Sabtu, 14 Jun 2014

50 jurnal perlu dibaca ?


Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca blog Hijraku yang dirahmati Allah..
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….

50 jurnal perlu dibaca? begitulah tajuk tulisan Saya hari ini….


sebagai manusia  dan makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna,kita perlu berkembang dan bukannya statik dari tahun ke tahun.Minat ingin melanjutkan pengajian tidak berhenti begitu sahaja.Baru- baru ini saya  bersama dua orang kawan telah memohon untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah Universiti. Keghairahan untuk belajar dan menuntut ilmu sangat menyeronokkan.

Persedian  dari segi mental, fizikal  emosi dan spiritual perlu diuruskan sebelum mengharungi alam pengajian.Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar dikala usia sudah dalam tangga - tangga yang bergelar  "'ibu tangga"  hehehee..bukan  "anak tangga". lagi.kalau anak tangga dia dalam kategori masih mudah remaja.

 Kategori tangga-tangga usia :

  1. Anak Tangga.
  2. tangga remaja.
  3. tangga dewasa
  4. tangga tua ( saya berada dalam tangga Tua)
  5. tangga senja.
  6. tangga terbenam
Sebenarnya saya  hanya bergurau  membuat tangga-tangga usia. Sebagai wanita yang sudah melangkau ke dalam "tangga tua"  mampu lagikah menelaah 50 buah jurnal?  Itu belum kira lagi bahan-bahan bacaan dan  bahan rujukan lain….

 Hebat memang hebat, kita sebagai hambah Allah patut menghargai para ahli akedemik,para pakar dalam setiap bidang ilmu yang ada.Para pencinta ilmu yang tidak jemu-jemu mencari dan mencari serta menyebarkan ilmu demi kebaikan umat sejagat di muka bumi ini.

Melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi bukanlah sesuatu yang mudah.Bak kata pepatah.." berat mata memandang berat lagi bahu memikul ." 

Melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tingggi  adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Mereka mendapat cahaya ilmu yang Allah janjikan.Para pencinta ilmu, adalah warisan para nabi.Mereka perlu menggunakan ilmu yang ada sebaik- baiknya.Menyebarkan ilmu dengan kasih sayang dan penuh keikhlasan.

Saya teringat satu pepatah Melayu mengatakan, " orang berilmu jika jatuh ke laut akan jadi Pulau sementara orang tidak berilmu jika jatuh ke laut akan tenggelam "

Para cendiakawan,para ilmuan , para sasterawan, para alim - Ulama, para penulis-penulis , para pendidik dan para pemimpin, sesungguhnya ilmu yang anda miliki ibarat "  Kristal " yang berkilau-kilau,bercahaya,bersinar-sinar, berwarna-warni , berseri- seri.Maka jagalah  Kristal itu agar sentiasa bercahaya dan bersinar.

Saya bawakan   beberapa  cebis kata - kata yang sangat bermakna kepada kita.Kata kata ini saya petik daripada sebuah blog " Travelog Sarjana" Inilah kata-kata tersebut:


  1. Sambung belajar ke peringkat selepas ijazah adalah satu anugerah. Bukan semua orang ada kemahuan yang kuat untuk terus belajar sehingga ke peringkat tinggi.
  2. Niat belajar bukan nak cepat kaya. Ada PhD memang boleh kaya tetapi itu bukanlah utama.
  3. Banyakkan pembacaan jurnal untuk mencari jurang kajian atau research gap.
  4. Kalau baca jurnal, jangan baca seperti baca Harian Metro atau Kosmo!. Baca 3-4 kali sehingga hadam apa yang dibaca.
  5. Lakukan pemilihan selektif dalam pembacaan. Jangan pakai main redah sahaja baca jurnal. Jangan buang masa membaca jurnal tidak berkaitan dengan projek.
  6. Bina pertanyaan produktf kepada penyelia. Jangan tanya soalan bodoh seperti 'Nak tulis tesis macam mana eak?'
  7. Tahun pertama adalah tahun susah! Tanam dalam minda untuk cepat siap tesis.
  8. Tulis tesis dari tahun pertama lagi. Dari bab 1 sehinggalah bab 3. Tulis dan terus menulis!
  9. Banyakkan backup. Laptop, komputer, emel, dropbox, google drive dan lain-lain. Simpan dan simpan. Jangan kedekut!
  10. Dan yang paling penting, selalu ingat akan Allah. Dialah Maha Pemberi segalanya. Selalu berdoa kepada-Nya.
Kenapa mesti belajar ?

Sepatutnya  sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi,bersyukur sebanyak mungkin kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan hati yang sentiasa hidup dan aktif .Hati yang hidup dan aktif adalah hati yang subur dan sentiasa berkembang mencari dan mencari cahaya ilahi kerana ilmu itu adalah Cahaya.

Sekian  coretan Saya kali ini…

P/S: yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari diri Saya sendiri…"Sharing Is Caring "


Tiada ulasan:

Catat Ulasan