Isnin, 16 Jun 2014

Menulis di Blog sebagai Latihan




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah
Bersua kembali pada jam ini dan masa ini...



" Orang Yang tidak pernah melakukan kesalahan, biasannya tidak pernah buat sesuatu pun "
                 ( Bishop William Connor Magee )


" Jaminan Kehidupan Berasal Dari Pengetahuan, Bahawa Setiap Hari Anda Meningkatkan Diri Anda.
                    (Anthony Robbins )




Menulis di blog / weblog merupakan suatu penomena yang  berkembang pesat akhir-akhir ini. Mungkin kerana kemudahannya, kebebasannya,  sifatnya menulis secara tulisan  online atau juga kesedaran masyarakat tentang ilmu itu sendiri.


Sebenarnya kita boleh memanfaatkan blog untuk apa saja yang kita mahu, sama ada buat jurnal harian (diary) atau menjadikannya sebagai sarana promosi, menjadikannya sebagai sarana mengemukakan pendapat, menjadikan saranan penulisan yang memberi informasi kepada masyarakat online dan paling penting sekali ialah menyampaikan ilmu,agar sama sama mendapat manfaat.


Memandangkan banyak peluang menulis dalam blog secara percuma,adalah sebaiknya peluang ini kita gunakan untuk mengekspresikan impian kita.Bagi yang berminat dalam bidang penulisan,ambillah peluang ini untuk menulis dalam blog anda.Lihat hasil tulisan kita.betapa gembiranya jika kita berjaya mengeksppresikan impian kita ,lebih-lebih lagi kita dapat melihat dan membacanya sendiri walaupun tidaklah seindah dan sehebat hasil karya orang lain.

Kejayaan bermula dari satu langkah  kemudian beberapa langkah dan seterusnya menuju langkah " Kejayaan '.Menulis di blog tidak merugikan kita malah boleh kita jadikan sebagai tangga untuk berlatih dan terus berlatih.

Sebagai pembaca ,Saya sering masuk dan membaca hasil tulisan tulisan para penulis blog.Banyak juga blog blog seperti suka-suka,main-main dan menulis seperti apa yang dia mahu.Namun begitu,terpulanglah kepada kita sendiri,blog macam manakah yang harus kita hasilkan.Sekiranya kita serius dalam berkongsi ilmu,menyampaikan ilmu dengan kasih sayang dan keikhlasan,maka hasilkanlah tulisan tulisan yang baik dan bermanfaat kepada orang lain.

Saya menulis  merupakan latihan pada diri Saya untuk berjinak-jinak sebagai penulis.Blog Saya ini pun masih lagi tunggang langgang.Banyak perlu dibaiki dan diberdayakan.Insyaallah,jika ada kesempatan ,suatu hari nanti blog  " Hijrahku " akan berubah wajah…insyaallah.

Sekian coretan Saya pada jam ini dan masa ini.    " Sharing Is caring "





Sabtu, 14 Jun 2014

50 jurnal perlu dibaca ?


Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca blog Hijraku yang dirahmati Allah..
bersua kembali pada jam ini dan masa ini….

50 jurnal perlu dibaca? begitulah tajuk tulisan Saya hari ini….


sebagai manusia  dan makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna,kita perlu berkembang dan bukannya statik dari tahun ke tahun.Minat ingin melanjutkan pengajian tidak berhenti begitu sahaja.Baru- baru ini saya  bersama dua orang kawan telah memohon untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah Universiti. Keghairahan untuk belajar dan menuntut ilmu sangat menyeronokkan.

Persedian  dari segi mental, fizikal  emosi dan spiritual perlu diuruskan sebelum mengharungi alam pengajian.Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar dikala usia sudah dalam tangga - tangga yang bergelar  "'ibu tangga"  hehehee..bukan  "anak tangga". lagi.kalau anak tangga dia dalam kategori masih mudah remaja.

 Kategori tangga-tangga usia :

  1. Anak Tangga.
  2. tangga remaja.
  3. tangga dewasa
  4. tangga tua ( saya berada dalam tangga Tua)
  5. tangga senja.
  6. tangga terbenam
Sebenarnya saya  hanya bergurau  membuat tangga-tangga usia. Sebagai wanita yang sudah melangkau ke dalam "tangga tua"  mampu lagikah menelaah 50 buah jurnal?  Itu belum kira lagi bahan-bahan bacaan dan  bahan rujukan lain….

 Hebat memang hebat, kita sebagai hambah Allah patut menghargai para ahli akedemik,para pakar dalam setiap bidang ilmu yang ada.Para pencinta ilmu yang tidak jemu-jemu mencari dan mencari serta menyebarkan ilmu demi kebaikan umat sejagat di muka bumi ini.

Melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi bukanlah sesuatu yang mudah.Bak kata pepatah.." berat mata memandang berat lagi bahu memikul ." 

Melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tingggi  adalah anugerah daripada Allah s.w.t. Mereka mendapat cahaya ilmu yang Allah janjikan.Para pencinta ilmu, adalah warisan para nabi.Mereka perlu menggunakan ilmu yang ada sebaik- baiknya.Menyebarkan ilmu dengan kasih sayang dan penuh keikhlasan.

Saya teringat satu pepatah Melayu mengatakan, " orang berilmu jika jatuh ke laut akan jadi Pulau sementara orang tidak berilmu jika jatuh ke laut akan tenggelam "

Para cendiakawan,para ilmuan , para sasterawan, para alim - Ulama, para penulis-penulis , para pendidik dan para pemimpin, sesungguhnya ilmu yang anda miliki ibarat "  Kristal " yang berkilau-kilau,bercahaya,bersinar-sinar, berwarna-warni , berseri- seri.Maka jagalah  Kristal itu agar sentiasa bercahaya dan bersinar.

Saya bawakan   beberapa  cebis kata - kata yang sangat bermakna kepada kita.Kata kata ini saya petik daripada sebuah blog " Travelog Sarjana" Inilah kata-kata tersebut:


  1. Sambung belajar ke peringkat selepas ijazah adalah satu anugerah. Bukan semua orang ada kemahuan yang kuat untuk terus belajar sehingga ke peringkat tinggi.
  2. Niat belajar bukan nak cepat kaya. Ada PhD memang boleh kaya tetapi itu bukanlah utama.
  3. Banyakkan pembacaan jurnal untuk mencari jurang kajian atau research gap.
  4. Kalau baca jurnal, jangan baca seperti baca Harian Metro atau Kosmo!. Baca 3-4 kali sehingga hadam apa yang dibaca.
  5. Lakukan pemilihan selektif dalam pembacaan. Jangan pakai main redah sahaja baca jurnal. Jangan buang masa membaca jurnal tidak berkaitan dengan projek.
  6. Bina pertanyaan produktf kepada penyelia. Jangan tanya soalan bodoh seperti 'Nak tulis tesis macam mana eak?'
  7. Tahun pertama adalah tahun susah! Tanam dalam minda untuk cepat siap tesis.
  8. Tulis tesis dari tahun pertama lagi. Dari bab 1 sehinggalah bab 3. Tulis dan terus menulis!
  9. Banyakkan backup. Laptop, komputer, emel, dropbox, google drive dan lain-lain. Simpan dan simpan. Jangan kedekut!
  10. Dan yang paling penting, selalu ingat akan Allah. Dialah Maha Pemberi segalanya. Selalu berdoa kepada-Nya.
Kenapa mesti belajar ?

Sepatutnya  sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk melanjutkan pengajian keperingkat yang lebih tinggi,bersyukur sebanyak mungkin kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan hati yang sentiasa hidup dan aktif .Hati yang hidup dan aktif adalah hati yang subur dan sentiasa berkembang mencari dan mencari cahaya ilahi kerana ilmu itu adalah Cahaya.

Sekian  coretan Saya kali ini…

P/S: yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari diri Saya sendiri…"Sharing Is Caring "


Jumaat, 13 Jun 2014

Ada apa dengan Pengvisualan ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…
pada jam ini,saya terpanggil untuk menulis serba sedikit pengalaman berkenaan dengan Visualisasi.
Mungkin bagi anda,  soal Visualisasi sudah cukup sinonim dalam jiwa dan hati anda.

       " Imagination Is More Than Knowledge"/ Imaginasi melebihi sebuah Ilmu pengetahuan.
                                                                              ( Albert Eintein)

                                                                       

Banyak penulis-penulis blog yang nenulis tentang visualisasi dan kepentingan serta kehebatannya dalam membantu merealisasikan impian dalam hidup.Walau bagaimanapun, ada juga segelintir yang meremehkannya dan mengatakan karut -marut.

Seandainya beberapa puluh tahun lalu hal seperti ini ,saya sudah ketahui, alangkah indahnya hidup ini.Alangkah hebatnya minda yang Allah berikan pada Saya selama ini.Namun,semua itu saya tidak sedari.

Selama beberapa tahun saya menopang dan membawa otak di dalam kepala,saya tidak menyedari bahawa ada satu rahsia yang sangat besar dan hebat.saya tidak menyedari betapa hebatnya kuasa pengvisualan yang Allah kurniakan.

Seandainya kita berimpian,maka pengvisualan  merupakan langkah awal untuk menjadi kenyataan.Ciptakan terlebih dahulu dalam minda,apa sebenarnya yang kita inginkan.Namun tetap fokus dengan hal tersebut.Buat latihan setiap hari dan bayangkan impian kita.

Saya tidak menyatakan terlebih perinci tentang pengvisualan/visualisasi ,saya bukanlah seorang yang tahu sangat tentang Visualisasi.Kepada anda yang ingin tahu lebih mendalam tentang visualisasi,anda harus  banyak membaca pada blog-blog  " I Motivasi" syukry, imotivasi islam dan buku-buku motivasi Bestseller  serta banyak blog para pakar Visualisasi.

Apa yang berlaku kepada anda jika melakukan pengvisualan ?
  • memudahkan hidup
  • Memudahkan urusan harian seperti cari tempat letak kereta.
  • Mempercepatkan terkabulnya doa dan banyak lagi.

Kenapa Visualisasi berkait rapat dengan Emosi?

Mengikut Istilah Tradisional, Cipta,Rasa dan Karsa sinonim digunakan oleh para ilmuan metafizik zaman dahulu, sementara pada zaman moden in, istilah tersebut dikenali sebagai ;
  1. Visualisasi.
  1. Emosi.
  1. Fizikal.
 Mengikut para ilmuan,tidak kira siapapun kita, apa anutan agama kita,suku kaum dan bangsa ,namun sekiranya  memiliki  Tiga perkara ini Visualisasi,emosi dan Fizikal hidupnya akan dipermudahkan Allah.

Apa faedahnya?  ( mari kita baca dan fahami tentang faedah Visualisasi saya petik dari sebuah blog QI/QALAM ILAHI yang hanya menulis namanya Paranormal.Semoga En.Para normal mendapat rahmat Allah yang berlipatkali ganda…..amin )
  •  Visualisasi menghasilkan emosi, manakala emosi menghasilkan tindakan pada tubuh fizikal. 
  •  Visualisasi dan Emosi adalah tools bagi Higher Self anda untuk bertindak menghasilkan efek di alam ini.
  •  Visualisasi dan Emosi adalah spiritual workshop di mana anda boleh cipta apa saja untuk dikeluarkan ke alam 3 dimensi ini.
  •  Apabila anda melakukan sebuah amalan ilmu, anda sebenarnya sedang mengakses spiritual workshop  ini dan mencipta sesuatu mengikut niat anda.
  •  Semakin anda rajin melakukan amalan anda semakin kuat energy patten yang terbentuk dan akhirnya memberi kesan pada realiti anda di alam ini.
Itulah serba sedikit tentang pengvisualan , yang  saya petik dari Blog QI,dan kepentingannya dalam hidup  jka  diamalkan. 

saya akui betapa hebatnya pengvisualan jika kita amalkan dan fokus dan terus fokus.Saya tertarik dengan sebuah blog dari Indonesia,kalau tidak silap " Tadabbur Al-Quaran" penulisnya Tuan Uztaz Fazdil.Dalam blog beliau banyak menulis tentang visualisasi dalam pelbagai hal seperti dalam solat,dalam doa,dalam kerja harian dan pelbagai lagi.Saya syorkan anda masuk ke blog beliau.

semoga kita mendapat manfaat dari setiap pembacaan kita.sesungguhnya pencinta ilmu itu dibentangkan jalan yang lurus untuk menuju syurga dan duduk sebaris dengan para aulia dan nabi( buku Ilmu Tassauf).


P/S: yang baik dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya…apa yang saya tulis hanyalah perkongsian ilmu,  sebagai hamba Allah, kita  adalah pencari dan pencinta Ilmu….

            "  Sharing Is caring "

















Jumaat, 6 Jun 2014

Marakkan Kejayaan dengan keghairahan dan semangat yang tinggi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Hijrahku yang dirahmati Allah...
bersua  kembali pada jam ini dan masa ini....


Saya bukanlah siapa-siapa,cuma saya mempunyai hobi yang sangat mendalam dalam pembacaan .Perkongsian ilmu dan menyampaikan sesuatu yang baik  dan membawa faedah,adalah tuntutan agama…dengan kata lainnya,mengumpul energy positif sebagai tabungan adalah perkara yang amat dituntut dalam agama Islam ( Pahala /amal jariah ).



 " Semangat adalah satu daripada penggerak kejayaan paling berkuasa.
Apabila kamu melakukan sesuatu, buat ia dengan seribu daya.Buat sepenuh jiwa raga.Letakkan personaliti kamu ke dalamnya.Jadi lebih aktif, lebih bertenaga, bersemangat dan setia, dan kamu dapat mencapai matlamat kamu.Tiada satu perkara yang hebat  pun pernah dicapai tanpa semangat "
                                                     ( Ralph Waldo Emerson )
                                                                    Penulis dan penyajak Amerika.

Hari ini Saya bercakap tentang keghairahan.Keghairahan adalah sesuatu yang ada dalam jiwa kita,yang dapat memberikan kita fokus dan tenaga yang berpanjangan dan berterusan sehingga kita mencapai kejayaan.

Keghairahan sama dengan semangat ahli sukan yang sedang marak tenaganya.Bagi orang-orang yang mempunyai keghairahan hidup,mereka sangat bersemangat bangun pagi dan meneruskan rutin harian.


"Tenaga & tumpuan yang kita berikan kepada sesuatu akan mewujudkan tenaga & tumpuan yang berganda.
Tak faham? Contoh: Jika kita berikan fokus dan tenaga kepada satu perkara yang positif, kita akan nampak dan bertambah nampak perkara tersebut di sekeliling kita. Contoh jika kita fokus untuk mahu membeli kereta Mercedes, kita fokuskan tumpuan kita dan tenaga minda kita kepada ingin memiliki Mercedes, semakin kita fokus, semakin kita “Nampak” Mercedes di sekililing kita dan di mana-mana."
                                                                                                ( Dr.Azizan Osman)
Jika kita fokus perkara yang negatif, tumpuan kita semakin berganda kepada perkara negatif tersebut.

Fokus lebih kurang maksudnya dengan keghairahan untuk melakukan sesuatu dan ingin mencapainya. Namun,keghairahan  berkisar dalam jiwa seolah olah hidup dan membara.

Keghairahan adalah satu alat yang berkuasa untuk mencapai kejayaan.Keghairahan harus diperbaiki secara konsisten.

Keghairahan menjadikan hari-hari kita berlalu dengan cepat tanpa ada rasa bosan,malah membantu kita melaksanakan pekerjaan  dalam tempoh yang cepat.ia mampu menarik orang lain kepada kita atas dasar kepercayaan dan kejayaan .

Bagaimana mengekalkan keghairahan dan semangat agar terus hidup dalam jiwa ?

  • meluangkan banyak masa dengan perkara yang kita suka.
  • Mempunyai matlamat hidup yang sebenar dan jelas.
  • menetapkan perkara yang kita benar-benar mahukan dengan penuh keyakinan akan dapat memperolehinya.
  • Sengaja mencipta karier  impian kita.
  • Menghubungkan matlamat kita dengan perkara yang kita lakukan sekarang.
Apabila kita mengespresikan keghairahan dan semangat ,kita menjadi magnet kepada orang lain. Mereka tertarik kepada tenaga  positif dan tenaga tinggi yang kita pancarkan.

Pancaran tenaga tinggi berkisar atas keghairahan jiwa kita, menyumbang kepada peratusan kejayaan impian kita dapat diwujudkan.Sesungguhnya kita harus percaya kepada hukum Tuhan ( Allah ) ,Hukum Alam dan Hukum Energi.( saya ada menulis dalam blog saya ini tentang Hukum kekekalan Energi ).

Semoga perkongsian ini memberikan saya inspirasi dan begitu juga untuk anda…mudah-mudahan apa yang saya tulis ini memberikan manfaat kepada saya dan juga anda. Semoga kita dapat mendidik hati dan jiwa agar sentiasa ghairah dalam  melakukan kewajiban yang Allah amanahkan.

Sekian….." Sharing Is Caring "






Isnin, 2 Jun 2014

Projekkan Masa depan kita


Assalammualaikum dan salam Sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

             
           " Cipta masa hadapan kita dari masa hadapan bukan dari masa lampau "
                                                         (werner Erhard)

                                    Pengasas Latihan EST dan Forum Landmark.





         " Tugas jiwa adalah  menurut kehendak Tuanya, ia perlu dapat menyerahkan dirinya
                               demi Tuanya "
                                             ( Dame Rebecca west ) 
                                        pengarang Prolifik bestseller.



Beberapa bulan lalu saya bersama teman setugas bersembang mengenai usia yang semakin meningkat. kawan itu menegur " Mah..kenapa juga kita gatal sangat mahu melanjutkan perkhidmatan sampai usia 60 tahun?" dia menyambung ucapannya…" kita sudah tua Mah,larat lagikah kita ini bertugas sampai usia 60 tahun ?"

Saya mendengarkan ucapannya sambil kami berdua tertawa.  Saya mengajak dia buat sesuatu,agar dalam menjalankan tugas sebagai guru dalam meniti tahun-tahun seterusnya tidak merasa tua bersama arus  waktu.
                               
Saya mengajak kawan tersebut  " Projekkan Masa depan "…" eehh macam mana juga itu Mah?" saya menerangkan kepadanya bahawa kita perlu buat sesuatu seperti menyambung pengajian dalam perkhidmatan.Usia tua kita bukan bermakna kita tidak boleh belajar.Sebagai seorang guru kita adalah pembelajar sepanjang hayat.Istilah berhenti belajar dan usia sudah tua serta ingatan sudah beku tidak menjadi soal,apa yang penting kita asah dan asah.

Walau bagaimanapun,rakan ini bertekad tidak mahu menyambung pengajian lagi.Katanya dia sudah tidak sanggup untuk belajar dan mengharungi  hari-hari kuliah  serta buat kerja kursus yang sangat memeritkan.

Semangat untuk menyambung pengajian  dalam jiwa masih berkobar-kobar.Mampu lagikah  Saya ini menyambung pengajian ? Usia sudah meningkat,kesihatan pula kurang memuaskan..asyik - asyik sakit badan,lenguh badan, sakit lutut dan sebagainya.

Saya selalu bartanya kepada anak dan suami,adakah mereka setuju jika mama menyambung pengajian ke Peringkat Master @ Postgraduate@  Pasca Sarjana.Melihat kepada reaksi kedua-duanya seperti menyerahkan keputusan kepada empunya badan sendiri.Sementara anak pula seperti tidak mengiyakan.( saya faham kenapa dia tidak setuju,dia rasa terabai sejak saya dalam pengajian Ijazah sarjana Muda dulu).

Walau apapun,kepada mereka yang ingin memprojekkan masa depan  dengan apa  impian sekali pun, Saya ingin berkongsi beberapa ayat Penguat Semangat dan Motivasi  diri dari Alquran,yang Saya petik dari sebuah blog " Mengajar Dan Belajar." kepada penulis blog " Mengajar dan belajar", semoga anda mendapat limpahan rahmat yang tidak terhingga dari Allah s.w.t kerana dapat berkongsi ilmu.



Inilah beberapa ayat motivasi yang Allah turunkan untuk pedoman dan pegangan kita,sesungguhnya janji Allah itu tepat dan tidak perlu ragu-ragu,apa yang penting kita kena usaha dan usaha@ bertindak.Yakinlah dengan janji Allah 100%.

Surah Al'Ankabut. Ayat 069.
 
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Surah AlHijr. Ayat 084.


Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.

Surah AlLahab. Ayat 002.

Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

Surah AnNahl. Ayat 128.

                           



Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Surah AsSaaffat. Ayat 080.

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

Surah AlMursalat. Ayat 044.

Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.

Surah AsSaaffat. Ayat 131.

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Surah AsSaaffat. Ayat 121.

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Surah AsSaaffat. Ayat 110.

Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Surah AlIsraa'. Ayat 019.

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.



Kemampuan kita berusaha  dan bertindak merupakan  suatu nikmat 
yang Allah SWT anugerahkan.yakinlah dengan janji-janji Allah…" Ask..Recieve and Believe "

Semoga apa yang kita Projekan Untuk masa depan berjaya dengan cemerlang…..amin.

P/S: semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada saya dan juga anda.
                            " Sharing Is Caring "


Serlahkan Kehebatanmu Wanita

Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca blog Hijrahku yang dirahmati Allah…
bersua kembali pada jam ini dan masa ini…

Alhamdulillah hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan wanita  " serlahkan kehebatanmu wanita"

saya terpanggil untuk menulis  tentang kehebatan seorang wanita semasa saya membaca majalah lama.saya ingin memetik sedikit nasihat seorang wanita hebat kerabat di Raja ini yang bernama PuanNoor Aini. Wanita ini berkelulusan akademik;


  • Master Of Arts ( Applied Linguistics ) dari Monash Universiti, Melbourne Australia.
  • Bachelor Of Arts ( major; kewartawanan ; double minors; perhubungan awam dan periklanan St. Mary's Catholic College For Women , Ijazah Perniagaan)  dari Centre Of Economic and political studies, London England.
  • Master Of Art's Qualifying Certficate ( Pengajian wanita ) dari Deakin Universiti, Geelong Australia.

wanita ini berpesan kepada semua kaum hawa khasnya yang masih muda,agar mengutamakan pelajaran  kerana dengan ilmu wanita tidak akan muda goyah. Menurutnya,kehidupan akan lancar jika wanita berpelajaran.Wanita perlu buat persediaan bagi dirinya untuk masa depan.Persiapan untuk menjadi seorang wanita yang tabah,berdikari dan memiliki ilmu yang boleh membawanya ke arah yang betul dan positif di mana sahaja berada.

Wanita berjaya dan cantik  serta berpelajaran ini, menyelar stigma masyarakat Malaysia yang disogokkan bahawa kesenangan , kebahagiaan adalah apabila sudah berumah tangga.

Wanita era ini perlu berdikari dan tidak terlalu bergantung  harap  kepada suami.Walau bagaimana pun,sokongan keluarga amat penting,fikirkan masa hadapan  dengan menimba ilmu.Pelajaran amat penting dan harus diberikan penekanan,agar wanita mampu berdiri di kaki sendiri,sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Menurutnya lagi,persediaan diri dari segi mental,fizikal dan emosi berkait rapat dengan ilmu yang kita  ada.Menurutnya lagi,wanita harus berpegang pada prinsip ikhlas dalam apa juga yang dilakukan.

saya ingin memetik sebuah kata mutiara dari sebuah buku yang bertajuk; " Jangan bersedih dan Jadilah Wanita paling Bahagia"


                                      Bekalan
            "Persiapkanlah dirimu untuk menghadapi perkara yang paling buruk,
             maka akibatnya nanti engkau akan selalu merasa baik "

Hakikat Seorang Wanita:


  • Wanita seperti payung.
  • Wanita itu adalah Tiang Negara.
  • Wanita adalah ciptaan Allah yang mengagumkan/menyenangkan.
  • Wanita juga kadang-kadang menakutkan.
Apa yang diperkatakan dan ditakrifkan tentang Wanita?

  • Wanita adalah benteng pertahanan,jaga jangan sampai roboh.
  • Kekuatan sesebuah rumahtangga sebahagiannya ditopang oleh seorang wanita/ isteri.
  • kalau mahu menghancurkan rumahtannga maka hancurkanlah wanitanya terlebih dahulu.
  • Jika wanita hancur maka hancurlah benteng rumahtangga tersebut.
  • Wanita adalah makhluk yang  mulia dan luar biasa.
  • Wanita harus dijaga dan dirawat dengan baik-baik
  • wanita diibaratkan senjata yang tidak boleh dibuat main-main kerana akan membahayakan orang yang permainkannya.
Secara fizikalnya wanita memang makhluk yang lemah gemalai.wanita secara fizikalnya kalah dengan lelaki tetapi fizikal yang lemah itu,sebenarnya memiliki banyak kekuatan.


  • Wanita mampu mencapai segala keinginannya.
  • Wanita bersemangat kuat.
  • wanita tidak akan mudah menyerah kalah.
  • Wanita berusaha untuk mendapatkan apa yang diingininya.
  • wanita melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.( kisah Nabi Yusuf dan Zulaikah,kisah nabi Yahya dipenggal kepala).

Wanita malaysia tidak ketinggalan:

                " Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia "

Mungkin bunyinya klise namun demikian,frasa ini masih dan akan terus signifikan selagi wanita hanya dianggap sebagai sebahagian entiti yang kurang pengaruhnya berbanding dengan golongan lelaki yang begitu dominan.

wanita ialah denyut nadi,bahkan wanita juga tiang negara apabila baik wanita baiklah negara maka aman dan makmurlah semuanya.

perdana menteri juga mengakui bahawa sekiranya kehadiran wanita dalam negara atau bidang ekonomi diabaikan ,maka negara akan kekurang tenaga kerja.menurut perdana Menteri Dto Sri Najib, tenaga kerja wanita mencecah hampir 36% pada tahun 2010.

Mengikut kajian oleh  Grant Thornton International pada April 2010, dapatan menunjukan bahawa wanita malaysia menduduki tangga ke-5 di seluruh dunia dengan 31% wanita memegang jawatan kanan dalam perusahaan dan hinggalah ke jawatan besar dan terpenting negara.

Statistik itu ternyata bahawa peluang wanita Malaysia untuk berjuang dalam hak mereka sentiasa terbuka.

Secara keseluruhannya,wanita mempunyai kehebatan dan kuasa yang tidak boleh dipertikaikan lagi.Wanita Memiliki kehebatan yang mungkin tidak semua orang nampak malah masih ada yang memperlekehkan wanita.bagi mereka wanita hanya layak duduk di rumah dan memasak serta mengemas untuk anak-anak dan suami.wanita memajukan diri seiring dengan peradaban ilmu.Wanita meningkatkan diri dalam pelbagai bidang ilmu demi masa depan,apa yang penting mereka jangan sampai terkeluar dari batas-batas agama dan hukum hakam Allah.



P/S: semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua…

            " Sharing Is Caring "


Rujukan :



  • Dewan Ekonomi,Ogos 2010,syaban/Ramadhan 1431H,jilid 17/bilangan 08,KK.
  • Wanita,bil.472.KDN PP872/08/2009
  • Memahami kehebatan dan Hak Wanita,Dr.Zubaidi W.HJ.Rahmat ,Harun Arrasyid Hj.Tuskan,Crescent News,2013,KL.
  • Jangan bersedi,jadilah Wanita Paling Bahagia,Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni,alhidayah Publication,2012,Selangor.