Isnin, 2 Jun 2014

Serlahkan Kehebatanmu Wanita

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Alhamdulillah hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan wanita  " serlahkan kehebatanmu wanita"

saya terpanggil untuk menulis  tentang kehebatan seorang wanita semasa saya membaca majalah lama.saya ingin memetik sedikit nasihat seorang wanita hebat kerabat di Raja ini yang bernama PuanNoor Aini. Wanita ini berkelulusan akademik;


  • Master Of Arts ( Applied Linguistics ) dari Monash Universiti, Melbourne Australia.
  • Bachelor Of Arts ( major; kewartawanan ; double minors; perhubungan awam dan periklanan St. Mary's Catholic College For Women , Ijazah Perniagaan)  dari Centre Of Economic and political studies, London England.
  • Master Of Art's Qualifying Certficate ( Pengajian wanita ) dari Deakin Universiti, Geelong Australia.

wanita ini berpesan kepada semua kaum hawa khasnya yang masih muda,agar mengutamakan pelajaran  kerana dengan ilmu wanita tidak akan muda goyah. Menurutnya,kehidupan akan lancar jika wanita berpelajaran.Wanita perlu buat persediaan bagi dirinya untuk masa depan.Persiapan untuk menjadi seorang wanita yang tabah,berdikari dan memiliki ilmu yang boleh membawanya ke arah yang betul dan positif di mana sahaja berada.

Wanita berjaya dan cantik  serta berpelajaran ini, menyelar stigma masyarakat Malaysia yang disogokkan bahawa kesenangan , kebahagiaan adalah apabila sudah berumah tangga.

Wanita era ini perlu berdikari dan tidak terlalu bergantung  harap  kepada suami.Walau bagaimana pun,sokongan keluarga amat penting,fikirkan masa hadapan  dengan menimba ilmu.Pelajaran amat penting dan harus diberikan penekanan,agar wanita mampu berdiri di kaki sendiri,sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Menurutnya lagi,persediaan diri dari segi mental,fizikal dan emosi berkait rapat dengan ilmu yang kita  ada.Menurutnya lagi,wanita harus berpegang pada prinsip ikhlas dalam apa juga yang dilakukan.

saya ingin memetik sebuah kata mutiara dari sebuah buku yang bertajuk; " Jangan bersedih dan Jadilah Wanita paling Bahagia"


                                      Bekalan
            "Persiapkanlah dirimu untuk menghadapi perkara yang paling buruk,
             maka akibatnya nanti engkau akan selalu merasa baik "

Hakikat Seorang Wanita:


  • Wanita seperti payung.
  • Wanita itu adalah Tiang Negara.
  • Wanita adalah ciptaan Allah yang mengagumkan/menyenangkan.
  • Wanita juga kadang-kadang menakutkan.
Apa yang diperkatakan dan ditakrifkan tentang Wanita?

  • Wanita adalah benteng pertahanan,jaga jangan sampai roboh.
  • Kekuatan sesebuah rumahtangga sebahagiannya ditopang oleh seorang wanita/ isteri.
  • kalau mahu menghancurkan rumahtannga maka hancurkanlah wanitanya terlebih dahulu.
  • Jika wanita hancur maka hancurlah benteng rumahtangga tersebut.
  • Wanita adalah makhluk yang  mulia dan luar biasa.
  • Wanita harus dijaga dan dirawat dengan baik-baik
  • wanita diibaratkan senjata yang tidak boleh dibuat main-main kerana akan membahayakan orang yang permainkannya.
Secara fizikalnya wanita memang makhluk yang lemah gemalai.wanita secara fizikalnya kalah dengan lelaki tetapi fizikal yang lemah itu,sebenarnya memiliki banyak kekuatan.


  • Wanita mampu mencapai segala keinginannya.
  • Wanita bersemangat kuat.
  • wanita tidak akan mudah menyerah kalah.
  • Wanita berusaha untuk mendapatkan apa yang diingininya.
  • wanita melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.( kisah Nabi Yusuf dan Zulaikah,kisah nabi Yahya dipenggal kepala).

Wanita malaysia tidak ketinggalan:

                " Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia "

Mungkin bunyinya klise namun demikian,frasa ini masih dan akan terus signifikan selagi wanita hanya dianggap sebagai sebahagian entiti yang kurang pengaruhnya berbanding dengan golongan lelaki yang begitu dominan.

wanita ialah denyut nadi,bahkan wanita juga tiang negara apabila baik wanita baiklah negara maka aman dan makmurlah semuanya.

perdana menteri juga mengakui bahawa sekiranya kehadiran wanita dalam negara atau bidang ekonomi diabaikan ,maka negara akan kekurang tenaga kerja.menurut perdana Menteri Dto Sri Najib, tenaga kerja wanita mencecah hampir 36% pada tahun 2010.

Mengikut kajian oleh  Grant Thornton International pada April 2010, dapatan menunjukan bahawa wanita malaysia menduduki tangga ke-5 di seluruh dunia dengan 31% wanita memegang jawatan kanan dalam perusahaan dan hinggalah ke jawatan besar dan terpenting negara.

Statistik itu ternyata bahawa peluang wanita Malaysia untuk berjuang dalam hak mereka sentiasa terbuka.

Secara keseluruhannya,wanita mempunyai kehebatan dan kuasa yang tidak boleh dipertikaikan lagi.Wanita Memiliki kehebatan yang mungkin tidak semua orang nampak malah masih ada yang memperlekehkan wanita.bagi mereka wanita hanya layak duduk di rumah dan memasak serta mengemas untuk anak-anak dan suami.wanita memajukan diri seiring dengan peradaban ilmu.Wanita meningkatkan diri dalam pelbagai bidang ilmu demi masa depan,apa yang penting mereka jangan sampai terkeluar dari batas-batas agama dan hukum hakam Allah.



P/S: semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua…

            " Sharing Is Caring "


Rujukan :



  • Dewan Ekonomi,Ogos 2010,syaban/Ramadhan 1431H,jilid 17/bilangan 08,KK.
  • Wanita,bil.472.KDN PP872/08/2009
  • Memahami kehebatan dan Hak Wanita,Dr.Zubaidi W.HJ.Rahmat ,Harun Arrasyid Hj.Tuskan,Crescent News,2013,KL.
  • Jangan bersedi,jadilah Wanita Paling Bahagia,Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni,alhidayah Publication,2012,Selangor.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan