Isnin, 16 Jun 2014

Menulis di Blog sebagai Latihan




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini...



" Orang Yang tidak pernah melakukan kesalahan, biasannya tidak pernah buat sesuatu pun "
                 ( Bishop William Connor Magee )


" Jaminan Kehidupan Berasal Dari Pengetahuan, Bahawa Setiap Hari Anda Meningkatkan Diri Anda.
                    (Anthony Robbins )




Menulis di blog / weblog merupakan suatu penomena yang  berkembang pesat akhir-akhir ini. Mungkin kerana kemudahannya, kebebasannya,  sifatnya menulis secara tulisan  online atau juga kesedaran masyarakat tentang ilmu itu sendiri.


Sebenarnya kita boleh memanfaatkan blog untuk apa saja yang kita mahu, sama ada buat jurnal harian (diary) atau menjadikannya sebagai sarana promosi, menjadikannya sebagai sarana mengemukakan pendapat, menjadikan saranan penulisan yang memberi informasi kepada masyarakat online dan paling penting sekali ialah menyampaikan ilmu,agar sama sama mendapat manfaat.


Memandangkan banyak peluang menulis dalam blog secara percuma,adalah sebaiknya peluang ini kita gunakan untuk mengekspresikan impian kita.Bagi yang berminat dalam bidang penulisan,ambillah peluang ini untuk menulis dalam blog anda.Lihat hasil tulisan kita.betapa gembiranya jika kita berjaya mengeksppresikan impian kita ,lebih-lebih lagi kita dapat melihat dan membacanya sendiri walaupun tidaklah seindah dan sehebat hasil karya orang lain.

Kejayaan bermula dari satu langkah  kemudian beberapa langkah dan seterusnya menuju langkah " Kejayaan '.Menulis di blog tidak merugikan kita malah boleh kita jadikan sebagai tangga untuk berlatih dan terus berlatih.

Sebagai pembaca ,Saya sering masuk dan membaca hasil tulisan tulisan para penulis blog.Banyak juga blog blog seperti suka-suka,main-main dan menulis seperti apa yang dia mahu.Namun begitu,terpulanglah kepada kita sendiri,blog macam manakah yang harus kita hasilkan.Sekiranya kita serius dalam berkongsi ilmu,menyampaikan ilmu dengan kasih sayang dan keikhlasan,maka hasilkanlah tulisan tulisan yang baik dan bermanfaat kepada orang lain.

Saya menulis  merupakan latihan pada diri Saya untuk berjinak-jinak sebagai penulis.Blog Saya ini pun masih lagi tunggang langgang.Banyak perlu dibaiki dan diberdayakan.Insyaallah,jika ada kesempatan ,suatu hari nanti blog  " Hijrahku " akan berubah wajah…insyaallah.

Sekian coretan Saya pada jam ini dan masa ini.    " Sharing Is caring "





Tiada ulasan:

Catat Ulasan