Sabtu, 30 November 2013

45 Minit Terpenting Dalam Sehari

Perkara terpenting dalam proses kehidupan ini, adalah membabitkan Fokus dan menetapkan masa pada setiap penghujung hari, khasnya sebelum masuk tidur.

Kenapa kita perlu lakukan proses mengimbas kembali segala aktiviti harian ?
Perkara ini dilakukan demi menghargai kejayaan atau perkara -perkara yang telah selesai kita laksanakan pada siang hari.

Kita perlu ulas kembali matlamat kita dan bercakap mengenainya sebagai ingatan kembali kepada minda bawah sedar.

Pengalaman 45 minit sebelum tidur mempunyai pengaruh yang amat besar ke  "Alam Tidur" kita dan hari esok.

Menurut para pakar dalam bidang NLP , Sepanjang malam , Minda Separa Sedar memainkan semula dan memproses input larut malam ini sehingga berganda ganda , enam kali lebih kerap (gandaannya ) berbanding perkara - perkara yang kita alami sepanjang hari ( siang ).

Bagi pelajar pelajar yang sedang berjuang dalam menghadapi peperiksaan , maka belajar pada larut malam ini , kesannya sangat berganda- ganda.

Inilah sebab terbaik , membacakan buku  untuk anak anda sebelum tidur kerana baik untuk perkembangan minda mereka.

Semasa kita hampir terlena, kita sebenarnya memasuki  keadaan gelombang otak Alfa (relak,tenang).

Gelombang Alfa,sebenarnya merupakan suatu keadaan ,dimana kita cepat terpengaruh.Sebab itu amat dilarang sekali menonton , membaca perkara yang negatif seperti jenayah ,cerita hantu dll .

Adalah digalakkan kita membaca buku-buku yang berkaitan dengan agama ,pengembangan diri ,kejayaan dan yang menarik ke arah kebaikan.

Bagi  kita orang Islam hal ini tidaklah begitu janggal kerana dalam islam, sememangnya mengajar pengikutnya membaca doa,membaca zikir dan membaca ayat-ayat alquran sebelum tidur.

Berikut latihan yang dapat membantu kita fokus dan bergerak ke hadapan pada penghujung hari :

  • duduk diam atau baring, tutup mata dan tarik nafas dalam dalam.
  • beri arahan keada diri sendiri (Perkara Positif ).
Contoh: Tunjukkan Saya bagaimana Saya menjadi penyayang hari ini,tunjukkan Saya bagaimana Saya jadi cemerlang hari ini dll )

  • Jurnal atau buku catatan
Apabila kita melakukan latihan ini setiap hari  selama sebulan ,kita dapat meningkatkan keyakian diri serta memperbaiki prestasi dalam semua aspek kehdupan.

Pada penghujung setiap hari  (petang atau malam ),kita hanya perlu mengenal pasti 5 perkara yang berjaya kita laksanakan atau capai pada siang hari (tadi), sama ada dari segi kewangan,kerjaya ,persekolahan dan lain lain.

Mari kia praktikkan 45 minit sehari dalam penghujung hari mengimbas dan mengulas kembali kejayaan- kejayaan kita pada siang hari , agar proses pengulangan akan berlaku pada hari esoknya lagi.

Kita semua tentu mahukan kejayaan bukan ? Nah..marilah kita amalkan kaedah ini.


Semoga perkongsian Kita hari ini dapat memberikan manfaat kepada Saya dan juga anda, yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari diri Saya sendiri.


Jumaat, 29 November 2013

Tutup Kisah Lama Dan Dakap Masa Hadapan

Mungkin kita masih terikat atau diikat  oleh luka dan kenangan lama , ketidak sempurnaan , menyimpan dendam atau pun ketakutan . Semua ini masih menyelubungi diri kita sehingga  kita berada dalam keterbebanan perasaan.

                              " Tiada sesiapa pun dapat mengubah perkara semalam ,
                                  namun kita semua dapat mengubah hari esok "
                                                                                   ( Colin Powell )

Mari kita lepaskan sauh yang memberatkan kehidupan . Membebaskan sauh ini selalunya adalah langkah terakhir yang kita perlukan bagi melupakan kisah silam dan mengalu - ngalukan kedatangan masa hadapan.

Bagaimana menutup kisah lama dan melepaskan sauh yang membebankan itu ?

Kata maaf atau memaafkan seseorang yang melakukan kesalahan terhadap kita , adalah ubat Mujarab,ubat paling ajaib dalam meringankan beban perasaan kita.

Memaafkan orang lain sebenarnya bukan susah ,ia mudah sahaja.Pergilah berjumpa dengan orang tersebut dan katakan padanya kita minta maaf atau pun  memaafkan kesalahannya.

Soal maaf memaafkan ini banyak keajaibannya.Saling memaafkan akan melahirkan perasaan yang harmoni dan selesa .Pendapatan berganda kehidupan lebih produktif dan kita akan memcapai kebahagiaan.

Memaafkan juga menyebabkan kesakitan fizikal dan kesakitan hati akan sembuh.Beban yang berat ditanggung selama ini telah terlepas.Ibarat kapal  yang sarat dengan muatan ,apabila muatan sudah diturunkan ke pelabuhan ,maka kapal tersebut jadi ringan.

hakikatnya ,kita perlu membebaskan masa silam supaya kita dapat mendakap masa hadapan yang cemerlang.

         " Selagi kamu tidak memaafkan ,perkara itu  akan menyemakkan fikirannmu "
                                                                          ( Isabelle Holland )

Setiap kali kita berjaya melakukan proses kemaafan , kita akan merasa lebih bahagia ,  lebih bebas ,  lebih kuat dan bertenaga .Perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu perkara akan lebih fokus.

Tiada lagi Self talk yang negatif , tiada lagi tuduh - menuduh yang menyakitkan.

Mari kita mendakap masa hadapan yang lebih cemerlang , lupakan kisah silam yang merugikan.



Semoga perkongsian kita kali ini memberi manfaat kepada Saya dan juga Anda.

                              

Khamis, 28 November 2013

Bagaimana Cara fokus ?

Kita semua sedar batapa pentingnya " Fokus " dalam apa juga perkara yang kita harus lakukan  tetapi kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cara untuk mendapat fokus yang  benar -benar berkesan.

Adakah kita berpendapat begini ? Fokus adalah memikirkan satu hal dalam  kepala@fikiran ?

Mari kita lihat langkah demi langkah cara untuk fokus dalam apa juga perkara :

  1. Cara Fokus pertama : IDENTIFIKASI
A.  Langkah ini menyarankan kita agar cuba menulis dan mencatat apa sahaja yang ingin dilakukan .Fokuskan kepada perasaan , apa yang perlu dilakukan ,  kemudian tulis. Tulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran beserta perasaan anda.

Keluarkan semua apa perkara yang ada dalam kepala dan tulis di atas kertas.

B.  Tulis apa sahaja yang anda inginkan dan mulakan menggunakan fikiran.Oleh itu, kita tidak hanya menggunakan perasaan tetapi antara fikiran dan perasaan perlu digabungkan.

Periksa e-mel , nota , guna daya ingatan anda.Guna sebaik - baiknya.

Ulangi langkah A dan B sampai habis.Kini semua hal atau perkara yang harus dilakukan telah berada di atas kertas .Langkah ini akan mengurangi beban di dalam fikiran@kepala anda.

Bagaimana , masih kurang faham ? Sebenarnya memang itulah cara untuk fokus yang diajarkan oleh orang  - orang bijak pandai ( para motivator ).

  2 .Cara Fokus kedua : KEPUTUSAN

C.  Langkah ke tiga ini ialah megambil keputusan.Cuba baca semula apa perkara yang telah anda tulis dalam nota anda sebentar tadi.Cuba fikirkan dengan sedalam dalamnya kemudian beri keputusan.

Namun begitu , sebelum mengambil keputusan , cuba  fikir dan pilih :
  • Mana harus dilakukan sekarang
  • mana harus dilakukan segera
  • mana harus dilakukan kemudian
  • Mana pekerjaan yang boleh ditunda
  • Mana pekerjaan yang boleh dihapus
  • Tandakan perkara - perkara yang kurang penting
Selalulah bertanya dan soal diri ,apa pekerjaan yang perlu dilakukan dengan segera, mana satu harus  ditunda.

Sekiranya masih dalam kebingungan ,cuba berhenti dan rehat terlebih dahulu.Pergi berbual - bual dengan anak dan keluarga ,pergi solat , berzikir ,dan baca al-Quran .

Sekiranya masih juga dalam kebingungan ,cuba tarik nafas, rasakan  sedalam - dalamnya.Gunakan getaran emosi anda.Jika masih ragu - ragu maka tundalah terlebih dahulu pekerjaan tersebut.

  Itulah Cara untuk mendapatkan Fokus yang benar - benar ajaib.

3 .Cara Fokus ke Tiga : KLASIFIKASI

Cuba anda asingkan pekerjaan yang harus anda lakukan.Buat Jadual , mana satu harus segera , mana satu harus ditunda dan mana satu harus dibuang. Fokuskan fikiran anda kepada pekerjaan yang harus dilaksanakan sekarang.

Ambil tindakan cepat untuk menyelesaikannya tidak perlu bimbang dengan pekerjaan @ perkara lain kerana anda telah menyimpannya dalam nota atau jadual.Anda telah menyimpanya di luar kepala anda.

Inilah cara inti fokus.Anda hanya memikirkan perkara yang sangat perlu sahaja dalam fikiran anda saat ini.Begitulah Cara Fokus yang ampuh dan sangat berkesan ( dasyat ).

Semoga perkongsian kita hari ini , memberikan manfaat kepada Saya dan juga Anda.



   

Rabu, 27 November 2013

Penyewa dari Syurga

Saya amat tertarik dengan artikel keluaran Majalah Niaga hasil tulisan Meor Zaidee, yang bertajuk
" Menjejaki Penyewa rumah Dari Syurga ".

Bagi pelabur - pelabur hartanah,yang memiliki beberapa buah rumah Sewa, tentu sekali menghadapi pelbagai kerenah penyewa - penyewa rumah mereka.

Pengalaman Saya sebagai Tuan rumah, memang adakalahnya manis dan adaklahnya pahit.Penyewa rumah ada bermacam macam ragam.Cerita tentang Penyewa rumah dari Syurga ,Saya telah dapat menjejakinya pada tahun 2004 hingga 20013.

Apa yang ditulis oleh En.Meor Zaidee dalam artikelnya Menjejaki Penyewa dari Syurga, beliau memberi syarat tentang ciri - ciri penyewa tersebut , memang ada benarnya.Mari kita lihat bagaimanakah Penyewa dari syurga ini.

4 Ciri penyewa dari Syurga:

  1. Ketepatan Masa
Ketepatan masa dalam soal bayar membayar sewa bulanan amat penting sekali diambil kira.Melihat kepada ketepatan masa ini, pada pertemuan pertama Tuan rumah dan penyewa , kita  dapat lihat dari temu janji pertama.Si peyewa ingin melihat rumah yang disewanya tapi datang lewat dari masa yang dijanjikan.Kelewatan si penyewa dalam menepati masa , sudah menjadi satu bukti bahawa penyewa tersebut bukanlah penyewa dari Syurga.

2.Gaya pertuturan Si Penyewa

Pada pandangan pertama dan juga pertemuan pertama ini ,pertuturan dan tingkahlaku Si penyewa perlu kita lihat ( jangan renung lama - lama ).Kita lihat dengan cara tidak lansung sahaja.Melalui pertuturan yang angkuh dan banyak komplen serta banyak permintaan,maka itu adalah ciri - ciri penyewa bukan dari Syurga.

3.Penampilan diri
Bagaimana dengan penampilan diri ? Sebenarnya menurut penulisnya En.Meor Zaidee , melalui penampilan diri yang bersih , kemas dan sopan, membuktikan bahawa penyewa tersebut seorang yang pembersih dan tentu sekali rumah disewa itu akan di jaganya dengan mementingkan kebersihan.

4.Rupa paras
Melalui rupa paras juga Tuan rumah perlu meneliti dengan baik.Pilih Penyewa yang menyenangkan hati dan menyedapkan telinga mendengarnya.

Ingin Saya mengulas serba sedikit berkenaan dengan Penyewa dari Syurga ini.Sebenarnya apa yang dikatakan oleh En.Meor Zaidee tepat sekali,Saya sebagai Tuan rumah telah berhadapan dengan penyewa dari Syurga ini.Penyewa ini bergelar Ustaz dan isteri pula Ustaza.

Sudah semestinya melalui gelaran Ustaz dan Ustaza sahaja kita dapat bayangkan bagaimana rupa paras , penampilan ,tutur kata dan ketepatan masa mereka.

Sepanjang 10 tahun menjadi penyewa rumah , mereka tidak  banyak komplen .Mereka juga tidak banyak mengadu  tentang masalah rumah.Ketepatan masa dalam membayar sewa bulanan, sudah semestinya menjadi kewajiban mereka.

Ingin Saya katakan di sini bahawa , semua ciri - ciri yang ditulis oleh En.Meor Zaidee dalam artikelnya , memang benar.

Semoga perkongsian kita kali ini menambah lagi ilmu di dada.

Me And My Honda Jazz

Ada 8 perkara tentang Honda Jazz yang perlu anda Tahu.

Cerita tentang kereta , pertama sekali Saya ingin kongsikan " Kisahku dengan kereta buatan Jepun Ini ".
Keindahan rekaan bagai satu anugerah bagi jenama kereta berprestij ini.Namun begitu , memiliki kereta berprestij ini bukan kerana ia dibanggakan tetapi kereta ini ada rahsianya tersendiri.

Memiliki kereta dewasa ini, sudah menjadi kemestian khasnya bagi wanita yang bekerja.Memiliki kereta bukan kerana ingin berbangga tetapi sebagai kemudahan berulang alik pergi kerja , menghantar anak pergi ke sekolah ( aktiviti mingguan ) dan pelbagai hal lagi.

Sebelum memiliki kereta , Saya rasa bagai satu bebanan pada suami, menghantar dan menjemput kami . Pada tahun 2007 , Saya bertekad ingin memiliki kereta sendiri supaya proses perjalanan hidup lancar ,dengan tidak perlu buang masa menunggu.

Memandangkan Saya bersaiz tubuh kecil dan rendah...maka saya perlu buat pilihan yang sebaik mungkin, bagaimana mendapatkan kereta yang sesuai dan selesa dengan stering , jarak pedal dari kaki dan kedudukan kerusi.

Buat pilihan bagi Saya tidak semudah yang disangka. Saya perlu mencuba beberapa banyak buah kereta seperti ( tidak perlu Saya sebutkan nama kereta )   namun semuanya , tidak mencukupi syarat....hehehe...kaki Saya tidak sampai ke Pedal ( Cluch).

Pilih punya pilih ,akhirnya suami ajak Saya mencuba Sebuah kereta berwarna Hitam.Saya  mencuba kereta tersebut tanpa meneliti terlebih lanjut. Apabila sahaja Saya duduk...memegang stering ,mencuba kaki ke pedal...Kereta ini seolah - olah bersuara;

                         "Pilihlah Aku Aku sesuai dengan Mu , Aku akan membuatMu
                           selesa , nyaman dan Aku akan membawa Mu ,ke mana sahaja
                           Engkau pergi dan Aku tidak akan menyusahkanMu "


Begitulah kisahku dengan Honda Jazz @ Kereta yang kini telah memudahkan proses perjalanan hidupku sepanjang masa.Kini ia jadi milikku dan memang benar , ia tidak banyak menyusahkan aku.

Ok, sekarang Saya ingin kongsikan beberapa perkara tentang Honda Jazz yang Saya petik dari Majalah Intrend 2009 :

1. Jazz membuka segmen baru hatchback lima pintu dalam pasaran aotomotof dengan penampilan luar menarik ruang dalam dan penggunaan yang terbaik dalam kelasnya.

2. Jazz dipacu enjin i-VTC 1.5 liter , menggabungkan trasnmisi automatik lima kelajuan ( 5AT ) bagi memberikan tahap pemanduan , prestasi dan kecekapan penggunaan minyak yang terbaik.

3. Daripada segi luaran , bentuk termaju Super-Foward Form meningkatkan aerodinamik dan penampilan tenaga kereta .

4. Susun atur bahagian dalaman meningkatkan keluasan dan menjanjikan keselesaan . Cermin hadapan lebih luas untuk sudut pemandangan yang lebih menyeluruh buat pemandu .

5. Peningkatan tahap boleh guna dengan memaksimakan fleksibiliti tempat duduk dan ruang kargo menerusi ULTRA Seat tiga mod .

6. Dilengkapi teknologi G-CON yang mengagihkan kesan pelanggaran agar hentakan ke dalam kabin dapat di kurangkan dengan efektif  sekaligus mengurangkan kecederaan ke atas pemandu , penumpang dan pejalan kaki , juga ada beg udara SRS berkembar dan sistem ABS .

7. Mesra alam dan memenuhi tahap pengeluaran asap EURO 4 .

8. Ada empat warna : biru , perak , putih dan hitam .

Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat.



Ahad, 24 November 2013

Konsep Membaca

Membaca merupakan satu proses yang menggunakan semua organ luaran dan dalaman kita ke tahap yang semaksima mungkin.

Proses membaca bermula dari organ mata dan bergerak ke organ - organ lain, hinggalah ia sampai ke organ Otak.

Proses membaca ini melalui beberapa peringkat :
  • Mata
Mata akan memandang pada bahan bacaan yang ingin dibaca.
Mata memandang isi bacaan,mata memandang pada huruf demi huruf, ayat atau gambar.

  • Mulut
Organ mulut pula membaca setiap butiran - butiran bacaan kita.
Jika membaca Al-Quran , mungkin kita akan melagukannya,syair,pantun dan puisi.

  • Hati
Ada juga yang membaca menggunakan hati.
Mulutnya hanya diam dan kaedah ini biasanya digunakan,supaya tidak mengganggu orang sekeliling.

  • telinga
telinga memainkan peranan sebagai pendengar, sama ada pembacaan itu senyap@dalam hati atau kuat.

  • tangan
tangan pula memainkan peranan sebagai ,memegang buku ,menyelak buku ,memegang pen (lebih baik) dan mencatat.

  • Hidung
Hidung pempunyai peranannya tersendiri.Peranan hidung pula sebagai menghidu.Bahan bacaan yang harum dan wangi,menambahkan lagi minat membaca,lebih lebih lagi bahan bacaan yang baru.

  • Otak
Otak akan menerima semua bahan yang kita baca ,seterusnya otak akan menyimpan maklumat - maklumat yang kita baca, dalam memori otak kita.

Pada masa yang sama , otak akan;
  1. menapis  maklumat
  2. menaganalisis maklumat
  3. memahami maklumat
  4. menghayati maklumat
  5. mengkaji maklumat
  6. mengamalkan maklumat.
Begitulah pentingnya konsep membaca yang mana ia melibatkan sistem organ - organ  dalam tubuh badan.Pergerakkan organ -organ tersebut membuatkan otak jadi cerdas dan tubuh badan jadi cergas.
Sudah menjadi hukum alaminya bahawa manusia ini perlu pergerakkan dan perkembangan.Manusia yang berkembang adalah manusia yang maju.

Apakah Asas Kejayaan ?

Imam Al Ghazali dalam bukunya berjudul " Minhajul A'Abidin " telah menggariskan tujuh langkah untuk memperolehi kejayaan.

Menurut Imam Al Ghazali,salah satu langkah tersebut ialah mencari ilmu.Kelemahan umat Islam hari ini kerana mereka tidak suka mencari ilmu dan mereka malas membaca.

Sementara kejayaan orang Non Muslim hari ini kerana mereka sentiasa berusaha mencari ilmu,walaupun usia mereka semakin meningkat ( tua ).

Jika zaman dahulu,buta huruf adalah orang-orang yang tidak tahu membaca,tidak kenal huruf tetapi pada zaman moden ini ,dunia beranggapan bahawa, buta huruf Moden adalah orang yang tidak tahu menggunakan Komputer.

Hari ini jika tidak berilmu maka ia akan ketinggalan banyak maklumat. Tiada seorang pun yang pintar hari ini adalah orang yang Malas Membaca.Manusia yang malas membaca akan ketinggalan dan yang rajin membaca akan maju ke hadapan.

Bagi Chief Executive Officer ( CEO ) Syarikat - Syarikat besar di dunia sekarang , tidak pernah membaca setiap hari. Membaca sudah menjadi kemestian bagi  mereka setiap hari .

Jika ingin menjadi umat berjaya ,jadikanlah amalan membaca sebagai amalan hidup seharian.

 Ingatlah perintah Allah, yang pertama kepada kita ( umatnya ) agar membaca .Oleh itu laksanakanlah perintah Allah tersebut.

Menurut seorang penulis terkenal Malaysia , Datuk A. Samad Ismail ;

" Buku adalah pintu untuk Saya masuk ke dunia lain yang Saya tidak tahu , dan Saya amat sedih melihat bangsa Saya sendiri yang suka membeli kebodohan daripada membeli kepandaian ( buku )."

Membaca dan menuntut Ilmu adalah ibadah yang dituntut oleh Allah.Kejayaan seseorang bergantung kepada ilmu yang  ada pada dirinya.

Proses mencari ilmu tidak ada hadnya.Pada Era ini , ilmu boleh diperolehi di mana - mana , terpulang pada diri kita untuk mendapatkannya.Berbanding pada zaman dahulu ( 60-an,70-an dan 80-an ) ,amat sukar untuk mendapatkan ilmu.Namun hari ini, semua ilmu di hujung jari ( ICT ).

Kenalkah Anda dengan Jutawan Internet,Irfan Khairi ? kenalkah anda dengan Dr.Azizan Osman ? dan banyak lagi nama - nama  lain.Mereka semua adalah pencinta Ilmu.Kejayaan mereka kerana mereka suka mencari ilmu ( membaca ).

Itulah serba sedikit perkongsian yang Saya tulis.Semoga ianya memberi manafaat bagi diri Saya dan juga anda.

24/ Nov/2013.

Sumber rujukan : At-Taqwa, ( kuasa menjana kecemerlangan ) Adeysham Nor.

Sabtu, 23 November 2013

Magik Niat

Tahukah anda Rahsia niat?

Pada dasarnya Niat adalah keazaman, keinginan , kemahuan , seseorang yang tersirat dalam hati.Ada juga sebilangan berniat dengan melafazkannya dengan kata - kata.Namun bergitu , mari kita perhatikan apakah sebenarnya Niat dan apakah rahsia Niat yang sebenar.

Perbuatan yang dilakukan dengan rela hati atau pilihan sendiri adalah tafsiran daripada Niat seseorang.

Apa yang dirancang , keinginan dan harapan , akan menjelma dalam bentuk tindakan , berpunca daripada kekuatan Niat.

Dengan berniat , kita mampu menggerakkan  sekaligus menentukan gerak langkah anggota tubuh badan untuk melakukannya.

Niat terletak di hati , bukannya di mulut , lidah dan sebagainya.Namun begitu,seluruh sistem anggota badan bekerja sama untuk mewujudkan niat.Pun begitu, niat perlu dilafazkan untuk memberi keyakianan bagi mengelakkan perasaan was- was.

Niat juga dikatakann ada frekuinsinya tersendiri.Niat mempunyai getaran dan bergantung kepada udara @ oksigen dalam tubuh kita.

Jantung juga sentiasa berbunyi dan bergerak@berdenyut mengikut rentaknya .Begitu juga niat yang mempunyai frekuinsi yang seharusnya dijaga.Apabila anda berniat ,cuba rasakan getarannya,fokus dan tenang.Menurut para pengkaji juga , adalah lebih baik anda minum air sebelum dan selepas berniat.

Mari kita gunakan niat sebagai  jambatan dalam jiwa kerana apabila kita berniat,mengalirnya energi niat tersebut yang menghubungkan kita terus dengan Maha Kuasa ( Allah ).

Ketika berlakunya konsentrasi , kita mulai menggerakkan kekuatan- kekuatan yang akan mewujudkan niat.

Seperti Magnet , niat mempunyai kekuatan untuk menarik keluar bagi mewujudkan apa yang kita Niatkan @ cita-citakan.

Niat merupakan hubungan @ Link jaringan hati kita dengan Yang Maha Kuasa @ Allah s.w.t.Jika kita berniat bererti kita telah melakukan hubungan @ Link dengan Allah.Oleh itu , perlu bagi kita merasakan bahawa kita tidak sendirian.

Niat merupakan parintah yang sangat halus dan sangat cepat bertindak -balas.Kenapa ini berlaku ? kerana energi@ tenaga akan bekerja mengikut apa yang kita telah "Set" dalam fikiran dan hati kita.

Niat yang baik seperti menuntuy ilmu , bersilarurrahim , menepati janji . amanah , jujur , dan sebaginya adalah datang dari spektrum jiwa yang sangat tinggi.

Kesimpulannya , apa pun yang anda niatkan dengan bersungguh - sungguh , sama ada baik atau pun buruk , ia pasti muncul di alam nyata.

Kepada anda yang ingin lebih tahu tentang  " kuasa Niat " bacalah buku- buku tentang kekeuatan niat.Saya syorkan buku baca buku :
  1. Asas Tasauf
  2. Al Quran Rahsia Terunggul ( dan Banyak lagi sumber rujukan Saya ).
Semoga perkongsian Ilmu hari ini membawa manfaat kepada Saya dan juga anda.Apa yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.









Jumaat, 22 November 2013

Wanita Ada Power !!!

Kenalkah anda dengan Siti Nurhaliza ?

Soalan ini sengaja Saya kemukakan....siapa tidak kenal Dato Siti Nurhaliza,namanya terpahat di mana -mana .

Hari ini Saya bercakap tentang Wanita.Benarkah wanita ada Kuasa? benarkah wanita ada Power?
Mari kita terokai wanita wanita ini.Oh...sebelum kita mengenali wanita wanita Power ini,kita lihat dulu bagaimana wanita dikatakan ada power!

Kuasa Wanita sebagai tenaga penggerak ekonomi dengan menjadi pengguna , pengeluar, pekerja dan usahawan,sudah menjadi perbualan yang hangat.

Sejak kebelakangan ini, banyak dalam kalangan wanita yang berjaya menjadi usahawan dan tokoh negara.

Persatuan Wanita Bumiputera dalam perniagaan dan frofesion Malaysia ( Peniagawati ) adalah antara sebuah daripada persatuan peniaga yang terkenal dalam kalangan wanita yang primer di Malysia.

Mari kita kenali wanita ini :

Rozita binti Ibrahim,pengasas Sendayu Tinggi. Wanita ini terlibat dalam dunia perniagaan dengan memiliki Matlamat,

 " Dunia perniagaan sebagai pertempuran,kemenangan adalah matlamat.Azam sentiasa digenggam.dalam konteks perniagaan,pasti ada keuntungan pun begitu,Saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna.Apa yang Saya perolehi,Saya salurkan kepada masyarakat khasnya orang -orang miskin.Saya sangat sayang masyarakat dan saya juga ingin disayangi."

Neelofa:
Wanita cantik dan bergaya serta berjaya menambat hati ramai orang khasnya penonton Nona dan Maletop.Neelofa mempunyai perniagaan sendiri yang diberi nama Lofa atau Neelofa.Perniagaan wanita ini   adalah Kasut bertumit Tinggi yang dijenamakan  "LOFA".

Sebenarnya banyak lagi wanita wanita Power yang ada di Malaysia.Perkongsian Saya hanya sedikit,jadi untuk mengetahui lebih ramai lagi wanita wanita Power,cari mereka di majalah atau di mana mana artikel.

Kita jangan lupa dengan Wanita Lebih Power....Siapakah wanita yang lebih Power? mereka adalah ibu-ibu kita.Mereka adalah lebih Power dari segala galanya.Sebagai contoh:Wanita berusia 70 tahun ini telah dipilih sebagai Ibu Mithali tahun 2007.Beliau telah berjaya menghantar anak-anaknya seramai 15orang ke peringkat Universiti,walaupun kehidupannya bertaraf miskin.Nama beliau ialah Esha Din.

Begitulah Powernya Seoarang Wanita......



Imam Syafie

serba sedikit tentang Imam Syafie

Siapakah Imam Syafie?
Bagi orang islam,imam Syafie sudah tidak asing lagi.Imam Syafie seorang pencinta ilmu dan ahli ibadat yang amat dikagumi.Imam Syafie seorang alim ulama dan ahli Sufi yang hebat.

Menurut para wali-wali Allah, Imam Syafie membahagikan malamnya kepada tiga bahagian.
  • 1/3 malam pertama adalah untuk menuntut Ilmu
  • 1/3 malam bahagian ke dua untuk beribadat
  • 1/3 malam terakhir adalah untuk tidur
Imam syafie mengkhatamkan Al-quran 60 kali setiap bulan Ramadhan.

Imam Syafie pernah berkata "Sejak usiaku 16 tahun,Aku tidak pernah makan kenyang kerana makan kenyang akan menambah berat badan,mengeraskan hati, menghilangkan kecerdasan , membuatkan mata mudah mengantuk dan akan malas beribadat "

Imam Syafie juga pernah berkata " Saya tidak bersumpah kepada Allah seumur hidupku, sama ada sumpah itu benar ataupun bohong "

Menurut Imam Syafie,seseorang yang dikatakan Alim , apabila orang tersebut mengamalkan ilmunya, memiliki ilmu yang banyak , dan tidak bosan menimbah ilmu seumur hidupnya .

Imam Syafie sangat hati-hati untuk memberikan ilmunya kepada seseorang kerana bimbang ilmu tersebut tidak digunakan dengan sebaiknya.

Masih banyak kisah tentang Imam Syafie namun perkongsian Saya kali ini amat sedikit.Untuk menambah pengetahuan berkenaan dengan Imam syafie,bacala buku buku ilmu sufi berkenaan dengan beliau.

Wanita Malaysia Kini

                     "  tangan yang menghayun buaian,boleh menggoncang dunia "
 Kehadiran Wanita memang disedari tetapi peranan Wanita masih lagi dikaitkan dengan fungsinya sebagai Orang Rumah.

Wanita ialah denyut nadi kehidupan , bahkan wanita juga Tiang Negara.Apabila baik wanita, maka baiklah keadaan sesebuah negara.

Perdana Menteri pernah berkata, bahawa sekiranya kita mengecualikan sumbangan wanita dalam pembangunan negara , bermakna tenaga kerja akan berkurangan dengan mendadak kerana hampir 36% daripada tenaga kerja di negara ini adalah golongan Wanita.

Kelompok Wanita yang berada di luar pasaran( Suri rumah ) juga menyumbangkan kemakmuran ekonomi negara.Golongan ini menyumbangkan 45% dalam kerja - kerja tanpa bayaran.

Sehubungan dengan itu, wanita memang tidak dapat dinafikan bahawa "Wanita Malaysia" mendapat peluang yang lebih terbuka dalam pelbagai sektor penting Negara.

Golongan Wanita di negara ini harus mengakui hakikat bahawa sudah ada nama - nama besar dalam kalangan wanita yang menerajui Instituisi yang sebelum ini dimonopoli oleh lelaki.

  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz-Gabenor Bank Negara
  • Datuk Seri Rafidah Aziz-Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
  • Datuk Dr.Mahani Zainal Abidin-Ketua Eksekuitif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa.
Kewibawaan Wanita Malaysia sememangnya diiktiraf setanding dengan Wanita Negara maju.Dapatan menunjukan bahawa  Malaysia menduduki tangga ke -5 di seluruh dunia dengan 31% Wanita memegang jawatan kanan dalam Perusahaan sederhana hingga ke perusahaan besar.

Sejumlah 39% perniagaan di negara ini, dilaporkan melibatkan penyertaan Wanita dengan jawatan Kanan.

Pada Tahun 2009, semakin banyak Wanita di Malaysia memilih bidang Keusahawanan.Wanita berani mencabar diri mereka walaupaun dikatakann bahawa, mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran dan tekanan.

Kerajaan  sangat komited untuk menggerakkan Agenda Pembangunan Wanita dan Pemerkasaan Wanita.

Sumbangan Wanita diperlukan sebagai sebahagian daripada Guna Tenaga.

Peranan Wanita dapat dilihat dalam dua Sudut:
  1. Pengakuan daripada Kerajaan bahawa sumbangan Wanita diperlukan demi Kemajuan dan Pembangunan Negara.
  2. Dalam Teori Pembangunan , Wanita diajak memainkan peranan dalam arus Pembangunan Negara , menyertai dan menikmati proses pembanguanan Negara.Pengaruh  kuasa beli wanita sangat besar dalam merancakkan ekonomi Negara.
Wanita sentiasa dipelihara sama ada dari segi perundangan mahupun dalam persfektif lain.Wanita adalah Tonggak Negara.Islam juga meletakkan kedudukan wanita dalam kedudukan yang mulia.





Rahsia Sedekah

Sedekah memiliki rahsianya tersendiri.Keajaiban sedekah dapat dirasakan oleh orang orang yang hatinya penuh dengan keikhlasan.Sedekah memiliki manafaat yang besar bagi pelakunya.Sedekah
memiliki kesan yang sangat padu terhadap diri ,baik dari segi material, mahupun  dari segi rohani.
Kenapa ini terjadi ? kerana sedekah adalah kerelaan hati.

Sedekah adalah bukti kebenaran iman pelakunya.Sedekah berbeza dengan ibadat-ibadat lain,seperti  solat,zakat, puasa, haji.Alasannya,kadang - kadang ibadat tersebut dibuat agak keberatan sedikit
namun,bagi Sedekah ia kerelaan hati.

Jika solat dilakukan dengan memfokuskan pusat fikiran tetapi sedekah pula fokus kepada kerelaan hati.Jadi,solat dan sedekah bagai pasangan tangan kanan dan tangan kiri.

Sedekah mampu mensucikan hati,membuka rezeki,menarik pelakunya ke syurga,menolak bala dan macam macam lagi .Itulah rahsiah sedekah.

Apakah bentuk atau jenis sedekah itu ?

  1. menolong saudara
  2. Menyampaikan ilmu ( berblog juga sedekah )
  3. ucapan yang baik
  4. tanaman dimakan oleh haiwan
  5. solat berjamaah
  6. tahmid dan tahlil
Sebenarnya ada banyak lagi bentuk bentuk sedekah,asalkan ianya untuk kebaikan ia adalah sedekah.
Sedekah adalah pintu kekayaan.

manafaat sedekah amat luar biasa.Anda memberi sedekah,yang maha Kuasa,Yang Maha Pemurah Allah s.w.t akan melipat gandakannya untuk anda di dunia dan di akhirat.

Raihlah Kejayaan di dunia dan di akhirat melalui solat dan sedekah kerana sedekah mampu mengubah hidup anda.

Bijakkah anda berucap?


Berucap dalam sesuatu majlis memang memerlukan latihan yang intensif.Bagi pengucap@MC sama ada yang baru belajar mahupun berpengalaman,latihan amat diperlukan.

Latihan merupakan pendedahan awal,yang boleh membantu seseorang pengucap,mengenal pasti kelemahan serta kesilapannya.

Beberapa tip latihan bagi yang ingin belajar berucap dengan lebih berkesan :

1.Berapa kalikah kita berlatih ? Bagi kebanyakan pengucap,latihan dibuat tiga hingga enam kali.

2..hafal idea,bukan perkataan.hafal idea utama.Hafal secara mentaly atau dalam hati.Setelah berjaya mengingati idea -idea ,barulah berlatih melafazkannya dengan suara yang sebenar.

3.Rujuk Kad Nota.Ketika berlatih dan menghafal idea ucapan,rujuk kad nota yang telah disediakan. ingat,jangan rujuk teks ucapan kerana pada waktu penyampaian nanti,anda hanya membawa kad nota.

4.Hayati ucapan anda.Hayati seluruh isi ucapan yang akan disampaikan .Buat bersungguh-sungguh,biar lahir dari jiwa anda,dengan cara itu,anda nampak jujur dan yakin.

5.Tidak perlu adakan latihan badan @ body language kerana pergerakkan badan adalah gerakkan semulajadi.

6.Rakam latihan.Rakam latihan yang telah dibuat dan lihat kembali.Analisis,apa perkara yang perlu diperbaiki ( gunakan audiens palsu sekiranya tiada alat perakam ).

7. tentukan ukuran masa semasa latihan.

8.Jangan ubah kadar ucapan kerana masa hampir tamat ataupun sebaliknya.Berucaplah dengan kadar biasa.sekiranya anda percepatkan kadar suara maka audiens tidak akan faham ucapan anda ,begitu juga sebaliknya.

9.Belatih guna alat bantu.

Ucapan yang baik dan berkesan boleh mempengaruhi hati penonton.Penonton merasa terhibur,dihargai dan suasana majlis juga berjalan lancar.

Khamis, 21 November 2013

Bahan bacaan yang disyorkan

 
 
" Kamu tetap sama hari ini dengan lima tahun akan datang,kecuali dua perkara ini, buku yang dibaca dan orang yang kamu temui ( kawan ) "
                                                    (  Charlie Tremen Douspnes )
 
Sebenarnya kita disyorkan membaca selama sejam sehari tapi terpulang kepada anda,berapa jam yang anda pilih.Membaca bahan bahan yang berfaedah boleh mengubah corak pemikiran kita.
 
Bagi pencinta buku,amat beruntunglah anda kerana tidak rugi melaburkan duit dan masa untuk beli buku dan membaca.Banyak buku buku di pasaran,terpulang pada kita buat pilihan.
 
Bawalah anak anak kita ke kedai buku berhampiran.Tanamkanlah minat suka membaca buku dalam
kalangan mereka.Pilihan di tangan kita, samada kita beli buku bercorak:
 
  • Buku keagamaan
  •  Buku motivasi
  • Sain Kejayaan
  • Buku Keusawanan
  • Buku Korporat
Kepada remaja di luar sana, anda adalah aset negara.Anda adalah generasi yang akan memegang tampuk kejayaan negara.Sebagai remaja,penuhi minda anda dengan ilmu yang berguna.Wawasan 2020,memerlukan sumber manusia yang berdaya saing,tahan cabaran,berpengetahuan tinggi dan mempunyai minda kelas pertama.


Bentuklah Hari Anda




Saya ingin berkongsi isi kandungan sebuah buku yang pernah Saya baca.Bagi Saya,buku ini bertaraf 5 bintang ,setelah selesai membaca dan memahaminya.Buku tersebut berjudul
Al Quran Rahsia Terunggul,hasil tulisan Ahmad Maleya.

Salah satu tajuk yang ingin Saya kongsikan dan ulas sedikit, " Bentuklah Hari Anda".Dalam helaian tajuk ini,apa yang kita perolehi adalah seperti berikut:

Allah s.w.t menyeru kepada hamba hambanya (beriman ) agar selalu memerhatikan apa yang mereka akan bawa untuk bekalan hari esok ( Akhirat ).


Masa depan anda tidak boleh ditentukan esok tetapi Hari Ini.

Jika hari ini anda menanam perbuatan baik, maka hari esok anda akan menuai hasil  perbuatan baik anda dan sebaliknya.

Untuk menjadi hamba Allah yang baik,anda tidak perlu berniat sekali seumur hidup,anda kena berniat One Day At A Time.

Untuk berbuat baik,cukup dengan berniat setiap pagi kerana pada waktu pagi adalah permulaan hari kita.Niat anda itu,kena dilengkapakan pada waktu menjelang tidur malam.Maksudnya,ulangi lagi niat anda sekiranya anda benar benar ingin tercapai apa yang anda niatkan.

Kekuatan Tenaga Aktif Dalam Bersyukur


Sungguh jika kamu bersyukur,pasti kami akan menambah (nikmat ) kepadamu, dan jika kamu mengingkarinya,maka sungguh azabku yang amat pedih.
                                                                            ( Surah Ibrahim)

Syukur adalah menghargai nikmat Allah s.w.t.Sikap dan pengaruh syukur boleh dilihat dalam
fikiran, jiwa, dan perlakuan seseorang.

Bersyukur hanya boleh berlaku jika anda:
  • Mengetahui hubungan anda dengan Sang Pencipta
  • Memahami siapa penyebab pemberi nikmat
  • Memahami siapa akibat penerima nikmat
Setiap orang yang mengucapkan Segala Puji bagi Allah,bererti dia telah bersyukur dengan nikmat
yang ada,sama ada kecil mahupun besar.

Harus dingat,bersyukur mestilah melibatkan emosi@perasaan.Rasakan dengan getaran hati
kesyukuran anda kepada Allah s.w.t.

SeluruhAlam Ciptaan yang ada ini, adalah bukti Kasih Sayang Allah kepada kita dan nikmat yang Allah berikan ini,tidak ada penghujungnya.

Marilah kita bersyukur setiap hari.Bangun pagi sahaja,kita kena bersyukur kerana,Allah masih
menghidupkan kita,anak serta suami.Rumah kita pula selamat dari hal hal yang buruk.

Praktikkan 5S di rumah


Apakah 5S ?

Bagi wanita wanita bekerja,sebenarnya amat sukar mengemas rumah dengan cara yang sistematik.Kesibukan menyiapkan kerja -kerja pejabat khasnya guru-guru,menyiapkan
makan minum anak- anak dan keluarga,menghadiri mesyuarat,seminar dan macam macam
lagi,rumah sudah tidak terurus ia bagaikan sebuah " Kapal Pecah ".

Walau apapun alasan kita,jom kita Praktikkan 5S.

  1.Sisih
sekiranya rumah kita sudah sarat dengan pelbagai barangan, mari kita asingkan mana yang
masih baik dan mana yang boleh dibuang.Sediahkan plastik sampah dan buang apa yang patut. jangan jadikan rumah kita bagai sarang tikus dan dipenuhi tahi cicak dan telur lipas.

2.Susun
Susun dan kemas buku buku,majalah,surat khabar, perabot,rak kasut dan apa saja yang berselerak.
Sekiranya semua sudah disusun dan dikemas,rumah anda kini kelihatan bersih ,nyaman,tenang
dan yang paling penting,perasaan anda kini tidak lagi berserabut.aura aura positif pun lahir dalam
diri kita.

3.Sapu
Sudah semestinya kerja kerja pembersihan berlaku setiap hari.Bagi ibu -ibu yang mempunyai anak mengidap resdung,lebih baik menyapu setiap hari.Anda digalakkan menggunakan Vakum supaya habuk tidak berterbangan sekiranya guna penyapu lidi atau penyapu biasa.

4.Seragam
cubalah kekalkan keseragaman rumah ,agar setiap penghuninya,berasa nyaman,tenang dan sentiasa
dalam aura positif.

5.Sentiasa Amal
Pastikan kaedah 5S dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian.Mari kita didik anak -anak kita agar sentiasa amalkan kaedah 5S ini.










































































Dream Board 2013


Sudahkah Tercapai Impian 2013 Anda ?

2013 sebentar lagi akan melabuhkan tirainya.Sekarang kita berada dalam bulan November,
sekiranya ada Dream yang belum terlaksana,cepat cepat bertindak mulai sekarang.Masa tidak menunggu kita,masa tetap berlalu mengikut hukumnya.

Sudahkah tercapai impian Anda ? berapa 100% impian Anda telah tercapai ?  Heemmm
Pada awal 2013,Saya telah menulis impian impian Saya ,dalam sebuah buku dan juga dalam
sekeping Kad Manila.Setiap hari,pasti Saya akan lihat dan baca semula apa yang telah tercatat
dalam " Dream Board " Saya.

Pertama sekali,Saya panjatkan syukur terhadap Allah s.w.t kerana satu demi satu impian Saya tercapai.Salah satunya impian Saya ialah menghasilkan blog sendiri.Inilah hasil impian Saya,
inilah Blog yang terhasil dari impian yang tercatat dalam Dream Board 2013 yang Saya catat.

Saya ada visi dan misi tersendiri dalam menghasilkan Blog ini,walaupun ianya banyak kekurangan namun ini adalah permulaan bagi Saya,dalam menerokai alam Blogger.

Cerita tentang berapa 100% impian Anda tercapai,jangan berlengah .Kita ada lebih kurang dua bulan lagi sebelum berakhirnya 2013.Ayuh bertindak sekarang,capai impian Anda.

" Man Jadda Wajadda " barang sesiapa yang bersungguh sungguh, ia akan menerima hasilnya.



Bertanggungjawab 100% atas hidup ini


" Kamu perlu bertanggungjawab, kamu tidak dapat menukar keadaan, musim , ataupun, tiupan angin, tetapi kamu dapat mengubah diri kamu."  John Rohn.( Ahli falsafah bisnes terulung dari Amerika )

Kita semua berhak untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik di atas muka bumi ini.Kita boleh perbaiki corak hidup dari A-Z.Kita bertanggungjawab terhadap kehidupan kita sekarang dan masa akan datang.

Kita bertanggungjawab dengan kualiti hidup yang kita jalani.Orang  yang bertanggungjawab 100%
tidak lain dan tidak bukan,adalah DIRI kita sendiri.

Sekiranya kita mahu berjaya, kita perlu mengambil tanggungjawab 100%,iaitu bertanggungjawab 100% dengan sepenuhnya bagi semua pengalaman dalam hidup kita.

Kisah hidup 3 tahun,5 tahun,10 tahun yang lalu jadikan ia sebagai rujkan dan lipatan sejarah hidup
kita.Pengalaman yang lalu jangan jadikan ia sebagai tangga Statik untuk melangkah.Langkahlah anak tangga.langkahlah demi langkah.Insyaallah,kita akan sampai juga ke anak tangga teratas ( berjaya ).

Hadir Program DR.Azizan Magnet Kekayaan dan Kejayaan

Cerita tentang pengalaman Saya ,semasa menghadiri MKK, tepat pada tarikh 20/10/2013, Saya bergegas dan bersiap untuk pergi ke lokasi yang dijanjikan.Pada hari tersebut,hujan amat lebat.
Memandangkan Saya tidak boleh memandu kereta dalam keadaan tersebut, maka Saya minta agar suami hantar ke 1B @ 1 Borneo KK.

Sekitar jam 6 pagi,Saya sudah sampai.Tidak ada seorang pun yang berada di sana.Saya terpingah pingah..." apa dah Jadi ni..? " dalam beberapa minit kemudian seorang wanita tiba dengan buku dan fail.Saya  rasa senang hati.. " ini mesti ke MKK Dr.Azizan.Ya memang benar,wanita itu adalah peserta MKK.

Akhirnya Saya dapat kawan juga..kami mencari pintu masuk dalam hujan yang lebat.Pintu Utama 1B,belum buka lagi.Saya bersama wanita tersebut meredah hujan untuk mencari pintu. Kami berlari dalam hujan sambil ketawa..." Demi Dr.Azizan Osman "...kita redahhh sahaja hujan.

Akhirnya kami tiba juga ke tempat tujuan.Saya ingat kamilah peserta paling awal,rupanya,sewaktu kami masuk ke dalam,lebih kurang dalam 20 orang sudahpun tertenggek di sana.Begitulah hebatnya Aura Dr.Azizan Osman. Bak kata Pepatah,Hujan ribut tidak ada makna bagi peserta peserta MKK.

Meraih Cita cita

Bagaimana meraih cita cita ?

Semua manusia mempunyai cita cita dan impian. Melalui cita cita dan impian , hidup kita penuh dengan semangat . Energi untuk mencapai cita cita semakin mengalir hebat dalam tubuh kita. Memiliki cita - cita seumpama hidup ada matlamat dan tujuan.

Bagaimana meraihnya?

yakin pada diri sendiri,bahawa Allah s.w.t telah memberikan kita kekuatan dan telah menanamkan potensi yang amat baik, pada diri kita untuk meraih apa sahaja yang kita impikan.


Yakin seratus peratus, bahawa cita cita kita dapat digenggam.Gabungkan fikiran dan perasaan kita dengan sepenuhnya.Sekiranya fikiran dan perasaan selaras,semangat untuk meraih impian pasti menjadi nyata.

yakin bahawa Allah sentiasa membantu kita.Kesungguhan kita dalam meraih cita cita,pasti tidak akan sia - sia.Sesungguhnya Allah telah berjanji kepada hambanya, bahawa Allah pasti membalas perbuatan hambanya sama ada perbuatan baik mahupun sebaliknya.

Sesungguhnya Allah telah berpesan,ffikirkanlah sebab- sebab yang baik , maka anda akan memperolehi akibat yang baik .