Rabu, 27 November 2013

Me And My Honda Jazz

Ada 8 perkara tentang Honda Jazz yang perlu anda Tahu.

Cerita tentang kereta , pertama sekali Saya ingin kongsikan " Kisahku dengan kereta buatan Jepun Ini ".
Keindahan rekaan bagai satu anugerah bagi jenama kereta berprestij ini.Namun begitu , memiliki kereta berprestij ini bukan kerana ia dibanggakan tetapi kereta ini ada rahsianya tersendiri.

Memiliki kereta dewasa ini, sudah menjadi kemestian khasnya bagi wanita yang bekerja.Memiliki kereta bukan kerana ingin berbangga tetapi sebagai kemudahan berulang alik pergi kerja , menghantar anak pergi ke sekolah ( aktiviti mingguan ) dan pelbagai hal lagi.

Sebelum memiliki kereta , Saya rasa bagai satu bebanan pada suami, menghantar dan menjemput kami . Pada tahun 2007 , Saya bertekad ingin memiliki kereta sendiri supaya proses perjalanan hidup lancar ,dengan tidak perlu buang masa menunggu.

Memandangkan Saya bersaiz tubuh kecil dan rendah...maka saya perlu buat pilihan yang sebaik mungkin, bagaimana mendapatkan kereta yang sesuai dan selesa dengan stering , jarak pedal dari kaki dan kedudukan kerusi.

Buat pilihan bagi Saya tidak semudah yang disangka. Saya perlu mencuba beberapa banyak buah kereta seperti ( tidak perlu Saya sebutkan nama kereta )   namun semuanya , tidak mencukupi syarat....hehehe...kaki Saya tidak sampai ke Pedal ( Cluch).

Pilih punya pilih ,akhirnya suami ajak Saya mencuba Sebuah kereta berwarna Hitam.Saya  mencuba kereta tersebut tanpa meneliti terlebih lanjut. Apabila sahaja Saya duduk...memegang stering ,mencuba kaki ke pedal...Kereta ini seolah - olah bersuara;

                         "Pilihlah Aku Aku sesuai dengan Mu , Aku akan membuatMu
                           selesa , nyaman dan Aku akan membawa Mu ,ke mana sahaja
                           Engkau pergi dan Aku tidak akan menyusahkanMu "


Begitulah kisahku dengan Honda Jazz @ Kereta yang kini telah memudahkan proses perjalanan hidupku sepanjang masa.Kini ia jadi milikku dan memang benar , ia tidak banyak menyusahkan aku.

Ok, sekarang Saya ingin kongsikan beberapa perkara tentang Honda Jazz yang Saya petik dari Majalah Intrend 2009 :

1. Jazz membuka segmen baru hatchback lima pintu dalam pasaran aotomotof dengan penampilan luar menarik ruang dalam dan penggunaan yang terbaik dalam kelasnya.

2. Jazz dipacu enjin i-VTC 1.5 liter , menggabungkan trasnmisi automatik lima kelajuan ( 5AT ) bagi memberikan tahap pemanduan , prestasi dan kecekapan penggunaan minyak yang terbaik.

3. Daripada segi luaran , bentuk termaju Super-Foward Form meningkatkan aerodinamik dan penampilan tenaga kereta .

4. Susun atur bahagian dalaman meningkatkan keluasan dan menjanjikan keselesaan . Cermin hadapan lebih luas untuk sudut pemandangan yang lebih menyeluruh buat pemandu .

5. Peningkatan tahap boleh guna dengan memaksimakan fleksibiliti tempat duduk dan ruang kargo menerusi ULTRA Seat tiga mod .

6. Dilengkapi teknologi G-CON yang mengagihkan kesan pelanggaran agar hentakan ke dalam kabin dapat di kurangkan dengan efektif  sekaligus mengurangkan kecederaan ke atas pemandu , penumpang dan pejalan kaki , juga ada beg udara SRS berkembar dan sistem ABS .

7. Mesra alam dan memenuhi tahap pengeluaran asap EURO 4 .

8. Ada empat warna : biru , perak , putih dan hitam .

Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan