Ahad, 24 November 2013

Apakah Asas Kejayaan ?

Imam Al Ghazali dalam bukunya berjudul " Minhajul A'Abidin " telah menggariskan tujuh langkah untuk memperolehi kejayaan.

Menurut Imam Al Ghazali,salah satu langkah tersebut ialah mencari ilmu.Kelemahan umat Islam hari ini kerana mereka tidak suka mencari ilmu dan mereka malas membaca.

Sementara kejayaan orang Non Muslim hari ini kerana mereka sentiasa berusaha mencari ilmu,walaupun usia mereka semakin meningkat ( tua ).

Jika zaman dahulu,buta huruf adalah orang-orang yang tidak tahu membaca,tidak kenal huruf tetapi pada zaman moden ini ,dunia beranggapan bahawa, buta huruf Moden adalah orang yang tidak tahu menggunakan Komputer.

Hari ini jika tidak berilmu maka ia akan ketinggalan banyak maklumat. Tiada seorang pun yang pintar hari ini adalah orang yang Malas Membaca.Manusia yang malas membaca akan ketinggalan dan yang rajin membaca akan maju ke hadapan.

Bagi Chief Executive Officer ( CEO ) Syarikat - Syarikat besar di dunia sekarang , tidak pernah membaca setiap hari. Membaca sudah menjadi kemestian bagi  mereka setiap hari .

Jika ingin menjadi umat berjaya ,jadikanlah amalan membaca sebagai amalan hidup seharian.

 Ingatlah perintah Allah, yang pertama kepada kita ( umatnya ) agar membaca .Oleh itu laksanakanlah perintah Allah tersebut.

Menurut seorang penulis terkenal Malaysia , Datuk A. Samad Ismail ;

" Buku adalah pintu untuk Saya masuk ke dunia lain yang Saya tidak tahu , dan Saya amat sedih melihat bangsa Saya sendiri yang suka membeli kebodohan daripada membeli kepandaian ( buku )."

Membaca dan menuntut Ilmu adalah ibadah yang dituntut oleh Allah.Kejayaan seseorang bergantung kepada ilmu yang  ada pada dirinya.

Proses mencari ilmu tidak ada hadnya.Pada Era ini , ilmu boleh diperolehi di mana - mana , terpulang pada diri kita untuk mendapatkannya.Berbanding pada zaman dahulu ( 60-an,70-an dan 80-an ) ,amat sukar untuk mendapatkan ilmu.Namun hari ini, semua ilmu di hujung jari ( ICT ).

Kenalkah Anda dengan Jutawan Internet,Irfan Khairi ? kenalkah anda dengan Dr.Azizan Osman ? dan banyak lagi nama - nama  lain.Mereka semua adalah pencinta Ilmu.Kejayaan mereka kerana mereka suka mencari ilmu ( membaca ).

Itulah serba sedikit perkongsian yang Saya tulis.Semoga ianya memberi manafaat bagi diri Saya dan juga anda.

24/ Nov/2013.

Sumber rujukan : At-Taqwa, ( kuasa menjana kecemerlangan ) Adeysham Nor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan