasal dari Universiti Kentucky bernama David Snowdon meneliti 678 biarawati untuk menemukan rahsia otak, khusunya apa yang terjadi pada otak seiring dengan bertambahnya usia. Hasil penelitiannya yang dikenal dengan Penelitian Biarawati, berhasil menemukan cara-cara untuk hidup dengan kehidupan mental yang aktif seiring dengan pertambahan usia.

 Salah satu penemuannya adalah kondisi emosi positif pada usia dini akan membantu menghilangkan rasa cemas dan dapat memperpanjang usia. Faktanya, terdapat sebuah penelitian yang menunjukkan hubungan antara sikap seseorang dengan kesehatan fisik dan mentalnya.

3. Berolahraga@bersukan@bersenam

James M. Rippe, M.D merupakan seorang penulis ternama, cardiolog terkemuka, dan pendiri Rippe Lifestyle Institute. Ia menjelaskan bahwa jika anda melihat seluruh hal-hal berisiko tinggi yang menyebabkan kematian, satu hal yang paling mudah diprediksi adalah kesehatan anda. 

Sebagai tambahan, seorang berusia lanjut yang memiliki kesehatan jantung yang baik jauh lebih sehat dibandingkan dengan seseorang yang berusia muda namun tidak aktif secara fisik. Dengan meningkatkan aktiviti fisikal anda, anda bisa memutar kembali jam biologis anda.

4. jauhi Stress

Penelitian menunjukkan bahawa antara 60 hingga 90% kunjungan ke psikiatris berhubungan dengan stress. Stress berhubungan dengan segala hal mulai dari flu hingga kanker. Gangguan jantung, hipertensi, darah tinggi, depresi, penyakit kronis, gangguan seksual dan kesuburan, serta diabetes semua disebabkan oleh stress. Untuk meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama anda harus mengurangi kemungkinan anda untuk sakit, dan itu berarti anda harus mengurangi tingkat stress anda
.
5. Meditasi

Deepak Chopra, M.D., ahli dalam menemukan hubungan antara pikiran dan tubuh, dalam salah satu bukunya menyatakan bahwa penelitian orang-orang yang melakukan meditasi dapat memiliki usia biologis 5 hingga 12 tahun lebih muda dibandingkan denga usia kronologis mereka. Orang –orang yang melakukan meditasi memiliki tingkat hormon stress seperti cortisol dan adrenalin yang lebih rendah, dan mekanisme adaptasi mereka cenderung lebih kuat dibandingkan orang biasa
.
6. Pertahankan kesehatan kulit

Tips ini tidak akan membantu anda untuk hidup lebih lama, namun selama anda berusaha untuk memperpanjang usia hidup anda, tidak ada salahnya jika anda berusaha untuk tampil sebaik mungkin. Amy Wechsler, ahli gigi, psikiater, dan penulis The Mind-Beauty Connection: 9 Days to Reverse Stress Aging and Reveal More Youthful, Beautiful Skin , menjelaskan bahwa retinoids dapat mengurangi keriput anda. Beberapa krim kecantikan mengandung retinoids, namun retinoids juga dapat ditemukan pada makanan, seperti wortel.

 Memakan wortel dapat membantu anda menjaga kesimbangan pH permukaan kulit anda, sedikit meningkatkan keasman kulit anda. Dan keasaman kulit anda akan membantu anda untuk menyingkirkan bakteria yang hinggap. Sebagai informasi tambahan, coklat dapat membantu anda memperbaiki tekstur, ketebalan, kadar air, dan aliran darah pada kulit anda.

7. Makan makanan yang banyak mengandungi anti oksidan

Dr. Mehmet C. Oz, M.D., salah satu penulis buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty menunjukkan bahwa antioksidan merupakan makanan anti penuaan, dan salah satu makanan sumber antioksidan yang paling ia sukai adalah blueberry. Ia berkata bahawa, “Semua makanan berwarna gelap memiliki semacam zat antisoksidan yang dapat melindungi anda.” Makanan anti penuaan lain diantaranya brokoli, tomato, dan acai, buah kecil yang berasal dari hutan di Amerika Selatan yang sering ditemukan pada minuman jus di Amerika Serikat. Ia menyarankan anda makan 5jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.

8. Makanlah banyak serat

Dr. Oz juga menjelaskan bahawa salah satu kunci untuk awet muda adalah menjaga kesehatan pencernaan anda. Dan untuk menjaganya anda memerlukan 25 gram serat setiap harinya. Serat bekerja dengan menjaga semua nutrisi yang anda makan dalam tubuh dan melepaskan nutrisi tersebut jika diperluhkan. Serat dapat ditemukan dalam buah-buahan, sayuran dan makanan berbentuk gandum. Cobalah tips berikut:
• Pilih makanan yang mengandung gandum sebagai sarapan atau kudapan.
• Cobalah nasi merah atau pasta yang diperbuat daripada gandum.
• Makanlah oatmeal untuk sarapan anda.

9. Cukup tidur

Sebuah penelitian yang dilakukan oleh Universiti Medis Chicago menemukan bahawa mempersingkat waktu tidur anda dari 8 jam menjadi 4 jam akan mempengaruhi kadar glukosa dan funsi endokrin anda kurang dari 1 minggu. Perubahan ini akan nampak seperti tahap awal jika anda terkena diabetes. Para peneliti juga menyimpulkan bahawa kekurangan tidur bukan hanya menyebabkan anda memiliki awal yang kurang prima setiap harinya, namun anda juga akan menjadi rawan terhadap beberapa penyaklit seperti diabetes, hipertensi, obesiti dan hilang ingatan.

10. Asahlah terus otak anda

Sejumlah data yang berhasil diungkap selama dua puluh tahun terakhir memastikan bahawa otak terus berkembang, mengembangkan neuron-neuron baru dan jaringan diantara neuron tersebut sepanjang hidup. Sebagai informasi tambahan, penyakit otak yang sering dihubungkan dengan pertambahan usia dapat dihilangkan dengan terus menstimulasi otak. Dr. Yakov Stern, Kepala Divisi Cognitive Neuroscience di Sergievsky Center, Universitas Columbia menyatakan bahwa “Individu yang terus menerus menstimulasi kehidupannya melalui pendidikan, pekerjaan, dan kegiatan-kegiatan yang berhubungan dengan hobi, akan mengurangi kecenderungan terkena Alzheimer. Penelitian menunjukkan bahawa kemungkinan terkena Alzheimer berkurang sebesar 35 hingga 40%.”

11. Berhenti merokok

Dr. Rippe,  juga menyatakan bahawa jika anda berusia 50 dan anda merokok, maka anda memotong 7 tahun usia anda. Sehubungan dengan penuaan, merokok membuat kulit anda menjadi keriput dan membuat anda terlihat lebih tua.

12. Dapatkan banyak cinta dan kasih sayang

Dr. Marian C. Diamond adalah salah satu ahli anatomi syaraf terkemuka di dunia. Ia melakukan penelitian menggunakan tikus muda untuk menentukan apakah keadaan lingkungan mempengaruhi pertumbuhan. Sebuah kandang yang diisi oleh 12 ekor tikus dipenuhi oleh berbagai alat yang bisa digunakan untuk bermain. Sebaliknya, kandang yang lain tidak diisi mainan sama sekali. 

Tikus-tikus yang kandangnya diisi dengan mainan dapat menyelesaikan tes lebih cepat dibandingkan dengan tikus yang diletakkan pada kandang tanpa mainan. Tikus-tikus tersebut juga menunjukkan kemampuan untuk memecahkan masalah dengan lebih baik.

Dr. Diamond ingin melakukan eksperimen yang sama menggunakan tikus yg lebih tua, dan dia memilih tikus-tikus berusia 600 hari, yang kurang lebih sama dengan 60 tahun usia manusia. Namun, beberapa ekor tikus meninggal menjelang usia 600 hari. Ia memutuskan untuk mencoba dan memperbaiki durasi usia tikus dengan menambahkan bahan tambahan dalam eksperimennya: kasih sayang.

 Daripada menempatkan tikus-tikus tersebut dalam kandang setelah dibersihkan, para ilmuwan yang terlibat dalam penelitian memelihara tikus-tikus tersebut, ternyata tikus yang mendapat penjagaan dan kasih sayang hidup lebih lama berbanding tikus yang terbiar dan tidak mendapat penjagaan yang baik@kasih sayang.

Sebenarnya ada banyak lagi faktor-faktor untuk mempertahankan diri kita daripada cepat menjadi tua sebelum waktunya.....


P/S: semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda




                                                              " Sharing Is Caring"