Jumaat, 6 Jun 2014

Marakkan Kejayaan dengan keghairahan dan semangat yang tinggi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah...
bersua  kembali pada jam ini dan masa ini....


Saya bukanlah siapa-siapa,cuma saya mempunyai hobi yang sangat mendalam dalam pembacaan .Perkongsian ilmu dan menyampaikan sesuatu yang baik  dan membawa faedah,adalah tuntutan agama…dengan kata lainnya,mengumpul energy positif sebagai tabungan adalah perkara yang amat dituntut dalam agama Islam ( Pahala /amal jariah ).



 " Semangat adalah satu daripada penggerak kejayaan paling berkuasa.
Apabila kamu melakukan sesuatu, buat ia dengan seribu daya.Buat sepenuh jiwa raga.Letakkan personaliti kamu ke dalamnya.Jadi lebih aktif, lebih bertenaga, bersemangat dan setia, dan kamu dapat mencapai matlamat kamu.Tiada satu perkara yang hebat  pun pernah dicapai tanpa semangat "
                                                     ( Ralph Waldo Emerson )
                                                                    Penulis dan penyajak Amerika.

Hari ini Saya bercakap tentang keghairahan.Keghairahan adalah sesuatu yang ada dalam jiwa kita,yang dapat memberikan kita fokus dan tenaga yang berpanjangan dan berterusan sehingga kita mencapai kejayaan.

Keghairahan sama dengan semangat ahli sukan yang sedang marak tenaganya.Bagi orang-orang yang mempunyai keghairahan hidup,mereka sangat bersemangat bangun pagi dan meneruskan rutin harian.


"Tenaga & tumpuan yang kita berikan kepada sesuatu akan mewujudkan tenaga & tumpuan yang berganda.
Tak faham? Contoh: Jika kita berikan fokus dan tenaga kepada satu perkara yang positif, kita akan nampak dan bertambah nampak perkara tersebut di sekeliling kita. Contoh jika kita fokus untuk mahu membeli kereta Mercedes, kita fokuskan tumpuan kita dan tenaga minda kita kepada ingin memiliki Mercedes, semakin kita fokus, semakin kita “Nampak” Mercedes di sekililing kita dan di mana-mana."
                                                                                                ( Dr.Azizan Osman)
Jika kita fokus perkara yang negatif, tumpuan kita semakin berganda kepada perkara negatif tersebut.

Fokus lebih kurang maksudnya dengan keghairahan untuk melakukan sesuatu dan ingin mencapainya. Namun,keghairahan  berkisar dalam jiwa seolah olah hidup dan membara.

Keghairahan adalah satu alat yang berkuasa untuk mencapai kejayaan.Keghairahan harus diperbaiki secara konsisten.

Keghairahan menjadikan hari-hari kita berlalu dengan cepat tanpa ada rasa bosan,malah membantu kita melaksanakan pekerjaan  dalam tempoh yang cepat.ia mampu menarik orang lain kepada kita atas dasar kepercayaan dan kejayaan .

Bagaimana mengekalkan keghairahan dan semangat agar terus hidup dalam jiwa ?

  • meluangkan banyak masa dengan perkara yang kita suka.
  • Mempunyai matlamat hidup yang sebenar dan jelas.
  • menetapkan perkara yang kita benar-benar mahukan dengan penuh keyakinan akan dapat memperolehinya.
  • Sengaja mencipta karier  impian kita.
  • Menghubungkan matlamat kita dengan perkara yang kita lakukan sekarang.
Apabila kita mengespresikan keghairahan dan semangat ,kita menjadi magnet kepada orang lain. Mereka tertarik kepada tenaga  positif dan tenaga tinggi yang kita pancarkan.

Pancaran tenaga tinggi berkisar atas keghairahan jiwa kita, menyumbang kepada peratusan kejayaan impian kita dapat diwujudkan.Sesungguhnya kita harus percaya kepada hukum Tuhan ( Allah ) ,Hukum Alam dan Hukum Energi.( saya ada menulis dalam blog saya ini tentang Hukum kekekalan Energi ).

Semoga perkongsian ini memberikan saya inspirasi dan begitu juga untuk anda…mudah-mudahan apa yang saya tulis ini memberikan manfaat kepada saya dan juga anda. Semoga kita dapat mendidik hati dan jiwa agar sentiasa ghairah dalam  melakukan kewajiban yang Allah amanahkan.

Sekian….." Sharing Is Caring "






Tiada ulasan:

Catat Ulasan