Jumaat, 22 November 2013

Wanita Malaysia Kini

                     "  tangan yang menghayun buaian,boleh menggoncang dunia "
 Kehadiran Wanita memang disedari tetapi peranan Wanita masih lagi dikaitkan dengan fungsinya sebagai Orang Rumah.

Wanita ialah denyut nadi kehidupan , bahkan wanita juga Tiang Negara.Apabila baik wanita, maka baiklah keadaan sesebuah negara.

Perdana Menteri pernah berkata, bahawa sekiranya kita mengecualikan sumbangan wanita dalam pembangunan negara , bermakna tenaga kerja akan berkurangan dengan mendadak kerana hampir 36% daripada tenaga kerja di negara ini adalah golongan Wanita.

Kelompok Wanita yang berada di luar pasaran( Suri rumah ) juga menyumbangkan kemakmuran ekonomi negara.Golongan ini menyumbangkan 45% dalam kerja - kerja tanpa bayaran.

Sehubungan dengan itu, wanita memang tidak dapat dinafikan bahawa "Wanita Malaysia" mendapat peluang yang lebih terbuka dalam pelbagai sektor penting Negara.

Golongan Wanita di negara ini harus mengakui hakikat bahawa sudah ada nama - nama besar dalam kalangan wanita yang menerajui Instituisi yang sebelum ini dimonopoli oleh lelaki.

  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz-Gabenor Bank Negara
  • Datuk Seri Rafidah Aziz-Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
  • Datuk Dr.Mahani Zainal Abidin-Ketua Eksekuitif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa.
Kewibawaan Wanita Malaysia sememangnya diiktiraf setanding dengan Wanita Negara maju.Dapatan menunjukan bahawa  Malaysia menduduki tangga ke -5 di seluruh dunia dengan 31% Wanita memegang jawatan kanan dalam Perusahaan sederhana hingga ke perusahaan besar.

Sejumlah 39% perniagaan di negara ini, dilaporkan melibatkan penyertaan Wanita dengan jawatan Kanan.

Pada Tahun 2009, semakin banyak Wanita di Malaysia memilih bidang Keusahawanan.Wanita berani mencabar diri mereka walaupaun dikatakann bahawa, mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran dan tekanan.

Kerajaan  sangat komited untuk menggerakkan Agenda Pembangunan Wanita dan Pemerkasaan Wanita.

Sumbangan Wanita diperlukan sebagai sebahagian daripada Guna Tenaga.

Peranan Wanita dapat dilihat dalam dua Sudut:
  1. Pengakuan daripada Kerajaan bahawa sumbangan Wanita diperlukan demi Kemajuan dan Pembangunan Negara.
  2. Dalam Teori Pembangunan , Wanita diajak memainkan peranan dalam arus Pembangunan Negara , menyertai dan menikmati proses pembanguanan Negara.Pengaruh  kuasa beli wanita sangat besar dalam merancakkan ekonomi Negara.
Wanita sentiasa dipelihara sama ada dari segi perundangan mahupun dalam persfektif lain.Wanita adalah Tonggak Negara.Islam juga meletakkan kedudukan wanita dalam kedudukan yang mulia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan